Dulu Agent Pas Kini Agent Ppbm
Selepas pilihanraya tahun 2018 saban malam kempen ajak penyatuan ummah antara UMNO & PAS. Ramai sangsi dengan kempen yang Saya buat dan ramai juga kata mustahil nak satukan UMNO dan PAS. Sewaktu itu tidak ada pulak keluar dari mulut sebilangan orang yang Saya ni agent PAS.
Masih Saya ingat bila ada ahli PAS masuk dan VC dengan Saya buat kali pertama sekitar bulan Ogos . Lupa namanya tetapi tak silap dari Kedah. Dia kata selalu tengok live Saya dan pada mula nya dia rasa Saya ada agenda lain kerana waktu itu mana mungkin ahli PAS nak percaya dengan Papa Gomo 😅
Tapi malam itu pemuda PAS itu bercakap jujur, jujur bahawa dia mahu UMNO dan PAS bersama dalam penyatuan. Dia sedar tidak ada untong nya bila Melayu berpecah dan dia tidak mahu UMNO dan PAS berlawan satu sama lain kerana akhirnya Melayu yang rugi
Kejayaan kita Melayu yang pertama diterjemahkan pada himpunan ICERD. Bukan sahaja ahli parti UMNO dan PAS sahaja yang hadir malah seingat Saya waktu itu dari parti PAN, PPBM, PKR, Warisan pun ada yang hadir. Malah Melayu yang bukan berparti ini lah paling ramai dan mereka hadir bukan kerana kepartian sebaliknya semangat nya Melayu mempertahankan hak.
Jangan kita lupa tanggal 812 hari bersejarah kita semua.
Pada tahun 2019 bulan Januari selepas Saya pulang dari menunaikan Umrah, Saya buat kempen jelajah penyatuan Ummah ke beberapa buah negeri. Paling mencabar bila turun ke Terengganu berkempen ajak UMNO bersama PAS dalam penyatuan ummah.
Jujur memang di Terengganu ni UMNO dan PAS kurang mesra kerana sejarah di Terengganu tu yang mana UMNO dan PAS sebenarnya sama sama kuat dan pengundi Terengganu yang boleh tukar mana mana parti pun yang mereka rasa nak tukar kerana UMNO dan PAS tetap Melayu Islam.
Seingat Saya waktu itu di Terengganu ada kepimpinan UMNO bahagian yang mempersoalkan kenapa perlu nya UMNO bekerjasama dengan PAS. Namun dalam persoalan yang dibangkitkan itu ada jawapan yang kepimpinan UMNO bahagian itu berikan apabila mahu negara ini diambil semula pentadbiran nya oleh kerajaan Melayu dan apa yang penting adalah kuasa politik kerajaan Persekutuan tidak jatuh ke tangan yang salah.
Sebenarnya kempen penyatuan Melayu yang paling sukar adalah mengajak UMNO dan PAS bersama. Berpuluh tahun berperang dengan bermacam macam isu cukup memberikan kesan yang dalam kepada akar umbi kedua dua parti. Tanya lah sesiapa pun orang lama kedua parti ini pasti ada sejarah yang dikongsikan
UMNO dan PAS telah berjaya disatukan, Muafakat Nasional menjadi saksi yang penyatuan dua parti politik terbesar orang Melayu itu boleh dilakukan demi menyelamatkan negara ini dari kerakusan Pakatan Harapan yang berpaksikan DAP.
PRU15 adalah bapak kepada segala pilihanraya, peluang terakhir untuk penyatuan Melayu dan Bumiputera direalisasikan
Saya bukan agent PAS mahupun agent PPBM tetapi Saya adalah agent Penyatuan Melayu demi memastikan negara ini tidak lagi jatuh ke tangan yang salah
“Kini Kita cuma tinggal kuasa yang akan menentukan bangsa” - Anak Kecil Main Api
PapaAzri a.k.a Papagomo
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://bankami.blogspot.com/2021/01/dulu-agent-pas-kini-agent-ppbm.html