Doktor Pelatih Di P Pinang Dedah Semua Terlebih Kerja Dibuli Dan Didera



Doktor pelatih di P Pinang dedah semua, terlebih kerja, dibuli dan didera
Beberapa individu yang pernah dan sedang menjadi doktor pelatih berkongsi pengalaman sendiri berhubung perkara yang dilihat oleh pengkritik sebagai budaya buli yang berleluasa di hospital awam.
Ini susulan laporan kematian seorang doktor pelatih di Hospital Pulau Pinang baru-baru ini.
Pada Disember 2020, seorang lagi doktor pelatih yang meletak jawatan dilaporkan meninggal dunia. Ia mencetuskan spekulasi bahawa kes buli dan penghinaan menjadi kebiasaan dalam kalangan doktor pelatih.
Ketika dihubungi FMT, Pengarah Hospital Pulau Pinang, Dr Teo Gim Sian mengajukan soalan mengenai isu terbabit kepada Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Ma’arof Sudin. Tiada jawapan diterima ketika artikel ini ditulis.
FMT bercakap dengan individu yang pernah dan masih menjadi doktor pelatih untuk mendapatkan gambaran lebih jelas sama ada wujud budaya toksik di Hospital Pulau Pinang yang menyukarkan doktor pelatih.
Kebanyakan responden mendakwa ia adalah pengalaman perit dan merupakan “hospital paling teruk” untuk doktor pelatih di negara ini.
Hampir semua mendakwa mereka terlebih bekerja, didera dan dibuli – malah oleh jururawat.
Bekas doktor pelatih Arjun (bukan nama sebenar) berkata, Hospital Pulau Pinang terkenal dengan budaya buli dan biasanya “digeruni” oleh ramai doktor pelatih.
Dia menyifatkan pegawai atasan terdekatnya, iaitu pegawai perubatan (MO) sebagai “tidak berhati perut” kerana kata-kata mengguris hati dan tindakan terhadap dirinya serta rakan sekumpulannya.
“Seorang doktor pernah kata saya tidak berguna dan menyuruh saya pergi ke tingkat tertinggi dan terjun.
“Apabila saya kata hidup saya lebih berharga dan saya tidak akan korbankan nyawa sendiri, tempoh saya di jabatan itu dilanjutkan dua bulan lagi,” katanya kepada FMT.
Doktor pelatih menjalani latihan di jabatan berbeza secara bergilir-gilir setiap empat bulan untuk sekurang-kurangnya dua tahun, sebelum mereka menjadi MO. MO biasanya menyelia doktor pelatih.
Arjun juga mendakwa beliau dan doktor pelatih lain berdepan penghinaan berbaur perkauman daripada MO mereka.
“Saya diminta pergi menoreh getah, manakala orang Melayu disuruh kembali ke sawah. Saya tertekan. Kami dipaksa bekerja 18 jam berturut-turut.
“Ada yang teruk terjejas mendapatkan bantuan psikiatri, mereka dipersendakan dan dilabel sebagai ‘gila’,” dakwanya.
Seorang lagi doktor pelatih, J mendakwa beliau dipersalahkan oleh pegawai atasan atas kematian seorang pesakit.
“MO yang bertanggungjawab adalah calon sarjana dan tinggal tiga minggu lagi sebelum dia memulakan kursusnya. Saya menjadi kambing hitam. Saya menjaga 20 pesakit lain dan MO hilangkan diri. Saya kemudian digelar pembunuh atas sesuatu yang tidak dilakukan saya.
“Ia adalah bulan paling malang dalam hidup saya di hospital itu. Pembuli ini menyasarkan orang yang lemah.”
Dalam menggesa Putrajaya menangani isu yang dihadapi doktor pelatih, Exco Kesihatan negeri, Norlela Ariffin semalam berkata, terlebih bekerja seperti budaya dalam dunia perubatan adalah yang tidak sepatutnya berlaku.
Beliau membandingkan pengalaman ahli keluarganya berkhidmat sebagai doktor di sebuah hospital di United Kingdom, yang menurutnya mempunyai keseimbangan kehidupan dan kerja yang lebih “berperikemanusiaan” berbanding di Malaysia.
Beliau mendakwa seorang ahli keluarganya, yang pernah menjadi doktor pelatih, terbabit dalam 27 kemalangan kereta akibat keletihan kerana terpaksa bekerja untuk tempoh yang panjang. FMT
Doktor pelatih di P Pinang dedah semua, terlebih kerja, dibuli dan didera
Baca Artikel Menarik:
Fosil Cengkerang Berusia 66 juta Tahun, Rupanya… Pencemaran bau diesel: Premis terima perintah tahan operasi Mawi dibidas Pakar Buah Pinggang, kenyataan menipu dan menunggang agama Sherry Ibrahim berusaha untuk kahwin Pusat tahfiz impian Janna Nick bakal jadi kenyataan Kecacatan semula jadi sejak dalam kandungan ibu : Azizulhasni Lelaki ditahan larikan isteri orang, rempuh kereta polis Polis ‘jemput’ 2 remaja di rumah selepas pamer aksi ‘wheelie’, ‘scorpion’ Penduduk arak kekasih berzina di bulan Ramadan Siapa pakai baju Melayu dengan sneakers gua rembat – Joe Flizzow Lelaki Dilaporkan Sesat Ditemui Mati Dalam Keadaan Terduduk Berputih Mata Baru Pandu ‘Supercar’ Bernilai RM3 Juta Terus Langgar Pokok Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2022/05/05/doktor-pelatih-di-p-pinang-dedah-semua-terlebih-kerja-dibuli-dan-didera/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Exco Negeri Sembilan Terima 2 Laporan Doktor Pelatih Dibuli

Exco Negeri Sembilan Terima 2 Laporan Doktor Pelatih Dibuli

papar berkaitan - pada 10/5/2022 - jumlah : 159 hits
Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan diminta menyiasat dan mengambil tindakan jika benar dua doktor pelatih dibuli di dua hospital pada Mac dan April lalu PETALING JAYA Exco Negeri Sembilan S Veerapan berkata pihaknya menerima dua laporan dokt...
Doktor Pelatih Dibuli Jangan Izinkan Kebodohan

Doktor Pelatih Dibuli Jangan Izinkan Kebodohan

papar berkaitan - pada 8/5/2022 - jumlah : 163 hits
Amat dialu alukan Kementerian Kesihatan akan menubuhkan pasukan petugas bebas bagi menyiasat kematian seorang doktor pelatih Hospital Pulau Pinang baru baru ini Menurut laporan seorang doktor pelatih dikatakan jatuh daripada bangunan kediam...
Hiburan Tak Semua Doktor Bijak Doktor Dikecam Netizen Didakwa Dedah Info Pesakit Hiv Demi Content

Hiburan Tak Semua Doktor Bijak Doktor Dikecam Netizen Didakwa Dedah Info Pesakit Hiv Demi Content

papar berkaitan - pada 27/4/2022 - jumlah : 141 hits
Baru baru ini tular di media sosial mengenai perkongsian daripada seorang individu yang mendakwa dirinya seorang doktor di mana dia ada bercerita mengenai salah seorang pesakitnya yang telah meninggal dunia akibat dijangkiti HIV Dalam untai...
Dua Kali Saya Cuba Bunuh Diri Kerana Dibuli Emosi Doktor Pelatih

Dua Kali Saya Cuba Bunuh Diri Kerana Dibuli Emosi Doktor Pelatih

papar berkaitan - pada 8/5/2022 - jumlah : 176 hits
Dua kali saya cuba bunuh diri kerana dibuli emosi Doktor pelatih Penat rasa tidak berguna dan menangis adalah perkara biasa yang sering dilalui oleh seorang doktor pelatih sepanjang ditempatkan di Jabatan Pembedahan di sebuah hospital keraj...
Ahli Parlimen Tuntut Penjelasan Telus Kematian Doktor Pelatih

