Dulu Buat Filem Fitna Kutuk Islam Kisah Pengarah Filem Akhirnya Terima Hidayah


Hidayah milik Allah. Siapa sangka seorang yang begitu menentang agama Islam akhirnya menjadi sebahagian daripada penganut agama ini seperti mana Saidina Umar al-Khattab dan Khalid Al-Walid yang akhirnya memeluk Islam walaupun pernah menjadi antara penentang keras terhadap Rasulullah s.a.w pada ketika itu.
Sebagai agama fitrah, Islam hadir dengan jawapan bagi mereka yang mengkaji. Inilah yang berlaku kepada Arnoud van Doorn, ahli politik dari Belanda yang pernah menghasilkan filem kontroversi bertajuk Fitna – filem pendek berdurasi 17 minit yang mengaitkan ajaran Islam dengan keganasan.
Ketika menghasilkan filem berkenaan, Arnoud merupakan salah seorang ahli parti nasionalis Belanda, Party for Freedom yang diterajui Geert Wilder. Filem tersebut merupakan salah satu kempen ‘membongkarkan bahaya’ ajaran Islam kepada masyarakat di sana – secara tidak langsung meraih sokongan rakyat terhadap perjuangan parti.
Kata Arnoud, sebelum ini ada pihak yang memberitahunya bahawa Islam bukanlah agama keganasan, namun dinafikannya.
Walaubagaimanapun, jauh di sudut hati Arnoud, beliau berasa ada sesuatu yang tidak kena dan tertanya-tanya adakah Islam benar-benar agama yang zalim seperti digambarkan media dan ahli politik.
“Saya mula membaca bahan yang bukan sahaja saya baca sebelum ini yang menjadi propaganda akhbar, tetapi juga al-Quran dan hadith. Dan saya fikir bahan ini mengandungi banyak hal-hal yang bijaksana dan indah, jadi mustahil ia seteruk yang dikatakan,” katanya ketika persidangan Carry The Light di Kanada.
Semakin belajar, semakin kenal diri Sejak mengkaji al-Quran dan hadith, rasa ingin tahu Arnoud semakin membuak-buak.
“Akhirnya rakan saya yang menjadi Ahli Dewan Undangan The Hague yang beragama Islam mengajak saya untuk ke sebuah masjid di sana.
“Saya menolak sebab bagi saya ia tempat yang berbahaya dan saya akan diserang. Segala kepercayaan mengarut muncul ketika itu tetapi dia yakinkan saya untuk pergi bersamanya.”
“Saya sangat terkejut kerana saya fikir mereka mungkin membenci saya, tetapi rupanya mereka amat mesra dan saya berasa dialu-alukan.”
Katanya, beliau tidak menyangka pertemuan itu akan berlaku dalam tempoh yang lama iaitu daripada pagi sehingga malam.
“Saya bayangkan kami akan berbual ringkas, pandangan saya benar tentang Islam dan mereka semua adalah penjahat; dan saya tinggalkan tempat itu.”
“Ketika itu sesuatu berlaku. Saya tak tahu bagaimana nak gambarkan tapi ia berlaku di dalam hati saya. Bagi saya ini sebenarnya agama yang bijak, indah dan damai.”
Menurutnya, beliau tidak dapat tidur malam pada hari berkenaan kerana memikirkan segala perkara yang baru diketahui dan dialaminya ketika perjumpaan tersebut. Berikutan itu, Arnoud terus mengkaji Islam dengan membaca, belajar dan bertemu ilmuwan selama kira-kira tujuh bulan.
“Saya bermula dengan rasa ingin tahu, tapi apabila semakin belajar, saya rasa ia bukan sekadar rasa ingin tahu, tetapi sesuatu yang indah dan sesuai dengan diri saya.”
Tiada kerja, tiada pendapatan Disebabkan rasa serba salah atas apa yang pernah dilakukannya, Arnoud mengambil keputusan untuk parti. Tindakan tersebut membuatkan beliau tidak mempunyai pekerjaan dan pendapatan.
“Ia merupakan tindakan yang besar. Saya tak ada kerja, tak ada pendapatan. Saya pulang menaiki motosikal dan berfikir, “Apa yang dah saya lakukan? Saya dah tinggalkan kerja, tak mungkin saya boleh mendapatkan kerja lain kerana orang lain amat kenal dengan diri saya.
“Tetapi saya tak kisah. Saya rasa kuat pada ketika itu. Dan kekuatan dalaman ini terus bercambah dan bercambah beberapa bulan kemudian.”
Belajar mengenai Islam membuatkan Arnoud semakin tenang.
“Semakin saya belajar tentang Islam, semakin saya kenal diri saya.”
Setelah berbulan-bulan mempelajarinya, akhirnya Arnoud mengambil keputusan untuk memeluk Islam.
“Ia merupakan detik penuh emosi bagi saya,” kata Arnoud.
Alhamdulillah, terjawab doa mereka yang mendoakan hidayah buatnya.
“Bercakap tentang Islam, saya bukan ulama, saya perlu lebih banyak belajar, membaca dan mengkaji sekurang-kurangnya mungkin 20 tahun atau lebih lagi.
“Saya bukan ulama yang mempunyai ilmu yang tinggi tentang Islam, tetapi saya tahu ia baik, berhikmah dan amat damai. Ia mempunyai penyelesaian kepada semua orang, semua situasi dan golongan. Tiada yang terkecuali.”
Bermula detik itu, Arnoud nekad untuk menjalankan kempen memerangi Islamofobia. Menurutnya, semakin ramai yang memeluk Islam di Netherlands terutamanya anak muda berusia bawah 25 tahun.
“Kebanyakan mereka berusia bawah 25 tahun. Disebabkan inilah saya rasa kita perlu mendekati anak muda kerana merekalah masa hadapan kita.
Ramai orang yang segenerasi dengan saya kemungkinan sudah dicemari maklumat yang salah melalui media dan ahli politik.
“Generasi muda mempunyai rasa ingin tahu. Kita perlu sabar mendengar pandangan mereka melalui debat ataupun dialog.
“Sudah tentu ramai Muslim yang marah dengan apa yang berlaku disebabkan Islamophobia. Namun inilah yang dikehendaki oleh ramai orang dan ahli politik. Mereka ingin umat Islam menjadi marah dan ganas. Inilah yang mereka inginkan.”
Oleh itu beliau menekankan agar umat Islam perlu menunjukkan contoh yang baik buat mereka terutamanya anak muda bagi mengatasi Islamofobia.
Beliau juga telah menubuhkan parti The Islamic Party for Unity bagi mewakili umat Islam di Eropah khususnya Netherlands.

