Drama Rm42 Juta Najib Nampaknya Dah Nak Sampai Penghujung Cerita


Pihak pendakwaan gagal membuktikan bahawa Najib Razak mempunyai kawalan untuk memindahkan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd (SRC) ke akaunnya, kata pasukan pembelaan bekas perdana menteri itu hari ini

Bercakap semasa menggulung hujah pembelaan, Harvinderjit Singh berkata kes pendakwaan kini bergantung kepada jawapan yang diperoleh daripada tertuduh semasa perbicaraan di peringkat pembelaan

Harvinderjit memberitahu mahkamah, hal itu berpunca daripada keputusan prima facie hakim, Mohd Nazlan Mohd Ghazali, terhadap Najib yang mengarahkan tertuduh membela diri

Peguam itu menyatakan kes utama pendakwaan bahawa Najib didakwa mengawal dana dan turut bersekongkol dengan ahli perniagaan buruan polis, Jho Low; Ketua Pegawai Eksekutif SRC; Nik Faisal Ariff Kamil, dan setiausaha sulit Najib ketika itu, Azlin Alias, dalam pemindahan wang tersebut

“Namun, tuduhannya adalah bahawa Najib (didakwa) melakukan CBT (pecah amanah) sebanyak RM42 juta. Tetapi tuduhan tersebut tidak menyatakan berlaku konspirasi

"Maka apa yang terjadi adalah pihak pendakwa menyesuaikan kes mereka," kata Harvinderjit

Peguam itu menambah, hal itu diperkuatkan oleh Seksyen 257 Kanun Prosedur Jenayah yang menyatakan bahawa sekiranya mahkamah memerintahkan seorang tertuduh membela diri, dia perlu dirujuk kepada perkara utama kes pendakwaan yang dikenakan ke atasnya

Katanya sepanjang tempoh prosiding pembelaan berlangsung, pihak pendakwaan tidak dapat mengemukakan bukti baru melalui jawaban yang diperoleh dari pemeriksaan balas terhadap Najib

Harvinderjit selanjutnya berkata pihak pembelaan sejak awal lagi berpendapat keseluruhan peranan Jho Low adalah melaksanakan subfungsi berhubung dengan pemindahan wang jutaan ringgit masuk dan keluar dari akaun tertuduh tanpa pengetahuannya

Prosiding akan disambung sekitar jam 2.30 petang ini selepas rehat makan tengah hari, dengan Harvinderjit dijangka akan meneruskan hujahnya

Hadapi tujuh tuduhan
Ketika ditemui selepas prosiding, Harvinderjit berkata mereka berpendapat pihak pendakwaan gagal membuktikan pembabitaan tujuh tuduhan penyalahgunaan kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram terhadap Najib

Peguam itu mendakwa kes pendakwaan sekarang telah menyimpang daripada keputusan Nazlan yang memerintahkan Najib memasukkan pembelaannya membabitkan tujuh tuduhan itu

Harvinderjit mengatakan pihak pendakwaan menyimpang dari sudut hukum dalam keputusan prima facie, bahkan daripada keterangan saksi pendakwaan mereka seperti pegawai penyiasat kes itu, Penolong Kanan Pesuruhjaya Bahagian Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Rosli Hussain

Hari ini adalah hari pertama pasukan pembelaan Najib membuat penghujahan lisan, setelah pihak pembelaan menutup kesnya pada 11 Mac

Nazlan sebelum ini menetapkan tiga hari mulai hari ini untuk mendengar penggulungan lisan pihak pembelaan dan pihak pendakwaan

Pada 11 Mac lalu, pasukan peguam bela Najib selesai memanggil 19 saksi dalam perbicaraan yang berlangsung selama 33 hari sejak 3 Dis tahun lalu

Perbicaraan bermula pada 3 April tahun lalu, dengan pihak pendakwaan telah memanggil 57 saksi

Pada 11 Nov tahun lalu, mahkamah memerintahkan Najib untuk membela diri atas tujuh tuduhan berkaitan dengan penyelewengan dana SRC sebanyak RM42 juta, iaitu tiga tuduhan pecah amanah, tiga tuduhan pengubahan wang haram, dan satu tuduhan penyalahgunaan kuasa
Malaysiakini

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bankami.blogspot.com/2020/06/drama-rm42-juta-najib-nampaknya-dah-nak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Najib Kena Scammer Rm42 Juta

Najib Kena Scammer Rm42 Juta

papar berkaitan - pada 5/6/2020 - jumlah : 284 hits
Najib kena scammer RM42 juta Oleh June 05 2020Via WhatsAppDi Mahkamah peguambela Najib Razak dah mati kutu abes modal beri pelbagai alasan nak selamatkan Najib ALASAN terbaru kononnya Kononnya tersebut memasukkan duit RM42 juta ke dalam aka...
Najib Nak Jadi Pm Lagi

Najib Nak Jadi Pm Lagi

papar berkaitan - pada 25/5/2020 - jumlah : 1202 hits
Hari ini kalangan pemimpin UMNO mendedahkan Datuk Seri Najib Tun Razak sebenarnya meminta untuk dilantik menjadi Pengerusi Barisan Nasional boss ku ada angan angan nak jadi PM lagiSetelah doa PAS memohon untuk dihancurkan UMNO dipanjatkan P...
Video Ini Untuk Macai Ph Bodoh Nak Faham Kes Anak Tiri Ds Najib

Video Ini Untuk Macai Ph Bodoh Nak Faham Kes Anak Tiri Ds Najib

papar berkaitan - pada 31/5/2020 - jumlah : 378 hits
Adakah Anak Tiri DS Najib Razak seorang pencuri Adakah ayahanda Tun betul betul tertanya Mantan Peguam Negara dan Peguam Negara sekarang siapa yang menipu tontonlah ULASAN APEK CINA episod ini analisa mengenai Kes Anak Tiri bossku Riza Aziz...
There Is No Evidence Najib Knew Of The Rm42 Million

There Is No Evidence Najib Knew Of The Rm42 Million

papar berkaitan - pada 2/6/2020 - jumlah : 331 hits
The defence in the case of Datuk Seri Najib Abdul Razak s SRC International Sdn Bhd trial today insisted that the former premier had no knowledge that the RM42 million that was transferred into his personal accounts was from the company Law...
Hiburan Telan Belanja Rm1 Juta Sheila Rusly Kecewa Bukan Gadis Biasa Digelar Drama Sampah

Hiburan Telan Belanja Rm1 Juta Sheila Rusly Kecewa Bukan Gadis Biasa Digelar Drama Sampah

papar berkaitan - pada 29/5/2020 - jumlah : 466 hits
Selepas tamat sahaja drama Bukan Gadis Biasa yang asyik terpalit dengan pelbagai kontroversi sepanjang tayangannya pelakon Sheila Rusly membuat keputusan untuk berehat daripada dunia lakonan buat sementara waktu ini Selain menggarap drama t...
Najib S Affidavit He Received Rm42 Mil Not Admission Of Guilt Court Told

Najib S Affidavit He Received Rm42 Mil Not Admission Of Guilt Court Told

papar berkaitan - pada 2/6/2020 - jumlah : 327 hits
The High Court had heard that Najib Razak admitted in a sworn affidavit in a previous case that the RM42 million was from SRC International KUALA LUMPUR An affidavit affirmed by Najib Razak in a civil case that he received RM42 million coul...
Bicara Kes Najib Razak Libatkan Dana Src Rm27 Juta Dilapangkan

Bicara Kes Najib Razak Libatkan Dana Src Rm27 Juta Dilapangkan

papar berkaitan - pada 2/6/2020 - jumlah : 319 hits
Perbicaraan kes bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung tiga pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan RM27 juta dana SRC International Sdn Bhd yang sepatutnya bermula hari ini telah dilapangkan Perkara itu dimaklumkan pegu...
Lantiklah Najib Jadi Ketua Cyberwar Bertaraf Menteri Atau Beliau Nak Jadi Pm Sekali Lagi

Lantiklah Najib Jadi Ketua Cyberwar Bertaraf Menteri Atau Beliau Nak Jadi Pm Sekali Lagi

papar berkaitan - pada 23/5/2020 - jumlah : 301 hits
Harus diakui ketika ini Najib Razak cukup terkehadapan dari segi menggunakan media sosialnya berbanding lain lain pemimpin dalam gabungan tidak berdaftar PN untuk membela dan mempertahankan kerajaan Beliau jauh mendahului Perdana Menteri Mu...
Nak Pru 13 Mca Kempen Bela Arak

Nak Pru 13 Mca Kempen Bela Arak

papar berkaitan - pada 3/6/2020 - jumlah : 357 hits
Ipohmali Masih ingat Kempen PRU 13 ini iklan rasmi kempen BN dan MCA siap ada logo BN Bagaimana MCA melalui akhbar akhbar Cina dan The Star milik mereka menjalankan Propaganda takutkan bukan Islam kepada Pakatan rakyat Apa depa kempen hasut...
Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Datuk Mastermind Behind New Pakistani Cartel At Klia

Jagung Rebus Ala Pasar Malam

A Trip In Time The Cichlid Hunters Of Caquet Practical Fishkeeping

Jika Semua Peniaga Burger Tepi Jalan Bergabung Saiznya Jauh Lebih Besar Dari Mcdonald

The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Difference Between Pickleball And Badminton

Panduan Praktis Mengurangi Konsumsi Listrik Di Pabrik Konveksi

Mawat Ulat Bulu Chord

Lukanegara Bertahta Diatas Tanah Mereka Chord

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui

Legacy Modernized The All New Bell Bullitt Gt Retro Full Face Helmet