Drama Lara Kasih Lakonan Fikry Ibrahim Chacha Maembong
Drama Lara Kasih
Drama bersiri Lara Kasih diadaptasi daripada novel Tentang Hati Lara karya Nueen. Drama 15 episod ini diterbitkan oleh Tanah Beris Film Production dan diarahkan oleh Shuhaimi Lua. Menampilkan barisan pelakon seperti Fikry Ibrahim, Chacha Maembong, Laila Nasir, Jay Iswazir dan ramai lagi
Saksikan Lara Kasih yang disiarkan di slot Samarinda TV3 mulai 25 November 2024, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam atau strim di platform Tonton melalui laman web www.tonton.com.my atau aplikasi Tonton di Google Play dan App Store
Judul : Lara Kasih #larakasihTonton Full Episod: 1-15Tarikh Tayangan: 25 November 2024Waktu Siaran: Isnin - Khamis, 10:00 malamRangkaian: Samarinda TV3 / TontonPenulis Skrip: Syed Mohamad Taufik Syed Abdul JalilPengarah: Shuhaimi LuaProduksi: Tanah Beris Film Production
Watak PelakonFikry Ibrahim sebagai KhairilChacha Maembong sebagai SyuhadahJay Iswazir sebagai BorhanLaila Nasir sebagai HasnahIman Suhana sebagai SyahirahNorreen Iman sebagai SyafiqahSharifah Shahora sebagai AinunRaja Azmi sebagai FatimahMili Supina sebagai Cik MilahRashidah Jaafar sebagai Che YahChomell Fana sebagai SyidahAishah Sudin sebagai RohaniAaliyah Natasha sebagai AzuraAriel Izz sebagai RahimSyafiq Putra sebagai AzriMuhd Faiz sebagai RafiqNur Aleesya Amanda sebagai Baby Faris
Lagu Tema (OST)Tajuk: Benar Aku CintaArtis: Ronnie HusseinKomposer: NgepzLirik: Ngepz
Sinopsis Lara KasihMengisahkan perjalanan hidup Syuhadah (Chacha Maembong) dan Khairil (Fikry Ibrahim) yang teruji apabila hubungan mereka diganggu oleh ibunya, Puan Hasnah (Laila Nasir), yang menentang keras cinta mereka kerana pekerjaan Khairil sebagai seorang penoreh getah
Puan Hasnah yang naif termakan dengan nasihat dari Che Yah, seorang tukang tilik nasib, mengatakan bahawa Syuhadah akan mendapat kehidupan yang lebih terjamin jika disatukan dengan Borhan, seorang duda anak dua. Ini memulakan satu konflik yang mencabar antara Syuhadah dan ibunya
Syuhadah terpaksa menentang keputusan ibunya yang mahu mengahwinkannya dengan Borhan, demi mempertahankan cinta dengan Khairil yang telah lama menjadi pilihannya. Namun, di sebalik kekuatan cinta mereka, muncul cabaran baru apabila Azura, seorang wanita yang cuba merebut perhatian Khairil, turut menambahkan konflik dalam hubungan mereka
Dalam usaha mereka untuk tetap bersama, Puan Fatimah, ibu Khairil, turut memainkan peranan penting dengan memberi bantuan kepada Syuhadah dan Khairil, walaupun dengan cara yang agak kontroversial. Ketika permainan emosi dan perasaan semakin rumit, impian untuk hidup dalam kekayaan dan kemewahan mula menjadi keutamaan. Meskipun Khairil dan Syuhadah mungkin akhirnya dapat bersatu, mereka masih berdepan dengan tentangan keras dari Puan Hasnah yang terus berusaha mengatur kehidupan anak-anaknya mengikut kehendaknya
Apakah yang akan berlaku seterusnya? Akankah Syuhadah dan Khairil berjaya melawan semua rintangan dan mendapat restu daripada ibu Syuhadah, atau adakah cinta mereka akan musnah kerana kerakusan dan kemahuan orang lain yang mengganggu kehidupan mereka
Sinopsis Novel Tentang Hati LaraAku sayang Khairil. Sangat-sangat sayang. Tapi lelaki yang aku sayang itu hanya seorang penoreh getah. Dengan alasan itulah mak selalu hina dia. Dia tidak seperti menantu lelaki mak yang lain. Berpangkat tinggi semuanya
“Saya sedih sebab mak buat awak macam ni. Menantu lain bukan main lagi mak tatang.”
“Tak apalah. Bukan rezeki saya nak jadi menantu kesayangan. Tak penting semua tu.”
“Saya bimbang awak gagal bertahan.”
“Insya-Allah, saya akan bertahan. Saya akan bertahan demi awak.”
“Awak tetap akan sayang saya walau mak layan awak macam tu?”
“Sekalipun satu dunia layan saya macam tu, tak mampu untuk mengubah kasih sayang saya terhadap awak. Awak isteri saya, kan? Bidadari saya.”
Pun begitu, kasih sayang kami tambah mendalam. Hidup kami seperti biasa saja. Langsung tak terkesan dengan penghinaan mak. Cuma semakin hari aku semakin bimbang. Bimbang tindakan emak yang seperti mahu memisahkan kami berdua
Sekeras mana pun hati Khairil, pasti satu ketika dia akan mengalah. Kalau itu terjadi, bagaimana dengan aku nanti? Siapa yang aku akan pilih antara emak dan kasih Khairil
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.kelimerah.com/2024/11/lara-kasih-full-episod.html