8 Punca Rezeki Sempit


Semua orang nak dimurahkan rezeki. Saya juga begitu. Kekayaan yang dimaksudkan ialah kekayaan dunia dan akhirat. Dan kekayaan di sini subjektif. Terpulang kepada anda memandangnya bagaimana. Jika kaya dan berjaya itu dari sudut positif, maka positif yang anda akan dapat. Jika sebaliknya, itulah yang berlaku.
 
Hari ni saya kongsi sikit 8 punca rezeki sempit. Punca inilah yang patut kita buang dalam diri kita. Selagi ia ada dalam diri kita, selagi itu kita akan tersekat dan rezeki susah nak datang dekat kita.
 
1. Selalu bermuram
Ada sesetengah orang lihat keadaan diri dia yang serba kekurangan, dia selalu berasa muram. Melalui riak wajah lagi dah nampak kesedihan. Kita harus sentiasa senyum kerana senyum boleh menarik kekayaan. Orang yang sentiasa senyum pasti rezeki akan datang kepada dia dengan mudah. Cuba anda perhatikan orang kaya, kebanyakan orang yang saya jumpa wajah mereka sentiasa murah dengan senyuman.
 
2. Selalu bimbang
Ada orang jenis yang sentiasa bimbang dengan perkara-perkara remeh. Sikit-sikit bimbang. Bimbang tak cukup makan. Bimbang tak boleh buat itu. Bimbang tak jadi macam ni. Sehingga merosakkan dirinya. Sehingga menyebabkan perkara penting sangat membebankannya. Sukar untuk membuat keputusan yang dapat mengubah dirinya.
 
3. Malas
Malas adalah penyakit paling kritikal untuk menarik rezeki. Dengan sifat malas, setiap tugasan tak dapat dilaksanakan dengan sempurna. Setiap kerja akan menjadi sambil lewa. Kalau nak rezeki murah kena buang sifat malas ni. Bila datang malas, terus kita fikir ‘saya nak berjaya, saya tak boleh malas’. Malas adalah penyakit yang perlu kita buang jauh-jauh dalam hidup kita. Orang yang malas tidak akan berjaya dunia dan akhirat.
 
4. Lemah
Lemah ada banyak jenis. Lemah tubuh badan. Lemah buat keputusan. Dan sebagainya. Ada orang lemah buat keputusan. Dia kurang yakin dengan diri dia. Rezeki susah datang kepada orang yang lemah. Kita harus sentiasa kuat dari segi mental dan fizikal. Jadi kita perlu persiapkan diri kita. Kalau nak kuat tubuh badan, makan makanan yang sihat. Saya cadangkan ambil makanan Sunnah. Ianya sangat POWERFUL. Nak kuat mental, kena banyak membaca. Luangkan masa untuk membaca setiap hari.
 
5. Penakut
Penakut juga satu punca rezeki sempit. Orang yang penakut tidak suka akan perubahan. Dia takut untuk untuk berubah. Jika rezeki sempit, dia takut untuk mengubah kehidupan menjadi lebih baik. Nak rezeki murah kena berani. Berani untuk lakukan perubahan. Berani untuk menghadapi kesukaran.
 
6. Bakhil
Bakhil atau kedekut ialah satu sifat yang sangat keji. Allah tidak suka orang yang bakhil. Bakhil ialah salah satu punca utama rezeki sempit. Untuk mendapat rezeki yang banyak dan berkat, kita perlu memupuk sifat pemurah. Selalu bersedekah. Tidak berkira. Sentiasa bersedia untuk menginfakkan harta. Ada yang ada harta banyak, tetapi bakhil. Orang macam ni, hakikatnya dia miskin. Hidupnya tidak tenang. Tidak ada keberkatan dalam hidupnya.
 
7. Suka berhutang
Hutang tak ada masalah. Kalau suka berhutang satu amalan yang tak bagus. Kita salahgunakan hutang sehingga menyebabkan hidup menjadi tertekan. Hutang-hutang ini yang menyebabkan rezeki seseorang sempit. Dia bukan sahaja suka berhutang, malah melewatkan bayaran hutang jika mempunyai duit. Hutang perlu diselesaikan dengan sedaya mungkin. Ada orang yang berkorban di jalan Allah, walaupun syahid amalannya tidak diterima jika dirinya penuh hutang.
 
8. Sentiasa bertangguh
Allah sentiasa memberi rezeki kepada hambaNya yang berusaha. Tetapi bagi mereka yang suka bertangguh, rezeki susah untuk datang kerana usaha yang dilakukan tidak sempurna. Contohnya untuk mendapatkan sesuatu hasil, perlu siapkan tugasan yang diberikan. Bagi orang yang bertangguh, tugasan tidak akan selesai. Suka bertangguh menyebabkan rezeki juga akan lewat sampai kepadanya. Setiap perbuatannya berkait satu sama lain.
 
Kesimpulan
Penting untuk kita mengelakkan diri dari punca-punca yang menyebabkan rezeki kita sempit. Untuk mendapat rezeki yang luas dan berkat, kita perlu sentiasa mengikut orang-orang yang berjaya.
Saya ada satu amalan untuk elakkan diri dari punca-punca rezeki sempit. Setiap pagi dan petang amalkan doa berikut:
اللهم اني اعوذ بك من الهم والحزن، وأعوذ بك من العجز والكسل، وأعوذ بك من الجبن والبج، وأعوذ بك من غلبة الدين وقهر الرجال.
“Ya Allah aku berlindung dari kesusahan dan kedukaan, aku berlindung dari sifat lemah dan malas, aku berlindung dari kedekut, dan aku berlindung dari belenggu hutang dan cengkaman manusia”.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada saya dan kita semua.
 
P/S: Doa boleh diamalkan waktu doa selepas solat Asar dan Subuh. Amalkan istiqamah in Shaa Allah rezeki kita akan murah semurah-murahnya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://rafiqhasrudin.com/8-punca-rezeki-sempit/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Mengatur Rezeki Agar Menjadi Penarik Bagi Rezeki Lainnya

Cara Mengatur Rezeki Agar Menjadi Penarik Bagi Rezeki Lainnya

papar berkaitan - pada 7/11/2018 - jumlah : 313 hits
Sederhana untuk dilakukan amalkan sehari hari semoga bisa membantu membuka pintu rezeki 1 Letakkanlah sedikit makanan kucing dan semangkuk air di luar rumah untuk kucing kucing yang datang 2 Sisihkanlah sedikit dari hasil gaji atau upah jer...
Cara Pengamalan Surat Al Waqiah Dzikir Wirid Dan Doa Rezeki Berlimpah

Cara Pengamalan Surat Al Waqiah Dzikir Wirid Dan Doa Rezeki Berlimpah

papar berkaitan - pada 8/11/2018 - jumlah : 1327 hits
Bagaimana cara mengamalkan surat al Waqiah Fadhilah keutamaan dan khasiat dari surat al Waqiah sudah tidak asing lagi di kalangan kaum muslimin Surat ini diyakini sebagai surat pembuka rezeki Siapapun yang rajin membaca dan mengamalkan wiri...
Rezeki Lancar Lakukan 8 Amalan Ini Setiap Hari

Rezeki Lancar Lakukan 8 Amalan Ini Setiap Hari

papar berkaitan - pada 9/11/2018 - jumlah : 297 hits
Blog Khusus Doa Rezeki adalah salah satu rahasia Allah SWT yang tidak dapat diketahui oleh hambaNya Tidak ada yang tahu datang rezeki hanya Allah SWT yang mengetahui Namun ada banyak cara amal ibadah yang dapat dilakukan untuk memperlancar ...
Renungan Buat Lagi Kesusahan Rezeki

Renungan Buat Lagi Kesusahan Rezeki

papar berkaitan - pada 6/11/2018 - jumlah : 982 hits
ARTIKEL KE 885 RENUNGAN HARIAN Buat kamu yang ngerasa rezekinya lagi susah pake banget coba deh sejenak renungi tulisan ini Seorang pria kaya yang kebetulan salah satu usahanya memandang keluar jendela dan melihat seorang laki laki mengambi...
Mendapatkan Rezeki Yang Pantas

Mendapatkan Rezeki Yang Pantas

papar berkaitan - pada 5/11/2018 - jumlah : 333 hits
ARTIKEL KE 884 Berkaca dari Kasus Lion AirSetelah pesawat Lion Air rute Jakarta Pangkal Pinang jatuh di perairan minggu lalu banyak sudah cerita cerita miring tentang maskapai ini Bahkan media seperti Al Jazeera pun ikut memberitakan banyak...
Hujan Lebat Bawa Rezeki

Hujan Lebat Bawa Rezeki

papar berkaitan - pada 4/11/2018 - jumlah : 234 hits
JERTIH Hujan lebat melanda daerah ini turut membawa rezeki kepada orang ramai dengan menangkap pelbagai jenis ikan air tawar daripada sungai yang melimpah Pada saat ada yang sibuk mengemas barang barang kerana bimbang rumah dinaiki air susu...
Dua Tahun Kahwin Anzalna Tetap Nantikan Anak Tak Rancang Tapi Percaya Rezeki Allah

Dua Tahun Kahwin Anzalna Tetap Nantikan Anak Tak Rancang Tapi Percaya Rezeki Allah

papar berkaitan - pada 5/11/2018 - jumlah : 700 hits
Soal zuriat rezeki semuanya Allah dah tentukan Sama ada cepat atau lambat Allah yang lebih tahu Bersabar tak cepat putus asa akhirnya mesti ada manisnya Bagi Anzalna Nasir dia tidak terkilan dengan pelbagai komen negatif serta mempersoalkan...
7 Zikir Penjemput Rezeki Supaya Rezeki Sentiasa Ada

7 Zikir Penjemput Rezeki Supaya Rezeki Sentiasa Ada

papar berkaitan - pada 9/11/2018 - jumlah : 822 hits
7 Zikir Penjemput Rezeki Supaya Rezeki Sentiasa Ada 1 Memperbanyak Membaca La hawla Wala Quwwata Illa billah Barangsiapa yang lambat datang Rezekinya hendaklah banyak mengucapkan La hawla Wala Quwwata Illa billah 2 Membaca La Ilaha Illallah...
Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Buffet Ramadan 2025 Bangi Golf Resort

Nasi Kandar Kayu Di Kl Sentral Kuala Lumpur

Wordless Wodnesday Nasi Daun Jeruk By Sheila Rusly

Siti Kasim Enraged At Money Play To Lure Conversion Forced Islamisation In Malaysia


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Cara Merancang Jadual Aktiviti Harian Yang Berkesan

Boy Cipta Kejutan Sambar Emas Di Acara Keirin

Resipi Mudah Dan Sedap Masak Pucuk Paku Lemak Tempoyak Dengan Udang

Pemimpin Pemuda Umno Sokong Hak Rakyat Berhimpun Sabtu Ini

Rekod Tiga Kerajaan Lalu Jaga Kebebasan Kehakiman Lebih Baik

Mondy Diarah Bayar Rm20 000 Kepada Ebit Lew