E Pengambilan Pdrm 2022
e-PENGAMBILAN PDRM 2022 (Permohonan Polis & Semakan Panggilan)
Kepada Warga Malaysia bukan Bumiputera yang layak kini boleh mengisi kekosongan jawatan konstabel dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) tanpa perlu mendapat kepujian dalam subjek Bahasa Melayu peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Kelonggaran syarat itu diberi bagi permohonan jawatan konstabel Gred YA1 lelaki dan perempuan menerusi Pengambilan Khas Bukan Bumiputera mulai (akan dikemaskini)
Ia sebagai galakan supaya lebih ramai rakyat Malaysia bukan Bumiputera menyertai PDRM kerana pasukan ini memerlukan khidmat mereka.
Permohonan bagi jawatan polis boleh dibuat melalui Portal rasmi ePengambilan PDRM online.
APA ITU e-PENGAMBILAN PDRM?
ePengambilan PDRM ialah Sebuah portal rasmi Polis Diraja Malaysia yang mengendalikan urusan pengambilan dan permohonan jawatan polis yang ditawarkan secara sistematik. Melalui laman web ini juga, pemohon boleh membuat semakan status panggilan pada tarikh yang dimaklumkan dengan cepat dan mudah.
TARIKH PERMOHONAN e-PENGAMBILAN PDRM 2022
Proses pengambilan PDRM akan dibuka pada SETIAP TAHUN. Permohonan bagi jawatan PDRM akan dimaklumkan sekiranya terdapat kekosongan dalam masa terdekat.
NOTA: Tiada Kekosongan Jawatan Yang Ditawarkan Buat Masa Ini
CARA DAFTAR e-PENGAMBILAN PDRM
Berikut adalah Cara Mendaftar:
layari pautan https://epengambilanpdrm.rmp.gov.my/
Klik pada butang untuk membuat pendaftaran.
Isikan maklumat pengguna dan klik pada butang Serah.
Tunggu dan semak e-mel anda untuk mengaktifkan akaun.
Sekiranya tiada e-mel diterima, buka semula laman e-Pengambilan klik pada pautan [ Tidak Terima E-mel Pengaktifan ID] untuk tujuan pengaktifan akaun.
Sekiranya anda lupa Kata Laluan, klik pada pautan [Lupa Kata Laluan].
Sekiranya tiada e-mel diterima untuk Kata Laluan baru, klik pada pautan [ Tidak Terima E-mel Pemulihan Kata Laluan].
SEMAKAN JAWATAN e-PENGAMBILAN PDRM
Klik pada tab Skim Jawatan untuk menyemak syarat-syarat kelayakan memohon.
Sekiranya anda berminat, klik pada tab Iklan untuk menyemak
Jawatan yang di buka untuk pendaftaran.
Dalam tab Iklan, warna hijau adalah Jawatan yang di buka untuk pendaftaran, warna merah adalah jawatan yang belum dibuka.
Klik pada ikon tersebut untuk keterangan.
LOGIN e-PENGAMBILAN PDRM & CARA MENGISI BORANG
Berikut adalah cara login e-Pengambilan PDRM & cara mengisi borang:
Isikan ID Pengguna dan Kata Laluan dan Klik pada butang Log
Klik pada menu Maklumat Peribadi, maklumat data peribadi dengan * adalah input wajib. Sila klik pada butang Simpan sebelum kelangkah seterusnya.
Dalam tab Keluarga, maklumat ibu-bapa adalah input wajib untuk permohonan ini. Sila klik pada butang Simpan sebelum kelangkah seterusnya.
Dalam tab Akademik, maklumat SPM dan PT3/PMR adalah input wajib untuk permohonan ini. Sila klik pada butang Simpan sebelum kelangkah seterusnya.
Dalam tab Ko-Kurikulum, sekurang-kurangnya satu Ko-Kurikulum adalah wajib untuk permohonan ini. Sila klik pada butang Simpan sebelum kelangkah seterusnya.
CARA PERMOHONAN POLIS MELALUI LOGIN e-PENGAMBILAN PDRM
Klik pada menu Permohonan Polis > Permohanan Baru.
Sila pastikan maklumat peribadi, keluarga, akademik dan ko-kurikulum adalah betul sebelum kelangkah seterusnya.
Dalam tab Permohonan Jawatan, sila pilih jawatan yang ditawarkan.
Klik pada butang Simpan sebelum kelangkah seterusnya.
Dalam tab Pengakuan, sila pastikan anda memilih setiap pengakuan pemohon.
Dalam tab Pengesahan, sekiranya borang dihantar, pemohon tidak boleh dikemaskini. Oleh itu, anda perlu memastikan semua maklumat adalah lengkap dan tepat.
Klik pada butang Hantar Borang untuk hantar permohonan.
SEMAKAN STATUS PERMOHONAN e-PENGAMBILAN PDRM
Jika anda ingin menyemak status permohonan, klik pada menu Semak Status Permohonan.
Masukkan No.KP Baru dan klik pada butang Semak.
Status Pengambilan akan dipaparkan.
Sila cetak surat panggilan tersebut.
SEMAKAN KEPUTUSAN UJIAN SPIER – PDRM & PANGGILAN TEMU DUGA LISAN
Pengumuman : Semakan Status Panggilan Eksesais Temu Duga Lisan Bagi Jawatan Inspektor Polis Gred YA13 (Lelaki/ Wanita) Awam bermula 8 Ogos hingga 22 September 2022.
Calon dikehendaki untuk ‘Log Masuk’ dan Klik di ‘Semakan Status Permohonan’ dan klik ‘Semak’ untuk mengetahui status panggilan Temu Duga Lisan dalam Sistem e-Pengambilan PDRM.
Semua calon yang telah tersenarai dan dipanggil hendaklah menyediakan dokumen-dokumen seperti di dalam Surat Panggilan Temu Duga Lisan.
MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN
Untuk maklumat lanjut dan iklan jawatan terkini, sila rujuk laman web rasmi Polis Diraja Malaysia https://epengambilanpdrm.rmp.gov.my/
The post e-PENGAMBILAN PDRM 2022 (Permohonan Polis & Semakan Panggilan) appeared first on KekandaMemey.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kekandamemey.com/e-pengambilan-pdrm.html