Dua Resipi Snak Mudah Dan Sihat Sesuai Untuk Satu Keluarga Dengan Menggunakan Kentang A S


Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Dalam hari masakan yang korang selalu masak bahan apakah yang sering digunakan untuk menyedapkan masakan. Kalau macam Maha selalu masukkan kentang kalau dalam masakan sup, kari atau juga goreng. Maha memang suka makan buah kentang kalau masak sehingga empuk memang sedap



Paling best Maha selalu gunakan Kentang A.S. Ini kerana ia adalah buah kentang yang serba boleh dan sangat padat dengan manfaat pemakanan. Kentang A.S ni bukan sahaja boleh buat masakan untuk lauk pauk tapi pelbagai lagi seperti snak mahupun juga pencuci mulut. Sebab itu Maha kata yang Kentang A.S. ni pelbagai fungsi dalam masakan selain daripada tinggi dengan khasiat untuk gaya hidup yang sihat. Kalau orang kata makan kentang itu boleh menggemukkan mereka kurang tepat. Ini kerana satu biji kentang A.S bersaiz sederhana hanya mempunyai 110 kalori sahaja

Juga dalam kentang saiz yang sama membekalkan kira-kira 30% daripada nilai harian yang diperlukan tubuh iaitu 27 miligram Vitamin C. Apa gunanya Vitamin C? Kalau korang tengok masa pandamik Covid-19 menyerang dunia ramai pakar mengesyorkan pengambilan vitamin C. Ini kerana ia boleh membantu menyokong sistem imun badan yang membantu meningkatkan sistem imun kita secara semula jadi untuk membantu kita melawan penyakit. Wahhhh Maha ni sembang dan macam pakar nutrisi permakanan lak kan. Maha hanya nak kongsi dengan korang apa yang Maha tahu tentang Kentang A.S ini. 

Lagi info tentang kentang ini kalau korang nak tahu sebiji kentang bersaiz sederhana mengandungi 26 gram karbohidrat iaitu sumber utama tenaga untuk otot. Kentang A.S ini juga kaya dengan Vitamin B6 dengan satu kentang bersaiz sederhana membekalkan 10% daripada nilai harian yang disyorkan. Vitamin B6 penting untuk fungsi sel yang betul. Ia dapat membantu meningkatkan metabolisme, mencipta sel darah, dan mengekalkan sel yang sihat dalam badan

Kalau nak dibandingkan dengan buah lain contoh seperti pisang, kentang ini tinggi dengan kalium di mana satu saiz sederhana pada kentang mengandungi 620 miligram kalium atau 15% DV lebih banyak daripada buah pisang bersaiz sederhana. Kalium membantu mengawal keseimbangan cecair dan mineral di dalam dan di luar sel, mengekalkan tekanan darah normal, penting untuk menghantar impuls atau isyarat saraf, dan dalam membantu otot mengecut



Maha bukan macam dalam istilah 'over claim' seperti mana produk kesihatan luar sana pasal nutrisi yang ada dalam kentang ini. Memang ini fakta yang semua orang kena tahu. Sebab dalam kentang A.S. ini mempunyai sifar lemak, sifar natrium dan sifar kolesterol, jadi ia adalah pilihan yang lebih sihat untuk kita satu keluarga mengambilnya. Jadi untuk orang yang nak diet kena banyak makan kentang

Resipi Kudapan Mudah Sihat Dengan Kentang A.S.
Jadi untuk menikmati kentang ini macam yang Maha bagitahu tadi ia bukan lah hanya perlu dimasak dalam masakan berkuah dan lauk pauk sahaja. Tapi ia juga boleh dijadikan kudapan atau juga makanan sampingan yang lebih sihat dan seimbang untuk seisi keluarga makan. Sebab itu Chef Jason Manson mencipta resipi-resipi lazat dan sihat dengan menggunakan Kentang A.S sebagai bahan utama



Salah satu resipinya Maha sendiri dah cuba dan try buat kat rumah sangat mudah dan sedap. Resipi yang Maha cuba ini diberi nama Loaded Oven Baked U.S. Lattice-cut Potatoes with Kam Heong Chicken Bolognaise. Nama pun dah sihat dengan bakar sahaja boleh buat satu resipi mudah. Kalau nak tahu bahan dan cara masak jom Maha kongsikan di sini



Bahan-bahan utama untuk memasak
400gm Kentang A.S. Sejuk Beku Bentuk Lattice-cut100gm Ayam cincang50gm Pes Kam Heong 20gm Bawang Holand (Kiub kecil)10gm Bawang Putih (Hiris)10gm Cili Merah (Hiris)5gm Daun kari10ml Minyak Masak2 nos Limau Kasturi (Potong Kecil)20gm Sayur Hijau (Ketumbar untuk hiasan)
Cara-cara memasak 
1. Panaskan kuali bersaiz sederhana dan masukkan minyak masak. Tumiskan bawang holand, bawang putih, cili merah dan daun kari. Dimasak lagi 5 minit dan masukkan pes Kam Heong dan juga ayam cincang. Dimasak selama 10 minit lagi dan siap ketepikan.2. Panaskan ketuhar pada suhu 180 Celcius, masa memasak 15 minit. Susun Kentang A.S. Sejuk Beku Bentuk Lattice-cut di atas dulang pembakar. Mulakan kerja memasak memanggang kentang.3. Setelah kentang masak warna keperangan, pindahkan dan susun ke dalam dulang hidangan. Taburkan bahan yang telah dimasak tadi di atas kentang dalam dulang tadi.4. Hiaskan hidangan dengan Limau Kasturi dan daung ketumbang yang dipotong tadi.


Maka siaplah hidangan pertama yang sangat mudah dan cepat untuk dibuat. Pastinya sihat dan lazat makan bersama keluarga sambil tonton movie kat rumah atau nak bawa pergi berkelah kat luar pun ok sebagai kudapan. Resipi kedua yang Maha nak kongsikan kat sini juga menggunakan Kentang A.S. yang diciptakan oleh chef tadi. Nama resipi ini adalah Loaded U.S. mashed Potato Crab Cake. Jom kita tengok bahan-bahan yang digunakan pulak untuk resipi kedua ini



Bahan-bahan utama untuk memasak 
Bahan 1 : Kek ketam4 biji U.S. Russet Potato (Potong kiub)100gm Isi Ketam 20gm Lobak Merah (dadu kecil)20gm Bawang putih (dadu kecil)5gm Daun Ketumbar (dicincang)¾ sudu kecil Garam¾ sudu kecil Lada Hitam
Bahan 2 : Sos Limau Nipis Aioli5ml jus Limau Nipis10gm Serbuk Jintan Manis200gm Mayonis
Bahan 3 : Membalut Kek KetamTelur 3 biji (cuci telur)200gm Tepung Serba Guna200g serbuk roti Jepun
Cara-cara memasak
1. Sediakan mangkuk adunan kecil. Masukkan jus limau nipis, serbuk jintan manis dan mayonis gaul dan asingkan.2. Sediakan periuk bersaiz sederhana berisi air. Masukkan kentang yang dipotong kiub dan masak selama 20 minit. Setelah kentang masak, gunakan penapis untuk mengeluarkan air yang berlebihan dan pindahkan ke dalam mangkuk adunan. Lenyekkan kentang sehingga hancur halus. Masukkan baki bahan di dalam kentang yang dilenyek tadi iaitu Isi ketam, Daun Ketumbar, Saderi, Lobak Merah, dan bawang. Bentukkan kentang menjadi bulat.3. Sediakan 3 bekas saiz sederhana untuk masukkan tepung serba guna, bekas untuk bancuhan telur dan bekas untuk serbuk roti. Mula salut kentang yang dibentuk bulat tadi salutan pertama iaitu tepung dahulu, seterusnya celup dalam bancuhan telur dan terakhir salut dengan serbuk roti. 4. Lakukan langkah ini untuk sekurang-kurangnya 6 kali. Panaskan ketuhar pada suhu 180 Celcius, masa memasak 15 minit. Susun kek ketam yang disalut tadi di atas dulang pembakar dan masukkan ke dalam ketuhar. Mulakan proses memasak sehingga berubah warna keperangan.5. Setelah kentang masak, pindahkan ke pinggan hidangan bersama-sama dengan Sos Limau Nipis Aioli
Macam mana dua resipi yang Maha kongsikan ini mudah bukan dan pasti lazat menggunakan Kentang A.S. Lepas ni beralih kepada yang lebih sihat dan berkualiti untuk kehidupan dan keluarga yang sejahtera. Maha pun dah mula mengambil kentang pada kadar yang diperlukan untuk dapat kesihatan yang seimbang. Semoga korang juga dapat mencubanya dan jangan lupa komen kat sini hasilnya nanti ok. Selamat memasak semua


#uspotatoes #uspotatogoodness #uspotatorecipes #eathealthy






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mahamahu.com/2022/07/dua-resipi-snak-mudah-dan-sihat-sesuai-untuk-satu-keluarga-dengan-menggunakan-kentang-a-s.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resipi Paling Mudah Buat Lauk Cencaru Sumbat Kelapa

Resipi Paling Mudah Buat Lauk Cencaru Sumbat Kelapa

papar berkaitan - pada 30/6/2022 - jumlah : 167 hits
Ikan cencaru sumbat atau dipanggil juga ikan jaket kalau dibuat inti nyior atau kelapa memang sedaplah Makan dengan nasi panas memang dah tak payah lauk lain dah Sumbat inti penuh penuh baru terlebih sedap ikan tuh Kalau nak tahu ramuan kel...
Resipi Sizzling Tauhu Telur Mudah Betul Cara Masaknya

Resipi Sizzling Tauhu Telur Mudah Betul Cara Masaknya

papar berkaitan - pada 30/6/2022 - jumlah : 185 hits
Biasa tauhu telur dimasak sup je kan Sebenarnya ada menu berkuah lain yang sedap dimasak menggunakan tauhu telur ini Saudari Raihanatu Zie ada kongsikan resipi Sizzling Tauhu Telur yang cukup sedap dan mudah yang boleh anda cuba Rasanya tid...
Ayam Minyak Mahal Pilih Resipi Kentang Bakar Berempah Guna Air Fryer Macam Ni Jimat

Ayam Minyak Mahal Pilih Resipi Kentang Bakar Berempah Guna Air Fryer Macam Ni Jimat

papar berkaitan - pada 3/7/2022 - jumlah : 238 hits
Disaat kenaikan harga semua barang yang tidak terjangkau dek akal lebih lebih lagi pada harga minyak dan ayam ada baiknya kita memilih cara masakan yang lebih sihat menggunakan air fryer untuk anak anak dan keluarga Bukan hanya lagi jimat b...
Resipi Kek Buah Versi Bakar Mudah Sedap Lebih Cepat Masak

Resipi Kek Buah Versi Bakar Mudah Sedap Lebih Cepat Masak

papar berkaitan - pada 7/7/2022 - jumlah : 264 hits
Bagi penggemar Kek Buah resipi perkongsian saudari Hadiyana Che Halim ni boleh anda cuba Resipinya cukup mudah dan tidak memerlukan masa yang lama untuk dimasak Kek Buah Kukus memerlukan masa yang panjang untuk masak Jika anda tidak punya m...
2 Resipi U S Potatoes Yang Mudah Dan Menyihatkan Dari Chef Jason Manson

2 Resipi U S Potatoes Yang Mudah Dan Menyihatkan Dari Chef Jason Manson

papar berkaitan - pada 8/7/2022 - jumlah : 407 hits
2 Resipi U S Potatoes Yang Mudah Dan Menyihatkan Dari Chef Jason Manson Assalamualaikum semua Yeahh kita kembali dalam episod Masak masak bersama U S Potatoes Eh dah macam rancangan masak pulak hehe Kalau sesiapa yang selalu baca blog sis m...
Resipi Sweet Sour Chicken Mudah Sedap Tanpa Guna Sos Segera

Resipi Sweet Sour Chicken Mudah Sedap Tanpa Guna Sos Segera

papar berkaitan - pada 28/6/2022 - jumlah : 212 hits
Sedapnya Sweet Sour Chicken Chinese Style Ayam Masam Manis stail cina perkongsian saudari Helna Nadira ni Lauk yang satu ini pastinya menjadi kegemaran anak anak dek kerana rasanya yang tidak pedas Para ibu juga pasti suka kerana cara masak...
Resipi Mudah Sedap Pasta Pesto Merah Untuk Anak Anak

Resipi Mudah Sedap Pasta Pesto Merah Untuk Anak Anak

papar berkaitan - pada 28/6/2022 - jumlah : 223 hits
Kalau anda biasa masak spaghetti Bolognese apa kata kali ini cuba resipi Pasta Pesto Merah yang sangat sedap dan mudah Resipi yang dikongsi Kamarul Ariffin Nor Sadan ini sangat sesuai untuk dihidangkan buat anak anak di rumah bagi mengganti...
Anak Tengah Lasak Bersepah Tandanya Dia Sihat Tahu Cara Ni Mudah Urus

Anak Tengah Lasak Bersepah Tandanya Dia Sihat Tahu Cara Ni Mudah Urus

papar berkaitan - pada 23/6/2022 - jumlah : 157 hits
Fitrah kanak kanak semua perkara dia nak cuba Cuma dalam fasa ini penting untuk ibu bapa jelaskan dan didik supaya anak faham Kadang disebabkan perasaan mencuba itu ada ibu bapa yang hilang sabar Menerusi perkongsian Puan Wan Nur Syakira ya...
Pantas Mudah Dan Lazat Untuk Makan Malam Keluarga Organik Dengan Alce Nero

Pantas Mudah Dan Lazat Untuk Makan Malam Keluarga Organik Dengan Alce Nero

papar berkaitan - pada 22/6/2022 - jumlah : 174 hits
Malaysia telah beralih ke fasa endemik COVID 19 dan kebanyakan daripada kita sudah kembali ke pejabat namun keluarga masih memerlukan makan malam selepas seharian bekerja Sering makan di luar tetapi harga makanan semakin meningkat di seluru...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner