Eee Rasa Nak Makan Gigit Gigit Dia Cuteness Syndrome Ni Normal Bila Tengok Bayi


“Eee comelnya dia..geramnya!!!” sambil digigit manja tangan bayi. Terasa nak kunyah-kunyah si kecil ni disebabkan terlalu comel. Tapi normal ke sikap seperti ini? Ikuti perkongsian ini.

INGIN ‘GIGIT-GIGIT’ BAYI, NORMALKAH?
Tahukah anda keinginan kita untuk ‘gigit-gigit’ bayi, cubit-cubit pipi bayi, gomol bayi ataupun rasa seolah-olah ingin makan atau telan bayi apabila melihat bayi yang comel adalah satu perasaan yang normal dalam diri semua manusia normal?
Kecenderungan ini dikenali sebagai ‘cuteness syndrome’ ataupun ‘cuteness aggression.’
Konrad Lorenz, seorang pakar biologi dan ethologi (tingkah laku manusia) menyatakan bahawa bayi mempunyai ciri-ciri fizikal yang dikenali sebagai ‘baby schema’ iaitu mata bulat, kepala besar, badan kecil, kulit yang halus dan pergerakan yang gemalai hingga menyebabkan semua jatuh hati apabila melihat seorang bayi. ‘Baby schema’ ini akan menarik perhatian orang dewasa dan mewujudkan rasa ingin melindungi dan rasa ingin bertanggungjawab ke atas bayi tersebut.
Kenapa apabila melihat bayi yang comel kita rasa ingin gigit-gigit bayi atau lebih agresif lagi, ada yang hingga berkata “Rasa hendak makan makan” bayi comel tersebut?

Pakar Psikologi dari Yale University * mendapati bahawa terlalu banyak stimulasi kecomelan atau ‘cute stimuli’ dari ‘baby schema’ menimbulkan emosi positif yang berlebih-lebihan dalam diri seorang dewasa yang melihat seorang bayi.
EMOSI POSITIF yang berlebih-lebihan, atau terlampau teruja inilah yang mewujudkan ‘cuteness aggression’ atau rasa ingin gigit, cubit, gomol atau makan bayi. Apabila emosi positif berada pada tahap yang tinggi, kita berada dalam keadaan stres dan emosi perlu diseimbangkan kembali. ‘Cuteness aggression’ membantu orang dewasa untuk menyeimbangkan emosi positif yang berlebih-lebihan itu agar kembali ke paras yang normal.
Apabila ‘cuteness aggression’ ini berlaku, kita akan ketap gigi, genggam tapak tangan dan membuat kenyataan yang ‘agresif’ seperti “Eee!! Rasa nak makan-makan, gigit-gigit dia.”
Setelah mengeluarkan kenyataan ‘agresif’ yang sedemikian, emosi kita akan kembali terkawal, kita akan kembali tenang dari terlampau teruja dan kita akan berupaya untuk menjaga dan melindungi bayi itu dengan pemikiran yang lebih rasional, berjaga-jaga dan stabil.
Ini adalah fitrah semulajadi manusia. Bayi diciptakan Allah SWT dengan sifat yang sungguh comel pada pandangan mata kita supaya kita terus jatuh cinta dan ingin menyayangi dan melindunginya.

Bagi ibubapa pula, walaupun semua bayi dilahirkan comel, tidak ada bayi yang lebih comel di dunia ini berbanding bayi kita sendiri, bukan?
‘Cute stimuli’ ini mewujudkan ‘attachment’ atau perapatan antara ibubapa dan anak-anak dari peringkat bayi lagi.
Manusia yang normal tidak tergamak untuk menyakiti seorang bayi apatah lagi untuk menderanya secara fizikal atau pun seksual. Jika ada manusia yang sedemikian, dia memerlukan bantuan untuk kembali ke fitrah semulajadi manusia yang menyayangi dan melindungi kanak-kanak.
Diriwayatkan daripada Anas bin Malik R.A. bahawa telah datang seorang tua kepada Nabi S.A.W, dan orang ramai melambatkan pergerakan untuk memberikan ruang kepadanya. Lalu Baginda S.A.W bersabda maksudnya:
“Bukanlah daripada golongan kami barang siapa yang tidak mengasihi kanak-kanak dan tidak menghormati orang dewasa”.
(Hadis Riwayat Tirmizi: 1919)
*Rujukan:
Aragón, Clark, Dyer, and Bargh, ‘Dimorphous Expressions of Positive Emotion: Displays of Both Care and Aggression in Response to Cute Stimuli.’, Psychological Science 2015, Vol. 26(3) 259–273.
Kredit: Noor Afidah Abu Bakar
Parent Connect Consultancy
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Baca: Tak Keluar Rumah Pun Ibu Risau Kesihatan Anak. Ini Apa Yang Boleh Dibuat
JOM JOIN CABARAN RM10 SSPN X PA&MA
The post “Eee Rasa Nak Makan, Gigit-Gigit Dia” Cuteness Syndrome Ni Normal Bila Tengok Bayi appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/eee-rasa-nak-makan-gigit-gigit-dia-cuteness-syndrome-ni-normal-bila-tengok-bayi/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bayi Teruja Nampak Ibu Sebab Dia Nak Tahu Apa Pula Rasa Susu Ibu Yang Baru

