Dulu Kontraktor Kini Tukang Urut


Bekas kontraktor yang kini menjadi tukang urut, Shariff Syahidan Shariff Ahmad ketika merawat seorang pesakitnya yang cedera akibat kemalangan jalan raya di Permatang Batu, Bukit Mertajam, Pulau Pinang baru-baru ini. -UTUSAN




BUKIT MERTAJAM: Ketika perintah kawalan pergerakan (PKP) mula diperkenalkan Mac lalu susulan pandemik Covid-19, perniagaan Shariff Syahidan Shariff Ahmad, 46, antara yang paling teruk terkesan.

 
Shariff Syahidan yang menjalankan perkhidmatan mengurut bukan sahaja kehilangan mata pencariannya akibat ketiadaan pelanggan, malah terpaksa merelakan perniagaan itu ditutup buat sementara waktu selama hampir enam bulan.

 
Sepanjang tempoh itu juga, bapa kepada tiga anak itu tidak pernah duduk diam sebaliknya terus melakukan pelbagai pekerjaan untuk menyara kehidupan keluarganya.

 
Dia yang pernah berkhidmat sebagai seorang kontraktor sebelum itu bagaimanapun kini bangkit untuk meneruskan perniagaan urutannya biarpun mungkin tidak serancak dulu.

 
“Dulu (sebelum Covid-19), secara puratanya saya mampu merawat hingga enam orang pelanggan (pesakit) seminggu.

 
“Alhamdulillah, pelanggan masih ada sekarang walaupun tidak banyak dan saya hanya menjalankan sesi urutan pada sebelah malam atau jika menerima tempahan pada hujung minggu sahaja,” katanya kepada Utusan Malaysia semalam.

 
Selain urutan biasa, Shariff Syahidan yang pernah berkhidmat sebagai juruterapi naturopati di sebuah pusat rawatan ayurveda di Selangor itu juga boleh merawat masalah berkaitan saraf, tulang rawan tergelincir atau slip disc dan masalah kelakian.

 
Beroperasi di Permatang Batu di sini, dia turut menjalankan aktiviti berbekam serta menjual pelbagai jenis ubat-ubatan termasuk berkaitan resdung, urat saraf dan krim untuk mereka yang menghadapi masalah kulit seperti ekzema dan sebagainya.

 
Katanya, seperti perniagaan lain ketika ini, dia beroperasi mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan seperti memeriksa suhu pelanggan dan menggunakan alat sanitasi tangan sebelum memulakan urutan.

 
“Bagi pasaran ubat pula, biasanya saya lebih gemar menjualnya secara online melalui ejen-ejen yang dilantik terutamanya dalam Facebook,” ujarnya yang juga pernah bekerja sebagai seorang juruteknik sebelum ini.

 
Ujar Shariff Syahidan, impiannya ketika ini ialah untuk terus membantu insan yang memerlukan khususnya menerusi perkhidmatan urutan yang disediakannya.

 
“Jika perlu dan mendapat sambutan menggalakkan selepas ini, mungkin saya akan memulakan perkhidmatan (urutan) secara bergerak pula,” katanya yang boleh dihubungi menerusi talian 018-2340300 dan 017-5604208 untuk keterangan lanjut.

 
-UTUSAN ONLINE



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2020/12/dulu-kontraktor-kini-tukang-urut.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dulu Susi Mati Matian Pertahankan Kini Luhut Bakal Izinkan Kembali Ekspor Benih Lobster

Dulu Susi Mati Matian Pertahankan Kini Luhut Bakal Izinkan Kembali Ekspor Benih Lobster

papar berkaitan - pada 2/12/2020 - jumlah : 318 hits
Kementerian Kelautan dan Perikanan menghentikan sementara penerbitan Surat Penetapan Waktu Pengeluaran ekspor benih bening lobster Penghentian tersebut didasari atas sejumlah pertimbangan salah satunya Pendapatan Negara Bukan Pajak Namun Me...
Mula Mula Dulu Menangis Kini Senyum Je Tak Pernah Masam Muka Ustaz Ebit Lew Kongsi Kunci Bahagia Suami Isteri

