Masakan Baba Nyonya Cukup Rasa Dan Tidak Jemu Makan


Negara kita mempunyai pelbagai kaum dan keturunan termasuklah keturunan Baba Nyonya atau Peranakan. Keturunan ini banyak terdapat di Melaka dan Pulau Pinang. Masakan mereka juga banyak dipengaruhi dengan kaum lain seperti Melayu, India dan Cina namun ada perbezaan dan ciri tertentu. RASA kongsikan lapan resipi berasaskan makanan laut Baba Nyonya untuk anda cuba.
 JIU HU CHAR
BAHAN-BAHAN:
1 ekor sotong kembang | potong panjang
1/2 biji lobak merah | potong julliene
1 biji Benggala hijau |potong julliene
1/2 biji kubis | potong kasar
1 paket cendawan
BAHAN-BAHAN UNTUK MENUMIS:
5 biji bawang merah | hiris nipis
3 ulas bawang putih | hiris nipis
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan minyak bijan
½ mangkuk air
1 sudu makan minyak masak untuk menggoreng
Sedikit garam dan gula
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak masak di dalam kuali. Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga kekuningan. Masukkan sos tiram, minyak bijan dan sedikit air.Masukkan sotong, goreng sehingga lembut. Kemudian masukkan bahan-bahan lain seperti lobak merah, cili Benggala hijau, kubis dan cendawan.Akhir sekali masukkan perasa seperti garam dan gula secukup rasa.Angkat dan sedia dinikmati.Info chef:  Boleh juga masukkan sengkuang untuk lebih sedap.
Saiz hidangan: 3-4 orang
Waktu memasak: 40 minit
Jenis hidangan : Peranakan
Keistimewaan : Rasa kenyal sotong bila dikunyah
Jenis masakan : Lauk pauk
Cara memasak : Tumis dan goreng
Anggaran kos: RM12

UDANG MASAK LEMAK NANAS
BAHAN-BAHAN:
10 ekor Udang XL  | potong janggutnya dan bersihkannya
1 biji nanas | potong dadu
2 biji tomato | belah empat
2 biji cili merah | hiris
2 keping asam gelugur
2 batang serai | titik
1 helai daun kunyit | koyakkan
1 mangkuk santan
½ mangkuk air
Garam dan gula secukupnya
 BAHAN-BAHAN KISAR:
8 biji cili api
3 biji bawang merah
1 inci kunyit hidup
CARA MEMASAK:
Di dalam periuk masukkan bahan-bahan kisar, serai dan air ke dalam periuk.Renehkan seketika sehingga bahan-bahan kisar masak. Kemudian masukkan nanas dan asam gelugur, biarkan ia masak seketika.Apabila sudah mendidih, masukkan santan, udang, tomato dan cili merah. Biarkan udang masak dan masukkan daun kunyit.Akhir sekali perasakan garam dan gula secukup rasa. Kacau dan angkat.Sedia dinikmati bersama nasi putih panas.Info chef:   Udang tak perlu dibuang kulit.
Saiz hidangan: 3-4 orang
Waktu memasak: 40 minit
Jenis hidangan : Peranakan
Keistimewaan : Rasa masam nanas dan tomato buka selera
Jenis masakan : Lauk pauk
Cara memasak : Reneh
Anggaran kos: RM15-RM20

UDANG MASAK ASAM
BAHAN-BAHAN:
10 ekor udang XL | bersihkan dan potong janggut
½  mangkuk air asam jawa pekat
1 batang daun saderi  | potong serong
Sedikit gula Melaka mengikut rasa
Sedikit daun bawang
Minyak masak secukupnya
BAHAN-BAHAN TUMIS:
3 ulas bawang merah | hiris nipis
2 ulas bawang putih  | hiris nipis
1 biji cili merah | hiris nipis
CARA MEMASAK:
Perap udang bersama dengan air asam jawa. Kemudian goreng dengan sedikit minyak. Goreng seketika dan angkat. Ketepikan.Kemudian dengan minyak yang digoreng udang tadi, tumis bahan tumisan sehingga naik bau.Kemudian masukkan air asam jawa daripada perapan udang tadi dan daun saderi. Akhir sekali masukkan gula Melaka dan perasakan dengan garam secukup rasa.Angkat dan sedia dinikmati.Info chef:  Tabur sedikit daun bawang ketika menghidang.
Saiz hidangan: 3-4 orang
Waktu memasak: 40 minit
Jenis hidangan : Peranakan
Keistimewaan : Rasa masam dan manis
Jenis masakan : Lauk pauk
Cara memasak : Goreng dan tumis
Anggaran kos: RM15-RM20

 SOTONG MASAK SAMBAL PETAI
BAHAN-BAHAN:
1 papan petai | buang kulit
10 ekor sotong basah  | potong, belah, kelar (tanpa putus)
1 mangkuk cili kering yang dikisar
7 biji bawang merah | dikisar
3 ulas bawang putih | dikisar
1 sudu makan pes tomato
½  mangkuk air asam jawa
2 biji tomato | dibelah 4
1 labu bawang besar | hiris
3 sudu makan minyak untuk menggoreng
Garam dan gula secukupnya
CARA MEMASAK:
Dalam kuali, panaskan minyak dan goreng sebentar petai. Angkat dan ketepikan.Kemudian menggunakan minyak yang sama, tumis bahan-bahan yang dikisar seperti cili kisar, bawang merah dan bawang putih.Kemudian masukkan pes tomato, air asam jawa dan biarkan ia masak seketika.Apabila ia sudah mendidih, masukkan udang dan petai.Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.Akhir sekali masukkan tomato dan hirisan bawang besar.Info chef:  Enak dinikmati bersama nasi putih panas.
Saiz hidangan: 3-4 orang
Waktu memasak: 40 minit
Jenis hidangan : Peranakan
Keistimewaan : Aroma petai tambah kesedapan masakan
Jenis masakan : Lauk pauk
Cara memasak : Goreng dan tumis
Anggaran kos: RM12- RM15
KETAM SAMBAL NYONYA
BAHAN-BAHANNYA:
3 ekor ketam  | bersihkan
Sedikit garam
Sedikit serbuk kunyit
Minyak masak secukupnya
BAHAN-BAHAN TUMIS:
4 biji bawang merah | hiris nipis
3 ulas bawang putih | hiris nipis
1 sudu makan serbuk kari ikan
1 sudu makan taucu
2 tangkai daun kari
BAHAN-BAHAN LAIN:
½  mangkuk air asam jawa
Minyak untuk menggoreng
Garam dan gula secukupnya
CARA MEMASAK:
Gaulkan ketam dengan garam dan kunyit. Kemudian goreng ketam seketika dan angkat. Ketepikan.Tumis bahan-bahan tumis seperti bawang merah, bawang putih dan daun kari hingga terbit bau. Kemudian masukkan taucu dan serbuk kari ikan.Biarkan ia masak seketika dan masukkan air asam jawa.Apabila ia mereneh, masukkan perasa seperti garam dan gula secukup rasa.Akhir sekali masukkan ketam yang telah digoreng tadi. Gaul sebati.Angkat dan sedia dihidangkan.Info chef:  Kalau mahu lebih pedas, boleh masukkan sedikit cili kisar ketika menumis.
Saiz hidangan: 3 orang
Waktu memasak: 40 minit
Jenis hidangan : Peranakan
Keistimewaan : Rasa kari yang lazat
Jenis masakan : Lauk pauk
Cara memasak : Tumis dan goreng
Anggaran kos: RM15-RM20

