Dunia Anaqi Hanya Di Hospital


bharian.com.my
Oleh Hazira Ahmad Zaidi
[email protected] Oktober 25, 2024 
Sejak dilahirkan lima bulan lalu, Muhammad Fahri Anaqi Fakrul Aizat hanya membesar di hospital dan bergantung sepenuhnya dengan alat bantuan pernafasan. - Foto Ihsan Keluarga
KUALA KRAI: Sejak dilahirkan lima bulan lalu, Muhammad Fahri Anaqi Fakrul Aizat hanya membesar di hospital dan bergantung sepenuhnya dengan alat bantuan pernafasan.

Ibunya, Siti Nordiana Shamidisham, 23, berkata, anak bongsu daripada empat beradik itu disahkan menghidap penyakit jantung berlubang ketika berusia dua bulan selepas dilahirkan pramatang dengan berat 950 gram pada usia kandungan 20 minggu.

Katanya, anaknya itu ditempatkan di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP) Kuala Krai sejak dilahirkan pada 19 Mei lalu sehingga sekarang dan tidak pernah dibawa balik ke rumah atau berjumpa dengan adik-beradiknya yang lain.

"Muhammad Fahri Anaqi tidak boleh dibawa pulang ke rumah berikutan perlu bergantung sepenuhnya kepada alat bantuan pernafasan disebabkan dia tidak boleh bernafas dengan sendiri akibat keadaan jantungnya yang berlubang.

"Setiap hari saya akan berulang alik dari rumah yang terletak di Kampung Batu Jong ke HSIP Kuala Krai untuk menjenguk keadaan Muhammad Fahri Anaqi," katanya ketika dihubungi.

Ibu kepada empat cahaya mata ini berkata, sebagai seorang ibu, dia tidak sanggup melihat keadaan anaknya yang masih kecil perlu memakai alat bantuan pernafasan bagi mengurangkan beban pada jantungnya.

"Pada masa sama, Muhammad Fahri Anaqi juga tidak dapat menyusu seperti bayi normal kerana terpaksa menggunakan tiub saluran dan keadaan itu menyebabkan saya sedih setiap kali melihat raut wajahnya yang masih belum mengerti apa-apa.

"Namun saya percaya ada hikmah di sebalik ujian ini dan berharap kami suami isteri kuat untuk membesarkan Muhammad Fahri Anaqi," katanya.

Katanya, doktor memaklumkan peluang Muhammad Fahri Anaqi untuk sembuh dan membesar seperti bayi lain adalah cerah melalui pembedahan yang akan dijalankan dalam masa terdekat ini.

"Saya juga tidak putus berdoa kepada Allah SWT agar Muhammad Fahri Anaqi dapat sembuh dan menjalani kehidupan normal seperti bayi lain," katanya.

Katanya, sejak Muhammad Fahri Anaqi dilahirkan dia yang sebelum ini bekerja di kedai makan kerap mengambil cuti disebabkan perlu berulang-alik ke hospital selain memberi perhatian kepada anaknya itu.

"Pendapatan suami, Fakrul Aizat Oni Sofea, 27, yang bekerja sebagai buruh tidak menentu menyebabkan kami sekeluarga perlu berjimat cermat kerana dalam masa sama perlu menyara tiga lagi anak yang berusia setahun tiga bulan hingga enam tahun," katanya.

Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh menghubungi Siti Nordiana Shamidisham di talian 016-9028610.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2024/10/dunia-anaqi-hanya-di-hospital.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lagu Jennie Mantra Dilarang Untuk Dimainkan Di Kbs Hanya Sebab Satu Kesalahan Ini

Lagu Jennie Mantra Dilarang Untuk Dimainkan Di Kbs Hanya Sebab Satu Kesalahan Ini

papar berkaitan - pada 24/10/2024 - jumlah : 241 hits
Hanya disebabkan satu kesalahan ini lagu terbaru Jennie Mantra telah dilarang untuk dimainkan menerusi KBS Artikel Berkaitan Menurut keputusan semakan muzik KBS Mantra dianggap tidak sesuai untuk penyiaran di saluran KBS kerana liriknya ada...
Ameera Khan Hanya Mahu Berkahwin Dengan Lelaki Yang Mampu Memberikan Nafkah Secukupnya Atau Lebih

Ameera Khan Hanya Mahu Berkahwin Dengan Lelaki Yang Mampu Memberikan Nafkah Secukupnya Atau Lebih

papar berkaitan - pada 24/10/2024 - jumlah : 276 hits
Pempengaruh media sosial Ameera Khan baru baru ini menarik perhatian ramai apabila mengungkapkan pandangannya mengenai calon pasangan hidup Dalam sebuah video TikTok Ameera yang juga adik kepada selebriti Neelofa mengaku bahawa dia selesa m...
Hanya Pembangkang Yang Gak Bijak Ulas Bab Ekonomi

