Dwayne Johnson Tolak Pelawaan Vin Diesel Untuk Sertai Fast Furious 10 Anggap Ianya Manipulasi
Pelakon filem aksi, Dwayne Johnson yang sebelum ini pernah terlibat dalam francais Fast & Furious menolak pelawaan Vin Diesel untuk menyertai filem terakhir francais Fast & Furious yang akan menjalani penggambaran. Sebelum ini, Vin Diesel dan Dwayne Johnson mempunyai sengketa tersendiri sehinggakan Dwayne Johnson menolak untuk berlakon dalam Fast & Furious 9.
Sebelum ini, Vin Diesel pernah membuat ajakan terbuka di laman Instagramnya untuk mengembalikan watak Hobbs dalam filem terakhir francais berkenaan. Namun, dalam satu temubual bersama CNN Entertainment, Dwayne Johnson menyatakan bahawa ajakan itu hanyalah sekadar manipulasi.
Di dalam temubual itu, Dwayne Johnson menyatakan yang mereka berdua sudah berbincang secara peribadi dan menyatakan bahawa dia tidak akan kembali kepada francais berkenaan lagi. Namun, dia menyatakan sokongan kepada semua pelakon francais berkenaan.
I was very surprised by Vin's recent post. This past June, when Vin and I actually connected not over social media, I told him directly - and privately - that I would not be returning to the franchise. I was firm yet cordial with my words and said that I would always be supportive of the cast and always root for the franchise to be successful, but that there was no chance I would return. I privately spoke with my partners at Universal as well, all of whom were very supportive as they understand the problem.
Vin's recent public post was an example of his manipulation. I didn't like that he brought up his children in the post, as well as Paul Walker's death. Leave them out of it. We had spoken months ago about this and came to a clear understanding. My goal all along was to end my amazing journey with this incredible 'Fast & Furious' franchise with gratitude and grace. It's unfortunate that this public dialogue has muddied the waters. Regardless, I'm confident in the 'Fast' universe and its ability to consistently deliver for the audience, and I truly wish my former co-stars and crew members the best of luck and success in the next chapter
Menurutnya Dwayne Johnson lagi, dia tidak gemar apabila Vin Diesel menggunakan anaknya sebagai pancing untuk menariknya kembali ke dalam francais berkenaan. Malah, dengan menyebut kembali mendiang Paul Walker dalam status itu, ianya sudah cukup untuk memperlihatkan taktik Vin Diesel yang cuba untuk memanipulasi situasi demi untuk mengembalikan Dwayne Johnson dalam francais itu
Nampaknya, kita memang tidak akan dapat melihat kesudahan watak Luke Hobbs dengan sempurna. Tetapi, semestinya Dwayne Johnson tidak akan meninggalkan wataknya itu kerana sekuel Hobbs & Shaw tetap akan dilakonkan olehnya
Fast & Furious 10 dijangka tayang pada 2023.
LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK
==========================================
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.sukafilem.net/2021/12/dwayne-johnson-tolak-pelawaan-vin.html