Duit Tinggal Rm10 Sebelum Masuk Gaji Inilah Punca Hilangnya Rezeki Tanpa Sedar
Duit Tinggal RM10 Sebelum Masuk Gaji? Inilah Punca Hilangnya Rezeki Tanpa Sedar. Mana boleh salahkan orang lain kalau duit poket tak cukup. Jangan nak kata duit gaji kecil, anda tak mampu bagi nafkah pada anak bini, ya! Sebab istilah REZEKI itu bukan hanya pada duit tetapi boleh dilihat dari sudut lain seperti kesihatan dan kebahagiaan suami isteri. Namun kalau anda ada buat 7 perkara ini, tak peliklah kenapa rezeki tak pernah nak singgah, jom semak!
1. Asyik bergaduh
Tak payahlah bergaduh sesama suami isteri, lagi-lagi perihal duit. Berbincang dan cari persefahaman. Bila pasangan tidak redha antara satu sama lain, di situlah rezeki akan disekat…
2. Merungut
Berikanlah kasih sayang kepada anak-anak kerana setiap anak adalah rezeki Allah swt. Namun ibu dan bapa juga perlu mengusahakan rezeki untuk anak-anak tanpa merungut dan rasa terbeban.
3. Selalu mengeluh
Kurangkan mengeluh dan banyakkan bersyukur dengan apa yang dimiliki tidak kira banyak atau sedikit kerana syukur itu adalah kunci kepada rezeki yang melimpah ruah.
4. Kedekut
Jangan terlalu berkira-kira untuk mempermudahkan hal yang baik sekeluarga. Perlu ada tolak ansur dan dan faham sesama pasangan kerana rezeki yang Allah beri adalah untuk dikongsi bersama.
5. Gagal mengawal emosi dan amarah
Jangan meninggikan suara dan gunakan kata-kata yang baik sahaja bersama suami, isteri dan juga anak-anak. Buangkan cara menakut-nakutkan ahli keluarga dan tanamkan layanan yang penuh mesra.
6. Kurang sabar
Bersabarlah dalam menangani karenah suami, isteri dan anak-anak. Adakalanya sesuatu itu kita tidak suka. Tetapi, tetap perlu bersabar dan fahami keadaan pasangan dan anak. Nasihat dan cari penyelesaian secara baik. Banyakkan bersabar kerana sabar itu duit…
7. Kurang berdoa
Lepas solat terus bangun dan lipat sejadah. Allah… cubalah ambil masa berdoa pada Ilahi moga permulaan setiap hari lebih baik dari sebelumnya. Kena didik diri sentiasa mendoakan yang baik-baik untuk suami, isteri dan anak-anak. Sentiasa ingatkan mereka dalam doa dan juga sepanjang hari kerana kuasa doa itu adalah luar biasa. Haaa… macam mana? Agak-agak ada yang buat beberapa perkara ini tak? Masih belum terlambat untuk berubah, moga rezeki anda dan pasangan semakin luas bila mampu betulkan mana yang patut. Semoga bermanfaat…k!
Sumber: Mingguan Wanita
Artikel Lain
Kalau Solat Pun Belum Kenal, Maka Kita Belum Kenal Cinta!
Kalau Solat Pun Belum Kenal, Maka Kita Belum Kenal Cinta! Tak kenal maka tak cinta. Peribahasa ini nampaknya menjadi sebab utama, kenapa banyak muslimin tidak mengerjakan solat. Bukan bicara tentang melaksanakan solat sunat, solat 5 waktu yang wajib pun mereka tidak kerjakan padahal hanya 10 minit waktu yang diperlukan untuk melaksanakan solat dengan khusyuk.
Bagaimana Untuk Memperkuatkan Rohani
Bukan sesuatu yang menghairankan, banyak kaum muslimin bekerja banting tulang bermula matahari terbit hingga terbenam. Pertanyaannya, kenapa mereka melakukan hal itu? Kerana mereka mengetahui bahawa hidup perlu makan, makan perlu wang, dan wang hanya boleh diperolehi jika bekerja. Kerana mereka mengetahui keutamaan bekerja keras, maka mereka pun melakukannya.
Bagaimana Makanan Rohani?
Bagaimana pula untuk makanan rohani? Sekuat mana usaha kita untuk memperolehinya? Atau kita biar rohani kita kosong kelaparan? Dalam tulisan yang seterusnya, kami akan mengemukakan pembahasan keutamaan solat lima waktu dan hukum meninggalkannya. Semoga dengan sedikit goresan tinta ini dapat memotivasi kaum muslimin sekalian untuk selalu memperhatikan rukun Islam yang teramat mulia ini.
The post Duit Tinggal RM10 Sebelum Masuk Gaji? Inilah Punca Hilangnya Rezeki Tanpa Sedar appeared first on Apakes.com.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.apakes.com/duit-tinggal-rm10-sebelum-masuk-gaji-inilah-punca-hilangnya-rezeki-tanpa-sedar/