Edisi Khas Set Pengurusan Jenazah Kaf Digital Media
Setiap yang hidup pasti akan
merasai mati tetapi sejauh mana persediaan kita yang masih hidup ini dalam
menghadapinya. Menjadi kewajipan setiap umat Islam untuk melengkapkan diri
dengan ilmu dan keperluan dalam menjalankan tanggungjawab fardu kifayah ini.
Di mana kamu berada, maut akan
mendapatkan kamu (apabila sampai ajal), sekalipun kamu berada dalam
benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh.
Surah al-Nisa’ 4: 78
SET KAIN KAFAN
EDISI DATO' KAZIM ELIAS
'SATU RUMAH SATU
KEPERLUAN'
Baru-baru ini AlongMurni (AM)
berkesempatan untuk turut sama hadir ke Majlis Pelancaran Set Kain Kafan Edisi
Dato’ Kazim Elias yang bertempat di Restoran Ketam Viral, Bangi.
Dalam majlis tersebut, Dato’
Kazim Elias juga menegur segelintir masyarakat yang mengambil sikap tidak ambil
tahu, memandang enteng, atau tidak merasa terpanggil untuk membantu menguruskan
jenazah dalam kariah mereka.
Mereka menganggap tugas menguruskan jenazah adalah
tugas dan tanggungjawab imam, bilal dan siak melaksanakan tuntutan fardhu
kifayah dan mereka fikir mereka tidak perlu melibatkan diri dalam perkara
tersebut.
Secara peribadi AM sangat
bersetuju dengan kenyataan Dato’ Kazim Elias kerana AM sendiri saksikan bila setiap kali berlaku kematian, ramai ahli
keluarga, saudara-mara, jiran tetangga dan sahabat-handai datang menziarahi
jenazah. Namun di kalangan mereka, ada yang membaca surah yasin dan bertahlil.
Tetapi ramai yang hanya duduk dan menunggu, sambil berbual-bual.
Alangkah baiknya kalau kita
sama-sama membaca Al-Fatihah, membaca Al-Quran dan lain-lain lagi ataupun
sama-sama membantu menguruskan jenazah, dari tugas memandi, mengkafan,
menyembahyang, menggali lubang kubur serta lain-lain tugas yang berkaitan.
Menyedari bahawa kurangnya
pendedahan tentang kepentingan penyediaan awal set pengurusan jenazah di setiap
rumah, KAF Digital Media, mula mendapat inspirasi untuk memperluaskan produk
jualannya.
Membawa tagline "satu rumah,
satu keperluan", KAF Digital Media komited memupuk inisiatif masyarakat
terutamanya yang beragama islam supaya menyediakan set kelengkapan pengurusan
jenazah di setiap rumah.
Pengeluaran sebanyak 1,500 Set
Lengkap Pengurusan Jenazah edisi Dato' Mohammad Kazim Elias bakal berada di
pasaran tidak lama lagi. Edisi ini menampilkan pendakwah bebas, Dato' Kazim
Elias sebagai jurucakap.
Menariknya, set ini didatangi
lengkap dengan 22 jenis item antaranya jubah, telekung, sabun bidara, kain
kafan, kapur barus dan pelbagai lagi. la juga boleh digunakan untuk jenazah
lelaki dan perempuan.
Harga bagi setiap set hanya RM249
dan pembelian hanya boleh dibuat secara dalam talian di www.kafanmalaysia.com
Syarikat KAF Digital media
ditubuhkan pada tahun 2023 diasaskan oleh tiga orang anak muda iaitu Khairul
Manaf, Anas Abd Rahman dan Fawzan Ismail. Setiap pengeluaran dikeluarkan
sendiri dari kilang milik KAF Digital Media yang terletak di Desa Coalfield, Sg.
buloh.
KAF Digital Media juga membuka
jualan secara OEM dimana jika terdapat mana mana pihak yang ingin membuat
penjenamaan sendiri bagi set pengurusan jenazah dan menginfakan set pengurusan
jenazah.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.alongmurni.com/2024/05/edisi-khas-set-pengurusan-jenazah-kaf-digital-media.html