Dua Ditemukan Meninggal Dunia Di Pusat Rawatan Psikiatri


Oleh Izad Thaqif Hassan SUNGAI PETANI: Dua lelaki ditemukan meninggal dunia ketika berada di sebuah rumah teres yang dijadikan pusat rawatan psikiatri di Tikam Batu, dekat sini.
Dua lelaki terbabit masing-masing berusia 25 dan 20 tahun adalah penghuni yang menjalani rawatan di premis berkenaan dan mereka meninggal dunia kelmarin dan semalam.
Mayat penghuni yang berusia 25 tahun dan berasal dari Negeri Sembilan ditemui pengurus pusat rawatan terbabit jam 8.20 malam kelmarin ketika dia mengejutkan mangsa untuk makan ubat.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Shah, berkata mangsa sebelum itu baru selesai makan malam dan dia kemudian berbaring di ruang tamu.
"Pengurus pusat rawatan terbabit kemudian cuba mengejutkan mangsa untuk makan ubat namun tiada sebarang tindak balas membuatkan dia bimbang dan menghubungi hospital.
"Petugas kesihatan yang tiba tidak lama kemudian membuat pemeriksaan dan mendapati mangsa sudah meninggal dunia," katanya kepada BH, hari ini.
Lokasi terbabit kemudian disanitasi dan mayat dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk ujian saringan COVID-19 sebelum proses bedah siasat.
Sementara itu, Adzli berkata, seorang lagi penghuni turut ditemui meninggal dunia kira-kira jam 1 tengah hari, semalam ketika berada di pusat rawatan terbabit.
"Mangsa yang berusia 20 tahun berasal dari Perak itu ditemui tidak sedarkan diri oleh penyelia pusat rawatan berkenaan yang kemudian menghubungi hospital.
"Hasil pemeriksaan lanjut mendapati mangsa sudah meninggal dunia dan dia sudah mendapat suntikan vaksin pada 17 September lalu," katanya.
Menurutnya, mayat dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar untuk saringan COVID-19 sebelum bedah siasat yang dijangka akan dilakukan hari ini.
"Hasil siasatan lanjut mendapati kematian dua mangsa terbabit tidak mempunyai sebarang unsur jenayah dan kes diklasifikasi sebagai mati mengejut," katanya.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/09/dua-ditemukan-meninggal-dunia-di-pusat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tenggelam Di Danau Bekas Galian Pasir Bocah 7 Tahun Ditemukan Meninggal Dunia

Tenggelam Di Danau Bekas Galian Pasir Bocah 7 Tahun Ditemukan Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 29/9/2021 - jumlah : 196 hits
Tim SAR gabungan menemukan Andini Fitri Handayani dalam keadaan meninggal dunia di Danau Galian Pasir Kemiri Kecamatan Kemiri Kabupaten Tangerang Rabu pagi Pelajar itu sebelumnya dilaporkan hilang saat berenang di lokasi itu pada Selasa sor...
Berita Palsu Dua Pelajar Smk Tasek Damai Meninggal Dunia Akibat Vaksin Covid 19 Tidak Benar

Berita Palsu Dua Pelajar Smk Tasek Damai Meninggal Dunia Akibat Vaksin Covid 19 Tidak Benar

papar berkaitan - pada 29/9/2021 - jumlah : 398 hits
Assalamualaikum semuaAku ada terbaca satu berita tentang ada pelajar yang meninggal dunia akibat vaksin covid 19 Saja nak cari pengesahan aku google la berita ni Ternyata tak betul ya Aku kongsikan petikan berita dari Astro Awani Mior Farid...
Kkm Beri Amaran Sebaran Berita Palsu Remaja Meninggal Dunia Selepas Vaksinasi

Kkm Beri Amaran Sebaran Berita Palsu Remaja Meninggal Dunia Selepas Vaksinasi

papar berkaitan - pada 30/9/2021 - jumlah : 267 hits
BERNAMA KKM mendapati kedua dua pelajar berusia 17 tahun menghidap kencing manis jenis 1 dan penyakit jantung kongenital dan belum menerima vaksin ketika dijangkiti Covid 19 Kementerian kesihatan menasihatkan orang ramai supaya memastikan s...
Anak Azmi Saat Meninggal Dunia Tunggu Kami Di Syurga Ya

Anak Azmi Saat Meninggal Dunia Tunggu Kami Di Syurga Ya

papar berkaitan - pada 30/9/2021 - jumlah : 383 hits
Bayi Azmi Saat meninggal dunia selepas 3 hari dilahirkan KEMASKINI Bayi syurga Azmi Saat selamat dikebumikan Jenazah anak kepada penyanyi Azmi Saat yang dilaporkan meninggal dunia hari ini selamat dikebumikan sekitar pukul 6 15 petang tadi ...
Allah Lebih Menyayanginya Anak Azmi Saat Meninggal Dunia

Allah Lebih Menyayanginya Anak Azmi Saat Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 30/9/2021 - jumlah : 210 hits
Vokalis kumpulan Caliph Buskers Azmi Saat sah bergelar bapa apabila isteri tercinta Nazirah Muhammad selamat melahirkan cahaya mata lelaki pada 27 September lalu Ujar Azmi isterinya dijangka bersalin secara normal pada 8 Oktober depan namun...
Pelajar Meninggal Dunia Disahkan Negatif Covid 19

Pelajar Meninggal Dunia Disahkan Negatif Covid 19

papar berkaitan - pada 30/9/2021 - jumlah : 201 hits
Gambar hiasan Pelajar perempuan meninggal dunia tidak dijangkiti Covid 19 SUNGAI PETANI Pelajar perempuan yang didakwa meninggal dunia berpunca daripada suntikan vaksin COVID 19 didapati bebas daripada virus itu Pengarah Jabatan Kesihatan N...
Ibu Ali Puteh Arwah Abam Bocey Meninggal Dunia Sebentar Tadi

Ibu Ali Puteh Arwah Abam Bocey Meninggal Dunia Sebentar Tadi

papar berkaitan - pada 1/10/2021 - jumlah : 243 hits
Ibu kepada pelawak Ali Puteh dan Allahyarham Abam Bocey Sabariah Arshad dilaporkan meninggal dunia sebentar tadi kira kira jam 11 54 malam di Hospital Selayang Memetik laporan Astro Gempak wakil kepada keluarga Ali berkata Allahyarhamah tel...
Afnan Tunggu Kami Di Syurga Ya Anak Azmi Saat Caliph Busker Meninggal Dunia

Afnan Tunggu Kami Di Syurga Ya Anak Azmi Saat Caliph Busker Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 30/9/2021 - jumlah : 167 hits
Afnan Tunggu Kami Di Syurga Ya Anak Azmi Saat Caliph Busker Meninggal Dunia BAYI sulung penyanyi Azmi Saat yang berusia tiga hari meninggal dunia selepas mengalami masalah kesihatan kira kira pukul 12 00 tengah hari Khamis Perkara itu disah...
Mantan Ketua Pengarah Msn Zolkeples Embong Meninggal Dunia

Mantan Ketua Pengarah Msn Zolkeples Embong Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 3/10/2021 - jumlah : 174 hits
Gambar Astro Awani Bekas Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara Datuk Seri Zolkeples Embong dilaporkan meninggal dunia pagi ini Berita duka kehilangan Allahyarham turut disampaikan pengulas sukan Hafizal Hamad di laman sosialnya sebentar tadi T...
Hari Pekerja 2024 Sejarah Tema Sambutan

Optimizing Your Twitter Feed Strategies For Positive Content Filtering

Adapting To Consumer Behavior

There Is An Awakening

Rm232mil Road Project Awarded To Nepturis Witness Tells Wan Saiful Trial

App Inarah

Pj Mayor Denies Being Rude To Residents Group

Masih Beraya



5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Racun Rihanna Slot Samarinda TV3


1 500 Berarak Ke Dataran Merdeka Tuntut Hak Pekerja

More Than Pools Patios Eric Curtis Landscape Architecture Designs For Life

Dua Lelaki Didakwa Tebang Pokok Robin Hood

Anwar Announces Over 13 Pay Hike For Govt Servants Largest In History

Kkb By Election Remarks May Cost Pn Support Of Voters

1 Mei 2024 Selamat Hari Pekerja