Hanya Pembangkang Yang Gak Bijak Ulas Bab Ekonomi

papar berkaitan - pada 22/10/2024 - jumlah : 172 hits
Islah Belanjawan 2025 memperlihatkan komitmen kerajaan dalam menjaga golongan rentan melalui peningkatan bantuan kewangan seperti Sumbangan Tunai Rahmah yang lebih tinggi Selain itu peruntukan kepada sektor kesihatan dan pendidikan juga dit...
Nama Saya Hanya Hasmah Bukan Siti Hasmah

Nama Saya Hanya Hasmah Bukan Siti Hasmah

papar berkaitan - pada 28/10/2024 - jumlah : 118 hits
Menurut Tun Dr Hasmah Mohamad Ali nama sebenarnya tidak mempunyai Siti sebaliknya hanya Hasmah KUALA LUMPUR Isteri bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada Sabtu mendedahkan rahsia namanya yang sebelum ini dikenali sebagai Siti Ha...
Nak Berjimat Tapi Tetap Nak Produk Berkualiti Ini Pilihan Terbaik Dengan Hanya

Nak Berjimat Tapi Tetap Nak Produk Berkualiti Ini Pilihan Terbaik Dengan Hanya

papar berkaitan - pada 28/10/2024 - jumlah : 397 hits
Nak jimat tapi tetap nak produk berkualiti Ini pilihan terbaik Dengan hanya 75 sen Momo House Bamboo Tissue beri kelembutan 4 ply dan daya serap luar biasa Lupakan tisu biasa yang mudah koyak pilihan ini tahan lama eco friendly dan sesuai u...
10 Tipe Chef Profesional Yang Wajib Kamu Ketahui Sebelum Terjun Ke Dunia Kuliner

10 Tipe Chef Profesional Yang Wajib Kamu Ketahui Sebelum Terjun Ke Dunia Kuliner

papar berkaitan - pada 12/10/2024 - jumlah : 379 hits
BloggerBorneo com Jika kamu tertarik untuk terjun ke dunia kuliner penting untuk memahami peran dan tanggung jawab yang dimiliki oleh berbagai tipe chef profesional di dapur Dunia kuliner tidak hanya tentang memasak tetapi juga tentang mana...
Dapat Rm200 Masuk Dalam Kad Pengenalan Dengan Hanya Klik Pada Link Diberi Adalah

Dapat Rm200 Masuk Dalam Kad Pengenalan Dengan Hanya Klik Pada Link Diberi Adalah

papar berkaitan - pada 1/11/2024 - jumlah : 297 hits
Dapat RM200 masuk dalam kad pengenalan dengan hanya klik pada link diberi adalah scam Tak pasti jangan kongsi biarbetul The post appeared first on
Suami Kena Faham Perasaan Isteri Mereka Hanya Mahu Kasih Sayang Kita Jalaluddin Hassan

Suami Kena Faham Perasaan Isteri Mereka Hanya Mahu Kasih Sayang Kita Jalaluddin Hassan

papar berkaitan - pada 1/11/2024 - jumlah : 418 hits
Pelakon veteran Datuk Jalaluddin Hassan menitipkan pesanan kepada suami di luar sana untuk menghargai pengorbanan isteri masing masing Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh seorang pengguna di laman TikToknya Jalaluddin berkata suami memi...
Umno Pkr Leaders Mock New Ipr Coalition As Symbol Of Pn S Disunity

Macc Arrests Former Agency Staff Suspected Of Misusing Zakat Funds Meant For 28 Recipients

Quit Cabinet Post If Agc Files Appeal On Sabah Revenue Ruling Ewon Told

Dap Faces Uphill Battle To Hold Sabah S Chinese Vote Amid Growing Sabah For Sabahan Sentiment

Happy Deepavali 2025

Peace No Excuse To Neglect Nation S Defence Says Pm

I Ve Already Told Cabinet Members Not To Appeal Says Ewon

Majlis Khatam Hafazan Perdana


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Safety Wins The Behind The Scenes Standards Keeping Moab Tours Secure

Sarawak Jalin Kerjasama Dengan Korea Selatan Bangun Cip Ai Dan Semikonduktor

Ahmad Jais Untuk Bungamu Lirik

Terima Syarat Putin Atau Rusia Akan Musnahkan Ukraine Kata Dua Trump Kepada Zelenskyy

Dr Reshma Nair Prakash Mrs Universe 2025 3rd Runner Up Dari Malaysia Simbol Kekuatan Dan Kecantikan Wanita Asia

Sumbangan Pakaian Terpakai 3 0