Ecrl Tetap Diteruskan Jika Harga Bersesuaian Tun M


KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad mengulangi pendirian bahawa projek Laluan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) akan diteruskan sekiranya harga yang ditawarkan bersesuaian.
Perdana Menteri berkata pihaknya mempertimbangkan meneruskan rancangan projek ECRL berbanding perlu membayar pampasan besar jika dibatalkan dan mahu meneruskannya pada harga yang dikurangkan.
Beliau juga mengakui dalam pemikirannya sudah mempunyai harga baharu projek ECRL tetapi enggan mendedahkannya.
“Ya, ada (harga baharu) tetapi saya tidak dapat mendedahkannya kepada anda,” katanya dalam wawancara bersama South China Morning Post (SCMP), di Manila, Filipina, semalam.
Dr Mahathir turut mengakui sukar untuk mencari penyelesaian kepada isu projek ECRL itu.
“Secara semulajadinya, China tidak mahu menghentikan projek itu kerana ia adalah projek besar. Saya rasa ia bagus untuk perniagaan.
“Sebaliknya, kita tidak mempunyai wang. Kita tidak mahu meminjam begitu banyak wang. Jadi, akan ada rundingan berterusan. Jika ia perlu diteruskan, harga yang ditawarkan perlu berpatutan kepada kita,” katanya.
Dr Mahathir berkata, kerajaan perlu membayar pampasan banyak jika membatalkan projek terbabit.
“Kita tahu tidak boleh membatalkan kontrak ini bagi sebelah pihak saja. Kita kena bayar pampasan.
“Pampasan boleh jadi sangat besar. Antara perlu membayar pampasan jika menghentikan projek dan meneruskan projek jika harga diturunkan, menjadi perkara yang kita akan pertimbangkan bagi melihat keputusan mana yang terbaik,” katanya.
Bulan lalu, Dr Mahathir dilaporkan berkata kerajaan hanya akan meneruskan projek ECRL sekiranya harga yang ditawarkan bersesuaian dan ketika ini, Malaysia tidak bersetuju dengan harga yang ditawarkan.
Sebaliknya, Malaysia berharap untuk mengeluarkan perbelanjaan kurang daripada kos yang ditawarkan iaitu lebih RM55 bilion, selain menegaskan bahawa bukan kerajaan tidak mahu meneruskan projek itu tetapi ketika ini kerajaan tidak mempunyai wang berkenaan.
Katanya, kos projek kereta api yang sangat mahal menyebabkan ia mengambil masa sehingga 30 tahun untuk membayar balik pinjaman dan akan dibebankan dengan faedah yang banyak sehingga akhirnya perlu membayar sehingga RM140 bilion.
Sebelum ini, Dr Mahathir berkata perbincangan dengan kontraktor mendedahkan bahawa projek itu boleh dilaksanakan dengan kos RM35 bilion, iaitu jauh lebih rendah daripada harga asal RM55 bilion yang dipersetujui sebelum ini.
Projek ECRL bernilai RM81 bilion diluluskan Kabinet pada Oktober 2016 dan pembinaannya akan dikendalikan oleh China Communication Construction Company Ltd (CCCC), manakala pembiayaan pula akan disediakan oleh Bank Eksport-Import China (Exim Bank of China).
Dalam wawancaran bersama SCMP itu, Dr Mahathir berkata jika terpaksa berpihak dalam persaingan geopolitik dan perang perdagangan antara China dan Amerika Syarikat (AS), beliau mengakui Malaysia memilih China.
Katanya, pada masa ini tindakan AS sukar diramalkan dan pihaknya perlu menerima China yang lebih dekat dan mempunyai pasaran yang besar, sekali gus boleh mendapat manfaat daripada kekayaan China yang semakin meningkat.
Perdana Menteri berkata, pertimbangan Malaysia mengenai hubungannya dengan China juga tidak akan dipengaruhi momokan negara Barat yang mendakwa syarikat telekomunikasi China, Huawei terbabit dalam pengintipan.
Bagaimanapun, katanya, Putrajaya memerhatikan dengan teliti dan mengadakan perbincangan mengenai sekiranya pembabitan firma itu dalam rangkaian internet berkelajuan tinggi 5G di Malaysia akan menimbulkan ancaman terhadap keselamatan negara.
“Walaupun China menyebarkan pengaruhnya di negara ASEAN dan di seluruh dunia melalui inisiatif One Belt One Road, ia tidak kelihatan seperti republik itu ‘mahu membina empayar’,” katanya.
The post ECRL Tetap Diteruskan Jika Harga Bersesuaian – Tun M appeared first on MySuara.Net.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mysuara.net/berita/ecrl-tetap-diteruskan-jika-harga-bersesuaian-tun-m/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerana Dendam Terhadap Najib Apa Sudah Jadi Dengan Malaysia Baharu Tun Viralhancing

