Drama Mr Bibik Lakonan Saharul Ridzwan Dan Zara Zya




Drama Mr Bibik Lakonan Saharul Ridzwan dan Zara Zya (Akasia TV3)
Drama Mr Bibik lakonan Saharul Ridzwan dan Zara Zya adalah drama terbaru di slot Akasia TV3 yang mula bersiaran sejak 29 Oktober yang lalu, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7 malam. Drama ini disiarkan bagi menggantikan Drama Wifi Sebelah Rumah lakonan Zul Ariffin & Ruhainies dan Drama Semanis Senyumanmu lakonan Aiman Hakim dan Daiyan Trisha. Antara pelakon drama Mr Bibik ini adalah Saharul Ridzwan, Zara Zya, Raja Afiq, Liza Abdullah, Roy Azman, Norish Karman, Dayang Areeda, Syazuwan Hassan, Wanns Ahmad, Meor Mohd, Balkisyh Semundur Khan dan ramai lagi. Drama ini juga adalah adaptasi daripada Novel Mr Bibik karya Aein Dhiyauddin. Selain itu drama 20 episod ini diarahkan oleh Pali Yahya dan diterbitkan oleh Saphire Screen Sdn.Bhd. Nampak menarik kan drama ini, plus aku suka juga gandingan Saharul Ridzwan dan Zara Zya ini. Jadi jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Mr Bibik ini beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey..
Saharul Ridzwan sebagai Firas ImanZara Zya sebagai Aulia IzzatunnisaRaja Afiq sebagai MukhrizRoy Azman sebagai Tuan HalimDayang Areeda sebagai ArisyaWanns Ahmad sebagai HudBalkisyh Semundur KhanMeor Mohd sebagai Cumi



Sinopsis Drama Mr Bibik Lakonan Zara Zya dan Saharul Ridzwan Slot Akasia TV3
Aulia dan Mukhriz bertunang kerana campur tangan orang tua. Mukhriz obses dengan Aulia dari zaman remaja walaupun semua gadis mampu dimilikinya dengan mudah. Bagi Mukhriz, Aulia amat berbeza baginya. Aulia pula langsung tidak menunjukkan minat terhadapnya sehingga Mukhriz diperlekehkan oleh kawan-kawannya.Firas, seorang lelaki yang berperwatakan biasa sedang melalui fasa kecewa dalam hidupnya. Dia sanggup berhenti kerja dari sebuah syarikat besar untuk memulakan perniagaan dengan tunangnya, Arisya. Sayangnya, Firas dikhianati apabila Arisya telah berkahwin dengan lelaki lain. Hilang kerja dan juga putus tunang, Firas tidak hilang semangat malah dia tidak kisah untuk bekerja di syarikat pembersihan milik kenalannya. Hari pertama Firas memulakan tugasnya, dia telah diarahkan untuk membersihkan rumah Aulia. Oleh kerana ada insiden yang kurang menyenangkan antara mereka berdua sebelum ini, Aulia mahu menolak servis Firas. Tambahan pula, Aulia tidak senang dengan lelaki yang bekerja sebagai pembantu rumah. Akhirnya Aulia terpaksa terima kerana kawannya Siti yang juga pemilik syarikat itu memberikan perkhidmatan percuma apabila tidak dapat menghantar pembantu rumah yang sudah biasa ditugaskan. Firas pening dengan sikap pemalas Aulia dan keadaan rumah yang bersepah. Setelah hampir seminggu bekerja di situ dan pada hari terakhir, tiba-tiba rumah Aulia didatangi Mukhriz dan ayah Aulia, Tuan Halim. Mukhriz menuduh Aulia menyimpan lelaki di rumahnya. Puas Aulia dan Firas menerangkan keadaan sebenar tetapi Tuan Halim tetap kecewa. Mukhriz menawarkan diri berkahwin dengan Aulia untuk menutup malu Tuan Halim. Namun, Tuan Halim mahu Firas bertanggungjawab atas perbuatannya terhadap Aulia dan mendesak Firas untuk menikahi anaknya. Tuan Halim sanggup mengugut Firas jika tidak mahu ibunya mengetahui perkara yang memalukan ini. Firas minta diberikan masa untuk membuat persediaan.Firas tidak dapat menerima Aulia seorang yang pemalas dan pengotor untuk menjadi isterinya. Begitu juga dengan Aulia, tidak sanggup bersuamikan Mr Bibik! Mukhriz pula tidak mahu kehilangan Aulia dan tetap akan mencari jalan untuk merampas Aulia balik! Apakah yang akan berlaku seterusnya? 
👉👉 Baca Online Novel Mr Bibik Karya Aein Dhiyauddin
Tonton Online Drama Mr Bibik Full Episode - Akasia TV3
Selain menonton di kaca TV, korang juga boleh menonton drama Mr Bibik ini secara online iaitu di perkhidmatan penstriman iQIYI 1 jam selepas siaran tv.Lagu Tema / OST Drama Mr Bibik
Cinta Jatuh nyanyian Kaer
Jom Baca Ini Juga 👉👉 Drama Pelangi Hati Episod 1 Hingga 20 - TV Okey
⏩⏩ Filem Penunggang Agama 2 Lakonan Zul Ariffin, Azira Shafinaz dan Tony Eusoff (Astro First)


