Dua Wajah Parlimen Kita


 
Selesai sudah seminggu lagi mesyuarat pertama Parlimen ke-15 bagi penggal keempat bermula 3 Feb lalu, dengan sidang pada 18 Feb lepas cukup untuk menggambarkan betapa berlawanannya sikap ahli-ahli yang berhormat kita semua.
Memulakan sidang pada pagi Selasa lalu dengan Speaker Johari Abdul mengalu-alukan lawatan delegasi Parlimen United Kingdom yang diketuai speakernya Sir Lindsay Hoyle, ahli-ahli Dewan tidak pun perlu diingatkan untuk menjaga kelakuan masing-masing.
Boleh difahami bahawa Parlimen kita mengikut acuan Westminster — sebuah sistem Parlimen kerajaan demokratik yang dimodelkan mengikut acuan kerajaan United Kingdom. Tidak perlulah rasanya dihuraikan di sini kerana ramai yang dah faham.
Tidak usahlah juga bayangkan bahawa Hoyle dan delegasinya akan menilai sidang Parlimen kita berdasarkan lawatan singkat mereka itu. Lama sebelum kunjungan berkenaan, mereka harus sudah terdedah kepada suasana umpama sarkas ketika Dewan Rakyat kita bersidang daripada banyaknya video yang boleh diakses di YouTube antaranya.
Kalau ada pun, mereka harus berasa hairan dengan apa yang disaksikan sepanjang sesi Waktu Pertanyaan Menteri (MQT) pada pagi berkenaan. Kalaulah mereka menunggu lebih lama sehingga waktu perbahasan titah diraja pada sebelah petangnya, barulah mereka dapat melihat sendiri betapa berbezanya keadaan.
Sesi MQT pagi itu berjalan penuh tertib dengan lima wakil rakyat — Bentong, Jerantut, Bagan, Indera Mahkota dan Muar — mengajukan soalan kepada menteri. Ini disusuli Batu, Padang Besar, Bagan Serai, Shah Alam, Batu Pahat, Kangar, Padang Terap, Bakri, Jerantut, Sri Gading, Kalabakan, Gerik, Paya Besar, Batu Gajah dan Jerlun untuk pertanyaan bagi jawapan lisan yang mengakhiri sesi berkenaan.
Sesi petangnya menyambung perbahasan titah diraja yang didahului oleh giliran Ahli Parlimen Cheras dan Marang. Baru sampai ke giliran Pendang — wakil rakyat keempat berbahas daripada 32 semuanya yang digilirkan petang itu — Dewan sudah pun kecoh apabila Awang Hashim mendakwa Ngeh Koo Ham (PH-Beruas) cuba mencampuri urusan orang Islam sejak dua tahun lalu.
Mendakwa Koo Ham yang mencadangkan pakar perlembangan bukan Islam dilantik dalam Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi Dewan Undangan Negeri Untuk Menggubal Undang-Undang Islam pada September 2023, Awang juga menuduh tindakan menteri dan wakil rakyat DAP termasuk Koo Ham antara punca menjejaskan keharmonian dan merenggangkan perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini.
“Bukankah ini cabaran kepada Islam? Buat apa campur, orang Melayu Islam tak ganggu agama kamu, apa kamu buat? Kalau tak ada niat memperlekeh, menghina, semua ini bermula apabila DAP menjadi kerajaan, sebelum ini tiada masalah,” katanya.
Koo Ham kemudian mencuba untuk mencelah beberapa kali dengan mendakwa Pendang cuba menimbulkan sangkaan jahat sehingga situasi tegang itu ditenteramkan oleh Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Ramli Mohd Nor bagi mengawal keadaan.
Rugi — atau beruntung bagi Ahli Parlimen kita — Hoyle dan delegasinya sudah mengakhiri kunjungan mereka ketika itu.
Keesokannya Awang menimbulkan kekecohan lagi apabila mendakwa Menteri Kewangan II Amir Hamzah Azizan menyebut angka Keluaran dalam negara kasar (KDNK) suku kedua 2024 sebanyak 5.1% yang mengelirukan — berbanding 5.9% dalam titah Yang di-Pertuan Agong pada 3 Feb lepas.
“Biar menteri habis jawab dulu, sebab kalau tak dia terputus-putus, habis menteri jawab, apa juga dibangkitkan, bangkitkan, kalau tidak, dia tidak ada kesinambungan,” tegur Johari tetapi Awang bangkit lagi kemudian menyuarakan rasa tidak puas hatinya.
Barangkali ada yang tidak bersetuju tanggapan terhadap Parlimen kita dibuat hanya berdasarkan satu hari persidangan tetapi mereka yang mengikutinya setiap hari akan menerima kekecohan sudah jadi lumrah hingga Ramli sendiri pernah berkongsi ada yang bertanyakannya bagaimana keadaan sarkas (merujuk kepada sidang Parlimen kita) ketika itu.
Carian mudah di Google atas kata carian ‘Dewan Rakyat kecoh’ atau ‘sidang Parlimen kecoh’ akan menemukan banyak arkib berita berkaitan sebagai membayangkan bukanlah sidang Dewan Rakyat namanya jika sunyi daripada keriuhan, bertegang urat dan bertikam lidah di antara ahli dari dua blok bertentangan.
Tidak kira siapa pun memulakannya — baik daripada penyokong kerajaan mahupun pembangkang — kedua-dua pihak sebenarnya sama-sama bertanggungjawab kerana apa yang dimulakan tidak akan merebak jika api yang dilihat asalnya kecil tidak dicurahkan petrol hingga ia terus marak.
Yang di-Pertuan Agong ketika merasmikan Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-15 bagi Dewan Rakyat dan Dewan Negara, mengingatkan semua ahli bahawa Parlimen bukan tempat untuk bertegang urat, memaki hamun atau menabur fitnah, sebaliknya dewan mulia untuk membahaskan agenda kepentingan rakyat dan kemakmuran negara.
Susulan itu, Johari mahu semua Ahli Parlimen terus mengamalkan budaya politik matang, beretika dan bertanggungjawab dalam menjalankan tugas dengan menjadikan titah baginda sebagai peringatan yang bermakna.
“Parlimen harus menjadi platform demokrasi yang memperjuangkan kepentingan rakyat, medan perbahasan yang sihat serta konstruktif, dan bukannya tempat pertelingkahan yang memecahbelahkan rakyat,” katanya.
Adakah Ahli-ahli Parlimen mendengar dan patuh?
Kenyataan terbaharu Johari pada Jumaat — bahawa tindakan pembangkang membabitkan soalan berkaitan isu sama berulang kali dan soalan tidak relevan hanya membuang masa berharga Dewan Rakyat — harus menjawab persoalan itu.
“Kalau kita melayan soalan-soalan berbaur politik, kita berisiko menyelesaikan persidangan pada tengah malam atau 1 pagi… ini tidak boleh. Saya menetapkan persidangan mesti tamat selewat-lewatnya jam 8.30 malam. Saya pernah bertugas sehingga 5 pagi sebelum ini, dan ia tidak produktif,” tegasnya.
Hanya sehari sebelum itu, Ketua Pembangkang Hamzah Zainuddin mendakwa Ahli Parlimen pembangkang kini tidak lagi bebas menyuarakan pandangan di Dewan Rakyat, lantas akan menganjurkan siri jelajah ke seluruh negara bagi membawa suara rakyat.
Mendakwa pembangkang dilayan seperti budak sekolah yang dikenakan pelbagai sekatan, tindakan sedemikian didakwanya menyebabkan pembangkang sukar untuk menyuarakan keperluan rakyat.
Tidakkah itu satu lagi petanda dua wajah Parlimen kita yang berlawanan? - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2025/02/dua-wajah-parlimen-kita.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ahli Parlimen Raub Chow Yu Hui Cadang Portfolio Menteri Hal Ehwal Agama Dipecahkan Kepada Dua

Ahli Parlimen Raub Chow Yu Hui Cadang Portfolio Menteri Hal Ehwal Agama Dipecahkan Kepada Dua

papar berkaitan - pada 14/2/2025 - jumlah : 119 hits
KUALA LUMPUR Seorang ahli parlimen blok kerajaan hari ini mencadangkan agar portfolio Menteri di Jabatan Perdana Menteri dipecahkan kepada dua Chow Yu Hui semasa membahaskan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja menyarankan ia dipecahkan kepad...
Batu Ukiran Wajah Mao Zedong Polis Ambil Keterangan Tiga Saksi

Batu Ukiran Wajah Mao Zedong Polis Ambil Keterangan Tiga Saksi

papar berkaitan - pada 19/2/2025 - jumlah : 105 hits
BernamaKUALA LUMPUR Polis Diraja Malaysia telah merakam keterangan tiga saksi berhubung isu batu yang diukir dengan wajah Pengerusi Parti Komunis China Mao Zedong bersama tulisan puisi berideologi komunisme di sebuah kawasan memorial di Sem...
Kekal Hijau Dengan Perlindungan Pembersih Cecair Little Precious Wajah Baharu

Kekal Hijau Dengan Perlindungan Pembersih Cecair Little Precious Wajah Baharu

papar berkaitan - pada 14/2/2025 - jumlah : 62 hits
Tak usah pening kepala apabila si kecil anda suka mengutip dan memasukkan ia ke dalam mulut Eh kenapa pula Sebabnya kini Tollyjoy menerusi Pembersih Cecair Botol Aksesori Little Precious boleh menjadi penyelamat kepada bayi anda Formula yan...
Best Buat Rawatan Wajah Dengan Teknologi Korea Di Kskin

Best Buat Rawatan Wajah Dengan Teknologi Korea Di Kskin

papar berkaitan - pada 13/2/2025 - jumlah : 134 hits
Beberapa hari sebelum resepsi Kak Yang bulan Oktober tahun lepas KC Iman bawa umi dan Cik Meya untuk buat rawatan wajah yalah nak kenduri kan mesti nakkan kulit wajah lebih bersih dan dah lama tak manjakan kulit muka yang semakin kusam Kski...
Kenali Wajah Wajah Ayu Gadis Mongolia Yang Pasti Buat Anda Tergoda

Kenali Wajah Wajah Ayu Gadis Mongolia Yang Pasti Buat Anda Tergoda

papar berkaitan - pada 13/2/2025 - jumlah : 83 hits
You just can t argue with the fact that Mongolian girls have the art of seduction down to a science
Carcosa Seri Negara Bakal Berubah Wajah Menjelang Julai

Carcosa Seri Negara Bakal Berubah Wajah Menjelang Julai

papar berkaitan - pada 19/2/2025 - jumlah : 124 hits
Dr Zaliha berkata usaha itu bagi menghidupkan kembali sejarah dan memastikan warisan itu terus dihargai selaras dengan Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 serta persiapan Asean Malaysia 2025 Foto Facebook Dr Zaliha MustafaKUALA LUMPUR 18 Feb S...
Pm Hulur Sumbangan Ihya Ramadan Rm196 000 Kepada Masjid Dan Surau Dalam Parlimen Indera Mahkota

Pm Hulur Sumbangan Ihya Ramadan Rm196 000 Kepada Masjid Dan Surau Dalam Parlimen Indera Mahkota

papar berkaitan - pada 27/2/2025 - jumlah : 163 hits
KUANTAN Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hulurkan sumbangan RM196 000 bantuan Ihya Ramadan kepada 44 buah masjid dan surau dalam Parlimen Indera Mahkota Sumbangan itu disampaikan oleh Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Ahmad F...
Mesyuarat Dua Hala Berkaitan Beberapa Bidang Utama

Mesyuarat Dua Hala Berkaitan Beberapa Bidang Utama

papar berkaitan - pada 11/2/2025 - jumlah : 145 hits
Saya dan Presiden Recep Tayyip Erdo an kemudiannya terus mengepalai delegasi negara masing masing dalam sesi mesyuarat dua hala bagi membincangkan perkara yang menjadi kepentingan bersama Dalam pertemuan ini Malaysia dan T rkiye sepakat unt...
Trip Dua Minggu Jepun 2024

Trip Dua Minggu Jepun 2024

papar berkaitan - pada 11/2/2025 - jumlah : 188 hits
Saya suka bercuti ke Negara Jepun Ini kali kedua saya ke sana dan saya pasti akan datang lagi jika ada rezeki Kali ini saya dan seorang teman mengambil penerbangan dari Kuala Lumpur ke Osaka pergi dan pulang Kami sampai di Osaka pada jam 09...
Perapan Menu Bbq Waktu Bercuti

Hasrat Bertemu Isteri Tidak Kesampaian Lelaki Maut Kemalangan

Sihat Dan Kaya

After Terengganu Mb S Surveillance Claim Pm Anwar Confirms All Top Leaders Monitored Including Him

Jais Periksa Semua Tanah Kawalan Elak Pencerobohan

Bagaimana Memulakan Perniagaan Kedai Runcit Sendiri

Kereta Yusoff Rawther Terkunci Tak Dapat Diakses Orang Lain

Group Demands Usm Halt Bujang Valley Talk Over Hindu Buddhist Agenda


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Aktiviti Ketua Aktivis Ppim Santuni Warga Palestin Di Asrama Picoms Ppim 11 04 2025

Aktiviti Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Kementerian Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air Ppim 10 04 2025

Comic Art Festival Kuala Lumpur 9

Drama Dari Rahim Yang Sama

Masih Mood Raya Dengan Kuah Kacang Dan Rendang Daging

Ke Aquaria Klcc Tengok Hidupan Air Dengan Lebih Dekat