Drama Korea Sketch


Sketch - Korean Drama Review
Hari ini aku nak buat review drama Korea yang bertajuk Sketch, Korean Drama Sketch ini disiarkan di channel JTBC dan release pada 25 Mei 2018 dan tamat episodnya pada 14 Julai 2018. Selain itu drama Sketch ini mempunyai 16 episod dan disiarkan bagi menggantikan drama Something In The Rain dan kemudian akan digantikan dengan drama ID Gangnam Beauty. Antara pelakon drama Korea Sketch ini adalah Rain, Lee Sun Bin, Lee Dong Gun, Lee Seung Joo, Jung Jin Young, Kang Shin Il, Lim Hwa Young, You Da In dan ramai lagi. Pelakon Hwang Jung Eum telah ditawarkan watak utama drama ini tapi dia menolak dan akhirnya watak Yoo Shi Hyun itu menjadi milik Lee Sun Bin. Tarikan utama drama ini pastilah sebab barisan pelakonnya yang best - best belaka serta jalan ceritanya yang unik dan suspen. Paling menarik bila ada plot twist yang tidak dijangka penonton, plot twist drama Sketch ini memang terbaik sebab memang wowww. Gandingan Rain dan Lee Sun Bin dalam drama ini juga nampak serasi, sayangnya tiada kisah cinta antara watak mereka dalam drama ini, walaupun nampak diorang sepadan je hehe. Selain itu Rain dan Lee Dong Gun dah pernah berlakon bersama sebelum ini dan kali ini diorang reunion dalam drama ini pula. Sebelum ini aku tak begitu suka dengan Lee Dong Gun ni tapi dalam drama ini aku suka pula dengan lakonannya serta wataknya sebagai Kim Do Jin yang begitu complicated dan bermusuh dengan Kang Dong Soo lakonan Rain. Dari komen - komen yang aku baca ramai juga yang komplen tentang wordrobe dan baju - baju para pelakon utama drama ini yang tak cantik dan nampak biasa. Tapi bagi aku okey je sebab drama ini drama serius dan pelakon utamanya melakonkan watak polis kot, tak kanlah nak pakai cantik - cantik untuk kejar penjenayah kot hahaha. Malah Lee Sun Bin juga nampak biasa saja dan tidak seksi, malah makeupnya juga tidak tebal dan lebih pada natural beauty gitu. Drama Korea Sketch ini mengisahkan tentang Yoo Shi Hyun yang mempunyai kelebihan luar biasa sejak kecil lagi, dimana dia mampu melihat apa yang akan berlaku pada 3 hari akan datang. Yoo Shi Hyun kemudian akan melukis apa yang dia lihat dalam buku lukisannya. Kemudian dia dan kumpulannya yang semuanya merupakan anggota polis akan mentafsir lukisan tersebut dan sekaligus menyiasat.Manakala Kang Dong Soo pula adalah seorang detektif yang komited dengan tugasnya. Dia sudah pun bertunang dengan Min Ji Soo yang merupakan seorang pendakwaraya yang hebat. Min Ji Soo sedang menyiasat satu kes sulit yang membabitkan banyak orang atasan yang boleh membahayakan nyawanya. Min Ji Soo kemudiannya bertemu dengan seorang saksi bernama Kim Do Jin yang merupakan bekas tentera. Yoo Shi Hyun dapat melihat yang Min Ji Soo akan mati dibunuh 3 hari kemudian lalu memberitahu Kang Dong Soo mengenai hal tersebut, namun Kang Dong Soo tidak mempercayainya namun dalam masa yang sama Kang Dong Soo mula berasa risau dan ragu - ragu lalu bersetuju untuk bekerjasama dengan Yoo Shi Hyun untuk menangkap penjenayah tersebut. Dalam masa yang sama Kim Do Jin telah kehilangan isterinya yang mati dibunuh oleh seorang perogol bersiri. Kim Do Jin akhirnya nekad ingin membalas dendam atas kematian isterinya lalu cuba untuk membunuh perogol tersebut yang ketika itu dalam tahanan polis. Namun Kim Do Jin telah dihalang oleh seorang lelaki yang bernama Jang Tae Joon yang mendakwa dirinya boleh melihat masa depan. Jang Tae Joon cuba memanipulasi Kim Do Jin yang ketika itu sudah nekad ingin membalas dendam. Jang Tae Joon cuba merekrut Kim Do Jin untuk menjadi pembunuh bersiri untuk membunuh semua orang jahat dan sekaligus dapat mengelakkan jenayah dari terjadi. Setelah yakin dengan kebolehan Jang Tae Joon, Kim Do Jin bersetuju menjadi orang suruhannya dan juga pembunuh upahan. Kim Do Jin kemudiannya ditugaskan untuk membunuh Min Ji Soo yang dikatakan akan menjadi penghalang pada rancangan mereka. Kim Do Jin merasakan sukar untuk membunuh Min Ji Soo kerana mengenalinya serta Min Ji Soo juga tidak bersalah. Apa yang berlaku seterusnya?. Banyak juga scene fighting dalam drama ini yang membabitkan watak Kang Dong Soo dan Kim Do Jin, malah ada juga beberapa scene yang membabitkan watak Yoo Shi Hyun berlawan dengan orang jahat gitu. Kadang - kadang rasa kesian juga dengan Kim Do Jin yang telah dipergunakan tu, Ikutkan dia sebenarnya orang baik, lepas isterinya mati, dia terus berubah sikap. Aku juga suka dengan perkembangan watak Kang Dong Soo dan Kim Do Jin ni, memang epik watak diorang, tambah - tambah bila diorang fight gitu. Seperti yang aku katakan di atas tadi, plot twist drama ni memang terbaik, ingatkan orang ini yang jahat rupanya orang lain yang jahat. Tapi orang jahat tu memang boleh melihat masa depan dengan lebih jelas dan terperinci dan walaupun niatnya baik, tapi niatnya tu cuba direalisasikan dengan cara yang salah termasuklah mengorbankan ramai orang yang tidak bersalah. Ending drama Korea Sketch ini memang happy ending gitu dan aku suka dengan jalan cerita drama ini yang best dan unik. Apa pun aku bagi 9/10 bintang untuk drama ini. 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://mulan-sahbanu.blogspot.com/2019/01/review-drama-korea-sketch.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
7 Drama Korea Yang Ternyata Didaur Ulang Di Banyak Negara Pernah Lihat Versi Remake Nya Belum

