Syarat Pemberian Kredit e-Wallet RM100 Madani
Dalam kenyataan sebelum ini, Kerajaan bersetuju untuk menawarkan kredit etunai sebanyak RM100 kepada semua rakyat dewasa Malaysia yang berpendapatan RM100,000 setahun dan ke bawah.
Sumber: BERNAMA
Tarikh Penebusan
Kredit etunai RM100 kepada rakyat dewasa berpendapatan bawah RM100,000 setahun akan dilakukan pada Disember 2023. – Steven Sim
LAIN-LAIN RANGKUMAN UCAPAN PERDANA MENTERI :
Kerajaan tawar kredit etunai RM100 kepada rakyat berpendapatan RM100,000 setahun dan ke bawah, lebih 10 juta orang layak
Kredit e-tunai RM100 untuk rakyat dewasa Malaysia berpendapatan RM100,000 setahun dan ke bawah, merangkumi lebih 10 juta rakyat B40 dan M40 dengan dana sekitar RM1 bilion
Kerajaan akan menambah peruntukan sebanyak RM400 juta untuk pinjaman mikro di bawah agensi termasuk SME Corp, Tekun, MARA dan Teraju
Kerajaan akan menumpukan usaha untuk mengantarabangsakan syarikat pemula dan PKS tempatan
Belanjawan MADANI 2023 bakal mengandungi lebih 70 inisiatif untuk perniagaan mikro dan kecil, menumpu kepada akses pinjaman, jaminan pembiayaan
Pengukuhan kewangan Islam akan menekankan pembiayaan ekuiti termasuk venture capital, equity crowdfunding dan ekonomi digital Islam, kewangan sosial Islam termasuk zakat, wakaf dan sadaqah, serta kaedah blended finance
Kerajaan alu-alukan syarikat pemula Malaysia seperti PolicyStreet, Dropee, Lapasar, dan Funding Societies yang boleh menjadi agen perubahan sektor PMKS melalui penyediaan pembiayaan alternatif seperti equity crowdfunding
Kerajaan akan melaksanakan dasar yang menyokong peningkatan upah berbanding KDNK kepada tahap 45 peratus selaras tahap negara lebih maju
Kerajaan akan menambah peruntukan sebanyak RM400 juta untuk pinjaman mikro di bawah agensi termasuk SME Corp, Tekun, MARA dan Teraju
Kerajaan berhasrat laksanakan levi pekerja asing berperingkat dengan sebahagian peningkatan hasil levi dikhususkan untuk program automasi serta latihan untuk pekerja tempatan
Kerajaan akan melaksanakan dasar perindustrian mengikut geografi iaitu pengkhususan aktiviti dan pelaburan mengikut wilayah supaya sejajar dengan kelebihan serta tahap pembangunan setiap wilayah
Kerajaan sediakan bantuan khas penghargaan RM300 kepada penjawat awam gred 56 dan ke bawah, RM200 kepada pesara kerajaan –
Lebih 2.3 juta penjawat awam termasuk pesara dapat manfaat darupada Bantuan Khas Penghargaan yang akan dibayar dalam tempoh dua minggu
Jaminan kerajaan sehingga RM5 bilion di bawah Syarikat Jaminan Kredit Perumahan untuk bantu rakyat miliki rumah
Kerajaan jamin tidak abaikan rakyat dalam hadapi cabaran kos sara hidup, terus sedia bantuan kepada yang memerlukan
|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |