Dreamy Foundation Atomy Bawa Agenda Dakwah Kristian


Dreamy Foundation Atomy, memang ada isu sekarang sebab katanya terlibat dengan dakwah misionari kristian. Banyak ustaz ustaz dah bising. Sebuah syarikat MLM yang menggunakan nama2 influencer dan ustaz yang besar untuk menarik ramai orang Islam di negara kita.
Sedangkan sudah terang lagi bersuluh atomy Malaysia adalah sebuah syarikat yang di miliki oleh Atomy Co Ltd daripada Korea untuk menggunakan keuntungan mereka bagi tujuan dana aktiviti kristianisasi.
Hanya selepas Atomy Korea menurunkan segala bukti mereka di website dan YouTube mengenai mereka menyalurkan dana kepada Dreamy Foundation. Terus geng- geng atomy menyaman Team MRM Ustaz Firdaus Wong Wai Hung dan terkini cikgu Mohd Fadli Salleh.
Atomy dan orang besar atomy yang telah kaya hasil makan komisyen ahli di bawah serta tidak sanggup kehilangan nya akan buat segala seribu satu macam untuk menampak kan meraka patuh syariah. Akhir zaman memang agak susah nak tegakkan yang HAQ untuk melawan yang batil. Tapi yang HAQ tetap akan menang, insya’Allah. Terus kuat Team MRM dan Cikgu Fadli aku ucapkan.
 
Dakwah dan Atomy Maksud “Dakwah” ini adalah luas dan kita boleh buat carian di internet. Mencari adalah mudah tetapi memahaminya adalah satu perkara yg perlu dititikberatkan. Sepertimana mempelajari sesuatu matapelajaran cth “perubatan”, belajar dan lulus adalah perkara yg boleh diusahakan tetapi apabila kita hendak mengamalkanya, kita perlu lebih dari melakukan atau melengkapkan tugasan, kita perlu berfikir lebih dari biasa dan melakukannya berdasarkan kepada pengalaman kita. Baik dan buruk dari tindakan kita.
Begitu juga dengan “Dakwah”. Ia adalah salah satu tugas yg diwajibkan keatas kita yg beragama islam. Secara amnya ia adalah tugasan menyeru kepada agama islam, menyampaikan amalan kebaikan dan mengelakkan dari melakukan kemungkaran.
Polisi sykt Atomy Malaysia jelas menyatakan tentang tiada aktiviti berkaitan sebarang agama dijalankan oleh pihak sykt. Mendapatkan persijilan “Halal” utk produk produk sykt Atomy adalah merupakan salah satu tindakan sykt Atomy memahami sensitiviti dan keperluan umat islam.
 
Syarikat Atomy Bukan Islam ? Sykt Atomy bukanlah sykt org islam dan bukan ditubuhkan di negara islam. Dan majoriti kakitangannya adalah mereka yg bukan beragama islam. Ditubuhkan pada tahun 2009 di Korea, berkembang ke negara negara bukan islam spt US, Jepun, Canada, Taiwan dan Singapura sehinggalah pada tahun 2016 memasuki pasaran Malaysia.
Sepanjang sykt Atomy berkembang walaupun di Malaysia, mereka tidak terdedah tentang islam, keperluan org islam dan sebagainya sehinggalah seorg insan bernama Dr Tengku Asmadi yg berusaha untuk menerangkan tentang islam dan keperluan org org islam dan seterusnya bermuamalat dengan sykt Atomy.
Disini, apabila kita berbicara tentang “Dakwah”, pada pandangan saya, usaha yg dilakukan oleh Dr Tengku Asmadi adalah satu usaha dakwah, dan apabila beliau memperkenalkan tentang islam, sykt Atomy berusaha melakukan perubahan spt memastikan sesuatu produk itu mendapat pengiftirafan “Halal”.
Dan kita sebagai org islam, apabila ada pihak yg menimbulkan keraguan, kita perlu melihat pada keseluruhan isu yg ditimbulkan itu samaada ianya betul betul sahih atau tidak. Dan bukan berdasarkan kepada satu video yg telah dicantumkan cantumkan dari video asal, (video org lain) yg menunjukkan keburukan individu sykt tersebut. Ini bukan caranya utk kita berdakwah.
Apabila kita nampak pihak yg telah mula mengenali tentang islam, kita seharusnya berusaha utk mereka lebih mengenali islam dan bukan sebaliknya. Tindakan menaik muat status yg memburukkan lagi situasi sediaada di media sosial untuk tatapan umum, mengundang kepada perpecahan, porak poranda, caci maci, dikalangan umat islam dan seterusnya kpd fitnah.
Dan bila kita masih tidak pasti, kita perlu rujuk kepada pihak yg berwajib spt Jabatan Mufti / agama. Dilampirkan soalan dari saudara kita, Amir Ishak , dan sy yg diajukan kepada jabatan mufti berserta jawapan. Yang terbaru adalah pada 15/2/2021.
 
Atomy Memang Cukup Panas Dorang kuatkan agama dorang itu perkara biasa, kita kuatkan la agama kita. Apa salahnya? Kita buatlah kerja DAKWAH. Tapi kalau dorang ganggu atau serang kita, WAJIB la kita lawan. Contoh: Philip Morris & Rokok ATOMY OH ATOMY. Panas! Cukup panas! Sehingga kan ada yg left group gara2 kontroversi yg meletops. Terfikir tak kita utk mengambil langkah bijak, kaji dan menimbang dari segala aspek.
Terfikir tak, yang kita soppin di kedai Uncle Tan, Uncle Maniam dan Pakcik Hassan. Adakah mereka menyimpan sedikit keuntungan dan diberi (konsep sedekah) kepada tempat ibadah masing2. Jawapan nya adalah “ya”. Sebab apa? Untuk menambah barokah atau utk “kasi Ong la”.
Dan apabila kita soppin di kedai mereka, adakah kita bertanya, dimana mereka laburkan hasil pembelian kita. Sama seperti kita soppin di ATOMY. Dengan niat utk menggunakan produk berkualiti sambil jana income,.kini ATOMY telah di pandang serong.
Lupakah kalian viral jenama fast food yg dikatakan membeli senjata utk Israel utk membunuh umat Islam. Setelah sekian lama, restoran jenama tersebut masih dipenuhi customer. Apatah lagi musim ” Prosperity Burger” telah bermula
Semoga ATOMY terus berkembang, ramai customer dan kita boleh bina Masjid Atomy, pusat Ilmu Islam Atomy dan dpt Islamkan rakyat Korea yg terkesan. Maafkan saya jika saya salah kenyataan. Ini hanyalah pendapat peribadi saya.
 
Atomy Bawa Agenda Kristian ? Atomy tak BMF? Atomy bawa agenda Kristian? Memang berat isu dreamy foundation atomy nih . Ada yang argue kepada saya bahawa menyertai Atomy bertentangan dengan prinsip BMF. Saya senyum sahaja dan tidak defensif dalam hal ini. Awal-awal saya sudah maklumkan bahawa ia memang bukan BMF pada tahap pertama. Ingat lagi tak peringkat-peringkat BMF? Kita ulang kaji sikit.
1. Beli produk orang Islam yg dijual oleh orang Islam
2. Beli produk orang bukan Islam dari orang Islam.
3. Beli produk orang Islam yang dijual oleh orang bukan Islam.
Jika menyertai Atomy melalui rangkaian saya melalui group DTA 313 ini, ia memang bukan BMF pada tahap pertama. Saya tidak menafikannya. Ia mungkin jatuh pada tahap ke – 2. Group ini dipelopori oleh orang Melayu Muslim yang selama ini didominasi oleh orang bukan Islam. Maknanya ia masih dalam kerangka BMF. Boleh cari dan Google poster-poster BMF, akan jumpa kerangka tersebut.
Di saat bisnes Atomy ini berkembang pesat ke nombor 11 peringkat dunia dalam data Direct Selling News dan baru memasuki pasaran Malaysia tahun ke-3, ini adalah peluang utk orang Islam rebut dan jadikan peluang tingkatkan ekonomi. Apabila berjaya kelak, akan ada keuntungan yang disalurkan kepada ummah melalui institusi zakat oleh usahawan Atomy dari kalangan orang Islam.
Ada juga yang argue bahawa Atomy di Korea menyokong Kristian dan CEO Atomy menubuhkan yayasan yang disalurkan kepada penyebaran Kristian. Ia juga benar dan saya tidak nafikan perkara itu. Namun setahu saya, dengan ilmu yang cetek ini, ia tidaklah menjadikan urusniaga dan bisnes kita bersama Atomy ini menjadi haram. Sebenarnya mana-mana kompeni antarabangsa pun, yang dimiliki oleh orang bukan Muslim, banyak yang ada hubungan dengan agama mereka.
 
Facebook Whatsapp Sokong Yahudi Contoh mudah Mark Zuckerberg yang menjadi pemilik Facebook dan WhatsApp pun menyumbangkan kepads Israel, secara terbuka. Begitu juga syarikat-syarikat antarabangsa lain yang tak perlu saya perincikan. Jika kita boleh menggunakan hujah “Kita menggunakan Facebook dan WhatsApp untuk dakwah Islam, walaupun pemiliknya memberi sumbangan kepada Israel”, kenapa tidak kita gunakan hujah sama untuk Atomy.
“Kita gunakan Atomy untuk mengukuhkan ekonomi orang Islam, walaupun pemiliknya memberi sumbangan kepada Kristian” Apapun, saya juga tidak terlalu defensif untuk perkara ini. Andaikata ada yang tidak mahu menyertai Atomy disebabkan perkara ini, saya terima dengan hati terbuka.
Sejak dari awal kempen BMF sejak awal tahun lalu, banyak kali saya tegaskan bahawa BMF bukan bermaksud boikot biarpun ada pihak yang cuba membawa ke arah itu. BMF juga bukan menyemai kebencian.
Jemput baca tulisan-tulisan lama saya di FB berkenaan isu BMF. Dan apa yang saya lakukan bersama Atomy tidak bertentangan pun dengan prinsip BMF yang saya tulis suatu ketika dahulu. Andainya ada kesilapan pada tulisan ini, saya terbuka kepada sebatang teguran dan kritikan terhadap dreamy foundation atomy.
The post Dreamy Foundation Atomy Bawa Agenda Dakwah Kristian ? appeared first on ANGGUR.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://anggur.uk/dreamy-foundation-atomy/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Proklamasi Darurat Perlu Jadi Agenda Utama Untuk Dibahas Bukan Cuma Ditaklimatkan

Proklamasi Darurat Perlu Jadi Agenda Utama Untuk Dibahas Bukan Cuma Ditaklimatkan

papar berkaitan - pada 26/7/2021 - jumlah : 273 hits
1 Sejak Januari 2021 Malaysia telah berada dalam keadaan Darurat untuk melawan covid 19 Parlimen yang bertanggungjawab melakukan semak imbang telah digantung menyebabkan dasar melawan Covid kerajaan PN semakin menuju ke arah kegagalan yang ...
Nep Subservient To The Majoritarian Agenda

Nep Subservient To The Majoritarian Agenda

papar berkaitan - pada 21/7/2021 - jumlah : 229 hits
ADUN SPEAKS No other policy in the country has been analysed as much as the New Economic Policy A policy that was introduced in the immediate aftermath of the May 13 1969 racial riots to restructure capital equity and ensure effective bumip...
Why Isn T Education On Agenda For Parliament Asks Ph

Why Isn T Education On Agenda For Parliament Asks Ph

papar berkaitan - pada 21/7/2021 - jumlah : 250 hits
The Pakatan Harapan education committee says both the higher education and education ministries must submit their plans to the House PETALING JAYA Pakatan Harapan s education committee has questioned why education is excluded as a debate to...
Dewan Rakyat Agenda Does Not Meet Constitutional Requirements Mp

Dewan Rakyat Agenda Does Not Meet Constitutional Requirements Mp

papar berkaitan - pada 20/7/2021 - jumlah : 329 hits
The upcoming reconvening of Parliament beginning Monday does not meet the requirements under Article 150 of the Federal Constitution said Pasir Gudang MP Hassan Abdul Karim Hassan who is a practising lawyer argued that this article required...
Court Order Bawa Ke Office Suk Bukan Bawa Masuk Kebun Bodo Ke Apek Ni

Court Order Bawa Ke Office Suk Bukan Bawa Masuk Kebun Bodo Ke Apek Ni

papar berkaitan - pada 5/7/2021 - jumlah : 254 hits
Penjawat awam sepatutnya jelas tentang arahan tersebut minta apek itu berundur atau tangkap kerana membantah dan menghalang tugas penjawat awam Mereka lebih suka provoke untuk publisiti murahan Biar mahkamah membuat keputusan lanjut Terkini...
Kerana Sayang Wanita Ini Bawa Kucing Mati Bersiar Siar

Kerana Sayang Wanita Ini Bawa Kucing Mati Bersiar Siar

papar berkaitan - pada 6/7/2021 - jumlah : 312 hits
Banyak orang tidak boleh percaya setelah ditinggal mati peliharaan kesayangannya Daniela Cardone juga begitu ketika kucing kesayangannya mati Matute sebulan yang lalu Ia pun mengambil langkah ekstrim Wanita dari Argentina ini menjadi terken...
Kompaun Rm5 000 Dikurangkan Tapi Pemilik Restoran Tetap Mahu Bawa Kes Ke Mahkamah

Kompaun Rm5 000 Dikurangkan Tapi Pemilik Restoran Tetap Mahu Bawa Kes Ke Mahkamah

papar berkaitan - pada 7/7/2021 - jumlah : 214 hits
Pemilik restoran Shankar Santhiram berkata pekerjanya tidak menyedari bahawa PKPD berkuat kuasa di Kayu Ara selain tidak ada sekatan jalan raya sepanjang jalan dari TTDI PETALING JAYA Seorang pemilik restoran yang dikenakan kompaun RM5 000 ...
Pesawat Russia Bawa 28 Penumpang Dilaporkan Hilang

Pesawat Russia Bawa 28 Penumpang Dilaporkan Hilang

papar berkaitan - pada 7/7/2021 - jumlah : 141 hits
ReutersMOSCOW Sebuah pesawat AN 26 Russia dengan 28 orang penumpang dilaporkan hilang di semenanjung Kamchatka di timur Russia kata pihak berkuasa hari ini Pesawat itu yang dalam perjalanan dari ibu kota wilayah Petropavlovsk Kamchatsky ke ...
Bawa Ibu Beli Rempah Semasa Pkpd Wanita Dikompaun Rm4k Teruk Dibahan Netizen

Bawa Ibu Beli Rempah Semasa Pkpd Wanita Dikompaun Rm4k Teruk Dibahan Netizen

papar berkaitan - pada 6/7/2021 - jumlah : 252 hits
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat yang dikuatkuasa kerajaan di beberapa kawasan di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telahpun bermula sejak 3 Julai lalu Prosedur Operasi Standard yang ditetapkan sama seperti Perintah Kawala...
Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year

Hiking Gunung Bubu Gerik

We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

Mengalahkan Kami Yang Non Muslim Marion Caunter Dikritik Netizen Gara Gara Sambut Perayaan Krismas


echo '';
Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Empat Cara Mengawal Kemarahan

Jihad Membela Fitnah Pas

Lembaga Kursus Untuk Profesional Guna Meningkatkan Teknik Komunikasi

Kaya Homemade Sukatan Untuk Stok Seminggu

Surah Adh Dhuha

Pulau Besar Melaka Aktiviti Menarik Dan Lokasi