Duit Raya Lebih Besar Pahala Beri Pada Syawal Atau Ramadan


Duit raya lebih besar pahala beri pada Syawal atau Ramadan. Duit raya adalah adat yang masih diamalkan dalam masyarakat Melayu di Malaysia sebagai tanda pemberian ikhlas dan amalan sedekah.
Duit Raya Lebih Besar Pahala Beri Pada Syawal Atau Ramadan Pemberian duit raya bukan sekadar tradisi tetapi juga satu bentuk kebajikan yang boleh mengeratkan hubungan kekeluargaan dan persaudaraan. Namun, timbul persoalan sama ada lebih besar pahalanya jika diberikan pada bulan Syawal atau Ramadan.
Dalam hadis yang diriwayatkan oleh An-Nasa’i, Nabi Muhammad SAW bersabda bahawa sedekah kepada orang miskin mendapat satu pahala sedekah, manakala sedekah kepada kaum kerabat mendapat dua pahala – iaitu pahala sedekah dan pahala mengeratkan silaturahim.
Kredit foto: Kosmo online Ramadan: Bulan Bersedekah Yang Digandakan Pahalanya Nabi Muhammad SAW terkenal sebagai insan yang paling pemurah, terutama dalam bulan Ramadan. Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari, disebut bahawa Baginda menjadi lebih pemurah ketika bertemu Malaikat Jibril, seumpama angin yang bertiup kencang memberi manfaat kepada semua.
Sheikh Muhammad Hasan Al-Dedu Al-Shanqiti menjelaskan bahawa pemberian Nabi SAW sangat cepat dan menyeluruh, menunjukkan keutamaan bersedekah sebelum orang meminta. Oleh itu, memberi duit raya dalam bulan Ramadan lebih digalakkan kerana pahalanya berlipat ganda.
NAK BAGI DUIT RAYA SEMASA SYAWAL ATAU RAMADAN ? MANA LEBIH BESAR PAHALANYA? Bila berbicara tentang duit raya, pasti ramai yang sudah sediakan awal-awal untuk diberikan kepada anak-anak, ibu ayah, adik beradik, saudara mara dan lain-lain.
Pemberian yang sedikit atau banyak bukanlah ukuran keikhlasan bagi seseorang, jangan sesekali pertikai apa yang diberikan, tapi nilailah sejauh mana kesyukuran yang kita panjatkan. Penting bagi setiap ibu bapa untuk menasihati dan mengajari anak-anak tentang adab menerima pemberian duit raya.
Nabi Muhammad SAW bersabda:
إِنَّ الصَّدَقَةَ عَلَى الْمِسْكِينِ صَدَقَةٌ وَعَلَى ذِي الرَّحِمِ اثْنَتَانِ صَدَقَةٌ وَصِلَةٌ
Maksudnya: “Sesungguhnya sedekah kepada orang miskin pahalanya satu sedekah, sedangkan sedekah kepada kaum kerabat(keluarga) pahalanya dua; pahala sedekah dan pahala silaturahim.” (HR an-Nasaie, hadis sahih)
SubhanAllah, hebatnya orang melayu yang menjadikan pemberian duit raya sebagai satu adat dari dulu sehingga sekarang. Ia bukan sahaja dapat mengeratkan silaturahim, bahkan di dalam kitab Fathul bari yang dikarang oleh Imam al-Hafiz Ibnu Hajar al-Asqalani R.A menyebut bahawa “Menzahirkan perasaan bergembira pada hari-hari perayaan adalah di antara syiar Islam”.
Kredit foto: Berita Harian Bagaimanapun, menjadi satu tanda tanya kepada masyarakat kini.. pemberian duit raya lebih baik diberikan semasa Syawal atau Ramadan? Adakah pahala kedua-duanya sama?
Baca artikel lain juga: HARAM Guna DUIT RAYA Anak Tanpa Sebab Kecuali TERDESAK, Jadilah Mak Ayah AMANAH
ADAKAH SALAH JIKA MENYALAHI ADAT?  Sahabat, ganjaran pahala adalah milik Allah. Sebagai hamba-Nya, kita digalakkan bersedekah pada bila-bila masa namun Nabi Muhammad SAW menggandakan amalan sedekahnya apabila menjelang Ramadan. Maka, disarankan jika ingin lakukan pemberian duit raya, berikanlah lebih awal iaitu dalam bulan Ramadan.
Ibn ‘Abbas r.a. berkata:
كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَجْوَدَ النَّاسِ بِالْخَيْرِ ، وَكَانَ أَجْوَدُ مَا يَكُونُ فِي رَمَضَانَ حِينَ يَلْقَاهُ جِبْرِيلُ ، وَكَانَ جِبْرِيلُ عَلَيْهِ السَّلَام يَلْقَاهُ كُلَّ لَيْلَةٍ فِي رَمَضَانَ حَتَّى يَنْسَلِخَ، يَعْرِضُ عَلَيْهِ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْقُرْآنَ ، فَإِذَا لَقِيَهُ جِبْرِيلُ عَلَيْهِ السَّلَام ، كَانَ أَجْوَدَ بِالْخَيْرِ مِنَ الرِّيحِ الْمُرْسَلَةِ.
Maksudnya: “Nabi SAW merupakan manusia yang paling pemurah dengan kebaikan. Baginda menjadi lebih pemurah dalam bulan Ramadan, apabila bertemu dengan malaikat Jibril. Jibril akan hadir berjumpa Nabi SAW setiap malam di bulan Ramadan sehingga tamatnya Ramadan. Nabi SAW akan membacakan al-Quran kepada Jibril. Apabila Jibril bertemu baginda, baginda menjadi lebih pemurah daripada angin yang bertiup.” (HR Bukhari, hadis sahih)
Sheikh Muhammad Hasan al-Dedu al-Shanqiti menjelaskan:
“Sesungguhnya angin mursalah bertiup sangat laju dan akan mengenai seluruh apa yang dilalui. Demikianlah dengan pemberian Nabi Muhammad SAW, memberikan segala-galanya sehingga meliputi seluruh rumah. Ia juga ibarat lajunya pemberian Nabi sehingga baginda memberi sebelum orang meminta, dan baginda menghulurkan bantuan ke tempat yang jauh sebagaimana angin yang bergerak ke tempat yang jauh dalam waktu yang singkat.”
Moga ikhlas dan syukur terus terpahat dalam diri kita sama ada bagi yang memberi atau menerima. Bagi yang tidak mampu, janganlah bersedih hati. Pemberian duit raya bukanlah satu kewajipan melainkan hanya satu adat yang diraikan, masih banyak lagi amalan yang boleh dilakukan untuk mengeratkan silaturahim antara kita dan insan lain, In sha Allah.
Tidak menjadi satu kesalahan bagi seseorang yang ingin memberikan duit raya ketika Syawal, akan tetapi amat digalakkan untuk memberikannya ketika Ramadan. Nabi SAW akan menggandakan amalan sedekahnya apabila menjelang Ramadan.
Apa pun, yang lebih penting adalah keikhlasan dalam memberi dan rasa syukur bagi yang menerima.
Sumber: Ustazah Asma’ Harun
Kredit foto: Kosmo online
Baca artikel lain juga: Duit Raya Paling Meriah, Dua Kanak-kanak Perempuan Dapat Lebih RM29,000
 
