Egumis Semakan Wang Tak Dituntut Online Proses Bayaran Balik


Nak semak wang tak dituntut online? Layari portal rasmi eGUMIS di http://egumis.anm.gov.my/
Nak semak wang tak dituntut online? Layari portal rasmi eGUMIS di http://egumis.anm.gov.my/

eGUMIS atau Electronic Government Unclaimed Money Information System akan dilancarkan bagi mempercepatkan proses semakan wang tak dituntut online. Berikut adalah garis panduan permohonan tuntutan WTD 2020.

Sistem tersebut boleh diakses terus di portal rasmi Jabatan Akauantan Negara Malaysia (JANM) bermula 1 Januari 2020.


Dalam satu sidang media, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Othman Aziz berkata terdapat 52,015 permohonan tuntutan bayaran balik wang tidak dituntut telah dibuat pada tahun ini dengan 34,353 permohonan dari sekitar Kuala Lumpur sahaja.

Baca juga: Jangan lupa semak juga caruman KWSP tak dituntut secara online. Semakan WTD Online “Jabatan Akauntan Negara Malaysia akan turut menyertai Pusat Transformasi Komuniti Mudah Alih anjuran Kementerian Kewangan bagi membolehkan rakyat terutamanya di kawasan luar bandar mengakses dan menyemak status wang tidak dituntut,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini. Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Ahmad Fauzi Zahari tentang langkah yang dilaksanakan oleh kerajaan bagi memberi kesedaran kepada masyarakat terhadap kewujudan wang tak dituntut.



Mengikut laporan, sehingga 31 Oktober 2017 jumlah wang yang tidak dituntut adalah RM5.96 bilion dengan 70 peratus daripadanya disumbangkan oleh urusan perbankan seperti akaun simpanan, akaun semasa dan akaun simpanan tetap yang tidak aktif selama lebih tujuh tahun.

3 Kategori Wang Tidak Dituntut


Untuk makluman, terdapat 3 kategori WTD seperti yang diberitahu oleh Jabatan Akauntan Negara (JANM).

1. Wang yang kena dibayar di sisi undang-undang kepada empunya tetapi tidak dibayar dalam satu tempoh masa tidak kurang dari satu (1) tahun.

gaji, upahan, bonus, komisen dan wang lain yang kena dibayar kepada kakitangan;dividen;keuntungan yang diisytiharkan untuk dibahagikan;tuntutan insurans yang telah diluluskan untuk bayaran;draf bank, cashier’s order, dan dokumen lain yang mempunyai fungsi yang serupa di mana tempoh sah lakunya telah luput;simpanan tetap (tanpa arahan pembaharuan automatik) yang telah matang;cagaran dan deposit apabila tujuan wang itu dikutip telah tercapai.Pemiutang pelbagai atau penghutang pelbagai berbaki kredit.

2. Wang dalam sesuatu akaun yang tidak lagi dikendalikan oleh empunya akaun dalam satu tempoh masa tidak kurang daripada tujuh tahun.akaun simpanan;akaun semasa;Simpanan tetap (yang mempunyai arahan pembaharuan automatik).

Wang dalam sesuatu akaun dagangan yang telah tidak dikendalikan melalui apa-apa urusniaga dalam satu tempoh masa tidak kurang dari dua tahun.

akaun pemiutang daganganakaun penghutang dagangan berbaki kredit

Semakan WTD online boleh dibuat di portal rasmi eGUMIS di https://egumis.anm.gov.my/.

Tiada sebarang caj dikenakan ke atas permohonan bayaran WTD. Mulai tahun 2016, bayaran serahan WTD adalah melalui Online Banking.

Perlu diingatkan Kementerian Kewangan atau  Pendaftar Wang Tak Dituntut tidak pernah melantik mana-mana individu/firma/syarikat sebagai orang tengah atau agen untuk urusan tuntutan bayaran balik Wang Tak Dituntut. Jadi pastikan anda berhati-hati sekiranya terdapat mana-mana pihak yang cuba memanipulasi WTD dengan mengenakan sebarang caj tambahan.

Cara Membuat Semakan Wang Tak Dituntut Sementara menunggu sistem WTD online eGUMIS aktif sepenuhnya, anda boleh membuat semakan online WTD di seluruh negara. Caranya seperti berikut:

Sila ke kaunter JANM pada waktu bekerjaBawa bersama beberapa dokumen penting seperti MyKAD termasuk salinan sijil kematian sekiranya ingin menyemak bagi si matiSerahkan dokumen di kaunter JANM untuk pendaftaranPegawai JANM yang bertugas akan membuat semakan WTDStatus WTD akan diketahui dalam beberapa minit sahaja tanpa eGUMISPegawai berkenanan akan menyenaraikan segala wang yang boleh dituntut beserta cara membuat tuntutanSama seperti eGUMIS semakan ini 100% percuma Cara Membuat Tuntutan WTD eGUMIS Apabila Pendaftar WTD berpuashati bahawa pemohon adalah empunya yang sah, Pendaftar akan membayar kepada pemohon Wang Tak Dituntut dari Akaun Amanah Disatukan atau Akaun Hasil Disatukan.

Pemohon perlu menyakinkan Pendaftar WTD bahawa beliau adalah empunya sah atau mempunyai hak di sisi undang-undang ke atas WTD tersebut.

Tiada tempoh masa yang dihadkan bagi permohonan tuntutan WTD.

Langkah 1 : Layari pautan portal https://egumis.anm.gov.my/
Langkah 2 : Buat pendaftaran pengguna secara atas talian. Pengguna akan terima emel menyatakan kata laluan sementara untuk log masuk ke portal.
Langkah 3 : Log masuk portal menggunakan kata laluan sementara yang diemel. Pengguna perlu menukar kata laluan baharu.
Langkah 4 : Kemaskini maklumat pengguna.
Langkah 5 : Klik pada “KLIK DI SINI UNTUK CARIAN WANG TAK DITUNTUT” untuk membuat semakan WTD melalui nombor pengenalan diri atau nombor pendaftaran syarikat dan cetak maklumat Wang Tak Dituntut tersebut (jika ada)

Pendaftar WTD telah menetapkan garis panduan permohonan tuntutan WTD dengan menyenaraikan dokumen yang perlu dikemukakan semasa membuat tuntutan (Sila rujuk Brosur Garis Panduan Permohonan Tuntutan WTD).

Jabatan Akauntan Negara juga menyediakan perkhidmatan ePenyata Gaji bagi memudahkan urusan semakan slip gaji online.Senarai Semak Dokumen Diperlukan eGUMISBagi membuat permohonan tuntutan WTD, ada beberapa dokumen perlu dibawa bersama antaranya:
Borang UMA-7 yang lengkap diisi dan ditandatangani.Salinan kad pengenalan (hadapan dan belakang)/pasport pemohon bagi bukan warganegara.Dokumen asal (Contoh: buku bank/sijil simpanan tetap dan lain-lain).Surat pengesahan daripada syarikat yang membuat serahan WTD hendaklah disertakan jika dokumen asal tiada.Salinan muka hadapan buku akaun/penyata bank pemohon yang aktif serta disahkan oleh pihak bank (bayaran akan dikreditkan terus ke dalam akaun)Untuk maklumat lanjut anda boleh hubungi pejabat pendaftar WTD di alamat berikut:

Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM)
Bahagian Pengurusan Wang Tak Dituntut,
Tingkat 42, Menara Maybank
100 Jalan Tun Perak
50050 Kuala Lumpur
Tel: 03-2056 8000
Faks : 03-2072 5707 /2026 7430

Tanggungjawab Pendaftar WTD
Pemegang amanah terhadap WTD yang diterima.Membayar balik WTD kepada empunya WTD sekiranya terdapat permohonan tuntutan.Memeriksa rekod syarikat atau firma bagi memastikan kepatuhan peruntukan Akta.Mencadangkan kompaun dan hukuman denda terhadap syarikat atau firma yang gagal mematuhi peruntukan Akta.Makluman Serahan WTD Bagi Tahun 2017

Seperti yang telah dimaklumkan sebelum ini, Pendaftar WTD sedang dalam usaha pembangunan sistem baru yang membolehkan syarikat/firma membuat serahan WTD secara atas talian (online).

Walau bagaimanapun, dukacita dimaklumkan bahawa sistem baru eGUMIS masih dalam peringkat pembangunan dan oleh demikian prosedur sedia ada bagi serahan WTD (bagi tahun berakhir 31 Disember 2016) adalah dikekalkan.

Sehubungan itu, adalah menjadi tanggungjawab pihak syarikat/firma untuk mematuhi tarikh akhir penyerahan dokumen WTD iaitu selewat-lewatnya 31 Mac 2Q17. Pihak syarikat/firma perlu memastikan serahan WTD kepada Pendaftar adalah lengkap dengan perkara berikut:
Bukti bayaran serahan kepada Pendaftar iaitu Resit Online Banking;Dua (2) salinan asal Serahan Wang Tak Dituntut – Borang UMA4 (Pin. 1/2016);Tiga (3) salinan asal Daftar Wang Tak Dituntut – Borang UMA3 (Pin. 1/2002);Satu (1) salinan softcopy (cd) Daftar Wang Tak Dituntut UMA3Pihak Pendaftar WTD akan membuat hebahan mengenai pelaksanaan sistem baru kaiak melalui laman web rasmi Jabatan Akauntan Negara Malaysia (www.anm.gov.mv) dan akan memastikan syarikat/firma diberi masa yang mencukupi untuk membuat apa-apa pengubahsuaian sistem bagi memenuhi keperluan sistem serahan WTD secara talian (online) nanti.

Proses Serahan WTD

Berikut adalah proses serahan daftar wang tak dituntut bagi tahun berakhir 31 Disember 2016.
Seksyen 10 Akta Wang Tak Dituntut 1965, syarikat/firma bertanggungjawab untuk perkara berikut:
Menyelengggara dan menyimpan satu daftar bagi wang yang tidak dituntut sehingga 31 Disember mengikut format yang ditetapkan oleh Pendaftar WTD.Menyerahkan wang beserta dengan daftar wang tak dituntut tidak lewat dari 31 Mac tahun berikutnya.Mengemukakan daftar wang tak dituntut bagi tujuan pewartaan.Mulai tahun 2016, bayaran serahan WTD adalah melalui Online Banking. Untuk maklumat lanjut anda boleh baca dengan lebih terperinci termasuk muat turun borang penting WTD di web rasmi JANM di anm.gov.my






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://beritaup2date.blogspot.com/2021/09/egumis-semakan-wang-tak-dituntut-online.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mybkc 2021 Daftar Kemaskini Permohonan Baru Semakan Status Online

Mybkc 2021 Daftar Kemaskini Permohonan Baru Semakan Status Online

papar berkaitan - pada 7/9/2021 - jumlah : 672 hits
MyBKC 2021 DAFTAR KEMASKINI PERMOHONAN BARU SEMAKAN STATUS ONLINE Pendaftaran Kemaskini dan permohonan baru dengan cara Daftar MyBKC 2021 secara online di portal BKC bkc hasil gov my Betul ke kena buat Pendaftaran MyBKC Ya pengguna perlu me...
Bayaran Google Adsense Untuk Kali Kedua Ni Cara Keluarkan Duit Adsense Melalui Transfer Online

Bayaran Google Adsense Untuk Kali Kedua Ni Cara Keluarkan Duit Adsense Melalui Transfer Online

papar berkaitan - pada 24/8/2021 - jumlah : 349 hits
Alhamdulillah Semalam dapat e mail dari Google Adsense bayaran google adsense untuk blog k fiezz dalam proses pemindahan ke dalam akaun Rezeki rezeki Excited macam mula mula nak cash out duit dari akaun Adsense k fiezz tahun lepas haha Ni k...
Di Balik Banyaknya Bisnis Offiline Yang Gagal Beralih Ke Online Ini Nih Yang Penyebabnya

