Dua Lagi Mangsa Kemalangan Di Lipis Meninggal Dunia Hari Ini



KUANTAN - Dua lagi mangsa kemalangan di Kilometer 16, Jalan Lipis - Benta- Raub, dekat sini, meninggal dunia menjadikan jumlah keseluruhan yang maut dalam kejadian itu kepada enam orang. 

Ketua Polis Daerah Lipis Supt Azry Akmar Ayob berkata dua mangsa berkenaan ialah Zalimawati Mukhtar, 34, dan anaknya Zulaikha Basyirah Ahmad Ridwan, 10 yang sebelum ini dilaporkan berada dalam keadaan parah.

“Zalimawati meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Afzan, manakala anak perempuannya Zulaikha Basyirah Ahmad Ridwan, 10, meninggal dunia di Hospital Kuala Lipis. 

"Kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia akibat kecederaan teruk di kepala," katanya kepada pemberita menerusi satu kenyataan di sini, hari ini. 

Zalimawati dan anaknya merupakan seorang daripada lapan penumpang kereta Proton Waja yang terlibat dalam kemalangan dengan Produa Myvi yang dinaiki pasangan suami isteri Muhamad Samsol Kamal Mat Arifin, 22, dan Norshafiqah Mohd Yusof, 21. 

Dalam kemalangan pukul 4.46 petang semalam, ibu Zalimawati, Khatijah Hussin, 61 dan pemandu Perodua Myvi Muhamad Samsol Kamal yang merupakan anggota tentera di Markas Tentera Darat, Jalan Padang Tembak, Kuala Lumpur, meninggal dunia di tempat kejadian.

Bapa dan anak Zalimawati, Mukhtar Hassan, 62, dan Ahmad Fakhrul Muslim, dua tahun, meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lipis semalam. 

Azry Akmar berkata laporan bedah siasat semua mangsa menunjukkan sebab kematian mereka adalah akibat kecederaan teruk di dada, kepala dan pendarahan dalaman. 

Kemalangan juga menyebabkan seorang lagi anak Zalimawati, Mohd Alif Haikal Abdullah, 11, dan sepupunya yang merupakan pasangan kembar Shek Ibrahim Shek Dawood dan Nur Zurina, 13, serta Norshafiqah (isteri Muhamad Samsol) cedera ringan. 

Kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta dipandu Muhamad Samsol dari arah Kuala Lipis ke Benta gagal memotong sebuah kenderaan lain menyebabkannya bertembung dengan kereta dinaiki keluarga Zalimawati yang berada di laluan bertentangan. #sumberhttp://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2018/12/dua-lagi-mangsa-kemalangan-di-lipis.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FLWFdy+%28Pahang+Daily+Online%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Spr Tumpu Keluarkan Nama Pengundi Hantu Meninggal Dunia

Spr Tumpu Keluarkan Nama Pengundi Hantu Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 1/12/2018 - jumlah : 307 hits
MALAYSIAKINI Keutamaan Suruhanjaya Pilihan Raya ketika ini adalah membersihkan senarai daftar undi dari pengundi hantu dan yang sudah meninggal dunia kata pengerusinya Azhar Azizan Harun hari ini Ada 73 000 pengundi berumur lebih 90 tahun d...
Sempat Koma Tiga Hari Perawat Korban Begal Di Bandung Meninggal

Sempat Koma Tiga Hari Perawat Korban Begal Di Bandung Meninggal

papar berkaitan - pada 30/11/2018 - jumlah : 234 hits
Perawat bernama Neng Meila Susana yang menjadi korban begal meninggal dunia setelah koma selama tiga hari di rumah sakit Al Islam Polisi masih terus melakukan penyelidikan untuk menangkap pelaku begal yang diduga berjumlah dua orang
Zainuddin Maidin Meninggal Dunia

