Dulu Dia Ada Kutuk Anwar Sekarang Warganet Hentam Dia Lari Ke Atok


 


Undur sebagai presiden Muda, jangan tanding PRU15, Syed Saddiq diberitahu.
FMT Reporters -October 28, 2022 Selepas mahkamah mengarahkannya membela diri, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata dia akan menyerahkan kepada pengundi untuk menentukan nasibnya pada PRU15.PETALING JAYA: Warganet menuntut Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berundur sebagai presiden Muda dan melupakan hasrat bertanding pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).
Ia susulan penyandang kerusi Parlimen Muar itu berkata, keputusan Mahkamah Tinggi hari ini, yang mengarahkannya membela diri atas empat tuduhan jenayah, tidak akan melemahkan semangatnya.
Malah, bekas menteri belia dan sukan itu memberi bayangan dia mungkin mempertahankan kerusi Parlimennya pada PRU15 19 Nov ini dengan berkata, akan menyerahkan kepada pengundi untuk menentukan nasibnya.
Pengguna Twitter @aminothman memberitahu Syed Saddiq agar menunaikan apa yang diperkatakannya sebelum ini, dan berundur “secara terhormat” daripada menjadi calon PRU15.
“Jangan amalkan ‘double standard’. Orang Umno dituduh mahkamah dikatanya perompak, tapi bila kamu dituduh di mahkamah, dikatanya (pendakwaan) terpilih.
“Biar mahkamah bersihkan tuduhan terhadap kamu dahulu,” katanya dalam balasan kepada ciapan Syed Saddiq.
Pengguna Twitter @acappress berkata, jika Syed Saddiq mahu menetapkan “tanda aras politik matang”, dia harus meletak jawatan sebagai presiden Muda dan tidak bertanding pada PRU15.
“Fokus pada kes mahkamah. Lima tahun tak lama untuk tunggu PRU seterusnya,” katanya.
Sementara itu, @mal_ae menasihatkan Syed Saddiq supaya tidak mencalonkan diri dan memberi peluang kepada orang lain bertanding di kerusi Parlimen Muar.
“Harap dapat ikut contoh Rafizi (Ramli). Dia tahu yang memang dia tidak salah dan dia menang (bertanding),” katanya.
Walaupun segelintir pengguna Twitter mengucapkan selamat kepada Syed Saddiq untuk kesnya, yang lain secara berseloroh mengalu-alukannya sebagai ahli “kluster mahkamah”.
“Kluster mahkamah” merujuk kepada pemimpin Umno terkemuka, termasuk Presiden Ahmad Zahid Hamidi dan bekas perdana menteri Najib Razak, yang sama ada dibicarakan atau telah disabitkan dengan tuduhan membabitkan pecah amanah jenayah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram.
“Tuan sudah menjadi salah seorang dari golongan kluster mahkamah sekarang. Dengan hormatnya kami minta anda menarik diri dari pencalonan dalam PRU15,” kata @ABarkoba dalam ciapan di Twitter.
Terdahulu, Hakim Azhar Abdul Hamid memerintahkan Syed Saddiq, 29, membela diri atas tuduhan bersubahat dalam pecah amanah jenayah, penyelewengan aset dan pengubahan wang haram.
Syed Saddiq didakwa bersubahat dengan bekas penolong bendahari Pemuda Bersatu Rafiq Hakim Razali dalam pecah amanah jenayah membabitkan RM1 juta pada 6 Mac 2020.
Sebagai ketua Pemuda Bersatu ketika itu, Syed Saddiq telah diamanahkan dengan dana itu.
Dia juga didakwa menyalahgunakan RM120,000 daripada akaun bank milik Armada Bumi Bersatu Enterprise untuk dirinya sendiri.
Mahkamah menetapkan 22 hingga 24 Feb, 13 dan 14 Mac serta 10 hingga 14 April untuk pihak pembelaan menjalankan kesnya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/10/dulu-dia-ada-kutuk-anwar-sekarang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Yang Khianat Ni Anwar Ibrahim Dulu Dia Kutuk Anwar Di Pentas Tajuddin Cuak Bila Moderator Kata Anwar Dalam Talian

Yang Khianat Ni Anwar Ibrahim Dulu Dia Kutuk Anwar Di Pentas Tajuddin Cuak Bila Moderator Kata Anwar Dalam Talian

papar berkaitan - pada 19/10/2022 - jumlah : 259 hits
The ReporterPilihan Raya Umum ke 15 bakal diadakan pada bila bila masa sahaja lagi Lantaran itu juga pelbagai analogi analogi dan polemik diutarakan bukan sahaja di kedai kedai kopi malahan semakin rancak di semua platform media sosial anta...
Anwar Lari Ke Tambun Kerana Takut Ditolak Pengundi Melayu Dakwa Azmin

Anwar Lari Ke Tambun Kerana Takut Ditolak Pengundi Melayu Dakwa Azmin

papar berkaitan - pada 27/10/2022 - jumlah : 136 hits
freemalaysiatoday com October 27 2022 8 15 AMAnwar Ibrahim sebelum ini dilaporkan tidak menolak kemungkinan bertanding di Parlimen Gombak sebelum mengumumkan akan bertanding di kerusi Parlimen Tambun pada PRU15 PUTRAJAYA Pengerusi Pakatan H...
Pas Vs Umno Dulu Dan Sekarang

Pas Vs Umno Dulu Dan Sekarang

papar berkaitan - pada 17/10/2022 - jumlah : 241 hits
BOB KELANANGPAS vs UMNO Dulu dan Sekarang Kelakar pun ade dengan perangai PAS ni kejap itu kejap ini pusingnya kita tahu la otak Abdul Hadi Awang tu macam mana otak dia pusing mengalahkan murai mabuk mulut pulak lebih laju dari otak itu yan...
Rentasan 1240 Panas Kini Azmin Ali Dedah Punca Sebenar Anwar Ibrahim Lari Ke Parlimen Tambun

Rentasan 1240 Panas Kini Azmin Ali Dedah Punca Sebenar Anwar Ibrahim Lari Ke Parlimen Tambun

papar berkaitan - pada 29/10/2022 - jumlah : 226 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 1240 1 APA ISTIMEWANYA TITIWANGSA 2 PENGUNDI PATUT TOLAK PARTI PEMFITNAH 3 DAP TAMBAH CALON MELAYU DI PARLIMEN 4 LAIN JADI TALI BARUT LAIN YANG DICACI Layari kami untuk mendapat berita dan isu semasa di Malaysia Berit...
Dulu Kata Ke Utusan Sekarang Harakah Lebih Teruk Dari Utusan

Dulu Kata Ke Utusan Sekarang Harakah Lebih Teruk Dari Utusan

papar berkaitan - pada 18/10/2022 - jumlah : 153 hits
Segala saranan dari Menteri Agama dari Pas macam tidak diendahkan oleh wartawan Harakahdaily Pas dan fitnah berpisah tiada Pagi tadi saya telah menerima beberapa pesanan melalui aplikasi WhatsApp mengenai satu tulisan di Facebook dan Twitte...
Jangan Lari Lawan Azmin Pn Cabar Anwar

Jangan Lari Lawan Azmin Pn Cabar Anwar

papar berkaitan - pada 17/10/2022 - jumlah : 176 hits
Perikatan Nasional berkata sikap Anwar Ibrahim yang tidak jelas ketika mencabar pengkhianat PKR adalah kerana beliau takut tak dapat sokongan pengundi Melayu Perikatan Nasional menggesa Presiden PKR Anwar Ibrahim untuk menepati kenyataannya...
Ai Tools For Monitoring Terrorist Threats

Drama Pabila Dia Tersenyum

Iconic Photo Of Pak Lah Mother Worth A Million Votes

Mortgage Your House Understanding The Meaning And Implications

User Acquisition And Retention

Kitchen Design Creating A Functional And Beautiful Space

Daripada Tebang Musang King Lebih Baik Cari Jalan Lain Kosmo 15 04 2025

Maruah Negara Diperleceh Isu Bendera Malaysia Maszlee Gesa Tindakan Tegas


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Doakan Rayhana Ya

Melissa Memikat Cahaya Chord

Cerita Raya Pertama Kami Di Segamat

Quote Guru Sempena Hari Guru 2025

Loud And Rowdy Stg Tracker Scrambles The Yamaha Xv920r

Menginap 2h1m Di Concorde Hotel Shah Alam