Sumber: The Guardian, Carry The Light Convention


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2019/10/29/video-dulu-buat-filem-fitna-kutuk-islam-kisah-pengarah-filem-akhirnya-temui-cahaya-kebenaran/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lebih 6 Tahun Kahwin Izzue Islam Terima Tawaran Tunku Azizah Buat Rawatan Ivf

Lebih 6 Tahun Kahwin Izzue Islam Terima Tawaran Tunku Azizah Buat Rawatan Ivf

papar berkaitan - pada 5/11/2019 - jumlah : 362 hits
Tuah ayam nampak di kaki tuah manusia siapa yang tahu Bagi pelakon Izzue Islam dia cukup tersentuh hati apabila Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah ingin membantu dia dan isterinya Awin untuk mendapatkan cahaya ma...
Pernah Keluarkan Filem Hina Rasulullah Sekarang Berjuang Demi Islam

Pernah Keluarkan Filem Hina Rasulullah Sekarang Berjuang Demi Islam

papar berkaitan - pada 1/11/2019 - jumlah : 356 hits
Masih ingat lagi tak korang dengan seorang lelaki yang merupakan pengarah filem pendek yang pernah menhasilkan filem pendek kontroversi mengenai Islamophobia dan memburukkan Rasulullah pada suatu ketika dahulu Filem yang berjudul Fitna itu ...
Filem 7 Hari Kisah Cinta Langkawi Temui Penonton 31 Oktober Depan

