Dulu Nak Gerak Solo Sekarang Zahid Hilang Keyakinan Kekuatan Parti


agendaily.com08/11/2022
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin berucap dalam pertemuan dengan peniaga di sebuah pusat perniagaan di Jitra, dalam kawasan Parlimen Kubang Pasu, Kedah, hari ini (8 November 2022).
Pengakuan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bahawa Barisan Nasional (BN) sanggup bekerjasama dengan mana-mana parti atau gabungan untuk membentuk kerajaan majoriti selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), mencerminkan ketidakyakinannya terhadap kekuatan BN.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata sebaliknya PN menyertai PRU-15 dengan keyakinan yang kukuh bahawa gabungan ini akan dapat membentuk kerajaan.

Presiden Bersatu itu berkata tumpuan kini adalah untuk mendapatkan sokongan daripada pengundi.

“Kami tidak tahu keputusannya, tetapi kami berazam untuk berjuang hingga ke akhirnya,” katanya kepada pemberita selepas melawat pengundi di kawasan Jitra di kawasan Parlimen Kubang Pasu, hari ini (8 November 2022).

Bekas Perdana Menteri itu berkata keyakinannya datang daripada perpaduan yang ditunjukkan antara parti komponen PN, khususnya selepas proses penamaan calon PRU-15.

Menurut Muhyiddin lagi PN terbukti menjadi satu-satunya gabungan yang tidak mengalami kejatuhan teruk dari segi sokongan selepas hari penamaan calon berbanding apa yang berlaku dalam BN dan PH.

“Inilah kestabilan yang kami tawarkan kepada pengundi dalam tinjauan ini,” katanya.

Tambahnya, ini mungkin disebabkan hasil ikatan yang kukuh dalam kalangan pemimpin PN daripada Bersatu, PAS dan Parti Gerakan Malaysia (Gerakan).

Muhyiddin berkata kenyataan dibuat Zahid itu menunjukkan beliau tidak yakin untuk membentuk kerajaan sendirian, sekali gus bermakna tidak percaya BN akan menang besar.

“Itu pandangan beliau (Zahid). Mari kita hadapi pilihan raya umum dahulu tanpa terlalu risau dengan keputusannya.

“Setakat ini, saya menjangkakan dan berharap akan ada gelombang kuat untuk mencuci segala sampah politik dalam negara termasuk BN dan Pakatan Harapan (PH).

“Oleh itu, saya tidak boleh meramalkan bahawa kita akan memerlukan lebih banyak kerusi (untuk membentuk kerajaan) atau kita bersedia untuk bekerjasama (dengan gabungan lain).

“Kenyataan Presiden UMNO itu menggambarkan beliau tidak yakin dengan kemampuan mereka untuk membentuk kerajaan.

“Dia tak yakin untuk membentuk kerajaan, tetapi pada masa sama, dia kata mereka (BN) akan membentuk kerajaan. Pada saya, itu adalah hak beliau untuk berkata demikian,” katanya

Semalam, Zahid berkata BN terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana parti atau gabungan, bukan hanya dengan PH, sekiranya parti itu gagal membentuk kerajaan majoriti selepas PRU-15.

Beliau berkata selain bekerjasama dengan Pengerusi PH Datuk Seri Anwar Ibrahim, BN mungkin juga bekerjasama dengan pemimpin politik dalam Gabungan Rakyat Sabah, Gabungan Parti Sarawak dan parti lain, serta gabungan lain untuk mewujudkan kestabilan politik di negara ini


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/11/dulu-nak-gerak-solo-sekarang-zahid.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tak Ada Parti Yang Bakal Berjaya Tubuhkan Kerajaan Selepas Pru 15 Nanti Nak Pangkah Siapa

Tak Ada Parti Yang Bakal Berjaya Tubuhkan Kerajaan Selepas Pru 15 Nanti Nak Pangkah Siapa

papar berkaitan - pada 9/11/2022 - jumlah : 221 hits
Pilihan Raya Umum ke 15 sudah hampir Sesuatu yang amat ditunggu tunggu oleh semua parti politik di negara kita sejak kerajaan jatuh dan naik dan jatuh selepas PRU ke 14 yang lalu Kebejatan suasana politik yang merisaukan di negara kita namp...
Pas Gerak Solo Di Sabah

Pas Gerak Solo Di Sabah

papar berkaitan - pada 26/10/2022 - jumlah : 211 hits
freemalaysiatoday com October 26 2022 10 00 AMPAS Sabah dilaporkan telah menyerahkan senarai calon kepada kepimpinan parti itu tetapi masih belum memutuskan kerusi mana yang akan ditandingi pada PRU15 KOTA KINABALU PAS Sabah akan bergerak s...
Mana Zahid Hamidi Cakap Hari Tu Nak Turun Redah Banjir

Mana Zahid Hamidi Cakap Hari Tu Nak Turun Redah Banjir

papar berkaitan - pada 9/11/2022 - jumlah : 228 hits
FAZLI RADZI Mana Zahid Hamidi Cakap hari tu nak turun redah banjir Itu antara sindiran warganet berikutan banjir kilat di beberapa jalan raya utama di sekitar Kuala Lumpur dan Shah Alam Susulan hujan lebat berterusan mulai jam 4 petang tadi...
Apa Pulak Noh Engkau Dah Tak Tercalon Nak Marah Ke Zahid Buat Apa Memang Engkau Tak Layak Lah

Apa Pulak Noh Engkau Dah Tak Tercalon Nak Marah Ke Zahid Buat Apa Memang Engkau Tak Layak Lah

papar berkaitan - pada 12/11/2022 - jumlah : 176 hits
Selepas Khairy kini Noh pula sindir Zahid selepas tidak tercalon Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor Tan Sri Noh Omar disingkir daripada menjadi calon BN pada PRU 15 ini Tan Sri Noh Omar nampaknya juga menyindir Presiden UMNO Datuk Se...
Dulu Dia Ada Kutuk Anwar Sekarang Warganet Hentam Dia Lari Ke Atok

Dulu Dia Ada Kutuk Anwar Sekarang Warganet Hentam Dia Lari Ke Atok

papar berkaitan - pada 28/10/2022 - jumlah : 154 hits
Undur sebagai presiden Muda jangan tanding PRU15 Syed Saddiq diberitahu October 28 2022 Selepas mahkamah mengarahkannya membela diri Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata dia akan menyerahkan kepada pengundi untuk menentukan nasibnya pada P...
Ustaz Azhar Idrus Hukum Mengundi Dan Nak Undi Parti Mana

Ustaz Azhar Idrus Hukum Mengundi Dan Nak Undi Parti Mana

papar berkaitan - pada 15/11/2022 - jumlah : 217 hits
Assalamualaikum dan selamat petang kepada semua sahabat sahabat blogger Tak lama lagi kita semua akan memilih calon pemimpin di kawasan Parlimen dan Dun di negeri masing masing Memilih pemimpin adalah satu perkara yang wajib bagi warganegar...
Bapa Pengkhianat Ingat Parti Kalau Banyak Makan Budi Hilang Intergriti

Bapa Pengkhianat Ingat Parti Kalau Banyak Makan Budi Hilang Intergriti

papar berkaitan - pada 30/10/2022 - jumlah : 181 hits
Dia tambah lagi Hari tu kata nak tanding 100 kerusi ni dah jadi 120 Tunggu dua tiga hari lagi akan naik jadi 222 la kot pulak agaknya Tapi tak ada hal Dia nak tanding 500 kerusi pun tak apa Negara demokrasi kan Tanding boleh banyak tapi men...
Saya Nak Tunggu Dan Lihat Muhyiddin Ulas Kenyataan Zahid Sedia Kerjasama

Saya Nak Tunggu Dan Lihat Muhyiddin Ulas Kenyataan Zahid Sedia Kerjasama

papar berkaitan - pada 6/11/2022 - jumlah : 171 hits
Muhyiddin Yassin enggan mengulas terlalu awal berhubung kesediaan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi untuk bekerjasama membentuk kerajaan dengan mana mana gabungan lain MUAR Muhyiddin Yassin berkata beliau mahu mengambil pendekatan tunggu dan...
Global Tensions Over China S Overcapacity Will Rise Under Trump

Masih Ingin Jaga Hati Kerajaan Rakyat Dah Tau Janji Anwar

4 Ways Android Has Made Switching Even Better

Natural Gas Fuel Not A Hazard

How Car Centric Planning Is Killing Malaysians

Saka Bapak Kau

Masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah

Top Picks Best Trucks For Towing In 2025


echo '';
Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula

Biodata Terkini Zehra Zambri Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Semalakama

Senarai 10 Finalis Anugerah Juara Lagu AJL 39 2025 Keputusan Separuh Akhir Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024


Rezeki Pagi Jumaat Yang Indah

Jovita Pearl Duri Di Hati Chord

Dilaa Asri Sia Sia Chord

Sibuk Kerja Tetap Tak Cukup

Haram Guna Dan Jual Vape Dewan Pemuda Pas Pahang Zahir Sokongan Penuh Terhadap Titah Sultan

H Rsk Ldpaddan Och Den F Rlorade Skatten En Mystisk Saga Om Gl Dje Beg R Och Det