Covid 19 Singapura Bakal Sekat Pelancong Dari Dua Kawasan Di Korea Selatan


SINGAPURA, 25 Feb (Bernama) — Singapura bakal melarang kemasukan pelancong dari Daegu dan Cheongdo susulan peningkatan bilangan kes positif COVID-19 dari kedua-dua bandar Korea Selatan itu, kata Kementerian Kesihatan Singapura (MOH).
Menurut satu kenyataan di sini hari ini, kementerian itu berkata semua pelancong baharu yang mempunyai sejarah perjalanan ke kedua-dua bandar dalam tempoh 14 hari lepas tidak akan dibenarkan memasuki atau melakukan transit melalui Singapura “mulai 26 Feb 2020, jam 2359.”
MOH berkata setakat tengah hari ini, Korea Selatan melaporkan sejumlah 893 kes jangkitan COVID-19 yang telah disahkan – 501 kes dikaitkan dengan Shincheonji Church of Jesus di Daegu manakala 113 dengan Hospital Daenam di Cheongdo.
Selain itu, MOH berkata 246 kes sedang disiasat dan tidak mempunyai kaitan dengan kedua-dua kluster.
Kedua-dua bandar ditetapkan sebagai “zon penjagaan khas” dan kerajaan Korea Selatan telah meningkatkan tahap amaran kepada serius, serta secara agresif memperkukuh sistem responsnya bagi mengurangkan risiko jangkitan lanjut.
Dengan situasi penularan yang begitu cepat di rantau ini, pelancong dan pengembara yang kembali dari Daegu dan Cheongdo mendatangkan risiko tinggi kepada Singapura,” menurut kenyataan itu.
Selain melarang kemasukan pelancong baharu, MOH berkata penduduk yang terdiri daripada Rakyat Singapura dan Penduduk Tetap dengan sejarah perjalanan ke kedua-dua bandar dalam tempoh 14 hari lepas akan dikeluarkan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN).
Notis itu juga terpakai kepada pemegang pas jangka panjang termasuk pas dan permit kerja, pas pelajar serta pas lawatan jangka panjang.
Di bawah SHN, MOH berkata penerima notis perlu berada di kediaman mereka pada setiap masa bagi tempoh selama 14 hari selepas kembali ke Singapura.
Dua hari lepas, Singapura telah menasihati pengembara untuk mengelak melakukan perjalanan tidak perlu ke Daegu dan Cheongdo.
Sumber: BERNAMA
The post Covid-19: Singapura Bakal Sekat Pelancong Dari Dua Kawasan Di Korea Selatan appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2020/02/25/covid-19-singapura-bakal-sekat-pelancong-dari-dua-kawasan-di-korea-selatan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dua Kes Terbaru Covid 19 Malaysia Sekat Sementara Pelancong Dari Daegu Cheongdo

Dua Kes Terbaru Covid 19 Malaysia Sekat Sementara Pelancong Dari Daegu Cheongdo

papar berkaitan - pada 29/2/2020 - jumlah : 471 hits
Kementerian Kesihatan Malaysia melalui laman twitter sebentar tadi memaklumkan terdapat dua lagi kes baru Covid 19 membabitkan dua warganegara asing yang menetap di Malaysia Kes ke 24 melibatkan wanita warga Jepun berusia 41 tahun yang beke...
Coronavirus Korea Selatan Israel Nasihatkan Warganya Tangguh Perjalanan Ke Singapura

Coronavirus Korea Selatan Israel Nasihatkan Warganya Tangguh Perjalanan Ke Singapura

papar berkaitan - pada 12/2/2020 - jumlah : 478 hits
SINGAPURA Korea Selatan dan Israel sudah menasihati warganya untuk menangguhkan perjalanan ke Singapura disebabkan penularan 2019 nCoV Coronavirus manakala Indonesia dan Taiwan sudah menyarankan agar langkah berjaga jaga diambil apabila men...
Covid 19 Korea Selatan Sahkan 594 Kes Baru Hari Ini Jumlah Kes Meningkat Hingga 2 931