Mula Mula Dulu Menangis Kini Senyum Je Tak Pernah Masam Muka Ustaz Ebit Lew Kongsi Kunci Bahagia Suami Isteri

papar berkaitan - pada 3/12/2020 - jumlah : 404 hits
Penceramah Ustaz Ebit Lew antara penceramah yang cukup prihatin dalam membantu meringankan bebanan pelbagai pihak Keprihatinannya dalam kesusahan hidup insan lain sememangnya tidak mampu disangkal oleh sesiapa pun Dia cepat bertindak dalam ...
Dulu Terbang Di Udara Kini Jaja Burger Di Jalanan

Dulu Terbang Di Udara Kini Jaja Burger Di Jalanan

papar berkaitan - pada 1/12/2020 - jumlah : 329 hits
Kuala Lumpur Kokpit pesawat komersil Boeing 737 pernah menjadi pejabat pemuda ini sejak lebih enam tahun lalu Namun pandemik Covid 19 menukar norma kehidupan Mohammed Naeem Md Nassir 30 yang kini bergelar usahawan burger Menceritakan kisah ...
Dulu Sesak Dan Meriah Koh Samui Kini Ibarat Ghost Town Tanpa Kehadiran Pelancong

Dulu Sesak Dan Meriah Koh Samui Kini Ibarat Ghost Town Tanpa Kehadiran Pelancong

papar berkaitan - pada 30/11/2020 - jumlah : 195 hits
Boleh dikatakan semua destinasi pelancong di seluruh dunia sesak dengan kehadiran pelancong Kini segalanya berubah selepas penularan wabak COVID 19 di seluruh dunia Sunyi sepi tanpa pelancong Pulau Koh Samui di Thailand ini kini bertukar se...
Kini Jadi Artis Terkenal 10 Sosok Ini Mengawali Karier Dari Ajang Kecantikan Memesona Sejak Dulu

Kini Jadi Artis Terkenal 10 Sosok Ini Mengawali Karier Dari Ajang Kecantikan Memesona Sejak Dulu

papar berkaitan - pada 7/12/2020 - jumlah : 281 hits
Dari ajang itulah karier mereka terbuka lebar di industri hiburan Tanah Air Ada yang jadi penyanyi pemain film hingga pemain FTV lo
Dulu Jokowi Larang Buka Identitas Pasien Covid 19 Kini Tak Boleh Dirahasiakan Dan Harus Diburu

Dulu Jokowi Larang Buka Identitas Pasien Covid 19 Kini Tak Boleh Dirahasiakan Dan Harus Diburu

papar berkaitan - pada 30/11/2020 - jumlah : 243 hits
Mantan Menteri BUMN Dahlan Iskan sempat dihujat habis habisan lantaran membuka identitas pasien pertama Covid 19 di Indonesia pada awal Maret 2020 Melalui tulisannya berjudul Dua Pertama Dahlan Iskan sengaja menuliskan identitas penderita C...
Dulu Khianat Amanah Kini Khianat Ppbm Hasnul Tunggu Keputusan Bersatu

Dulu Khianat Amanah Kini Khianat Ppbm Hasnul Tunggu Keputusan Bersatu

papar berkaitan - pada 8/12/2020 - jumlah : 244 hits
Adun Titi Serong Hasnul Zulkarnain Abd Munaim berkata dia sedang menanti parti barunya Bersatu memutuskan apa tindakan yang akan diambil ke atasnya selepas dia didakwa mengundi menolak undi percaya ke atas Ahmad Faizal Azumu Media sebelum i...
Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Singgah Makan Tengah Hari Di Restoran Beriani Salai Taman Melati Kuala Lumpur

Datuk Mastermind Behind New Pakistani Cartel At Klia

Jagung Rebus Ala Pasar Malam

A Trip In Time The Cichlid Hunters Of Caquet Practical Fishkeeping

Raikan Kemeriahan Hari Raya Dengan Himpunan Unik Trio Carlo Rino

Jika Semua Peniaga Burger Tepi Jalan Bergabung Saiznya Jauh Lebih Besar Dari Mcdonald


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Mawat Ulat Bulu Chord

Lukanegara Bertahta Diatas Tanah Mereka Chord

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui

Legacy Modernized The All New Bell Bullitt Gt Retro Full Face Helmet

Tauhu Bunga Untuk Sarapan Pagi

Lebai Risau Arak Dari Dadah Dadah Tak Haram Kah