Di Balik Banyaknya Bisnis Offiline Yang Gagal Beralih Ke Online Ini Nih Yang Penyebabnya

papar berkaitan - pada 1/9/2021 - jumlah : 272 hits
Beralih dari bisnis offline ke online tapi tak kunjung menghasilkan Bahkan malah banyak yang gagal apa ya sebabnya
Bayaran Bkc Fasa 1 Dikreditkan Mulai Esok

Bayaran Bkc Fasa 1 Dikreditkan Mulai Esok

papar berkaitan - pada 6/9/2021 - jumlah : 203 hits
Dana berjumlah RM3 1 bilion beri manfaat kepada 10 juta penerima BANGI Proses pengkreditan Bantuan Khas COVID 19 bagi Fasa 1 akan bermula mulai esok Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata dana berjumlah RM3 1 bilion telah pu...
Bayaran Fasa Satu Bantuan Khas Covid19 Mulai 6 September Ismail Sabri

Bayaran Fasa Satu Bantuan Khas Covid19 Mulai 6 September Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 2/9/2021 - jumlah : 230 hits
Bantuan Khas Covid 19 akan dibayar secara berperingkat dengan bayaran Fasa Satu dikreditkan mulai 6 Sept dan dijangka selesai pada 10 Sept Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam kenyataan hari ini berkata dana berjumlah RM3 1 ...
Tak Boleh Guna Mesin Bayaran Parkir Lagi Hanya Terima E Wallet Sahaja

Tak Boleh Guna Mesin Bayaran Parkir Lagi Hanya Terima E Wallet Sahaja

papar berkaitan - pada 9/9/2021 - jumlah : 198 hits
Semalam pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah mengumumkan kaedah bayaran tempat letak kereta yang terbaru dan ia dikatakan tidak akan menggunakan mesin di tempat parkir lagi Perkara ini diumumkan di Facebook rasmi DBKL dengan hanya mengg...
6 Peran Penting Suami Dalam Proses Menyusui Bukan Sekadar Jadi Penonton

6 Peran Penting Suami Dalam Proses Menyusui Bukan Sekadar Jadi Penonton

papar berkaitan - pada 25/8/2021 - jumlah : 183 hits
Peran suami di sini nggak kalah penting untuk menyukseskan proses menyusui lo Simak ya
Nikmati Proses Dan Nikmati Perjalanannya

Nikmati Proses Dan Nikmati Perjalanannya

papar berkaitan - pada 2/9/2021 - jumlah : 219 hits
Sekarang ini bagi saya cara untuk tidak merasa tertekan dalam proses berusaha merealisasikan matlamat dan mencapai target adalah dengan ENJOY THE PROCESS dan ENJOY THE JOURNEY Untuk mencapai matlamat saya biasanya pecahkannya kepada langkah...
Alyah Masih Dalam Proses Hijrah Selepas Berhijab

Alyah Masih Dalam Proses Hijrah Selepas Berhijab

papar berkaitan - pada 26/8/2021 - jumlah : 314 hits
ALYAH tidak pernah melabelkan dirinya sebagai individu yang sudah berhijab sepenuhnya BERHIJRAH menuju kebaikan merupakan suatu fasa yang bukan mudah untuk diselusuri Lebih lebih lagi apabila karier yang ditunjangi berkait rapat dengan duni...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kesan Dunning Kruger Macam Pakar Tapi Sebenarnya Tak

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord

Tiket Escape Penang Harga Tiket Cara Pembelian Tahun 2025

Japan S First Plug In Hybrid Minivan In Two Versions Toyota Alphard And Vellfire

This Vivid Royal Enfield Bobber Is A Tasty Technicolor Treat