KARI BEBOLA NYONYA
BAHAN-BAHAN:
UNTUK BEBOLA IKAN:
500gm isi ikan Tenggiri
1 sudu makan tepung jagung
Air garam secukupnya
BAHAN-BAHAN TUMIS:
5 biji bawang merah | kisar halus
3 ulas bawang putih | kisar halus
½ inci halia | kisar halus
½ inci lengkuas | kisar halus
4 batang cili merah | kisar halus
1 mangkuk air asam jawa
1 sudu makan serbuk ketumbar
1 sudu makan jintan manis
Minyak untuk menggoreng secukupnya
Garam dan gula secukupnya
Minyak masak secukupnya
BAHAN-BAHAN SAYURAN:
1 batang terung | potong panjang
2 biji tomato | belah 4
5 batang bendi
CARA MEMASAK:
Kikis kulit ikan tenggiri, ambil isi ikannya sahaja.Kemudian hancurkan isi ikan tenggiri dengan lumat dan masukkan air garam serta tepung jagung. Adun hingga boleh membentuk doh untuk membuat bebola ikan. Ketepikan.Untuk membuat kari; tumis bahan-bahan yang telah dikisar halus seperti bawang merah, bawang putih, cili merah, halia dan lengkuas ke dalam periuk.Selepas itu masukkan serbuk ketumbar dan serbuk jintan manis dan kacau sehingga naik bau.Kemudian masukkan air asam jawa dan biarkan ia mereneh seketika.Bentukkan bebola ikan dan masukkan ke dalam renehan tumisan tadi.Setelah bebola itu terapung ke atas bermakna bebola itu sudah masak.Kemudian masak masukkan sayur-sayuran seperti terung, tomato dan bendi sehingga separuh masak.Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Angkat dan sedia dinikmati.Info chef:  Boleh juga masukkan cili hijau untuk lebih sedap.
Saiz hidangan: 3-4 orang
Waktu memasak: 40 minit
Jenis hidangan : Peranakan
Keistimewaan : Lauk yang lengkap kerana ada sayuran dan protein
Jenis masakan : Lauk pauk
Cara memasak : Tumis, goreng dan reneh
Anggaran kos: RM12-RM15

Resipi: Terima kasih Suhaili Mohd Noor, Seri Kembangan, Selangor.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://rasanakmasak.blogspot.com/2021/04/masakan-baba-nyonya-cukup-rasa-dan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mazola Melting Paling Mudah Cukup Rasa Lemak Kacangnya Ranggup Gerenti Sedap

Mazola Melting Paling Mudah Cukup Rasa Lemak Kacangnya Ranggup Gerenti Sedap

papar berkaitan - pada 23/4/2021 - jumlah : 372 hits
Macam macam biskut moden yang diolah dengan pelbagai resipi menjadi pilihan tiap kali menjelang hari raya Namun bagi sesetengah individu biskut style lama tetap tiada tandingannya walaupun banyak pilihan yang ada sekarang Ok kali ini bagi p...
Himpun Duit Sampai Cukup Henti Kerja Makan Gaji Awal Macam Mana Nak Buat

Himpun Duit Sampai Cukup Henti Kerja Makan Gaji Awal Macam Mana Nak Buat

papar berkaitan - pada 12/4/2021 - jumlah : 343 hits
Saya ada kongsikan satu pergerakan antarabangsa yang dinamakan FIRE dalam page facebook hidupringkas baru baru ini Tengok kat pautan ni Fire adalah singkatan pendek kepada financial independence retire early Untuk me Malaysia kan The post a...
Kari Kepala Ikan D Warees Resipi Padu Rasa Buat Ketagih Nak Makan

Kari Kepala Ikan D Warees Resipi Padu Rasa Buat Ketagih Nak Makan

papar berkaitan - pada 21/4/2021 - jumlah : 403 hits
Apa menu Ramadan yang anda teringin nak rasa Bila tiba bulan puasa ni semuanya menu nampak enak dan terliur nak makan Kalau ingin nikmati kari kepala ikan dengan isi yang segar dan dihidang panas panas boleh datang ke Restoran D Warees Resi...
Sambal Telur Pecah 3 Rasa Menu Jimat Masa Makan Nasi Panas Panas Terangkat

Sambal Telur Pecah 3 Rasa Menu Jimat Masa Makan Nasi Panas Panas Terangkat

papar berkaitan - pada 14/4/2021 - jumlah : 335 hits
Menu telur antara yang menjadi pilihan seisi keluarga dan paling mudah nak sediakan dalam apa keadaan sekalipun Sama ada untuk hidangan sarapan pagi makan tengah hari atau makan malam Walaupun hanya digoreng dan diletakkan kicap sahaja dah ...
Mee Celup Ala Thai Perfect Aromanya Membuka Selera Makan Tak Cukup Semangkuk

Mee Celup Ala Thai Perfect Aromanya Membuka Selera Makan Tak Cukup Semangkuk

papar berkaitan - pada 11/4/2021 - jumlah : 363 hits
Menu mee celup antara yang menjadi kegemaran ramai di semua peringkat usia Sesekali jika bosan sangat makan nasi ini antara juadah yang senang dan boleh dihidangkan pada ahli keluarga Dalam satu mangkuk itu tersedia hidangan lengkap kerana ...
Pandainya Nak Suap Sendiri Fatima Cukup Enam Bulan Fazura Teruja Suapkan Anak Makan

Pandainya Nak Suap Sendiri Fatima Cukup Enam Bulan Fazura Teruja Suapkan Anak Makan

papar berkaitan - pada 3/4/2021 - jumlah : 650 hits
Pengalaman menyuapkan anak makan buat pertama kalinya menjadi momen paling berharga buat ibu Debaran untuk melihat reaksi anak sudah semestinya ditunggu tunggu malah bimbang anak tidak mahu makan turut menjadi keraguan bagi semua ibu bapa P...
Jenis Jenis Bawang Mempunyai Rasa Sedap Berbeza Dalam Masakan Pastikan Anda Tidak Silap

Jenis Jenis Bawang Mempunyai Rasa Sedap Berbeza Dalam Masakan Pastikan Anda Tidak Silap

papar berkaitan - pada 19/4/2021 - jumlah : 360 hits
Terdapat pelbagai jenis bawang yang ada dijual sama ada di kedai runcit atau di pasar raya Ramai yang tidak tahu apakah kegunaan dan perbezaan bawang bawang ini Ternyata setiap jenis bawang sebenarnya mempunyai rasa sedap yang berbeza dalam...
Tak Jemu Makan Lekor Laris

Tak Jemu Makan Lekor Laris

papar berkaitan - pada 14/4/2021 - jumlah : 214 hits
AssalamualaikumTak Jemu Makan Lekor Laris Ini kisah sebelum ramadan Biasalah ada anak kecil ni stok makanan mesti kena ada Tambah pula anak anak memang suka keropok lekor Meh kita kenali keropok lekor sikit Keropok lekor ni memang terkenal ...
Makan Terlalu Cepat 5 Kesan Buruk Pada Kesihatan Yang Ramai Tak Perasan

Makan Terlalu Cepat 5 Kesan Buruk Pada Kesihatan Yang Ramai Tak Perasan

papar berkaitan - pada 15/4/2021 - jumlah : 331 hits
Pernah tak kita makan terlalu cepat sebab rasa lapar dan tak sabar tengok menu yang sedap sedap Mungkin ada antara kita yang tak perasan mereka makan terlalu cepat ketika berbuka Ada yang nak cepat untuk kejar masa dengan hausnya dengan lap...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Lirik Lagu Curang Abg Pau


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kesan Dunning Kruger Macam Pakar Tapi Sebenarnya Tak

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord

Tiket Escape Penang Harga Tiket Cara Pembelian Tahun 2025

Japan S First Plug In Hybrid Minivan In Two Versions Toyota Alphard And Vellfire

This Vivid Royal Enfield Bobber Is A Tasty Technicolor Treat