7 Drama Korea Yang Ternyata Didaur Ulang Di Banyak Negara Pernah Lihat Versi Remake Nya Belum

papar berkaitan - pada 30/1/2019 - jumlah : 221 hits
Sampai jaketnya aja dibikin mirip lo di remake Secret Garden Thailand Drama remake mana aja yang udah kamu tonton Guys
Biar Nggak Cuma Tahu Tteopokki Ini Lho 9 Jenis Jajanan Yang Sering Nongol Di Drama Korea

Biar Nggak Cuma Tahu Tteopokki Ini Lho 9 Jenis Jajanan Yang Sering Nongol Di Drama Korea

papar berkaitan - pada 30/1/2019 - jumlah : 185 hits
Oh jadi ini nama jajanan yang selama ini sering bikin kita ngiler di tengah nonton drama Coba ah
Kamus Sobat Drakor 1 0 Biar Kecintaanmu Sama Drama Korea Naik Levelnya

Kamus Sobat Drakor 1 0 Biar Kecintaanmu Sama Drama Korea Naik Levelnya

papar berkaitan - pada 19/1/2019 - jumlah : 207 hits
Buat yang ngaku sobat drakor dan pejuang maraton 16 episode kelar sehari merapat dulu sini
8 Drama Korea Bergenre Horor Ini Pantang Banget Dilewatkan Kuat Nyali Buat Nonton Semuanya

