Ds Najib Senarai 20 Fakta Untuk Renungan Kerajaan Rejimph



Saya masih membaca komen, terutama dari penyokong-penyokong DAP - yang berterusan menuduh saya telah menjahanamkan ekonomi negara.

Sebenarnya, persepsi mereka begitu kerana telah terlalu lama terpengaruh dengan propaganda DAP dan mereka tidak pernah cuba untuk mencari fakta sebenar.

Saya senaraikan 20 fakta untuk tahun 2017 di bawah kerajaan BN semasa saya PM, iaitu tahun sebelum PH mengambil alih.

1. Nisbah hutang kerajaan kepada KDNK pada tahun 2017 adalah paling rendah dalam tempoh 9 tahun saya menjadi PM...
 -Rujukan-
2. Kedudukan Malaysia turun lagi kepada tempat 90 antara 210 negara paling tinggi berhutang - bermakna ada 89 lagi negara di dunia yang kadar hutangnya lebih tinggi.

Cuba lihat 89 negara-negara ini yang memiliki hutang lebih tinggi dari Malaysia:
-The World Factbook-
3.  Defisit kerajaan menurun 8 tahun berturut-turut sehingga tahun 2017.
-Trading Economics-
4. Malaysia maju 2 tempat ke atas dan menjadi negara ke 23 paling berdaya saing antara 137 negara di dunia mengikut Indeks Persaingan Global 2017-2018 yang dikeluarkan oleh World Economic Forum.
-The Star-
5. Malaysia naik sembilan anak tangga dan berada di tempat ke-15 daripada 190 negara dalam Laporan Menjalankan Perniagaan 2019 Bank Dunia
-Utusan Online-
6. Malaysia mencatat kadar pertumbuhan eksport paling paling tinggi dalam tempoh 13 tahun dan berjaya menarik pelaburan swasta sebanyak RM1.9 Trilion untuk tempoh 10 tahun yang lalu - seperti yang diakui oleh kerajaan di bawah PH baru-baru ini.
-NajibRazak-
7. Bursa Saham tutup pada paras tertinggi dalam sejarah pada bulan April 2018 sebelum PRU14:
-The Star-
8.  Bursa Malaysia merupakan pasaran saham dengan tempoh lonjakan saham paling lama di dunia iaitu "world's longest running bull market” bermula tahun 2008 sehingga saya turun sebagai PM pada tahun 2018.
-NajibRazak-
9. Aliran masuk dana asing ke Bursa Malaysia mencecah rekod tertinggi satu tahun iaitu RM429.80 juta pada April 2018.
-HMetro-
10. Pertumbuhan ekonomi kita ialah 5.9% pada tahun 2017 iaitu antara paling tinggi di dunia.

Di dalam tempoh sepanjang 48 tahun sejak Singapura meninggalkan Malaysia pada tahun 1963 sehingga tahun 2011, hanya di dalam 5 tahun sahaja di mana pertumbuhan ekonomi Malaysia mengatasi republik ini berbanding 7 tahun berturut-turut semasa saya PM.
-NajibRazak-
11. Bank Dunia telah menaikkan unjuran pertumbuhan KDNK kita 4 kali sebelum PRU14. Kali terakhir ialah pada 30 April 2018. Di bawah PH pula, Bank Dunia sudah menurunkan unjuran ini dua kali.
-The Edge Market-
12. Pada tahun 2017, Bank Dunia juga menyatakan kita hanya memerlukan dua tahun lagi untuk mencapai status negara pendapatan tinggi (high income nation).

Tetapi selepas PH ambilalih, unjuran ini telah dilambatkan sehingga tahun 2024.
-The Malay Mail-
13. Saiz ekonomi berkembang RM665 bilion dari RM685 bilion sehingga RM1.35 trilion pada tahun 2017 semasa saya Menteri Kewangan. Penambahan saiz sebanyak RM685 bilion ini ialah 1 1/2 kali ganda lebih tinggi berbanding keseluruhan saiz ekonomi sebanyak RM418 bilion pada tahun 2003 iaitu tahun terakhir PM ke-4.
-The Star-
14. Kadar dividen KWSP untuk tahun 2017 ialah 6.4% iaitu kadar paling tinggi untuk tempoh 21 tahun yang lalu.  Dalam tempoh saya menjadi PM, jumlah aset KWSP iaitu kekayaan rakyat naik dengan pesat dari RM342 bilion pada akhir tahun 2008 kepada RM810 bilion pada akhir 2017.
-NajibRazak-
15. Malaysia diiktirafkan sebagai ekonomi paling terunggul antara negara-negara membangun oleh Bloomberg.
-The Star-
16. Kadar pengangguran Malaysia hanya 3.4% iaitu satu tahap yang sangat rendah dan diklasifikasi sebagai Full Employment.
-Trading Economics-
17. Pekali Gini iaitu ukuran ketidaksamaan kekayaan, kadar kemiskinan tegar dan pendapatan isirumah adalah pada tahap paling baik dalam sejarah.
-BHarian-
18. Indeks Pembangunan Insan ataupun Human Development Index (HDI) Bank Dunia adalah indeks komposit statistik yang digunaka untuk mengukur pembangunan negara.

Pada tahun 2017, indeks untuk Malaysia naik lagi dan kita medapat klasifikasi “very-high human development”,. Untuk tahun itu, kita di tempat 57 paling tinggi antara 189 negara-negara di dunia berbanding tempat 67 pada tahun 2009.
-The Star-
19.  Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MEA) kerajaan PH memuji kerjayaan BN sejak tahun 1950 kerana telah membangunkan negara dengan kadar pertumbuhan yang jauh lebih tinggi berbanding kadar purata pertumbuhan ekonomi dunia dan ekonomi-ekonomi baru muncul yang lain serta di dalam keadaan inflasi terkawal dan kadar pengangguran yang rendah.

PH juga puji BN kerana mewariskan sebuah negara berdaya saing yang amat kuat di peringkat antarabangsa.
-NajibRazak-
20. Pada 25 Mei 2018 iaitu 16 hari selepas BN kalah, Menteri Kewayangan PH umumkan bahawa Ekonomi Malaysia sangat kukuh. Takkan dalam masa 16 hari sahaja, PH telah "memulihkan" ekonomi negara?
-The Star-
Kalau ekonomi negara telah "jahanam" di bawah saya, tidak mungkin fakta-fakta di atas boleh wujud.

Kita perlu lebih waras. Jangan senang dirasuk syaitan seperti Chef itu.

Sumber  : FB Page Najib Razak

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://sgtnews.blogspot.com/2019/02/ds-najib-senarai-20-fakta-untuk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jumlah Aset Yang Ds Najib Tinggalkan Dalam Kwsp Mengatasi Jumlah Hutang Kerajaan Itu Baru Kwsp

Jumlah Aset Yang Ds Najib Tinggalkan Dalam Kwsp Mengatasi Jumlah Hutang Kerajaan Itu Baru Kwsp

papar berkaitan - pada 27/12/2023 - jumlah : 96 hits
Jumlah aset yang dikumpul KWSP adalah antara satu petunjuk terbaik terhadap kekayaan rakyat Negara yang ditadbir dengan baik adil dan mementingkan rakyat akan menghasilkan situasi di mana kekayaan rakyat akan meningkat dengan lebih cepat be...
Ds Najib Dah Macam Penasihat Ekonomi Tidak Rasmi Kepada Kerajaan Ph

Ds Najib Dah Macam Penasihat Ekonomi Tidak Rasmi Kepada Kerajaan Ph

papar berkaitan - pada 27/12/2023 - jumlah : 95 hits
Semasa ucapan Tahun Baharu saya memberi amaran bahawa tahun 2019 adalah tahun mencabar untuk ekonomi negara kita Masa itu juga Guan Eng bersungguh kata petunjuk ekonomi untuk 2019 adalah sangat menggalakkan Tak sampai seminggu Guan Eng memb...
Sarawak Ditekan Oleh Kerajaan Persekutuan Di Bawah Ph Menjelang Pilihanraya Negeri Sarawak

Sarawak Ditekan Oleh Kerajaan Persekutuan Di Bawah Ph Menjelang Pilihanraya Negeri Sarawak

papar berkaitan - pada 27/12/2023 - jumlah : 104 hits
Kerajaan PH kini mahu kerajaan kerajaan negeri menanggung kos pembinaan dan penyelenggaraan jalan persekutuan dan kampung menggunakan dana sendiri tahun ini Ini tidak adil untuk kerajaan kerajaan negeri terutama untuk negeri negeri yang buk...
Kerajaan Anwar Lemah Dan Bertambah Lemah

Kerajaan Anwar Lemah Dan Bertambah Lemah

papar berkaitan - pada 27/12/2023 - jumlah : 216 hits
Kerajaan Anwar lemah dan bertambah lemah ARVE Error src mismatch provider youtube url https youtu be UNIiMyXqWZo src in org https www youtube com embed UNIiMyXqWZo wmode transparent rel 0 feature oembed src in mod https www youtube com embe...
Upko Yakin Usaha Tebuk Atap Ganti Kerajaan Perpaduan Tidak Akan Berlaku Ewon

