Pakej Bantuan Perantisiswa Pemberian Tablet Percuma Kepada Pelajar L Permohonan Ditutup Pada 15 Mei 2022


Sistem Guru Online
Sistem Guru Online - "SGO Web Pendidikan No.1 di Malaysia Rujukan Guru, Murid dan Ibu Bapa"

PAKEJ BANTUAN PERANTISISWA: PEMBERIAN TABLET PERCUMA KEPADA PELAJAR l PERMOHONAN DITUTUP PADA 15 MEI 2022 .Kementerian Komunikasi dan Multimedia telah membuka permohonan kepada semua pelajar di institusi pengajian tinggi awam, kolej swasta, politeknik atau kolej komuniti dari keluarga B40 untuk mendapatkan tablet percuma bermula pertengahan April 2022.
Menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia,  Tan Sri Annuar Musa berkata, tablet dan laptop berkenaan akan diserahkan pada Jun hadapan.
Menurutnya lagi, kerajaan Malaysia memahami kepayahan ibu bapa yang tidak berkemampuan membeli peranti yang sekarang ini harganya telah mencecah ribuan ringgit Malaysia. Bermula 15 April, kementerian telah membuka satu portal di mana pelajar termasuk di luar bandar daripada kumpulan berpendapatan rendah (B40) boleh memohon laptop atau tablet.
PAKEJ BANTUAN PERANTISISWA: PEMBERIAN TABLET PERCUMA KEPADA PELAJAR Apakah Itu Pakej Bantuan PerantiSiswa? Program Bantuan PerantiSiswa Keluarga  Malaysia adalah merupakan salah satu inisiatif bantuan daripada kerajaan yang berbentuk menyediakan peranti secara percuma kepada para mahasiswa IPT untuk golongan yang terdiri daripada keluarga B40 agar dapat membantu dan menjalankan pengajian mereka dengan lebih cukup dan lancar. Kerajaan akan menyalurkan pemberian berupa peranti “tablet’ kepada pelajar IPT golongan B40.
Apakah Syarat Kelayakan Pakej Bantuan PerantiSiswa? Kerajaan telah menetapkan beberapa syarat untuk menerima bantuan perantisiswa. Berikut merupakan syarat-syarat yang ditetapkan untuk menerima bantuan PerantiSiswa :
Seseorang itu adalah berstatus Warganegara Malaysia yang sah. Pemohon merupakan individu yang sedang melanjutkan pelajaran di peringkat diploma atau melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda di Institut Pengajian Tinggi samaada awam dan swasta. Pemohon adalah merupakan golongan B40 Status pengajian secara sepenuh masa Bukan pelajar akhir tahun 2022 Apakah Jenis Peranti Yang Dibekalkan? Peranti yang dibekalkan adalah sebuah tablet dengan spesifikasi minimum seperti berikut: Skrin 10.1” Paparan FHD, 1280×800 Android OS 10 dan ke atas 4G LTE (menyokong frekuensi LTE telco di Malaysia) Minimum RAM 4GB Minimum storan 64GB Slot SD Micro sehingga 256GB Kamera hadapan minimum 2MP Kamera belakang minimum 5MP Pembesar suara terbina dalam dan bicu audio 3.5mm untuk headset Bluetooth 4.1 dan ke atas WiFi 2.4GHz & 5Ghz Bateri minimum 4500 mAh Pengecas USB disertakan Papan kekunci bluetooth disertakan Pen stylus disertakan. Tarikh Permohonan Untuk maklumat semua, tarikh permohonan PerantiSiswa ini telah dibuka sejak 15 April 2022. Kepada mereka yang berminat, anda disarankan membuat permohonan segera kerana untuk permohonan perantisiswa Fasa 1 akan ditutup pada 15 Mei 2022.
Permohonan boleh dibuat segera, anda boleh ikuti Cara Membuat Permohonan Tablet Percuma Secara Online
Permohonan Pakej Perantisiswa : Pemberian Tablet Kepada Pelajar IPT B40Bagaimanakah Cara Membuat Permohonan Bantuan Tablet Percuma? Pemohon perlu diingatkan bahawa permohonan PerantiSiswa ini hanya boleh dibuat menerusi laman web rasmi Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM). 
Cara permohonan adalah melalui atas talian (online) sahaja. Berikut merupakan cara-cara membuat permohonan bantuan tablet percuma kepada pelajar IPT B40:
Layari laman web https://perantisiswa.kkmm.gov.my  dan klik Daftar Pengguna. Lengkapkan maklumat yang dikehendaki untuk tujuan pendaftaran dan klik Daftar. Skrin berjaya daftar pengguna baharu akan dipaparkan setelah proses Daftar di
hantar. Notifikasi akan dihantar kepada e‐mel pemohon untuk tujuan pengesahan
Pendaftaran Akaun Baharu dan klik Aktifkan Akaun. Log Masuk menggunakan Alamat E‐mel dan Kata Laluan yang telah didaftarkan dan
klik Log Masuk. Skrin Borang Permohonan PerantiSiswa akan dipaparkan, semak dan lengkapkan
Borang Permohonan PerantiSiswa yang wajib di isi. Pilih Perakuan Pelajar dan klik terma dan syarat. Pilih Perakuan Pelajar dan klik Hantar Permohonan. Skrin notifikasi ini dikeluarkan secara pop‐up bagi mengingatkan pemohon agar
memastikan maklumat permohonan yang dimasukkan adalah tepat dan lengkap. Sila
klik butang Ya untuk meneruskan permohonan atau klik butang Tidak untuk
membuat pindaan permohonan. Skrin pengesahan akan dipaparkan setelah permohonan didaftarkan. Klik
Cetak/Simpan untuk simpanan. Cetak borang permohonan untuk simpanan. Skrin notifikasi ini dikeluarkan secara pop‐up untuk keluar dari Sistem
https://perantisiswa.kkmm.gov.my. Sila klik butang OK untuk keluar dari sistem atau
klik butang BATAL untuk kekal diskrin. Sila rujuk manual pengguna permohonan pakej perantisiswa untuk mengetahui dengan lebih lanjut:
MANUAL SISTEM PENGGUNA PERMOHONAN PAKEJ PERANTISISWA
Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan permohonan PerantiSiswa, sila e‐melkan ke
[email protected] atau melalui talian berikut:‐
 03‐8911 5351 / 03‐8911 5258 / 03‐8911 5265 / 03‐8911 5188 Waktu Operasi:‐
8.00 pagi hingga 6.00 petang (Isnin ‐ Jumaat)
8.00 pagi hingga 12.00 tengahari (Sabtu ‐ Ahad) “Mohon Segera Bantuan Tablet Pelajar Percuma, Sebelum Tarikh 15 Mei 2022” Ibubapa serta keluarga perlu mengingatkan anak-anak anda yang masih belajar di IPT untuk membuat permohonan bantuan Tablet percuma dari kerajaan. Bantuan ini akan membantu memudahkan urusan mereka dalam pengajian. Bulan Jun nanti kerajaan akan mengumumkan dan akan menyalurkan bantuan peranti tablet kepada mereka yang layak selepas membuat permohonan.
PAKEJ BANTUAN PERANTISISWA: PEMBERIAN TABLET PERCUMA KEPADA PELAJAR l PERMOHONAN DITUTUP PADA 15 MEI 2022
Mr Mizan