8 Drama Korea Bergenre Horor Ini Pantang Banget Dilewatkan Kuat Nyali Buat Nonton Semuanya

papar berkaitan - pada 29/1/2019 - jumlah : 206 hits
Siapa nih yang berani nonton drama Korea horor tapi selalu takut ke kamar mandi Tenang Hipwee yakin kamu nggak sendiri D
Yuk Cari Tahu Kenapa Drama Korea Selalu Sukses Bikin Seseorang Susah Move On Dan Baper Parah

Yuk Cari Tahu Kenapa Drama Korea Selalu Sukses Bikin Seseorang Susah Move On Dan Baper Parah

papar berkaitan - pada 17/1/2019 - jumlah : 237 hits
Hipwee memanggil kamu yang seorang pecandu drama Korea dan penikmat marathon 16 episode dalam dua malam aja
Drama Korea Terrius Behind Me

Drama Korea Terrius Behind Me

papar berkaitan - pada 28/1/2019 - jumlah : 367 hits
Terrius Behind Me My Secret Terrius Korean Drama ReviewSeperti biasa hari ini aku nak buat review drama Korea yang bertajuk Terrius Behind Me My Secret Terrius yang release pada 27 September 2018 dan tamat pada 15 November yang lalu Antara ...
Selain Memories Of Alhambra Inilah 8 Drama Korea Yang Berakhir Gantung Dan Tanda Tanya

Selain Memories Of Alhambra Inilah 8 Drama Korea Yang Berakhir Gantung Dan Tanda Tanya

papar berkaitan - pada 23/1/2019 - jumlah : 304 hits
Dear writernim sedih aku tuh udah setia nonton drama drama ini dari awal tapi akhirnya digantungin gini
Drama Touch Your Heart Ringkasan Sinopsis Senarai Pelakon Korea Terlibat

Drama Touch Your Heart Ringkasan Sinopsis Senarai Pelakon Korea Terlibat

papar berkaitan - pada 26/1/2019 - jumlah : 1344 hits
Drama Touch Your Heart ini diadaptasi dari seri web novel populer dengan judul Jinsimi Dadda yang ditulis oleh Yegeo Drama Korea Touch Your Heart atau yang juga dikenal dengan Reach of Sincerity ini menceritakan tentang Yoo In Na yang merup...
Reviving Abandoned Housing Projects Is Turning Nightmare To Hope

8 Karakter Di Drama Korea Ini Bisa Jadi Contoh Bahwa Emansipasi Bukan Cuma Cita Cita Wanita Indonesia

Penyalahgunaan Kuasa Penyakauan Harta Rakyat Oleh Mahathir Wajib Didedahkan

Zus Coffee Ice Green Tea Latte

Let S Be Reasonable Tun M Don T Call The Kettle Black

Isu Buang Beras Sardin Semuanya Sudah Rosak Busuk Bekas Ahli Parlimen Kuala Krau

Membongkar Kejayaan Pembayaran Dan Pemenang Di Wecopytrade Dan Wemastertrade

Pra Pesanan Samsung Ai Tv Berpeluang Memenangi Hadiah Bernilai Rm140 000



Kisah Restoran Colonel Sanders Selain KFC Yang Tidak Boleh Dikembangkan

Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi

Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia


Lunch Di Don Kari Kepala Ikan Seksyen 16 Shah Alam Shah Alam Selangor

Lotter Sumandak Cantik Chord

Selangor Ph To Continue Working With Bn Despite Likely Mca Mic Polls Snub

Mahb S Sacking Of Staff With High Medical Bill Unlawful Court Rules

Decision On Sabah Pkr Chief To Be Made Soon Says Anwar

Moira World Tour 2024 Malaysia Dipilih Sebagai Lokasi Pertama