Covid 19 Korea Selatan Sahkan 594 Kes Baru Hari Ini Jumlah Kes Meningkat Hingga 2 931

papar berkaitan - pada 29/2/2020 - jumlah : 446 hits
Korea Selatan ketika ini sedang menghadapi peningkatan kes Covid 19 yang agak serius apabila hari ini dilaporkan 594 kes baru dan menjadikan jumlah kes mencecah hingga 2 931 kes positif Korea Selatan juga telah mencatatkan 13 kematian setak...
Korea Selatan Catat Peningkatan Terbesar Kes Covid 19

Korea Selatan Catat Peningkatan Terbesar Kes Covid 19

papar berkaitan - pada 29/2/2020 - jumlah : 431 hits
SEOUL Korea Selatan mengesahkan 594 lagi kes COVID 19 hari ini iaitu peningkatan terbesar setakat ini yang menjadikan jumlah jangkitan mencecah 2 931 dengan penambahan tiga kematian Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit Korea dalam satu ken...
Covid 19 Netizen Korea Selatan Berang Dengan Syarikat Penerbangan Klm

Covid 19 Netizen Korea Selatan Berang Dengan Syarikat Penerbangan Klm

papar berkaitan - pada 13/2/2020 - jumlah : 607 hits
KOREA SELATAN Pihak pengurusan syarikat penerbangan KLM Royal Dutch dikecam oleh warga Korea Selatan akibat satu nota tulisan tangan yang ditulis dalam tulisan Hangul yang melarang penumpang dari menggunakan tandas berkenaan kecuali pramuga...
Sekat Kemasukan Pelancong China Kerajaan Nilai Situasi Covid 19 Dahulu

Sekat Kemasukan Pelancong China Kerajaan Nilai Situasi Covid 19 Dahulu

papar berkaitan - pada 22/2/2020 - jumlah : 454 hits
PUTRAJAYA 21 Feb Kerajaan akan menilai situasi semasa wabak COVID 19 di China sebelum membuat sebarang keputusan mengenai kemasukan pelancong dari negara itu ke Malaysia kata Tun Dr Mahathir Mohamad Perdana Menteri berkata jangkitan COVID 1...
Covid 19 Korea Selatan Catat 142 Lagi Kes

Covid 19 Korea Selatan Catat 142 Lagi Kes

papar berkaitan - pada 22/2/2020 - jumlah : 415 hits
SEOUL 22 Feb Korea Selatan mencatatkan sebanyak 142 lagi kes baharu COVID 19 dalam tempoh 24 jam lalu menjadikan keseluruhan orang yang dijangkiti seramai 346 lapor agensi berita Sputnik memetik Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea S...
123 Lagi Kes Covid 19 Di Korea Selatan

123 Lagi Kes Covid 19 Di Korea Selatan

papar berkaitan - pada 23/2/2020 - jumlah : 357 hits
123 lagi kes Covid 19 di Korea Selatan Dikemas kini 3 minit yang lalu Diterbitkan pada 23 Feb 2020 1 00PM
Empat Kes Baharu Covid 19 Di Singapura Jumlah Terkini 81

Empat Kes Baharu Covid 19 Di Singapura Jumlah Terkini 81

papar berkaitan - pada 19/2/2020 - jumlah : 486 hits
Singapura Kementerian Kesihatan Singapura hari ini mengesahkan empat lagi kes positif jangkitan COVID 19 di republik itu seorang daripadanya adalah wanita warga Malaysia Perkembangan terbaru ini menjadikan jumlah keseluruhan kes setakat ini...
Khairul Aming Dedikasikan Anugerah Maulidur Rasul Kepada Peniaga Kecil

Misi Membeli Perfume Luggage Dan Hadiah Encik Suami Gagal

Kenangan Bercuti Di Pulau Pangkor

Sambutan Birthday Malam Ambang Merdeka 2025

Filem Badak

Ideas Beef Asado Recipe Slow Cooker

Salam Maulidur Rasul

Jual Daging Kucing Rm26 Sekilogram Kerana Terdesak Perlu Wang


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bila Lagu Lama Mengusik Jiwa

Menulis Dengan Hati Kerana Tulisan Hidup Lebih Lama

Kotak Packaging Produk Travel Set Solusi Branding Mudah Untuk Usahawan Baru Dengan Design Premium

666 Apa Yang Ditulis Buku Santai Untuk Asah Kreativiti Menulis

Karipap Daging

Menyeramkan Darah Menitis Dari Siling Hospital