Dua Pilot Pelatih Buat Hal Pada Hari Tamat Latihan Terbangkan Pesawat Ke P Pinang Demi Tapau Nasi Kandar


BUKAN biasa-biasa.
Begitulah kata-kata sesuai bagi menggambarkan kisah di sebalik rakaman tular mengenai dua jejaka yang menerbangkan pesawat ke Pulau Pinang semata-mata untuk membeli nasi kandar.
Berkongsi cerita kepada mStar, Muhammad Faizal Ibrahim, 21, memperincikan kisah di sebalik perancangan yang dibuat bersama rakannya, Muhammas Muqhriz Nazri, 25, sebelum menamatkan latihan di HM Aerospace, Langkawi, Kedah yang disertai sejak 5 Disember 2018.
     View this post on Instagram           A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

“Sehari sebelum tu kami dah periksa jadual, kebetulan kami berdua dapat terbang bersama untuk flight esoknya (24 Mac 2022). Flight tu pula perjalanan terakhir saya dan Muqhriz untuk menamatkan training kami selepas lima peperiksaan percubaan untuk latihan penerbangan sepanjang 18 bulan.
“Jadi untuk penerbangan terakhir ni, Muqhriz bagi idea supaya trip ni jadi memorable dan tersemat di hati sampai bila-bila. Jadi dia cakap dekat saya ‘Wey jom esok makan nasi kandar dekat Penang nak?‘. Kami pun bersepakat dan setuju dengan cadangan tu. Lepas call beritahu kapten, dia pun cakap okay saja sebab last flight.
“Kami isi borang flight plan dan buat paperwork hari tu, jadi petang hari sama terus hantar semua dokumen kepada air traffic controller (ATC) dekat Langkawi dan emel flight plan kami dekat ATC Penang. Jadi ATC bagi arahan untuk maklumkan dekat semua kapal terbang di lapangan terbang,” katanya.
Menurut Faizal yang merupakan anak bongsu daripada lima adik beradik, dia dan rakannya berlepas ke Pulau Pinang untuk membeli nasi kandar yang sememangnya terkenal iaitu Nasi Kandar Beratur 786.
Faizal yang belajar di HM Aerospace di Langkawi, berkata pada tarikh 24 April itu dia bertindak mengendalikan kapal terbang tersebut bersama Muqhriz serta diiringi ketua yang mengiringi perjalanan mereka.
“Pagi tu saya dan Muqhriz pergi ke airport tapi tak terlalu berharap sebab takut perjalanan dibatalkan sebab cuaca tapi nasib baik hari tu cerah saja tak hujan. Masa dalam perjalanan ke Penang, saya jadi pemandu dengan kapten tapi Muqhriz duduk belakang saja. Selama kami training kapten memang tegas kena ikut SOP tapi masa trip tu dia suruh relax. Jadi kami cuma rakam video sampailah kapten take-off kapal tu ke auto pilot sampai ke destinasi.

Selepas mendapat kelulusan, dua orang pilot pelatih terbang ke Pulau Pinang diiringi Kapten naveed Abdullah.
“Biasanya instructor suka bagi kejutan masa tengah terbang. Contohnya tiba-tiba tutup enjin jadi dia nak tengok saya buat exercise emergency procedure. Masa perjalanan ke Penang tu, disebabkan ni flight terakhir, saya pun balas balik. Masa dia tengah fokus memandu dan bercakap dengan control tower tu, saya terus tutup enjin sebelah. Kapten gelabah sampai dia teruskan buat prosedur.
“Bila kami sudah hampir sampai di Penang, saya tutup auto pilot dan kendali kapal terbang untuk mendarat secara manual. Landing tersebut merupakan pendaratan terakhir saya dekat landasan Pulau Pinang. Lepas mendarat tu kami terus jalan dalam kesesakan orang ramai dengan penuh confident sebab tengah pakai baju seragam padahal masih pangkat student lagi,” ujarnya.
Setelah tiba di kedai nasi kandar menaiki kenderaan e-hailling, mereka membeli tujuh bungkus nasi kandar yang ditempah oleh rakan-rakan lain yang berada di Langkawi.
Tambah Faizal yang berasal dari Shah Alam, Selangor, mereka turut mengambil peluang untuk berjalan di beberapa kawasan menarik di Pulau Pinang yang merupakan lokasi tumpuan pelancong untuk bercuti.
Menurutnya lagi, setelah hajat terakhir ini ditunaikan, mereka pulang semula ke Langkawi dengan mengambil masa lebih kurang satu jam perjalanan yang dikendalikan oleh Muqhriz.

Antara gambar yang diambil sebagai kenangan sebelum menamatkan latihan di HM Aerospace, Langkawi, Kedah.
Dalam pada itu, Faizal sempat mengimbas kembali bagaimana dia berjaya memasuki sekolah HMA yang terletak di Langkawi ini.
“Lepas habis je flight terakhir setelah tiba semula di Langkawi, kami ambil beberapa keping gambar sebangai kenangan dan terus balik ke tempat hangar student room untuk nikmati nasi kandar dari Penang. Feeling lepas berlapar tak makan sebab flight memang nikmat tak terkata, macam pergi ke alam lain. Ini antara pengalaman paling best saya alami sejak masuk ke tempat ni.
“Dulu tahun 2018, masa awal-awal lepas keputusan SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) saya memang tak terfikir nak jadi pilot sebab rabun. Saya fikir nak masuk UM (Univerisiti Malaya), tapi ada rezeki dapat UIA (Universiti Islam Antarabangsa. Rupanya baru tahu kalau pakai cermin mata boleh saja nak jadi pilot. Saya terus cari flight school dan tengok harga kos pengajian sampai luar negara.

Faizal telah berjaya menamatkan training selepas lima peperiksaan percubaan untuk latihan penerbangan sepanjang 18 bulan.
“Sampai satu hari tu, dapat info yang Malaysia Airlines ada buka cadet programme jadi saya pun buat permohonan. Lepas berjaya dengan semua ujian saringan, saya berjaya masuk ke sekolah tu. Semua ujian tu makan masa lebih kurang dua hingga tiga bulan. Saya ulang alik dari UIA ke Subang beberapa minggu tu. Dalam 14,000 orang mohon, saya dan 14 orang pelajar lain saja terpilih. Saya sangat bersyukur berpeluang menyertai program ni,” katanya.
Berikutan perkongsian yang menjadi tular, rata-rata netizen menunjukkan rasa teruja mereka melihat video Faizal yang terbang ke Pulau Pinang semata-mata untuk membeli nasi kandar.
Dalam pada itu, Faizal turut menitipkan pesanan khusunya kepada anak muda yang mempunyai sebarang keraguan dalam mengejar impian mereka.
Ujarnya, dia percaya sesiapa sahaja mempunyai kebolehan untuk menggapai cita-cita dengan meneruskan perjuangan tanpa putus asa.
Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network
Sumber: Mstar


via Sinar Viral NetworkBaju Kurung Edisi 2016 ni terlajak laris.

Baju Kanak-Kanak Harga Murah

Jubah raya cantik dan murah !!

Green Hijab memang Ohsem memang cair.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://kotakkopek.blogspot.com/2022/06/dua-pilot-pelatih-buat-hal-pada-hari.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Demi Sesuap Nasi Nampak Kaki Terjuntai Rupa Rupanya Rider Gend Ng Anak Demi Cari Rezeki

Demi Sesuap Nasi Nampak Kaki Terjuntai Rupa Rupanya Rider Gend Ng Anak Demi Cari Rezeki

papar berkaitan - pada 16/6/2022 - jumlah : 190 hits
Kisah rider Grab menggendong anak dalam cuaca pa nas tu lar setelah dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai abamskhai Menurut Khairul Fazki 42 dia yang sedang dalam perjalanan ternampak seorang penunggang motosikal me...
Sejak Bila Ada Kacang Ikan Bilis Netizen Pertikai Nasi Kandar Singapura

Sejak Bila Ada Kacang Ikan Bilis Netizen Pertikai Nasi Kandar Singapura

papar berkaitan - pada 3/7/2022 - jumlah : 179 hits
Sebut sahaja nasi kandar pasti ramai terbayang akan keenakan set nasi bersama kuah campur banjir sayur dan lauk pauk seperti ayam goreng nbsp sotong telur rebus dan sebagainya Pun begitu lain pula yang dikongsikan oleh seorang pengguna di l...
Sarapan Di Kayu Nasi Kandar Nusentral

Sarapan Di Kayu Nasi Kandar Nusentral

papar berkaitan - pada 3/7/2022 - jumlah : 257 hits
Assalamualaikum Hi korang Macam yang SA share pagi tadi tekak ni nak makan roti canai kan so terus je la ke Kayu Nasi Kandar memang lama giler x makan kat sini dan lama giler x makan roti canai SA belasah je makan walau tau batuk blom ok la...
Latihan Pertahanan Udara Marinir Tembak Jatuh Pesawat Asing Ingin Serang Nkri

Latihan Pertahanan Udara Marinir Tembak Jatuh Pesawat Asing Ingin Serang Nkri

papar berkaitan - pada 29/6/2022 - jumlah : 148 hits
Satuan TNI AL melakukan latihan pertahanan udara yang digelar di Mako Lantamal VII Jl Supul Jaya Bolok Kab Kupang Nusa Tenggara Timur Selasa lalu Marinir berhasil lumpuhkan pesawat asing yang memberikan serangan kepada NKRI Demikian potret ...
Selesai Tiga Puluh Hari Tamat Setengah Tahun

Selesai Tiga Puluh Hari Tamat Setengah Tahun

papar berkaitan - pada 30/6/2022 - jumlah : 245 hits
SELESAI TIGA PULUH HARI TAMAT SETENGAH TAHUN Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih Assalammualaikum wbt SELESAI sahaja bulan Jun dihari ke 30 bererti selesai setengah tahun pertama 2022 Enam bulan pertama selsai kita lalui ...
Baru Beroperasi Dua Hari Lee Hyori Suami Buat Keputusan Ubah Cara Kafe Beroperasi

Baru Beroperasi Dua Hari Lee Hyori Suami Buat Keputusan Ubah Cara Kafe Beroperasi

papar berkaitan - pada 4/7/2022 - jumlah : 202 hits
Lee Hyo ri dan pasangannya Lee Sang soon baru baru ini telah membuka sebuah kafe di Pulau Jeju berdekatan dengan tempat tinggal mereka Namun hanya selepas 2 hari pembukaan kafe tersebut ianya terpaksa diubah dari segi operasi Kenapa ya ARTI...
Lirik Lagu Pesawat Kertas 365 Hari 365 Nichi No Kamihikouki Nyanyian Jkt 48 Viral Di Tiktok

Lirik Lagu Pesawat Kertas 365 Hari 365 Nichi No Kamihikouki Nyanyian Jkt 48 Viral Di Tiktok

papar berkaitan - pada 29/6/2022 - jumlah : 280 hits
LIRIK LAGU PESAWAT KERTAS 365 HARI 365 NICHI NO KAMIHIKOUKI NYANYIAN JKT 48 VIRAL DI TIKTOKSejak minggu lepas viral di tiktok lagu Pesawat Kertas yang dinyanyikan secara live oleh Sisca Cik Rose sendiri menyukai lagu ni Liriknya yang amat b...
Tutorial Buat Logo Konsep Wifi Hari Kebangsaan 2022 Langkah Demi Langkah

Tutorial Buat Logo Konsep Wifi Hari Kebangsaan 2022 Langkah Demi Langkah

papar berkaitan - pada 4/7/2022 - jumlah : 523 hits
Tutorial mudah buat Logo Hari Kebangsaan 2022 yang bertemakan wifi Logo berkonsepkan jalur liputan internet dan tema Keluarga Malaysia Teguh Bersama untuk sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia kali ini Pengertian LogoSatu titik di seti...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner