Egg Stra Padu Salted Egg Burger Dan Salted Egg Ayam Di Marrybrown
hai assalammualaikum
Egg-stra Padu Salted Burger dan Ayam Di Marrybrown - Sos salted egg sekarang memang digemari semua orang ye. Masakla dengan apa cara sekalipun, mesti orang akan makan. Nad sendiri memang suka sos salted egg ni, rasa masin tu, ditambah dengan bau daun kari dengan rasa kepedasan sikit disitu, aumm..memangg mantap ye gabungan ni. Aduh terliur pulak..hehehe..Hah, kalau korang nak tau, menu sos salted egg atau telur masin dah ada di Marrybrown...wuhuu!!!..Kalau korang pengemar salted egg, korang kene cuba hidangan Egg-stra padu Telur Masin ni di Marrybrown.
Egg-stra Padu Salted Egg Burger Dan Salted Egg Ayam Di MarrybrownYa, Marrybrown makanan fast food yang menjadi kegemaran semua, mengeluarkan dua menu salted egg iaitu Hotouch Burger dan MB Crispy Chicken yang rangup dengan limpahan dengan sos Telur Masin yang padu!
Bila dapat tau, terus nad cepat-cepat pergi ke Marrybrown..hehee. Lagipun dah dekat dengan rumah kan. Mestilah nak rasa menu baru Marrybrown ni.
Kita kasi close up sikit..hehehe..Nampak limpahan sos salted egg nya, sangat menggoda kan. Marrybrown telah membuat penyelidikan bagi mencipta rasa salted egg ni menepati dengan resipi tempatan Malaysia ni supaya digemari dan menetapi citarasa semua orang. Yeahh memang terbukti , menepati citarsa tekak nad..hehee..Bagi nad, rasa dia memang sedap, rasa masin, ditambah aroma daun kari dan pedas di situ. Nad memang seorang yang makan pedas, dan rasa dia memang mengancam guyss..
Dua menu Salted Egg Marrybrown
Salted Egg Burger didatangkan dengan burger, kentang goreng dan juga air.
Harga untuk Egg-stra Padu Salted Egg Burger boleh didapati dari pada harga dari RM 15.00
Salted Egg MB Crispy Chicken, pula didatangkan dengan dengan ayam, coslow, kentang putar dan air. Ayam boleh dua ketul atau tiga ketul.
Harga untuk Egg-stra Padu Salted Egg Crispy Chicken pula ialah
2pcs: Harga dari RM 15.90
3pcs: Harga dari RM 18.80
Kedua-dua hidangan kombo dihidangkan dengan minuman Heaven and Earth Ice Lemon Tea yang cukup menyegarkan.
“Kami sedar bahawa hidangan Telur Masin sudah menjadi satu trend dikalangan rakyat sejak kebelakangan ini. Bertepatan dengan sambutan luar biasa ini, kami yakin bahawa sos kami akan menjadi kegemaran kerana ia diperkayakan dengan sentuhan egg-stra dan kami tekad menggunakan telur masin sebenar untuk menambahkan rasa lemak berkrim lalu mengekalkan perisa umami pada sos ini,” ujar Dato’ Joshua Liew, Ketua Pegawai Eksekutif Marrybrown.
Hah korang kalau nampak Marrybrown, jangan lupa singgah ye..mesti kena cuba menu Sos Salted Egg ni tau. Order online pun boleh, ade delivery. Boleh tengok link di bawah.
Marrybrown telah menghidangkan berjuta-juta pelanggan di lebih daripada 500 restoran di 16 negara dengan objektif untuk memberikan standard kualiti tertinggi dalam perkhidmatan, kebersihan dan value for your perfect dining experience.
Untuk maklumat lanjut tentang Marrybrown dan promosinya, sila lawati:
Facebook: https://www.facebook.com/MarrybrownMalaysia
Instagram: https://www.instagram.com/marrybrownmy/
Youtube: https://www.youtube.com/user/MarrybrownTV
Delivery: http://mbdelivery.com.my
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.miszrockers.com/2020/06/egg-stra-padu-salted-egg-burger-dan_1.html