Drama Restu
Nantikan drama iQIYI Original bertajuk Restu diarahkan oleh Heykal Hanifah dan membariskan pelakon seperti Remy Ishak, Wanna Ali, Siti Elizad, Elizabeth Tan dan ramai lagi. Akan ditayangkan di platform iQIYI pada 2024
RestuEpisod: 10Tarikh Tayangan: 2024Waktu Siaran: Jumaat - Sabtu, 9 malamPengarah: Heykal HanifahProduksi: Infinitus Entertainment Malaysia Sdn Bhd
Watak PelakonRemy Ishak sebagai RazakWanna Ali sebagai AiniPuteri Rafasya sebagai AmySiti Elizad sebagai SaraElizabeth Tan sebagai MelanieAhirine Ahirudin sebagai JannaYusuf Bahrin sebagai AtiqJunji Delfino sebagai Datuk MariaEzzaty Abdullah sebagai JuliaAdlin Aman Ramlee sebagai TajulMuntazar Ghufran sebagai KimiDanish Hazriq sebagai DanishDian P Ramlee sebagai Maryam
Sinopsis RestuRazak, 37 tahun, merupakan seorang pegawai eksekutif di sebuah syarikat pengiklanan. Razak kehilangan isterinya, Julia dalam satu kemalangan jalanraya dan mempunyai seorang anak perempuan bernama Amy, yang berusia 13 tahun. Sebagai seorang ayah tunggal, bukanlah sesuatu yang mudah untuk Razak menjaga, mendidik, dan membesarkan Amy. Ibu mertua Razak, Datuk Maria pula sering mempertikaikan kewibawaan Razak menjaga Amy dan juga berhajat untuk mendapatkan hak penjagaan Amy
Ketika berhadapan dengan pelbagai masalah membesarkan Amy, Razak mula memikirkan inilah masa yang sesuai untuk dia mencari jodoh kerana Amy juga memerlukan seorang yang bergelar ibu. Amy bertegas bahawa wanita pilihan Razak mestilah mendapat restu daripadanya
Razak kemudian dikejutkan dengan kemunculan sahabat arwah isterinya, Julia yang bernama Aini. Dari awal lagi, Aini memang mempunyai niat dan rancangan untuk berkahwin dengan Razak. Calon untuk menjadi isteri Razak dilengkapkan dengan kehadiran seorang influencer bernama Melanie yang terlibat dalam beberapa projek kerja dengan Razak
Aini mempunyai hasrat untuk mendekati and memenangi hati Razak namun pada masa yang sama, Sara, long time work bestie Razak juga muncul juga dalam kehidupan Razak. Tambahan pula, Amy juga tidak senang dengan kehadiran Aini dalam hidup Razak. Di sebalik kekalutan ini, dapatkah Razak menemukan wanita yang tepat dan sesuai untuk menjadi seorang ibu kepada Amy dan menjadi suri hatinya selepas Aini? Dapatkah bakal isterinya menempuhi dugaan hidup berumahtangga
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.myinfotaip.com/2023/10/restu.html