Dulu Makan Sup Bening Sekarang Makan Apa Saja Datin Rita Sosilawati Kongsi Tip Meriahkan Susu Badan


Usahawan berjaya, Datin Rita Sosilawati yang secara tiba-tiba tular mengenai stok perahan susu yang dihasilkan rupanya pernah melalui tempoh-tempoh yang sukar sewaktu menyusukan kelima-lima anaknya.

Menerusi perkongsian videonya bersama Pa&Ma, akuinya kelima-lima anaknya berbeza-beza pengalaman menjadikan kelahiran anak kelimanya kali ini membuatkan dia begitu bersedia untuk menyusu.
“Kalau diimbas kembali pengalaman menyusukan anak pertama memang berbeza sebab saya tak ada pengalaman dan saya tak ada ibu waktu itu untuk ajar saya menyusu dengan baik. Ibu mentua pun tak berapa pandai ajar buat stok.
“Anak pertama saya hanya sempat menyusu enam bulan saja sebab saya tak ada pengalaman, anak kedua saya buat stok lapan bulan, anak ketiga setahun setengah dan anak keempat cukup-cukup dua tahun menyusu.

“Banyak saya belajar sendiri melalui pengalaman dan alhamdulillah anak kelima ini belum sempat lagi empat bulan, saya rasa dah cukup stok setahun untuk dia,” luahnya bersyukur.
Malah paling tidak disangka-sangka, anak kelima ini dianugerahkan rezeki yang cukup meriah sehingga dapat berkongsi rezeki dengan anak susuannya.
“Saya sebenarnya tak pernah tahu pun wujudnya mengenai ikon penyusuan. Saya sekadar berkongsi di media sosial hanya untuk nak kongsi pengalaman dan kebetulan masa itu anak susuan saya nak susu, jadi saya rekodlah.
“Tak sangka pula tiba-tiba viral sebab ini anak saya yang kelima,” luahnya lagi.

Makan apa sahaja dan minum milo waktu pantang
Berkongsi tip dan amalannya ketika menyusu, akui Datin Rita lagi, ia bukan satu hal yang mudah. Perlukan pengorbanan yang cukup besar dan masa dari ibu, lebih-lebih lagi ibu bekerjaya.
“Nak buat susu bukan senang, lagi-lagi nak buat stok memang susah. Saya dulu pernah stress, sampai tak keluar susu sebab tak ada pengalaman.
“Tapi sekarang anak lima saya dah tahu dah, bukak je mata lepas bersalin saya dah mintak pam untuk pam sebab saya kena ada demand.
“Kena selalu pam dan saya buat bermula pukul 3, 6, 9 dan pukul 12. Saya sambung lagi pukul 3 petang, 6, 9 dan 12 pagi. Macam mana sibuk pun kena create demand. Susu bercelaru sebab waktu tak tepat.

“Kena selalu dalam mood yang baik. Saya akan pastikan saya tak stress waktu nak pam susu. Cara saya, saya akan tengok K drama, yang kelakar atau layan sosial media. Saya tak akan buat kerja saya tapi saya buat aktiviti santai macam ni.
“Saya tak ada pantang larang pun dalam pantang. Kalau dulu saya makan clear sup sahaja tapi kali ini saya makan apa sahaja, sambal udang petai atau masak lemak cili padi, semua saya makan. Saya cuma pantang dua minggu awal sahaja masa pantang dan elak makanan gatal.
“Saya nampak perbezaan ini dan nampak proses susu ini sangat-sangat banyak bila saya makan apa saja. Saya dah boleh hasilkan 8 hingga 10 auns waktu pantang.

“Saya pun banyak berbincang dengan confinement lady, saya plan untuk makan apa sahaja dan tanya dia apa saya boleh makan dan hasilnya alhamdulillah. Jangan pilih-pilih asalkan tak gatal.
“Kalau saya makan nasi banyak, lagi banyak susu yang saya hasilkan. Lagi satu yang saya perasan saya suka minum milo waktu pantang dan susu memang banyak. Air paling penting, jangan pantang minum air kosong,” katanya lagi berkongsi tip.
Menarik: Kena Marah Dengan Daddy Conteng Pintu Bilik Air, Ramai Terhibur Dengan Jawapan Fatima!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
The post “Dulu Makan Sup Bening, Sekarang Makan Apa Saja” Datin Rita Sosilawati Kongsi Tip Meriahkan Susu Badan! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/dulu-makan-sup-bening-sekarang-makan-apa-saja-datin-rita-sosilawati-kongsi-tip-meriahkan-susu-badan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kering Idea Masak Menu Pantang Lempeng Oat Horlick Buat Meriahkan Susu Badan

