Pekerja Kargo Antara Lima Lelaki Ahli Sindiket Air Ketum Di Batu Maung


Anbalagan (tengah) bersama pegawainya menunjukkan 1,800 bungkusan air ketum yang dirampas.



BALIK PULAU- Pekerja kargo antara lima lelaki yang ditahan dipercayai terlibat sindiket memproses air ketum selepas polis memeriksa sebuah kediaman di Taman Iping, Batu Maung, Bayan Lepas dalam Ops Covid-19, awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan AA Anbalagan berkata, kelima-lima lelaki berusia lingkungan 19 hingga 25 tahun itu didapati melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan berkumpul di luar rumah kira-kira jam 1 pagi semalam.




Beliau berkata, menyedari kehadiran Unit Kereta Peronda (MPV) polis, kesemua lelaki tersebut melarikan diri masuk ke rumah teres dua tingkat tersebut sebelum mendapati mereka gagal memberi alasan berkumpul di hadapan kediaman tersebut.

"Susulan itu, kita membuat pemeriksaan dalam rumah dan menjumpai 1,800 bungkus air ketum dengan isipadu keseluruhan 900,000 milimeter yang sudah siap dibungkus dipercayai untuk dijual.

"Dua daripada mereka mempunyai rekod lampau yang mana dua daripada mereka bekerja sebagai pekerja kargo, seorang penarik kereta manakala yang lain tidak bekerja.

"Beberapa peralatan memproses air ketum turut ditemui antaranya lapan tong ais; lima tong gas, empat buah dapur gas dan dua buah periuk aluminium membabitkan nilai keseluruhan rampasan RM9,000," katanya pada sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Daerah Barat Daya di sini, hari ini.




Polis turut merampas beberapa peralatan memproses air ketum.

Tambah Anbalagan, sindiket tersebut mampu meraih pendapatan RM25,000 dengan menghasilkan 5,000 bungkus air ketum dalam seminggu.

"Mereka dipercayai mampu memproses kira-kira 1,800 bungkusan setiap kali memasaknya. Bekalan air ketum ini untuk pasaran sekitar Bayan Baru serta Bayan Lepas. Menurut mereka, permintaan pelanggan bertambah dalam tempoh PKP ini.

"Air ketum ini dijual RM5 setiap bungkus dan mereka mampu meraih sehingga puluhan ribu ringgit dalam seminggu. Siasatan mendapati, sindiket ini mendapat bekalan daun ketum dari Kedah. Mereka kemudiannya memproses di rumah yang disewa oleh ketua sindiket tersebut tiga kali seminggu sejak dua bulan lalu," katanya.

Tambahnya, kelima-lima lelaki tersebut yang menerima upah RM100 sehari mempunyai peranan masing-masing antaranya memasak, membungkus dan penghantar.

"Ada juga pelanggan datang sendiri ke rumah tersebut untuk mengambil bekalan secara pukal.

"Mereka akan memasak air ketum itu pada sebelah petang hingga malam. Ketika serbuan, mereka baharu selesai membungkus (air ketum) dan dipercayai sedang menunggu pelanggan," katanya.

Kesemua tangkapan direman empat hari untuk siasatan lanjut.

Kredit : Sinar Harian

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2020/04/pekerja-kargo-antara-lima-lelaki-ahli.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ketua Pemuda Armada Antara 6 Ditahan Miliki Air Ketum

Ketua Pemuda Armada Antara 6 Ditahan Miliki Air Ketum

papar berkaitan - pada 11/4/2020 - jumlah : 447 hits
Tapah Ketua pemuda sebuah parti politik antara enam individu yang ditahan memiliki air ketum dalam satu serbuan di sebuah rumah di Bidor Jaya semalam Kesemua lelaki berusia lingkungan 22 hingga 45 tahun itu ditangkap sekitar jam 4 30 petang...
Pegawai Ahli Parlimen Dap Didedah Antara Terlibat Pembikinan Video Menghina Ebit Lew

Pegawai Ahli Parlimen Dap Didedah Antara Terlibat Pembikinan Video Menghina Ebit Lew

papar berkaitan - pada 27/4/2020 - jumlah : 557 hits
Sejak beberapa hari lalu nama pendakwah bebas terkenal Ustaz Ebit Lew semakin hangat diperkatakan selepas beliau dan pasukannya memberi bantuan kepada satu keluarga di Kedah Beliau diserang daripada pelbagai pihak termasuk pegawai khas kepa...
Anak Rayu Doakan Ayah Selepas Lima Ahli Keluarga Maut Akibat Covid 19

