Dua Kali Mb Pilihan Muhyiddin Gagal Di Johor Sekarang Ada Hati Lagi Nak Pilih Di Sabah


 
Bukan rahsia lagi dua bekas Menteri Besar Johor ketika era pemerintahan PH adalah datang daripada buah fikiran serta cadangan Muhyiddin Yassin yang akhirnya kedua-dua mereka berakhir dengan kegagalan.
Osman Sapian dan Dr Sahruddin Jamal ini adalah orang pilihan Muhyiddin memandangkan beliau merupakan ahli politik senior di negeri tersebut, selain kedudukannya sebagai Presiden Bersatu.
Mahu atau tidak, Muhyiddin perlu mengakui pilihannya itu adalah suatu kegagalan apabila kedua-dua orang kepercayaannya itu dilihat lemah dan gagal dalam melaksanakan tugas serta tanggungjawab dengan baik di Johor.
Mereka berdua bukan sahaja tidak dapat mentadbir dengan baik, malahan kurang disenangi kerana beberapa isu berbangkit yang gagal diselesaikan dengan baik.
Malah, hubungan kerajaan negeri dengan Istana Johor juga agak renggang ketika era kedua-dua Menteri Besar pilihan Muhyiddin itu.
Pada PRN Sabah kali ini pula, Muhyiddin secara terbuka sudah menyatakan hasratnya berhubung calon Ketua Menteri pilihannya dan lebih menarik lagi keputusan tersebut dibuat tanpa berbincang bersama rakan sekutunya BN.
Nama yang dipilihnya adalah calon kerusi DUN Sulaman, Datuk Hajiji Noor yang juga merupakan Pengerusi Bersatu Negeri Sabah dan pilihannya itu dipercayai dibuat sebagai membalas jasanya mengembangkan parti itu ke negeri tersebut.
Walaupun dianggap parti baharu dan masih belum pernah diuji di Sabah, Muhyiddin dilihat memberikan kepercayaan penuh kepada Hajiji, walhal calon pilihannya itu adalah “katak” yang bertanding atas tiket UMNO semasa PRU14 lalu dan kemudian melompat menyertai Bersatu.
Hajiji sememangnya dilihat kurang berpengalaman dan tidak mempunyai pengaruh untuk menarik sokongan pengundi, lemah dalam komunikasinya serta terlalu mengharapkan bantuan daripada pemimpin Bersatu dari Semenanjung dalam kempen PRN Sabah ini.
Sepanjang tempoh berkempen, semua menteri daripada Bersatu seolah-olah dikerah untuk membantu Muhyiddin dan calon-calon Bersatu di mana segala macam bentuk program atau projek ternampak dikhususkan untuk mendapatkan undi.
Maka, ke sana ke sini lah menteri-menteri Bersatu turun membantu Muhyiddin bagi memenangkan Hajiji dan merampas semula Sabah daripada kerajaan Warisan.
Sememangnya Muhyiddin memerlukan kemenangan ini dan ia penting bagi survival politiknya sebagai Perdana Menteri, walhal risiko yang diambilnya dengan menamakan Hajiji adalah satu tindakan yang akan “membunuh persahabatan” antara partinya, Bersatu dengan UMNO yang dipimpin oleh Ahmad Zahid Hamidi.
Sekiranya di Johor pun Muhyiddin gagal dalam pemilihan calonnya, adakah kali ini kegagalan yang sama bakal berulang di Sabah?
Sama ada Hajiji akan memberikannya kemenangan atau kekalahan pasti akan memberi kesan politik yang besar buat dirinya.
Nasib Muhyiddin sebagai Perdana Menteri sebenarnya akan ditentukan pada 26 September ini, tarikh itu merupakan pertarungan hidup dan mati buat karier politiknya. (Shahbudindotcom 18/09/2020)


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/09/dua-kali-mb-pilihan-muhyiddin-gagal-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Muhyiddin Akui Beliau Hanya Ada Dua Pilihan Letak Jawatan Atau Bubar

Muhyiddin Akui Beliau Hanya Ada Dua Pilihan Letak Jawatan Atau Bubar

papar berkaitan - pada 25/9/2020 - jumlah : 469 hits
mhdaily netPerdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata beliau tidak kemaruk kuasa dan bertindak dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan Rabu lalu Presiden PKR Anwar Ibrahim mendakwa kerajaan Muhyiddin sudah tumbang selepas ketua pembangkang it...
Bukan Macam Pilih Karipap Farahdhiya Rimas Diaju Soalan Bila Nak Kahwin Minta Dijodohkan Lelaki Yang Baik