Zainuddin Maidin Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 15/12/2018 - jumlah : 334 hits
Tokoh wartawan dan Bekas Menteri Penerangan Zainuddin Maidin meninggal dunia petang ini Perkara itu dimaklumkan oleh adik allahyarham lapor Bernama Pada 13 November lalu allahyarham yang berusia 79 tahun dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Hosp...
Suami Isteri Meninggal Dunia Selang 2 Jam Kisah Sehidup Semati

Suami Isteri Meninggal Dunia Selang 2 Jam Kisah Sehidup Semati

papar berkaitan - pada 1/12/2018 - jumlah : 417 hits
KLUANG Iman Masjid Jamek Simpang Renggam dan isterinya meninggal dunia dalam tempoh selang dua jam di rumah mereka di Kampung Simpang Renggam di sini awal pagi ini Pada mulanya Bera Madiran ditemui meninggal dunia oleh isterinya Maimunah Da...
Ikon Pencipta Watak Spongebob Stephen Hillenburg Meninggal Dunia

Ikon Pencipta Watak Spongebob Stephen Hillenburg Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 28/11/2018 - jumlah : 566 hits
Selain mencipta watak yang menjadi kegemaran ramai itu Hillenburg juga mengarahkan filem The SpongeBob SquarePants pada tahun 2004 AP PENCIPTA watak kartun SpongeBob SquarePants Stephen Hillenburg meninggal dunia pada Isnin pada usia 57 tah...
Bomba Nafi Adib Meninggal Dunia

Bomba Nafi Adib Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 28/11/2018 - jumlah : 715 hits
Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor menafikan dakwaan bahawa anggotanya Muhammad Adib Mohd Kassim telah meninggal dunia seperti yang disebarkan di media sosial Berita kematian pegawai bomba yang tular di laman sosial adalah tidak benar Ke...
Pelumba Cub Prix Negara Meninggal Dunia

Pelumba Cub Prix Negara Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 17/12/2018 - jumlah : 511 hits
KOTA TINGGI Pelumba Cub Prix Hafiz Nor Azman 22 yang bersaing pada Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas 2018 hari ini meninggal dunia selepas terbabit dalam kemalangan ketika pusingan terakhir perlumbaan di Dataran Bandar Penawar dekat ...
Selepas Dua Hari Tutup Mulut Akhirnya Mona Allen Akui Dia Milik Pekin

Selepas Dua Hari Tutup Mulut Akhirnya Mona Allen Akui Dia Milik Pekin

papar berkaitan - pada 11/12/2018 - jumlah : 1499 hits
PELAKON Mona Allen akhirnya secara terbuka meluahkan perasaannya mengenai pernikahannya dengan pengarah dan pelakon Pekin Ibrahim selepas dua hari mendiamkan diri Mona atau nama sebenarnya Munna Hafiraneza Allen berkata dia berterima kasih ...
Jkn Pahang Rampas Produk Ubat Tidak Berdaftar Kosmetik Tiada Notifikasi Bernilai Rm1 Juta

Awak Solat Tak 5 Waktu Jika Tidak Awak Balik Saja

The Hardest Singing Show

Cerita Foto Sepanjang Minggu

Drama Puaka Cuti Semester Lakonan Mark Adam Zaki Azeman

Jadilah Wanita Yang Mahal Thalia Baiduri Harap Wanita Jaga Darjat Jangan Bergaduh Kerana Buaya

Jpsm Mengesahkan Kegiatan Pembalakan Di Bukit Beserah Berlaku Dalam Kawasan Tanah Persendirian

Kkb Polls Indians And The Futility Of Voting



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah


Baby Car Seat Malaysia Safety Standards What Parents Need To Know

Antara Momen Yang Umi Akan Rindu

From Dreadful To Delightful Conquering Gear Engagement In Dodge Transmissions

Lelaki Miang Tanggal Seluar Budak Direman

Leave Pang Alone Skjcs Aren T Illegal Umno Man Tells Fadhli

Titah Hasrat Dan Pandangan Tuanku