Upko Yakin Usaha Tebuk Atap Ganti Kerajaan Perpaduan Tidak Akan Berlaku Ewon

papar berkaitan - pada 27/12/2023 - jumlah : 149 hits
bhnews bh com my PENAMPANG Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu kekal dengan pendirian tidak menyokong sebarang usaha tebuk atap menggantikan kerajaan Perpaduan Presidennya Datuk Ewon Benedick juga yakin perkara itu tidak akan berlaku susu...
Sokongan Gps Utuhkan Majoriti Dua Pertiga Kerajaan

Sokongan Gps Utuhkan Majoriti Dua Pertiga Kerajaan

papar berkaitan - pada 27/12/2023 - jumlah : 128 hits
PETALING JAYA Sokongan ahli parlimen daripada Gabungan Parti Sarawak penting demi keutuhan majoriti dua pertiga diperoleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali gus mengekalkan hayat Kerajaan Perpaduan sehingga akhir penggal Dalam ...
Hanya Tiktokers Yang Sibuk Nak Jatuhkan Kerajaan

Hanya Tiktokers Yang Sibuk Nak Jatuhkan Kerajaan

papar berkaitan - pada 25/12/2023 - jumlah : 140 hits
Bagi mereka yang suka atau kerap menengok TikTok pasti sedar tentang gelagat dua tiga orang TikTokers yang hari hari bercakap mengenai kejatuhan kerajaan dan Anwar Ibrahim akan disingkirkan sebagai Perdana Menteri Selain itu mereka juga ker...
Kenaikan Tariff Air Sebanyak 20 Sangat Tinggi Kerajaan Pemalas Hanya Tahu Nak Baham Duit Rakyat Sahaja

Kenaikan Tariff Air Sebanyak 20 Sangat Tinggi Kerajaan Pemalas Hanya Tahu Nak Baham Duit Rakyat Sahaja

papar berkaitan - pada 27/12/2023 - jumlah : 121 hits
Ketua Menteri DAP Pulau Pinang umum pagi ini bahawa harga air di negeri itu akan naik mencecah 20 peratus tahun ini Kali ke empat harga naik bagi tempoh 10 tahun selepas DAP memerintah di sana Tak apa Cecah 20 peratus sahaja kali ini Kerana...
Kena Sedar Media Arus Perdana Akan Bertukar Tuan Bila Bila Masa Bila Kerajaan Bertukar

Kena Sedar Media Arus Perdana Akan Bertukar Tuan Bila Bila Masa Bila Kerajaan Bertukar

papar berkaitan - pada 24/12/2023 - jumlah : 164 hits
Media bukan asing dalam kehidupan saya dari awal dahulu sebagai ahli politiik sehinggalah kini bergelar perdana menteri Sayugia peranan utama yang dimainkan pengamal media sebagai pencatat sejarah negara tidak boleh dinafikan sama sekali me...
Terokai Kehidupan Moden Di Eka Heights Memperkenalkan Lumira

Lumira Eka Heights Menawarkan Kediaman Selesa Dengan Sentuhan Moden

Kkb Result Shows More Malays Backing Govt Says Selangor Mb

14 Tahun Solo Raja Azura Kembali Bersuami

Japan Crowned Champions In Sultan Azlan Shah Cup For First Time

Viral Mengajak Youtuber Cantik Korea Selatan Ke Hotel Pegawai Kanan Kementerian Digantung Tugas

Asyraf Claims Ph Victory In Kuala Kubu Baharu

Hari Ibu 2024 Contoh Ucapan Hari Ibu Hadis Berkenaan Ibu



Info Penuh Senarai Peserta Juri Hadiah Cara Undi The Hardest Singing Show Astro Ria Sooka Program Realiti Mingguan Terbaru Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Shaitaan 2024 Remake Filem Vash Kini Di Netflix

Biodata Emran Rijal Owner Jenama Emri Vision Suami Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra

Biodata Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra Yang Kahwin Bersuamikan Emran Rijal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dr Pontianak Astro Warna Sooka


Lepak Mengopi Di Rumah Kopi38

Union Bistrot Pamer Gabungan Seni Kulinari Tradisional Dan Moden

Sertifikasi Kompetensi Barista Membaca Tren Kebutuhan Sdm Di Kalimantan Barat Saat Ini

Doa Majlis Perkahwinan Doa Untuk Pengantin Dalam Rumi Dan Maksud

Sofea Says Abun Uwee

Family Fun Starts Here Unleash The Power Of Nerf Blasters