Anak Rayu Doakan Ayah Selepas Lima Ahli Keluarga Maut Akibat Covid 19

papar berkaitan - pada 7/4/2020 - jumlah : 356 hits
Penularan wabak Covid 19 semakin membimbangkan apabila lebih 3000 individu dilaporkan telah dijangkiti di negara ini Anak Rayu Doakan Ayah Selepas Lima Ahli Keluarga Maut Akibat Covid 19
Huluterengganu Suspek Kemaruk Air Ketum Ditahan

Huluterengganu Suspek Kemaruk Air Ketum Ditahan

papar berkaitan - pada 23/4/2020 - jumlah : 340 hits
Dua pemuda yang keluar dipercayai untuk mendapatkan bekalan air ketum ketika perintah kawalan pergerakan PKP COVID 19 berkuat kuasa menerima padah selepas diberkas polis Suspek yang bekerja sebagai buruh itu ditahan kira kira jam 11 pagi Ra...
Niat Jual Air Ketum Terbantut Penghantar Makanan Gagal Lepasi Sekatan Polis

Niat Jual Air Ketum Terbantut Penghantar Makanan Gagal Lepasi Sekatan Polis

papar berkaitan - pada 7/4/2020 - jumlah : 435 hits
Tular di media sosial seorang penghantar makanan ditahan polis dalam satu sekatan jalan raya kerana membawa air ketum dipercayai untuk dijual Foto ihsan Facebook Ariff Aswad YazidKUALA LUMPUR 7 Apr Tindakan dua penghantar makanan membawa ba...
Ahli Parlimen Batu Ditahan Kerana Langgar Pkp

Ahli Parlimen Batu Ditahan Kerana Langgar Pkp

papar berkaitan - pada 21/4/2020 - jumlah : 444 hits
Ahli Parlimen Batu P Prabakaran ditahan polis hari ini ketika sedang meninjau keadaan di apartment Sri Murni di Selayang yang diletakkan di bawah PKPD Gambar fail The Malaysian Insight 20 April 2020 AHLI Parlimen Batu P Prabakaran ditahan p...
Khairuddin Antara Batu Api Yang Lagakan Tun M Dan Anwar

Khairuddin Antara Batu Api Yang Lagakan Tun M Dan Anwar

papar berkaitan - pada 23/4/2020 - jumlah : 401 hits
AMNI JAGAT Kenyataan Khairuddin Abu Hassan pada 21 April 2020 yang menyatakan agar Tun Dr Mahathir Mohamad mempertimbangkan untuk tidak lagi bersama PH adalah suatu yang jelas dilihat sebagai hasutan terhadap gabungan tersebut Pemuda Parti ...
Lima Pekerja Mcdonald 039 S Singapura Disahkan Positif Covid 19

Lima Pekerja Mcdonald 039 S Singapura Disahkan Positif Covid 19

papar berkaitan - pada 13/4/2020 - jumlah : 438 hits
MCDONALD S nbsp Singapura hari ini mengumumkan lima pekerjanya telah didiagnosis dengan nbsp Covid 19 Lima pekerja itu bekerja di empat cawangan berbeza iaitu nbsp dua bekerja di McDonald s Lido dan tiga lagi masing masing bekerja nbsp di n...
Drama Pak Su Ammara

Ai And Automation Set To Dominate The Industrial Sector By 2026

Hiburan Video Peribadi Tular Pekin Ibrahim Nafi Sambut Hari Natal Kami Hanya Sambut Hari Lahir Bukan Bertukar Hadiah

Dari Tampin Ke Simpang Ampat Alor Gajah Beli Nenas

Rawatan Pergigian Di Klinik Pergigian Familia Megaway

Tajuk Menghayati Konsep Separuh Masa Dalam Ilmu Nuklear

Yang Tak Pernah Aku Ceritakan Tapi Menguatkanku

Empat Punca Roti Puri Tidak Menjadi Gelembung Seperti Yang Diharapkan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Positif Dalam Negatif

Cara Menghilangkan Rasa Pedas Dengan Cepat

Senjata Subtil Kekuatan Kata Kata Dalam Mendapatkan Pujian

Indonesia Rancang Denda Hingga Us 8 5 Bilion Ke Atas Syarikat Sawit Di Usaha Pemuliharaan Alam

Hiburan Haliza Maysuri Jelaskan Sebab Sarung Busana Rm185 000 Pada Malam Gala Bukan Untuk Bermegah Tapi

Cara Tambah Income Tanpa Modal Besar Strategi Selamat Realistik Untuk Orang Biasa