Kerana Dendam Terhadap Najib Apa Sudah Jadi Dengan Malaysia Baharu Tun Viralhancing

papar berkaitan - pada 11/3/2019 - jumlah : 652 hits
Rakyat khususnya orang Melayu berhak bertanya Tun Dr Mahathir Mohamad apa sudah jadi dengan Malaysia Baharu Dari semasa ke semasa semakin bercelaru dan haru biru Ada pihak mempertahankan perhimpunan menyokong golongan lesbian gay biseksual ...
Malaysia Baharu Haru Biru Akibat Dosa Politik Tun M

Malaysia Baharu Haru Biru Akibat Dosa Politik Tun M

papar berkaitan - pada 11/3/2019 - jumlah : 416 hits
Rakyat khususnya orang Melayu berhak bertanya Tun Dr Mahathir Mohamad apa sudah jadi dengan Malaysia Baharu Dari semasa ke semasa semakin bercelaru dan haru biru Ada pihak mempertahankan perhimpunan menyokong LGBT di Putrajaya ahli politik ...
Malaysia Tidak Boleh Terima Perkahwinan Sejenis Lgbt Tun M

Malaysia Tidak Boleh Terima Perkahwinan Sejenis Lgbt Tun M

papar berkaitan - pada 10/3/2019 - jumlah : 344 hits
PUTRAJAYA Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengingatkan Suruhanjaya Hak Asasi Malaysia Malaysia bahawa Malaysia tidak boleh menerima semua perkara yang dianggap sebagai hak asasi manusia oleh Barat termasuk perkahwinan sejenis Loadin...
Warkah Tun Dr Mahathir

Warkah Tun Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 12/3/2019 - jumlah : 388 hits
Inilah insan yang telah dihina dan dimaki hanya kerana masih memperjuangkan nasib negara Malaysia yang belum selesai DIiktiraf oleh dunia kerana berani dan lantang menentang Yahudi dan memperjuangankan nasib rakyat Palestin dan Bosnia yang ...
Tidak Tolak Cadangan Tutup Mas Tun M

Tidak Tolak Cadangan Tutup Mas Tun M

papar berkaitan - pada 12/3/2019 - jumlah : 288 hits
Kerajaan tidak tolak kemungkinan untuk menerima cadangan supaya Malaysia Airlines Berhad ditutup bagi menangani masalah hutang yang ditanggung syarikat penerbangan negara itu Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata isu berkaitan den...
Ucapan Tun Mahathir Tunjuk Kerajaan Tiada Integriti Menyamun Dan Susahkan Rakyat

Ucapan Tun Mahathir Tunjuk Kerajaan Tiada Integriti Menyamun Dan Susahkan Rakyat

papar berkaitan - pada 13/3/2019 - jumlah : 399 hits
11 Mac 2019 SPB YDP Agong ke 16 Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah Sultan Ahmad Shah merasmikan Mesyuarat Kedua Parlimen Siri 14 Ada beberapa perkara yang menarik perhatian umum pada sidang parlimen kali ini Pertama inil...
Tun Mahathir Terdiam Bila Disoal Tentang Sijil Palsu Menteri Kabinet

Tun Mahathir Terdiam Bila Disoal Tentang Sijil Palsu Menteri Kabinet

papar berkaitan - pada 12/3/2019 - jumlah : 408 hits
KUALA LUMPUR Ketika sedang asyik berbicara tentang bagaimana integriti negara tercemar kerana pelbagai skandal rasuah oleh kerajaan terdahulu Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad terdiam seketika apabila beliau disoal pembangkang Ahli Pa...
Penjawat Awam Akan Dikurangkan Kerana Kerajaan Mengalami Bebanan Kewangan Kata Tun M Viralhancing

Penjawat Awam Akan Dikurangkan Kerana Kerajaan Mengalami Bebanan Kewangan Kata Tun M Viralhancing

papar berkaitan - pada 12/3/2019 - jumlah : 604 hits
KUALA LUMPUR Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan sedang mengkaji kaedah sesuai mengurangkan jumlah penjawat awam yang terlalu ramai dengan memindahkan mereka ke sektor swasta Perdana menteri berkata kerajaan menyediakan pilihan kepada penj...
The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Lirik Lagu Suara Rindu Khalis Real Spin

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Trump Revives Probe Over Digital Taxes


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Didie Alias Datang Lawat Amyza Aznan Beri Semangat Rai Hari Jadi Ke 19 Andre Di Wad

Misi 2025 Tingkatkan Kemahiran Untuk Pencapaian Peribadi

A Guide To Caring For The Borneo Redline Halfbeak Practical Fishkeeping

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya