Jika Semua Peniaga Burger Tepi Jalan Bergabung Saiznya Jauh Lebih Besar Dari Mcdonald




Idea untuk gabungkan semua peniaga burger tepi jalan ni saya terfikir ketika mula-mula berniaga dahulu. Masih awal dalam dunia perniagaan dan masih mentah tetapi punya semangat yang tinggi. Maklumlah, masa mula berniaga hampir semua usahawan punya keyakinan untuk berjaya jauh lebih besar dari kemampuan sebenar mereka. Boleh dibayangkan sebagaimana gambarajah di bawah.
Saya fikir secara logik, dari segi produk makanan burger itu sendiri, peniaga burger ada segala-galanya yang jauh mengatasi McD.
Anda tentu setuju, jika dibandingkan rasa burger yang dibeli di tepi jalan hasil masakan peniaga burger kita, dengan burger McD, ternyata burger tepi jalan jauh lebih sedap. Harganya pula jauh lebih murah.

Tetapi McD menjual ratusan juta burgernya sehari manakala seorang usahawan burger jalanan menjual sekadar puluhan atau lebih sikit dari itu sehari. Tentu banyak faktor yang menyebabkan perbezaan tersebut berlaku, tapi yang pastinya bukan atas sebab faktor lazat semata-mata.

Antara faktor McD laris yang boleh saya fikirkan adalah seperti berikut.

Keseragaman rasanya. Samada burger dari kedai McD di Ipoh atau dari Kuala Terengganu, anda dapat ‘jangkakan’ keseragaman rasanya. Amat jarang anda kecewa dengan apa yang telah dijangkakan.Kepantasan. Anda tak perlu berbaris setengah jam sebelum dilayan di mana-mana kedai McD. Malah anda boleh dapatkan bekalan burger lebih cepat dengan konsep Drive-Thru mereka.Kebersihan. Suasana bersih, nyaman dan selesa mana-mana kedai McD tak boleh dinafikan. Jika anda berjaya jumpa seekor lipas dalam burger mereka, muka anda bakal jadi glamour kerana cerita itu bakal disiarkan di akhbar atau mendapat liputan yang besar.Sistem yang seragam. Tidak ada beza bagaimana kedai McD menjalankan operasinya di segenap pekan di Malaysia. Bagaimana anda membeli produk McD di Paris, begitulah juga persamaannya dengan membelinya di KL, bahasa saja yang berbeza.Aktiviti pemasaran berpusat. McD menjalankan segenap usaha memasar dan mempromosi produknya secara tersusun dan berpusat. Ia dikuatkan lagi dengan kewujudannya di segenap pelusuk tanah air yang melengkapkan proses pemasarannya untuk menyampaikan produknya kepada para pengguna.Dalam kelima faktor di atas, barangkali faktor nombor dua sahaja yang boleh peniaga burger tepi jalan tewaskan McD. Itupun jika tidak ramai yang menyerbu gerai mereka sekali gus. Selain dari itu, para usahawan burger jalanan tewas teruk. Lebih-lebih lagi faktor kebersihan.
Lalu saya cuma mefikirkan jalan bagaimana cara untuk tewaskan McD.

Idea Untuk tewaskan McDonald
Untuk tewaskan McD usahawan burger jalanan perlu bergabung membawa satu nama yang sama. Sebagai contoh, katakan anda hasilkan satu jenama “Burger Hidupringkas”.
Andainya dikumpulkan seramai mungkin usahawan burger jalanan menyertai Kelab Hidupringkas dari segenap ceruk rantau di negara ini, barangkali anda mampu laksanakan usaha tewaskan McD dalam tempoh beberapa tahun dari sekarang.

Langkah yang perlu diambil
Kumpulkan seramai mungkin usahawan burger di setiap negeri. Satu perjumpaan bulanan perlu diadakan untuk membina kerjasama menubuhkan rangkaian kedai burger Hidupringkas.Perlu ada seorang ketua. Seseorang perlu ke depan untuk memimpin kerjasama. Ketua perlu memimpin dan bukannya mengarah.Bersetuju untuk menggunakan jenama kedai burger Hidupringkas. Dengan meazaman menewaskan McD, semua perlu bersetuju menamakan kedai mereka sebagai “Burger Hidupringkas”Hapuskan konsep Francais. Antara faktor McD jauh lebih mahal daripada burger jalanan adalah disebabkan ada kos tambahan yuran francais yang dikenakan oleh McD pada semua franchaisee-nya. Jika tiada yuran tersebut, kos jadi lebih rendah.Bina keseragaman. Ketua yang dilantik perlu menerajui kesemua kedai burger hidupringkas yang bakal diwujudkan di seluruh negara agar dapat mengatasi kesemua faktor yang disebutkan di atas tadi iaitu:Keseragaman rasaKepantasanKebersihanSistem yang seragamAktiviti pemasaran berpusatPantau dan buat pembaikan setiap bulan. Melalui perjumpaan bulanan, masing-masing akan berkongsi pengalaman terbaik agar dapat ditiru oleh semua pengusaha lain.Tiada ikatan hak milik. Masing-masing perlu bersetuju agar mereka mempunyai hak penuh atas kedai mereka sendiri. Apa yang perlu ada hanyalah kerjasama rapat serta semangat untuk berjaya secara kolektif.Impian sukarBila dah lama duduk dalam dunia perniagaan, saya sedar semua itu adalah seumpama angan-angan Mat Jenin. Satu faktor yang bakal menggagalkan usaha itu adalah dari segi kepimpinan. Dalam mana-mana organisasi, semakin besar ahli yang duduk di dalamnya, semakin sukar urusan untuk satukan organisasi tersebut.
Memimpin organisasi yang besar perlukan seorang ketua yang sangat berbakat. Kenapa saya kata berbakat, sebab saya percaya pemimpin dilahirkan, bukan dibentuk. Darah kepimpinan tak ada pada semua orang walaupun semua orang rasa dia nak jadi pemimpin.
Genetik yang ada pada anda adalah gabungan dari ibu dan bapa. Tak boleh pilih genetik jenis apa yang anda mahu. Kemudian, jika memang anda ada genetiknya, di mana anda dilahirkan dan dibesarkan juga tak boleh pilih. Di mana ibubapa anda tinggal, hantar anda bersekolah, siapa jiran, siapa kawan-kawan dan sebagainya, bukan dalam penguasaan anda. Sedangkan zaman membesar itu paling besar menentukan pendidikan dan cara anda berfikir.
Usaha untuk satukan semua burger jalanan di bawah satu bumbung jenama adalah mustahil dapat dilakukan tanpa ada adanya seorang pemimpin. Apatah lagi jika setiap peniaga burger itu tiada apa-apa ikatan atau perjanjian untuk ikut pemimpin tersebut.
Pemimpin pula jika ada yang sanggup, tak akan tahan buat kerja kepimpinan tanpa ada timbal balas yang bermanfaat. Lebih baik dia buka cawangan burgernya sendiri, satu jenama dan semua pekerja berada di bawah syarikatnya.
Buat apa nak teruk-teruk berusaha untuk bersatu dan besar serta popularkan satu jenama yang dia sendiri tidak ada apa pemilikan ke atasnya. Itu juga satu masalah sebab untuk pastikan tiada salah guna penggunaan jenama, ia mesti didaftarkan di bawah akta harta intelek. Jika didaftarkan di bawah nama ketua yang sukarela itu, akan timbul rasa tak puas hati dan tidak percaya ..
Rumusannya adalah Sukar!
Ia memang satu kerja sukar, tapi jika ada yang berani ke depan untuk mengetuai usaha murni ini saya amat alu-alukan. Mungkin anda sendiri ada strategi bagaimana mahu laksanakan konsep duduk di bawah satu jenama yang tidak dimiliki oleh sesiapa.
Secara logiknya, ia adalah hampir mustahil sebab tidak ada mana-mana usaha seragamkan apa saja perkara melainkan ia bertujuan untuk kumpulkan kuasa. Ertinya jika anda berjaya yakinkan semua orang ikut mazhab bisnes ciptaan anda secara sukarela, anda sebenarnya telah berjaya memegang satu kuasa yang besar dari segi politik dan ekonomi.
Secara terbalik pula, jika anda ada kuasa, anda ada keupayaan untuk kenakan undang-undang supaya semua orang ikut satu aliran mazhab sahaja. Kuasa dan keseragaman tidak dapat dipisahkan. 





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.hidupringkas.com/2012/12/bagaimana-cara-tewaskan-mcdonald.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bakat Dan Kepandaian Memang Perlu Ada Tapi Sabar Dan Gigih Berusaha Itu Jauh Lebih Penting

Bakat Dan Kepandaian Memang Perlu Ada Tapi Sabar Dan Gigih Berusaha Itu Jauh Lebih Penting

papar berkaitan - pada 15/2/2025 - jumlah : 129 hits
Saya kongsikan maklumat yang saya baca berkenaan bancian yang dibuat kepada mereka jadi salesman Bancian ini di buat di Amerika dan bukannya di negara kita Malaysia Tapi saya yakin anda yang terlibat dalam aktiviti menjual lalui pengalaman ...
Peranan Ayah Lebih Besar Dari Yang Disangka Ini 7 Kelebihan Bonding Bersama Anak

Peranan Ayah Lebih Besar Dari Yang Disangka Ini 7 Kelebihan Bonding Bersama Anak

papar berkaitan - pada 22/2/2025 - jumlah : 102 hits
Bak kata perpatah kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak anak manja dengan ayahnya Tidak kira lelaki atau perempuan mesti ada yang melekat aje dengan ayahnya Sesungguhnya banyak manfaat jika anak bonding dengan ayah Sebagaima...
Shell Fuelsave Diesel Baharu Pemanduan Sehingga 19km Lebih Jauh

Shell Fuelsave Diesel Baharu Pemanduan Sehingga 19km Lebih Jauh

papar berkaitan - pada 19/2/2025 - jumlah : 105 hits
SHELL FUELSAVE DIESEL BAHARU PEMANDUAN SEHINGGA 19KM LEBIH JAUH Assalammualaikum semua Berita gembira buat anda yang memiliki kenderaan yang memerlukan minyak Diesel Shell FuelSave Diesel baharu kini tersedia di Semenanjung Malaysia Membole...
Mayat Seorang Wanita Peniaga Makanan Ditemui Mati Di Tepi Sungai Berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur

Mayat Seorang Wanita Peniaga Makanan Ditemui Mati Di Tepi Sungai Berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur

papar berkaitan - pada 14/2/2025 - jumlah : 94 hits
KUANTAN Seorang wanita yang juga peniaga makanan ditemui meninggal dunia di tepi sungai berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur di sini pada Khamis Mayat mangsa berusia 37 tahun ditemui seorang lelaki sebelum penemuan itu dimaklumkan kepada pih...
Park Boyoung Akui Lebih Selesa Dengan Choi Wooshik Berbanding Park Hyungsik Park Seojoon

Park Boyoung Akui Lebih Selesa Dengan Choi Wooshik Berbanding Park Hyungsik Park Seojoon

papar berkaitan - pada 12/2/2025 - jumlah : 96 hits
Park Bo young ni memang kerap tau digandingkan dengan geng Wooga Squad Artikel Berkaitan Selepas Park Hyung sik dan Park Seo joon Park Bo young akan bergandingan dengan Choi Woo shik menerusi siri Netflix Melo Movie mengikuti impian dan cin...
Lelaki Hilang Lebih Rm3 Bilion Di Tapak Pelupusan Sampah

Lelaki Hilang Lebih Rm3 Bilion Di Tapak Pelupusan Sampah

papar berkaitan - pada 14/2/2025 - jumlah : 92 hits
KOSMOJames Howells mahu membeli tapak pelupusan sampah selepas kehilangan Bitcoin bernilai RM3 3 bilion ShutterstockLONDON Seorang lelaki nekad membeli sebuah tapak pelupusan sampah di Wales United Kingdom selepas dia kehilangan sejumlah be...
Garam Celtic Sering Dikenali Sebagai Pilihan Lebih Sihat Kerana Ia Adalah Garam Laut

Garam Celtic Sering Dikenali Sebagai Pilihan Lebih Sihat Kerana Ia Adalah Garam Laut

papar berkaitan - pada 17/2/2025 - jumlah : 67 hits
Garam Celtic sering dipromosikan sebagai lebih sihat kerana ia adalah garam laut yang tidak ditapis mengandungi lebih banyak mineral seperti magnesium kalium dan kalsium berbanding garam biasa Namun dari segi kesan fisiologi terhadap dehidr...
Google Whisk Kini Boleh Digunakan Di Lebih 100 Negara

Google Whisk Kini Boleh Digunakan Di Lebih 100 Negara

papar berkaitan - pada 12/2/2025 - jumlah : 62 hits
Google terus melancarkan produk eksperimen yang dibina menggunakan model AI mereka untuk memberikan pengguna peluang merasai keupayaannya Tahun lepas syarikat ini memperkenalkan alat pengubahsuai gambar yang dipanggil Whisk yang sebelum ini...
Byd Guna Tayar Continental Generasi Baru Tawar Lebih Julat Perjalanan Juga Jimat Minyak

Byd Guna Tayar Continental Generasi Baru Tawar Lebih Julat Perjalanan Juga Jimat Minyak

papar berkaitan - pada 12/2/2025 - jumlah : 86 hits
Continental telah melancarkan dua tayar baharu EcoContact 7 dan EcoContact 7 S dengan fokus pada kecekapan pemanduan bunyi yang lebih senyap dan pengendalian dinamik Continental menyatakan bahawa kedua dua model tayar ini sesuai untuk kende...
Pac Urges Govt To Tap Local Firms To Cut Healthcare Costs

Tekanan Perasaan Masalah Kewangan Punca Lelaki Bunuh Isteri

Huawei Mate Xt Dengan Inovasi Tri Fold Mencuri Tumpuan Di Pavilion Kuala Lumpur

Keutamaan Dan Buah Dari Shalat Malam

Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Jika Ruu Ura Dilaksana Orang Melayu Mungkin Akan Kembali Pulang Ke Kampung Noh Omar

Senarai Pasar Malam Di Pasir Gudang

Damselfish Fish Facts Az Animals


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Makan Dan Solat Di Masjid Fujikawaguchiko Fujikawaguchiko

30 Soalan Deep Talk Boleh Ditanya Bersama Pasangan

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Filem Wantugo

Lirik Lagu Suara Rindu Khalis Real Spin

Syukur Fasa 1 Tujuan Pelaksanaan Syarat Kelayakan Tarikh Bayaran