Ahli Parlimen Tuntut Penjelasan Telus Kematian Doktor Pelatih

papar berkaitan - pada 4/5/2022 - jumlah : 173 hits
Ahli Parlimen tuntut penjelasan telus kematian doktor pelatih Dikemas kini 19 minit yang lalu Diterbitkan pada 4 May 2022 7 1
5 Tahun Kerja 2 Kali Je Pernah Mc Doktor Dikecam Sebab Marah Orang Suka Tipu Sakit Untuk Mc

5 Tahun Kerja 2 Kali Je Pernah Mc Doktor Dikecam Sebab Marah Orang Suka Tipu Sakit Untuk Mc

papar berkaitan - pada 11/5/2022 - jumlah : 212 hits
Bila kita sakit ni semestinya kita akan cari ubat yang dapat membantu untuk meredakan kesakitan dialami atau dapatkan nasihat daripada doktor betul tak Kebiasaannya kalau sakit yang dialami tu memerlukan kita untuk berehat doktor akan membe...
Doktor Kongsi Bukan Semua Buah Selamat Dimakan Oleh Anak Yang Ada Asma Eczema

Doktor Kongsi Bukan Semua Buah Selamat Dimakan Oleh Anak Yang Ada Asma Eczema

papar berkaitan - pada 26/4/2022 - jumlah : 202 hits
Pernah tak anak anak anda yang mempunyai eczema ataupun asma mengalami tanda tanda yang teruk selepas makan buah buahan Ini kerana bukan semua buah selamat dimakan oleh anak yang ada asma dan eczema Atau anak yang kerap batuk dan kerap gata...
Ada Lima Doktor Kaki Buli Di Hospital Pulau Pinang

Ada Lima Doktor Kaki Buli Di Hospital Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 11/5/2022 - jumlah : 262 hits
GEORGETOWN Nama lima doktor di Hospital Pulau Pinang yang didakwa sebagai pembuli diserahkan kepada Kementerian Kesihatan untuk tindakan lanjut Lima nama itu diserahkan sendiri Pengerusi Jawatankuasa Agroteknologi dan Keselamatan Makanan Pe...
Doktor Pakar Buli Doktor Pelatih Di Negeri Sembilan Dikesan

Doktor Pakar Buli Doktor Pelatih Di Negeri Sembilan Dikesan

papar berkaitan - pada 10/5/2022 - jumlah : 219 hits
KERAJAAN Negeri Sembilan telah mengarahkan Jabatan Kesihatan Negeri untuk memanggil dua doktor pakar yang didakwa terlibat membuli doktor pelatih di dua hospital di negeri berkenaan Exco Kesihatan Alam Sekitar Koperasi dan Kepenggunaan ne
Fire Destroys House And Seven Vehicles In Hulu Besut

Vegan And Gluten Free Acv Gummies Without The Junk And With All The Benefits

Kenduri Kahwin Anak Saudara Di Teras Jernang Selangor

Day Trip Ke Pantai Teluk Cempedak Dan Menara 118 Kuantan Pahang

Mca Should Reflect On Where Its Two Seats Are Akmal Shoots Back

Chegubard Mohon Maaf Di Mahkamah Kerana Memfitnah Anak Syarikat Mbi

Pas Open To Reunion With Umno If Latter S Leadership Changes

Syarikat Rakam Gambar Pekerja Mengular Dalam Tandas


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya


John Tamahawk The Culinary Visionary Behind Singapore S Premier Tomahawk Steakhouse

Nasi Ulam Simple Sedap

Panduan Pintar Menguruskan Wang Simpanan Untuk Masa Hadapan

Koleksi Resepi Dan Cara Mudah Buat Roti Bun Homemade Sendiri Di Rumah

Resepi Sup Telur Chinese Style

Apakah Itu Umami