Filem 7 Hari Kisah Cinta Langkawi Temui Penonton 31 Oktober Depan

papar berkaitan - pada 22/10/2019 - jumlah : 702 hits
Qplex Communications Sdn Bhd bersama Point Studios telah menerbitkan filem sulung mereka bertajuk 7 Hari Kisah Cinta Langkawi karya danarahan Anwardi Jamil Filem ini dibintangi Josiah Hogan Peter Davis Mark Adam AmaiKamarudin Shaharuddin Th...
Mayat Pengarah Filem Pitt Hanif Ditemui Terapung

Mayat Pengarah Filem Pitt Hanif Ditemui Terapung

papar berkaitan - pada 28/10/2019 - jumlah : 558 hits
Allahyarham Pitt Hanif dilapor hilang selepas bot fiber terbalikKUANTAN Mayat pengarah filem yang dikhuatiri lemas selepas bot fiber dinaikinya ketika memancing terbalik di Sungai Jelai Kuala Lipis semalam ditemui terapung 500 meter dari lo...
Kisah Mualaf Makanan Halal Antarkan Pria Jepang Masuk Islam

Kisah Mualaf Makanan Halal Antarkan Pria Jepang Masuk Islam

papar berkaitan - pada 27/10/2019 - jumlah : 257 hits
Umat Islam diwajibkan makan makanan halal Mereka juga dilarang menyantap makanan haram Hanya makanan dan minuman halal yang diperbolehkan Seorang pria Jepang Kazushige Kobayashi menceritakan kisahnya menjadi seorang mualaf Pada awalnya ia h...
Mufti Halang Bukan Islam Terima Zakat Cemar Nama Agama

Mufti Halang Bukan Islam Terima Zakat Cemar Nama Agama

papar berkaitan - pada 5/11/2019 - jumlah : 323 hits
Datuk Mohd Asri Zainul Abidin berkata zakat boleh diberikan dalam bentuk wang bahan makanan atau ubatan seperti membantu mangsa banjir atau kebakaran Foto oleh Hari AnggaraKUALA LUMPUR 5 Nov Pemberian zakat kepada bukan Islam bertujuan menj...
Di Bawah Ph Kelantan Akhirnya Terima Bayaran Secara Terus

Di Bawah Ph Kelantan Akhirnya Terima Bayaran Secara Terus

papar berkaitan - pada 17/10/2019 - jumlah : 348 hits
Bayaran dibuat dalam bentuk wang ehsan atas faktor perundangan tetapi perkiraannya berasaskan lima peratus hasil petroleum kata menteri kewangan
Hukum Terima Organ Daripada Penderma Bukan Islam

Hukum Terima Organ Daripada Penderma Bukan Islam

papar berkaitan - pada 29/10/2019 - jumlah : 448 hits
Menderita sakit buah pinggang semenjak tahun 2001 dan menjalani rawatan Dialisis Air selama 2 tahun memang memeritkan Saya sangat beruntung mempunyai ibu saudara yang sanggup menderma buah pinggangnya pada 5 Ogos 2010 Beruntung kerana para ...
Kisah Sekor Nyamok 2 Istimewa Islam

Kisah Sekor Nyamok 2 Istimewa Islam

papar berkaitan - pada 3/11/2019 - jumlah : 478 hits
Ungkap Rahsia Yang Maha Agung Ayat Tentang Nyamuk Dalam Al Quran Saintis Temui SESUATU Yang Jadi Bukti Kebenaran Ayat Itu Allah Maha BesarLihat sebelum ini 1400 tahun dahulu ayat 26 Surah al Baqarah ada sebut perihal nyamuk yang macam tak l...
Tattoos Raised And Itchy

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Tattoos Portland Maine

Bertolak Ansurlah

Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Haram Guna Dan Jual Vape Dewan Pemuda Pas Pahang Zahir Sokongan Penuh Terhadap Titah Sultan

Flexibility In Business Operations


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Kawal Emosi Anak Pakar Psikiatri Kongsi Tip Mudah

Resipi Cheese Tart

Mixology Vape S Commitment To Quality Crafting The Best Vape Flavours Nz

Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan

Murid Buktikan Pada Guru Lembu Makan Martabak

The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims