Drama Politik Ph Kedah Kadangkala Yang Putik Juga Gugur Sendiri Ke Bumi Suraya




Menginsafi dan mengambil iktibar atas episod-episod politik yang berlaku kebelakangan ini, UMNO Kedah mengambil pendirian untuk ‘tunggu dan lihat’, kata Ketua Penerangannya Datuk Suraya Yaacob.
Ujarnya, bagai dikata PAS Kedah, tidak perlulah melatah dan menjolok buah di dahan, lambat laun ianya akan gugur bila tiba masanya di mana buah yang ranum di dahan lebih sedap dinikmati berbanding buah yang dijolok gugur, selalunya kelat dan kurang manis rasanya.
“Pada UMNO Kedah, buah yang rosak dimamah serangga juga selalunya tidak bertahan lama di dahan. Kadangkala, buah yang putik juga amat mudah jatuh gugur ke bumi khususnya jika dilanda ribut kencang. Bak kata orang Kedah, tidak perlulah di’hinggut’ dahan pokok yang sudah reput akarnya, dengan izin Allah, tidak lama lagi mungkin ia rebah sendiri menyembah bumi.
“Namun begitu, kita tetap bersiap sedia untuk sebarang bentuk perubahan tampuk pentadbiran Kerajaan Negeri yang mungkin berlaku pada bila-bila masa.
“Harus ditegaskan bahawa sebarang plot ‘drama politik PH (Pakatan Harapan)’ atau perubahan pentadbiran yang berlaku di negeri ini haruslah selaras dengan lunas perlembagaan, legitimasi perundangan dan perlulah menitik beratkan kepentingan rakyat,” tambahnya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Suraya yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO mengulas mengenai senario politik negara kini rentetan daripada terbentuknya Kerajaan Persekutuan yang baharu dari gabungan Perikatan Nasional (PN) di peringkat pusat, yang dilihatnya tidak dinafikan turut memberi kesan kepada beberapa kerajaan negeri di seluruh negara termasuk Johor, Melaka serta Perak, dan dijangka tidak lama lagi berlaku di negeri Kedah.
Jelasnya lagi, tidak dinafikan bahawa Kedah juga turut menerima tempias atas krisis politik tersebut apabila ramai di kalangan rakyat di negeri ini yang ternanti-nanti perubahan yang sama berlaku di peringkat Kerajaan Negeri.
“Namun keterujaan rakyat untuk menyaksikan perubahan itu agak terbantut akibat ‘drama terbaru’ Timbalan Presiden Bersatu yang sekali lagi ‘memberontak’ terhadap Presiden partinya sendiri.
Selain itu katanya yang mesra dengan panggilan Kak Su, UMNO Kedah juga yakin bahawa Muafakat Nasional (MN) Kedah kini sentiasa bersiap siaga dalam ‘mode’ pilihan raya sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya berlaku pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah secara mengejut.
“Dalam keadaan terdesak, kadangkala ‘pengarah drama’ akan jolok sendiri buah di dahan.
“Dalam persediaan MN untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) yang dijangka berlangsung setahun hingga tiga tahun sahaja lagi, kita difahamkan bahawa proses pembahagian kerusi Parlimen dan DUN di antara UMNO/BN dan PAS hampir selesai.
“Proses pembahagian kerusi MN di Kedah dilihat lebih strategik dan mudah tanpa perlu memikirkan perkongsian kerusi dengan pihak lain,” katanya.
Seterusnya ADUN Sungai Tiang itu juga berpandangan, pihak yang enggan bersama MN dan lebih sayangkan Dap, PKR serta Pan, mereka bolehlah mencuba nasib sebagai calon PH sekiranya masih berminat.
“Dengan pertembungan dua penjuru di antara MN dan PH, kita yakin bahawa rakyat di seluruh negara lebih yakin dengan kemampuan MN berbanding PH.
“Dengan redha Allah, kami yakin mampu menewaskan PH di majoriti Parlimen dan DUN nanti, insya-Allah,” ujar Ketua UMNO Bahagian Pendang itu lagi.
Justeru itu katanya, UMNO Kedah menyeru kepada semua pihak agar bersabar takkan lari gunung dikejar.
“Ayuh kita teguh beristiqamah dalam perjuangan, teruskan usaha, berdoa kepada Allah SWT dan bertawakkal kita berserah padaNya.
“Semoga perjuangan kita mencapai kejayaan yang diredhaiNya, insya-Allah,” katanya. – UMNO ONLINE




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/03/12/drama-politik-ph-kedah-kadangkala-yang-putik-juga-gugur-sendiri-ke-bumi-suraya/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=drama-politik-ph-kedah-kadangkala-yang-p

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Kedah Ibarat Buah Busuk Tunggu Masa Untuk Gugur

Kerajaan Kedah Ibarat Buah Busuk Tunggu Masa Untuk Gugur

papar berkaitan - pada 14/3/2020 - jumlah : 337 hits
KUALA LUMPUR Krisis politik yang melanda persekutuan dijangka bakal memberi kesan terhadap kepimpinan kerajaan Negeri Kedah tidak lama lagi Ketua Penerangan UMNO Negeri Kedah Datuk Suraya Yaacob dalam satu kenyataan sebentar tadi berkata ke...
Anwar Membawa Falsafah Politik Liberal Sinis Mahathir Drama Seronok Ni

Anwar Membawa Falsafah Politik Liberal Sinis Mahathir Drama Seronok Ni

papar berkaitan - pada 12/3/2020 - jumlah : 255 hits
Orang Melayu tak boleh terima Anwar kerana falsafah politik liberal dakwa Dr MAntara sebab orang Melayu tidak boleh menerima Presiden PKR Anwar Ibrahim kerana ideologi politiknya yang liberal dakwa bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad ...
Drama Korea Versi Aku Sendiri

Drama Korea Versi Aku Sendiri

papar berkaitan - pada 8/3/2020 - jumlah : 326 hits
Dengan suasana ancaman Corona di Korea perjalanan kami agak terbatas Namun sempat juga berkunjung ke Nami Island Republic Of Naminara Sebuah Pulau Ciptaan yang indah Banyak drama Korea berlatarbelakangkan pulau ini
Siaran Pers Aksi Hak Penentuan Nasib Sendiri Serta Bebaskan Tahanan Politik Yang Dibatasi

Siaran Pers Aksi Hak Penentuan Nasib Sendiri Serta Bebaskan Tahanan Politik Yang Dibatasi

papar berkaitan - pada 6/3/2020 - jumlah : 216 hits
Hak Kebebasan Berpendapat Dijamin Oleh Negara Dimana hak untuk mengemukakan pendapat sudah mulai sirna padahal harusnya Negara harus memberikan ke bebasan yang seluasnya kepada warga nya untuk mengemukakan pendapat di muka umum sebagai mana...
Tak Nak Campur Tangan Politik Baik Dia Buka Kementerian Sendiri Bung Moktar Kritik Menteri Kewangan Baharu

Tak Nak Campur Tangan Politik Baik Dia Buka Kementerian Sendiri Bung Moktar Kritik Menteri Kewangan Baharu

papar berkaitan - pada 11/3/2020 - jumlah : 441 hits
Tak nak campur tangan politik Baik dia buka kementerian sendiri Bung Moktar kritik Menteri Kewangan baharuBekas CEO Kumpulan CIMB Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz yang baru dilantik sebagai Menteri Kewangan dalam Kabinet Muhyiddin baru baru ...
Ningsih Tinapi Masukkan Virus Corona Ke Tubuh Sendiri Rasanya

Ningsih Tinapi Masukkan Virus Corona Ke Tubuh Sendiri Rasanya

papar berkaitan - pada 19/3/2020 - jumlah : 160 hits
Praktisi pengobatan alternatif Ningsih Tinapi dalam akun Youtube nya Ia mengklaim telah memasukkan virus corona ke dalam tubuhnya dan merasakan dampaknya Dalam tayangan video Youtube berjudul Mengungkap Corona tersebut ia mengatakan alasan ...
Muafakat Nasional Enggan Campur Urusan Mahkamah Gugur Kes Pemimpin

Muafakat Nasional Enggan Campur Urusan Mahkamah Gugur Kes Pemimpin

papar berkaitan - pada 2/3/2020 - jumlah : 251 hits
Kerajaan gagasan Muafakat Nasional yang baharu dibentuk perlu memastikan mereka tidak sesekali mencampuri urusan mahkamah misalnya menggugurkan tuduhan kes berprofil tinggi yang melibatkan anggota parti mereka Setiausaha Agung UMNO Tan Sri ...
Basque Burnt Cheesecake Sekali Adun Terus Menjadi Mengikut Citarasa Sendiri

Basque Burnt Cheesecake Sekali Adun Terus Menjadi Mengikut Citarasa Sendiri

papar berkaitan - pada 20/3/2020 - jumlah : 352 hits
assalamualaikum salam sejahtera amat happy pagi ni amat indah pagi ni sebab sarapan cheesecake ha ha ha ha bukan calang calang cheesecake tau cheesecake buatan sendiri rasanya sedap sgt tercapailah KPI tekak sendiri saya kan peminat cheesec...
Ismail Seru Pm Terus Angkat Cadangan Jadikan Bm Bahasa Kedua Asean

Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Dr M S Lawyer Why Did Pm Keep Silent On Rushed Prosecution In 2018

Some 2018 Cases Rushed Flawed And Tainted By Venom Enmity Pm

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Lirik Lagu Kupupu Dani Kurama

Filem Strike Silat Cult Master

Radja Apa Sih Chord

Zikir Inna Fatahna Laka Fathan Mubina Tanda Kemenangan Islam

Funtasi Land Waktu Operasi Harga Tiket Aktiviti Menarik