Kering Idea Masak Menu Pantang Lempeng Oat Horlick Buat Meriahkan Susu Badan

papar berkaitan - pada 8/10/2023 - jumlah : 170 hits
Kering idea nak sarapan apa semasa dalam pantang Menu ringkas seperti lempeng oat antara yang mengenyangkan dan paling penting sihat untuk ibu berpantang Paling menarik resipi pantang yang dikongsikan oleh Suzy Honey ini boleh menambahkan s...
Tya Arifin Kongsi Tip Kurus Lepas Bersalin Pernah Alami Masalah Berat Badan

Tya Arifin Kongsi Tip Kurus Lepas Bersalin Pernah Alami Masalah Berat Badan

papar berkaitan - pada 12/10/2023 - jumlah : 188 hits
Tya Arifin Kongsi Tip Kurus Lepas Bersalin Pernah Alami Masalah Berat Badan Tya Arifin menantu kepada penyanyi nombor satu Datuk Seri Siti Nurhaliza siapa yang tidak kenal dengan wanita cantik manis ini bukan Walaupun sibuk menguruskan pern...
Nak Badan Cantik Sihat Seohyun Snsd Kongsi Rutin Diet Harian Tanpa Perlu Berlapar

Nak Badan Cantik Sihat Seohyun Snsd Kongsi Rutin Diet Harian Tanpa Perlu Berlapar

papar berkaitan - pada 5/10/2023 - jumlah : 175 hits
Setiap wanita pastinya mengimpikan badan seperti ahli termuda Girls Generation iaitu Seohyun ARTIKEL BERKAITAN Sebelum ini dalam program The Manager Seohyun berkongsi rutin pemakanannya bagi mendapatkan badan yang cantik dan kekal sihat pad...
Tak Perlu Booster Susu Badan Meriah Dengan Air Rebusan 2 Bahan Ni Kena Cuba

Tak Perlu Booster Susu Badan Meriah Dengan Air Rebusan 2 Bahan Ni Kena Cuba

papar berkaitan - pada 1/10/2023 - jumlah : 282 hits
Menyusukan anak memang tak mudah Kurangnya ilmu dan pendedahan dengan teknik yang betul untuk menyusukan anak membuatkan ibu makin stress Apatah lagi bila lihat hasil perahan susu tak sebanyak orang lain Memang stress Jangan cepat mengalah ...
Patut Duta Khas Yang Buat Kerja Dulu Makan Gaji Buta

Patut Duta Khas Yang Buat Kerja Dulu Makan Gaji Buta

papar berkaitan - pada 8/10/2023 - jumlah : 305 hits
Jamzuri ArdaniSepatutnya Duta Khas dulu yang buat kerja nie tapi ermm cakap pun tak guna
Disclaimer Cerita Dulu Cerita Sekarang

Disclaimer Cerita Dulu Cerita Sekarang

papar berkaitan - pada 8/10/2023 - jumlah : 171 hits
Mohsin AbdullahDisclaimer Biasanya disclaimer ditempatkan di penghujung sesebuah penulisan Buat artikel ini saya pilih menempatkannya di atas yakni sebagai pembuka penulisan Terjemahan rasmi disclaimer ialah penafian Atau perkataan disclaim...
Sebelum Ni Satu Bag Je Sekarang Pertama Kali Bawa Anak Bercuti Wany Hasrita Kongsi Cerita

Sebelum Ni Satu Bag Je Sekarang Pertama Kali Bawa Anak Bercuti Wany Hasrita Kongsi Cerita

papar berkaitan - pada 17/10/2023 - jumlah : 164 hits
Pengalaman pertama kali membawa anak bercuti memang terasa cukup mendebarkan Inilah yang dilalui oleh penyanyi Wany Hasrita yang pertama kali membawa bayi comelnya bercuti bersama suami Kongsi Wany menerusi Instagramnya banyak pengalaman in...
14 Manfaat Minuman Bersoda Tak Hanya Untuk Dikonsumsi Saja

14 Manfaat Minuman Bersoda Tak Hanya Untuk Dikonsumsi Saja

papar berkaitan - pada 4/10/2023 - jumlah : 260 hits
Jika kamu beranggapan bahwa minuman bersoda buruk untuk kesehatanmu kamu bisa mencoba memanfaatkannya untuk hal hal lain
Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year

Hiking Gunung Bubu Gerik

We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

Mengalahkan Kami Yang Non Muslim Marion Caunter Dikritik Netizen Gara Gara Sambut Perayaan Krismas


echo '';
Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Empat Cara Mengawal Kemarahan

Jihad Membela Fitnah Pas

Lembaga Kursus Untuk Profesional Guna Meningkatkan Teknik Komunikasi

Kaya Homemade Sukatan Untuk Stok Seminggu

Surah Adh Dhuha

Pulau Besar Melaka Aktiviti Menarik Dan Lokasi