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://darihatimissmulan.blogspot.com/2021/11/drama-mr-bibik-lakonan-saharul-ridzwan-dan-zara-zya-akasia-tv3.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Drama Ustazah Robotik Lakonan Puteri Sarah Ameerul Asyraf

Drama Ustazah Robotik Lakonan Puteri Sarah Ameerul Asyraf

papar berkaitan - pada 10/11/2021 - jumlah : 842 hits
Tonton drama Ustazah Robotik arahan shuhaimi zulkefli akan disiarkan di saluran tvalhijrah Menampilkan gandingan pelakon utama Puteri Sarah dan Ameerul AsyrafJUDUL Ustazah RobotikTONTON FULL EPISOD 1 15TARIKH TAYANGAN 8 Nov 2021WAKTU SIARAN...
Hiburan Watak Hero Di Malaysia Ada Had Saharul Ridzwan Ingin Terokai Bidang Perniagaan

Hiburan Watak Hero Di Malaysia Ada Had Saharul Ridzwan Ingin Terokai Bidang Perniagaan

papar berkaitan - pada 8/11/2021 - jumlah : 219 hits
Baru baru ini pelakon Saharul Ridzwan mengakui hayatnya sebagai hero tidak lagi panjang selain menyedari realiti sebenar kehidupan sebagai seorang pelakon ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementSaharul yang pernah mencetuskan fenomena menerusi dram...
Drama Pelangi Hati Lakonan Kuza Zarul Husin Cha Cha Maembong

Drama Pelangi Hati Lakonan Kuza Zarul Husin Cha Cha Maembong

papar berkaitan - pada 4/11/2021 - jumlah : 491 hits
Tonton drama bersiri Pelangi Hati disiarkan setiap hari bermula 28 Oktober 2021 pukul 12 tengah malam di salran RTM TV Okey JUDUL PELANGI HATIEPISOD 20TARIKH TAYANGAN 28 Oktober 2021WAKTU SIARAN Isnin Ahad 12 tengah malamRANGKAIAN TV OkeySK...
Drama Khilaf Asmara Lakonan Fattah Amin Fasha Sandha

Drama Khilaf Asmara Lakonan Fattah Amin Fasha Sandha

papar berkaitan - pada 4/11/2021 - jumlah : 991 hits
Tonton Drama bersiri Khilaf Asmara bakal menampilkaan lakonan Fattah Amin Nelydia Senrose Fasha Sandha dan Fahrin Ahmad Drama terbitan Radius One Sdn Bhd diarahkan oleh arahan Uchee Fukada Nantikan Khilaf Asmara bakal mengisi slot Samarinda...
Drama Tahyul Lakonan Aniq Suhair Wani Kayrie Cik B

Drama Tahyul Lakonan Aniq Suhair Wani Kayrie Cik B

papar berkaitan - pada 22/10/2021 - jumlah : 581 hits
Tonton drama Tahyul bakal mengisi slot Samarinda TV3 bermula 12 Oktober ini pada setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam JUDUL TAHYULEPISOD 18TARIKH TAYANGAN 12 Oktober 2021WAKTU SIARAN Isnin Khamis 10 00 malamRANGKAIAN TV3 Slot SamarindaPE...
Hiburan Impian Terbesar Saharul Ridzwan Rancang Tunaikan Haji Pada Tahun Hadapan

Hiburan Impian Terbesar Saharul Ridzwan Rancang Tunaikan Haji Pada Tahun Hadapan

papar berkaitan - pada 4/11/2021 - jumlah : 325 hits
Pelakon yang dilihat semakin mendekatkan diri dengan Allah selepas mengikuti kumpulan Jemaah tabligh Saharul Ridzwan merancang untuk menunaikan ibadah haji pada tahun depan ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementSaharul atau nama lengkapnya Mohd Sa...
Drama Jiwa Yang Kau Puja Lakonan Uqasha Senrose Sean Lee

Drama Jiwa Yang Kau Puja Lakonan Uqasha Senrose Sean Lee

papar berkaitan - pada 27/10/2021 - jumlah : 725 hits
Tonton kesinambungan drama The Hotel Jiwa Yang Kau Puja mulai 27 Oktober 2021 setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam Isnin hingga Khamis di Astro Ria atau strim saja di Aplikasi Astro Go Ultra Box JUDUL THE HOTEL 2 JIWA YANG KAU PUJAEPISOD...
Drama Diari Seorang Suami Lakonan Afieq Shazwan Yuna Rahim Keith Foo

Drama Diari Seorang Suami Lakonan Afieq Shazwan Yuna Rahim Keith Foo

papar berkaitan - pada 9/11/2021 - jumlah : 480 hits
Tonton drama bersiri Diari Seorang Suami gandingan Afieq Shazwan Yuna Rahim dan Keith Foo mengisi slot Lestary TV3 bermula 12 November 2021 setiap Rabu hingga Sabtu jam 9 malam JUDUL DIARI SEORANG SUAMIEPISOD 13TARIKH TAYANGAN 12 November 2...
Hiburan Mungkin Itu Adalah Petunjuk Daripada Allah Saya Adalah Jodohnya Saharul Ridzwan

Hiburan Mungkin Itu Adalah Petunjuk Daripada Allah Saya Adalah Jodohnya Saharul Ridzwan

papar berkaitan - pada 31/10/2021 - jumlah : 392 hits
Pelakon Saharul Ridzwan berkongsi pengalamannya menerusi aplikasi Tik Tok ketika menjawab pertanyaan peminat mengenai detik perkenalan dan sewaktu mula mula dia mahu melamar Deena sebagai isterinya ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementSaharul ata...
Help Shape Ai With Malaysian Values Says Anwar

Friendly Fire Between Umno Youth Head And Bersatu Counterpart Opens A Can Of Worms

Nasi Briyani Kukus Padu Sedap Uii Percuma Ayam Briyani Untuk Ibu Mengandung Patutla Ramai Beratur Beli

Nostalgia Bedak Sejuk

Negeri Sembilan Akan Menaikan Gaji Penjawat Awam

Buah Ciku 10 Khasiat Pelbagai Jenis Penyakit

Adik Ipar Nak Tumpang Rumah Kemudian Datang Lagi Sorang Akhirnya Kami Laki Bini Dah Kurus Kering

Nak Rasa Cromboloni Sedap Boleh Ke Flour Crown Jitra



5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard


Ara Johari Delulu Chord

Apakah Pekerjaan Yang Paling Baik

Orang Yang Solatnya Tidak Diterima Allah Baca Supaya Ibadah Solat Kita Tidak Sia Sia

Deep Dive 5 Historic Lots From Gooding S Geared Online Sale

Tiba Tiba Datang Rasa Nak Bersalin Doktor Kongsi Apa Patut Ibu Ayah Buat Jangan Panik

Ini Kata Kata Terakhir Korban Penganiayaan Senior Stip Sebelum Dipukuli Hingga Tewas