Bayi Teruja Nampak Ibu Sebab Dia Nak Tahu Apa Pula Rasa Susu Ibu Yang Baru

papar berkaitan - pada 28/4/2021 - jumlah : 417 hits
Kita selalu dengar susu ibu adalah titisan emas Kenapa susu ibu kelihatan amat berharga di mata kita semua Kerana ia dibuat oleh Pencipta khusus untuk anak manusia Nak tahu lanjut ikuti perkongsian dari Kaunselor Laktasi Puan Nad Masrom Bac...
Kari Kepala Ikan D Warees Resipi Padu Rasa Buat Ketagih Nak Makan

Kari Kepala Ikan D Warees Resipi Padu Rasa Buat Ketagih Nak Makan

papar berkaitan - pada 21/4/2021 - jumlah : 404 hits
Apa menu Ramadan yang anda teringin nak rasa Bila tiba bulan puasa ni semuanya menu nampak enak dan terliur nak makan Kalau ingin nikmati kari kepala ikan dengan isi yang segar dan dihidang panas panas boleh datang ke Restoran D Warees Resi...
Pengalaman Paling Indah Dapat Rasa Sakit Bersalin Normal Dibedah Idayu Selamat Timang Cahaya Mata Pertama

Pengalaman Paling Indah Dapat Rasa Sakit Bersalin Normal Dibedah Idayu Selamat Timang Cahaya Mata Pertama

papar berkaitan - pada 20/4/2021 - jumlah : 240 hits
Bekas peserta program Akademi Fantasia Idayu selamat menimang cahaya mata sulungnya pada Jumaat lalu Penantian selama tujuh tahun itu berakhir dengan momen yang cukup indah saat Allah kurniakan rezeki memiliki bayi lelaki pada Idayu dan sua...
Rasa Tak Sedap Hati Suami Selamatkan Isteri Ibu Lahirkan Bayi Kembar Bertindak Luar Kawalan

Rasa Tak Sedap Hati Suami Selamatkan Isteri Ibu Lahirkan Bayi Kembar Bertindak Luar Kawalan

papar berkaitan - pada 19/4/2021 - jumlah : 259 hits
Panggilan kecemasan pada bomba terpaksa dibuat setelah seorang suami rasa tidak sedap hati setelah isterinya yang sedang berpantang mendiamkan diri dan mengunci dari dalam bilik Situasi ini cukup mendebarkan kerana setelah dipanggil beberap...
Mengadu Kawan Sekolah Tak Nak Makan Dato Lcw Kongsi Pengalaman Jawab Soalan Anak Tentang Puasa

Mengadu Kawan Sekolah Tak Nak Makan Dato Lcw Kongsi Pengalaman Jawab Soalan Anak Tentang Puasa

papar berkaitan - pada 14/4/2021 - jumlah : 327 hits
Semalam merupakan hari pertama umat Islam berpuasa Ramadan tahun ini nampaknya lebih meriah berbanding tahun lepas ketika ketika menyambutnya dalam musim PKP 1 0 Dalam keterujaan kita berpuasa sempat berkongsi tentang kisah anaknya Kingston...
Masa Nak Sujud Tu Rasa Gelap Dunia Anak Berebut Chopstick Tercucuk Mata Ibu Tengah Solat

Masa Nak Sujud Tu Rasa Gelap Dunia Anak Berebut Chopstick Tercucuk Mata Ibu Tengah Solat

papar berkaitan - pada 24/4/2021 - jumlah : 565 hits
Malang tak berbau Itu yang berlaku pada seorang ibu apabila matanya mengalami kecederaan yang agak serius gara gara anak berebut chopstick dan tercucuk ke dalam matanya ketika sedang solat berjemaah dengan suami Menerusi perkongsian oleh Um...
Apa Punya Bacul Lawan Sendiri La Kalau Dah Kuat Ahli Dah Berjuta Nak Makan Babi Sekawah Dengan Daging Juga Kah Ni

Apa Punya Bacul Lawan Sendiri La Kalau Dah Kuat Ahli Dah Berjuta Nak Makan Babi Sekawah Dengan Daging Juga Kah Ni

papar berkaitan - pada 15/4/2021 - jumlah : 225 hits
Jangan tutup rapat pintu rundingan Pertembungan antara sekutu sedikit sukar dielak tapi tak mustahil kata PAS April 14 2021Kamaruzaman berkata apa yang dimaksudkan Presiden PAS Abdul Hadi PAS sebelum ini bahawa rundingan antara dua parti it...
Masakan Baba Nyonya Cukup Rasa Dan Tidak Jemu Makan

Masakan Baba Nyonya Cukup Rasa Dan Tidak Jemu Makan

papar berkaitan - pada 17/4/2021 - jumlah : 462 hits
Negara kita mempunyai pelbagai kaum dan keturunan termasuklah keturunan Baba Nyonya atau Peranakan Keturunan ini banyak terdapat di Melaka dan Pulau Pinang Masakan mereka juga banyak dipengaruhi dengan kaum lain seperti Melayu India dan Cin...
Shaken Baby Syndrome Risiko Yang Bisa Ditimbulkan Jika Mengguncang Bayi Terlalu Keras

Shaken Baby Syndrome Risiko Yang Bisa Ditimbulkan Jika Mengguncang Bayi Terlalu Keras

papar berkaitan - pada 22/4/2021 - jumlah : 218 hits
Kan sering tuh saking gemasnya para orang tua mengguncang tubuh anak sampai ia rewel Padahal imbasnya ngeri lo
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Cuti Sekolah Tak Bosan Pelbagai Aktiviti Untuk Anak Anak

Telefilem This Is Pilah

Tip Masak Sagu Supaya Hasilnya Cantik Tak Melekat

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias

Kemalangan Tayar Lori Tercabut Punca Kronologi Kematian

Racun Rumput Paling Kuat Tips Penggunaan Racun Selamat