 

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
 
 
The post Duit Raya Lebih Besar Pahala Beri Pada Syawal Atau Ramadan appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/duit-raya-lebih-besar-pahala-beri-pada-syawal-atau-ramadan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hari Raya Lebih Meriah Di Melawati Mall Syawal Membayu

Hari Raya Lebih Meriah Di Melawati Mall Syawal Membayu

papar berkaitan - pada 22/2/2025 - jumlah : 198 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraAidilfitri yang bakal menjelma pastinya menjanjikan kemeriahan bagi seluruh umat Islam Pastinya begitu banyak promosi menarik dihidangkan kepada pembeli dengan produk produk yang menarik pada harga yang be...
Kempen Ramadan Amp Raya Taobao Belanja Dan Menang Duit Raya Setiap Minggu

Kempen Ramadan Amp Raya Taobao Belanja Dan Menang Duit Raya Setiap Minggu

papar berkaitan - pada 3/3/2025 - jumlah : 138 hits
Taobao Malaysia memperkenalkan kempen jualan pertama khusus untuk Ramadan dan Raya berlangsung sepanjang bulan Mac Kempen ini menawarkan baucar penghantaran percuma setiap hari diskaun hebat serta koleksi barangan perayaan untuk memastikan ...
Jika Semua Peniaga Burger Tepi Jalan Bergabung Saiznya Jauh Lebih Besar Dari Mcdonald

Jika Semua Peniaga Burger Tepi Jalan Bergabung Saiznya Jauh Lebih Besar Dari Mcdonald

papar berkaitan - pada 22/2/2025 - jumlah : 179 hits
Idea untuk gabungkan semua peniaga burger tepi jalan ni saya terfikir ketika mula mula berniaga dahulu Masih awal dalam dunia perniagaan dan masih mentah tetapi punya semangat yang tinggi Maklumlah masa mula berniaga hampir semua usahawan p...
Peranan Ayah Lebih Besar Dari Yang Disangka Ini 7 Kelebihan Bonding Bersama Anak

Peranan Ayah Lebih Besar Dari Yang Disangka Ini 7 Kelebihan Bonding Bersama Anak

papar berkaitan - pada 22/2/2025 - jumlah : 184 hits
Bak kata perpatah kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak anak manja dengan ayahnya Tidak kira lelaki atau perempuan mesti ada yang melekat aje dengan ayahnya Sesungguhnya banyak manfaat jika anak bonding dengan ayah Sebagaima...
Nak Ramadan Lebih Bermakna Amalkan 17 Sunnah Rasulullah Saw Ini

Nak Ramadan Lebih Bermakna Amalkan 17 Sunnah Rasulullah Saw Ini

papar berkaitan - pada 6/3/2025 - jumlah : 126 hits
Bulan Ramadan merupakan masa untuk umat Islam berfikir dan merenung diri sendiri bersolat membuat kebajikan dan meluangkan masa dengan keluarga serta sahabat handai Bagaimanapun tentu kita ingin tahu apakah amalan sunnah Rasulullah SAW di b...
Hidangan Ramadan Dan Basikal Raya

Hidangan Ramadan Dan Basikal Raya

papar berkaitan - pada 10/3/2025 - jumlah : 174 hits
Terasa pantas sungguh masa berlalu sekejap je kita dah pun berpuasa pada hari ke 8 Seperti tahun tahun sebelumnya hidangan berbuka kami berdua biasanya ringkas dua jenis makanan sejenis minuman sejuk dan sejenis minuman panas Nasi berlauk p...
Lebih 400 Warga Jpm Hadiri Majlis Ihya Ramadan Bersama Pm Anwar

Lebih 400 Warga Jpm Hadiri Majlis Ihya Ramadan Bersama Pm Anwar

papar berkaitan - pada 3/3/2025 - jumlah : 110 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama kira kira 400 kakitangan JPM bersama sama menunaikan solat Zuhur sejurus tazkirah yang disampaikan Mufti Wilayah Persekutuan Prof Madya Datuk Dr Luqman Abdullah pada Majlis Ihya Ramadan Perda...
Gerakan Kalori Kurang Raya Lebih Riang Dengan Scott Kitchen Towel Calorie Absorb

Gerakan Kalori Kurang Raya Lebih Riang Dengan Scott Kitchen Towel Calorie Absorb

papar berkaitan - pada 9/3/2025 - jumlah : 156 hits
GERAKAN KALORI KURANG RAYA LEBIH RIANG DENGAN SCOTT KITCHEN TOWEL CALORIE ABSORB Assalamualaikum semua Scott Calorie Absorb direka khusus untuk penyerapan minyak yang unggul menjaga kesihatan keluarga kita Tisu dapur baru yang baharu dari S...
Gatti Sports Jualan Raya South City Plaza Menang Duit Raya

Gatti Sports Jualan Raya South City Plaza Menang Duit Raya

papar berkaitan - pada 3/3/2025 - jumlah : 127 hits
Gatti Sports JUALAN RAYA SOUTH CITY PLAZA MENANG DUIT RAYA Harga serendah RM9 Diskaun hingga 70 Mencari baju dan kasut Raya Jom singgah ke Jualan Gudang di Gatti Sports Sebagai pengedar sah di Malaysia kami menjanjikan produk 100 Original d...
Gesaan Malaysia Kepada Kesepaduan Asean Elak Kesan Buruk Tarif As Pm Anwar

1mdb Witness Protection Chief Rebuffs Najib S Subpoena

1mdb Withdraws Suit Against Singaporean Woman In Rosmah S Luxury Goods Case

Importance Of Wills A Comprehensive Guide By Lawyers

Hr Ministry Miti To Gather Data On Firms Workers Affected By Pipeline Fire

Raya Di Teratak Kecil Nieyl

Bab 4 April 2025

Gildcoustic Feat Staso Prasetyo Bapak Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


N 16 Bas Kafe Sekinchan Makcik Melayan Budak Gen Z

7 Resepi Ikan Yang Patut Korang Cuba

Buasir Otak Tv Bila Introvert Pergi Beraya Be Like

Energy Efficient Shredders That Don T Compromise On Cutting Force

Timbalan Presiden Pas Pn Dijangka Rombak Struktur Kepimpinan

Penangguhan 90 Hari Tarif As Bantu Ringankan Beban Malaysia