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.sistemguruonline.my/2022/05/tablet-percuma-pelajar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Panduan Permohonan Bantuan Rumah Ikram Tahun 2022 L Rumah Mampu Milik Rakyat B40

Panduan Permohonan Bantuan Rumah Ikram Tahun 2022 L Rumah Mampu Milik Rakyat B40

papar berkaitan - pada 6/5/2022 - jumlah : 241 hits
Panduan Permohonan Bantuan Rumah IKRAM Tahun 2022 l Rumah Mampu Milik Bagi Rakyat B40 Untuk makluman kepada rakyat Malaysia terdapat salah satu inisiatif khas kepada rakyat telah diperkenalkan oleh Pihak Kerajaan bagi membantu golongan yang...
Permohonan Bantuan Aidilfitri Selangor Rm1 000 Tahun 2022

Permohonan Bantuan Aidilfitri Selangor Rm1 000 Tahun 2022

papar berkaitan - pada 27/4/2022 - jumlah : 313 hits
SHAH ALAM Kerajaan Selangor mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan sebanyak satu bulan gaji atau minimum RM1 000 sempena Hari Raya Aidilfitri kepada semua penjawat awam negeri Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata BKK itu tur...
Permohonan Bantuan Komputer Riba Yayasan Negeri Sembilan 2022

Permohonan Bantuan Komputer Riba Yayasan Negeri Sembilan 2022

papar berkaitan - pada 12/5/2022 - jumlah : 247 hits
PERMOHONAN BANTUAN KOMPUTER RIBA YAYASAN NEGERI SEMBILAN 2022 Kepada para pelajar khususnya dari golongan B40 di Negeri Sembilan yang masih tidak mempunyai komputer riba bagi tujuan pendidikan anda boleh membuat permohonan secara online men...
Permohonan Perantisiswa Akan Ditutup Hujung Minggu Ini

Permohonan Perantisiswa Akan Ditutup Hujung Minggu Ini

papar berkaitan - pada 10/5/2022 - jumlah : 168 hits
Permohonan PerantiSiswa telah pun dibuka pada 15 April 2022 lalu Selepas seminggu dibuka Kementerian Komunikasi Dan Multimedia memaklumkan mereka telah menerima lebih daripada 70 ooo ribu permohonan Pemohon PerantiSiswa tersebut terdiri dar...
Bab 5 Mei 2022

Bab 5 Mei 2022

papar berkaitan - pada 1/5/2022 - jumlah : 288 hits
Masuk bab 5 dah Giliran bulan Mei munculkan diri Bulan Mei yang dinantikan sebab hari raya bakal tiba beberapa hari lagi Hari raya yang tertangguh diraikan dengan lebih meriah Dalam masa yang sama sedih juga terasa bila Ramadan bakal melabu...
Lari Timing Ini Meme Tarikh Hari Raya 2022 Jatuh Pada 2 Mei Awal Sehari Dari Jangkaan

Lari Timing Ini Meme Tarikh Hari Raya 2022 Jatuh Pada 2 Mei Awal Sehari Dari Jangkaan

papar berkaitan - pada 2/5/2022 - jumlah : 276 hits
Tarikh Raya Puasa Seluruh Malaysia Jatuh pada 2 Mei 2022 Esok Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri esok Pengumuman itu dibuat Penyimpan Mohor Besar Raja Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad sekitar jam 8 malam Ahad Bagi...
Tentera Darat Buka Pengambilan Besar Besaran Tahun 2022 Kekosongan Bulan Mei

Tentera Darat Buka Pengambilan Besar Besaran Tahun 2022 Kekosongan Bulan Mei

papar berkaitan - pada 16/5/2022 - jumlah : 342 hits
Tentera Darat Buka Pengambilan Besar Besaran Tahun 2022 Khas kepada anda yang sedang mencari pekerjaan dan berminat untuk menjawat jawatan kosong terkini yang tertera pada halaman Mingguan Kerja Buat makluman pengambilan jawatan kosong ini ...
Langsung Awani Pagi Peneggelaman Kapal Terbang Ringan Untuk Tukun Rekreasi 16 Mei 2022

Langsung Awani Pagi Peneggelaman Kapal Terbang Ringan Untuk Tukun Rekreasi 16 Mei 2022

papar berkaitan - pada 16/5/2022 - jumlah : 201 hits
Sebuah kapal terbang ringan akan ditenggelamkan di Pulau Lang Tengah Terengganu untuk dijadikan tukun rekreasi Ia juga dilaporkan bakal mencatat rekod baharu Malaysia Book of Records Butirannya dalam AWANIpagi AWANInews SUBSCRIBE now Astro ...
Rancangan Perangkap Suami Makan Diri

Budget 2025 Sets The Course For A Digital Future

Christmas From The Manger To The Margins

Quit State Govt On Principle Over Cooperation With Dap Akmal Told

The Trophy Rat An All Conquering Rat Rod From America S Northwest

Gloomy Tanjung Tembeling

Pas Youth Dap Shouldn T Politicise Our Criticism Of Xmas Celebration

Asyik Beri Contoh Pengurusan Dan Kejayaan Usahawan Luar Negara Ja Kenapa Bukan Syed Mokhtar


echo '';
Kenapa Manusia Suka Main Game Simulasi Rutin Harian

One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria


Lirik Lagu Kita Jumpa Lagi Asmidar Ahmadul Amin

Dosa Tak Terampun

Utamakan Akhirat Berbanding Dunia

Kesan Paracetamol Secara Berlebihan

Tiket Bangi Wonderland Waktu Operasi Harga Dan Cara Beli Tiket Online

Bersilat Pukul Empat Pagi