Bukan Macam Pilih Karipap Farahdhiya Rimas Diaju Soalan Bila Nak Kahwin Minta Dijodohkan Lelaki Yang Baik

papar berkaitan - pada 23/9/2020 - jumlah : 430 hits
Mungkin sudah lali ditanyakan soalan bila akan mendirikan rumah tangga pelakon dan penyanyi Farahdhiya meminta individu di luar sana yang bertanyakan soalan berkenaan supaya memperkenalkan dia dengan lelaki yang layak dijadikan suami Pemili...
Tak Puas Hati Agihan Kerusi Ketua Penerangan Pkr Sabah Letak Jawatan

Tak Puas Hati Agihan Kerusi Ketua Penerangan Pkr Sabah Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 13/9/2020 - jumlah : 319 hits
Simsudin Sidek meletakkan jawatan sebagai ketua penerangan PKR Sabah setelah parti itu diperuntukkan hanya separuh daripada 14 kerusi yang dimintanya Simsudin Rabu lalu mengumumkan bahawa PKR akan bertanding 14 kerusi sehari sebelum Warisan...
Muhyiddin Umum Pembentukan Gabungan Rakyat Sabah Hadapi Warisan Dalam Prn

Muhyiddin Umum Pembentukan Gabungan Rakyat Sabah Hadapi Warisan Dalam Prn

papar berkaitan - pada 12/9/2020 - jumlah : 449 hits
September 12 2020 9 19 AMPerdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata Gabungan Rakyat Sabah akan memastikan kesemua parti dalam gabungam itu bekerjasama sebagai satu pasukan TUARAN Perdana Menteri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan parti pem...
Majoriti Rakyat Sabah Akan Pilih Keadilan Di Dun Tempasuk

Majoriti Rakyat Sabah Akan Pilih Keadilan Di Dun Tempasuk

papar berkaitan - pada 24/9/2020 - jumlah : 192 hits
Majoriti rakyat Sabah khususnya penduduk di kerusi Dewan Undangan Negeri Tempasuk hampir pasti akan memilih calon KEADILAN Mustapha Sakmud untuk memenangi Pilihan Raya Negeri Sabah pada 26 September ini Walaupun tewas pada Pilihan Raya Umum...
Muhyiddin Announces Gabungan Rakyat Sabah In Bid To Wrest State Govt

Muhyiddin Announces Gabungan Rakyat Sabah In Bid To Wrest State Govt

papar berkaitan - pada 12/9/2020 - jumlah : 333 hits
Prime Minister Muhyiddin Yassin today announced the formation of Gabungan Rakyat Sabah an opposition coalition comprising Perikatan Nasional Barisan Nasional and PBS Although they are allies in the PN led federal government BN and PBS are n...
Mustahil Zahid Berani Tentang Kevmahuan Muhyiddin Isu Km Sabah

Mustahil Zahid Berani Tentang Kevmahuan Muhyiddin Isu Km Sabah

papar berkaitan - pada 13/9/2020 - jumlah : 1469 hits
Mengkaji situasi Zahid dan Bung Mokhtar adalah tidak logik mereka berani membantah kemahuan Muhyiddin mahu KM dari Sabah Selain sedang menghadapi kes mahkamah faktor PAS akan terus sokong Muhyiddin dan Anwar juga sedia mengisi tempat UMNO a...
Hati Kena Kental Bila Nak Hadap Tantrum Anak Bila Dah Biasa Lama Lama Jadi Mudah

Hati Kena Kental Bila Nak Hadap Tantrum Anak Bila Dah Biasa Lama Lama Jadi Mudah

papar berkaitan - pada 13/9/2020 - jumlah : 355 hits
Kanak kanak dan tantrum atau amukan itu cukup sinonim Semakin membesar si kecil anda semakin menguji kesabaran papa mama Ada sahaja perkara yang boleh membuatkan terjadi amukan si kecil Tidak kira masa atau tempatnya Tapi itu semua lumrah d...
Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

The West Isn T Dying But It S Working On It

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation