Anak Azmi Saat Meninggal Dunia Tunggu Kami Di Syurga Ya
Bayi Azmi Saat meninggal dunia selepas 3 hari dilahirkan.
klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt) [KEMASKINI] Bayi syurga Azmi Saat selamat dikebumikan Jenazah anak kepada penyanyi Azmi Saat yang dilaporkan meninggal dunia hari ini selamat dikebumikan sekitar pukul 6.15 petang tadi di tanah Perkuburan Islam AU2, Keramat, Kuala Lumpur.
Sebelum itu, jenazah Khairul Afnan yang berusia tiga hari telah diuruskan oleh pihak hospital untuk dikafan dan disembahyangkan.
Jenazah anak kepada penyanyi Azmi Saat selamat dikebumikan sekitar pukul 6.15 petang tadi di tanah Perkuburan Islam AU2, Keramat, Kuala Lumpur.
Terdahulu, belum pun seminggu menyambut kelahiran cahaya mata sulung selepas penantian selama 10 tahun, Azmi dan isterinya Nazira diuji selepas anak mereka dilaporkan berada dalam keadaan tidak sihat.
vokalis kumpulan Caliph Buskers itu berkongsi keadaan anaknya selepas doktor mengesyaki bayi itu mempunyai masalah pada bahagian otak.
Ujar Azmi, Afnan terpaksa dipakaikan alat bantuan pernafasan sejak hari pertama dilahirkan pada 27 September lalu selepas doktor mengesyaki otak bayi itu tidak berfungsi kerana dia tidak bergerak. Allah mudahkan proses bersalin, tapi sekarang Allah nak uji kami. SUDAH suratan takdir, penyanyi Azmi Saat hanya sempat bergelar bapa selama tiga hari selepas bayi sulungnya yang dilahirkan Isnin lalu meninggal dunia pada Khamis.
Berita sedih itu dikongsikan pengurusnya, Syah Rahman yang memaklumkan bayi yang diberi nama Khairul Afnan itu menghembuskan nafas terakhir dalam pangkuan ibunya, Nazira Muhamad di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur.
"Selepas alat bantuan pernafasan dibuka, Azmi dan isteri diberi peluang meriba anak mereka sehingga nafas terakhir,"
"Afnan sah meninggal dunia beberapa minit kemudiannya... kita doakan semoga pasangan ini diberikan kekuatan melalui ujian cukup mencabar ini," kata Syah ketika dihubungi.
Bagaimanapun sehingga kini masih tidak dapat dipastikan punca sebenar bayi yang ditunggu-tunggu sejak 10 tahun itu meninggal dunia.
Pada pagi Khamis, Azmi yang juga merupakan vokalis kumpulan Caliph Buskers memaklumkan bayi lelakinya itu berdepan penyakit yang masih belum diketahui punca sehingga perlu menerima bantuan pernafasan.
Azmi dan isteri teruja timang anak sulung pada Isnin lalu.
Reda menerima ujian itu, Azmi, 34, memohon orang ramai mendoakan kesihatan anaknya yang kini masih berada di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur.
"Mohon tolong doakan Afnan. Afnan tak sihat. Kami sedang diuji. Allah mudahkan urusan kami waktu proses mengandung tapi sekarang Allah nak uji kami. Malam tadi Azmi ada beritahu Afnan tak sihat. Kata Azmi, Afnan bernafas dengan bantuan alat pernafasan! SYAH PENGURUS AZMI SAAT "Allah mudahkan proses bersalin tapi sekarang Allah nak uji kami. Allah letakkan rasa teruja dalam hati kami tapi sekarang Allah nak uji kami.
"Itulah Allah pemilik sekalian alam. Dia yang maha merancang dan maha mengetahui segalanya. Mungkin ada antara kalian yang Allah makbulkan doanya.
AZMI bersama bayi sulungnya, Khairul Afnan.
"Apa pun yang berlaku, kami reda dengan ketentuan takdir-Nya. Amin Ya Rabbal Alamin," katanya menerusi laman Instagram.
Sementara itu, Syah turut memaklumkan masih belum mengetahui penyakit yang dihidapi oleh bayi itu kerana perlu menjalani pemeriksaan pakar terlebih dahulu.
Perkongsian Azmi di Instagram mengenai keadaan kesihatan anaknya.
"Saya pun belum dapat hubungi Azmi lagi... cuma terakhir malam tadi dia ada beritahu Afnan tak sihat. Kata Azmi, Afnan bernafas dengan bantuan alat pernafasan.
"Doktor syak bahagian otak Afnan ada masalah sebab dia tak bergerak, jadi perlu buat ujian MRI untuk semak status otak dan punca sebenar," kata Syah.
Pada Isnin lalu, Azmi dan isteri iaitu Nazira Muhammad, 35, meluahkan saya syukur dikurniakan cahaya mata pertama selepas penantian selama 10 tahun.
SOURCE: mstar
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://hdmalaysia.blogspot.com/2021/09/anak-azmi-saat-meninggal-dunia-tunggu.html