Selain itu aku suka dengan personaliti dan sikap Mo Seok Hee (lakonan Im Soo Hyang) tu sebab dia jenis giler - giler, tegas, berani, bijak dan elegan okey. Kiranya wataknya tu bukan jenis watak tipikal heroin drama Korea yang lain. Manakala Lee Jang Woo pula memegang watak sebagai Heo Yeon Do yang merupakan seorang lawyer dan wataknya memang baik gitu. Antara watak yang menyerlah dan berjaya mencuri perhatian penonton pastilah watak Mo Wan Soo lakonan Lee Gyu Han yang merupakan abang sulung pada Mo Seok Hee tapi diorang ni berlainan mak. Sikap dan personaliti Mo Wan Soo ni memang unik sebab dia ni kelakar, giler - giler juga, peramah, happy go lucky dan sangat friendly dengan semua orang berbanding adiknya Mo Wan Joon (lakonan Kim Jin Woo) dan ibu bapanya yang pentingkan status dan sombong dengan orang bawahan. Malah Mo Seok Hee juga baik dengan Mo Wan Soo ni berbanding yang lain. Lebih menarik bila penonton akan rasa dekat serta bersimpati dengan watak Mo Wan Soo ni sebab dia kurang kasih sayang kerana maknya pilih kasih dan lebih sayangkan adiknya Mo Wan Joon berbanding dirinya. Watak lain yang turut menyerlah dalam drama ni adalah Han Je Gok (Bae Jong Ok) yang merupakan bekas hakim yang kini berkhidmat dengan Syarikat MC Group milik keluarga Mo Seok Hee.
Drama ini ada juga kisah cinta antara Mo Seok Hee dan Heo Yeon Do tapi kisah cinta diorang sedikit je dan tak begitu menonjol. Tapi kisah cinta diorang memang sweet, plus diorang juga berkongsi musuh yang sama gitu. Plot twist drama ni memang terbaik especially untuk watak Mo Wan Joon, Mo Wan Soo dan Mo Seok Hee. Makin menarik bila ada banyak scene suspen yang melibatkan persaingan antara Mo Seok Hee dan Mo Wan Joon yang ingin merebut kuasa dalam syarikat MC Group. Selain itu seronok juga tengok Mo Seok Hee cuba balas dendam pada mak tirinya tu dengan membawa masuk perempuan simpanan ayahnya iaitu Choi Na Ri dalam rumah mereka. Memang kecoh jadinya, paling menarik dalam drama ini bila penonton kena berteka - teki siapa pembunuh sebenar mak angkat Mo Seok Hee yang mana suspek berkenaan adalah di kalangan keluarga Mo Seok Hee sendiri. Ikutkan drama Graceful Family ni boleh ada sambungan tau sebab ada persoalan yang tak terjawab antaranya tentang siapa sebenarnya mak kandung Mo Seok Hee tu?. Selain itu aku juga teringin nak tahu apa plan dan rancangan Han Je Gook dan teamnya selepas ini. OST Graceful Family ni juga best, diorang banyak juga guna lagu english dalam drama ini. Apa pun jom tengok sinopsis drama Korea Graceful Family di bawah ini okey..
Heo Yeon Do kemudian berterus terang mengenai siapa dirinya yang sebenar pada Mo Seok Hee dan mereka berdua bekerjasama untuk menyiasat kes kematian ibu Mo Seok Hee dan mencari siapa pembunuh sebenar. Mo Seok Hee kemudian bertindak menuntut haknya untuk menjadi CEO MC Group sekaligus dapat menguasai The Top Team. Selepas persaingan sengit, Mo Seok Hee disabotaj dan dia gagal menjadi CEO dan Mo Wan Joon kekal menjadi pewaris pada MC Group. The Top Team kemudian mahukan semua ahli keluarga untuk menyerahkan segala share dan saham mereka dalam syarikat untuk membolehkan Mo Wan Joon menjadi pemegang saham terbesar. Mo Seok Hee mula membuat rancangan untuk menghasut ahli keluarga lain supaya mula curiga dengan agenda jahat The Top Team. Dalam hal yang lain Mo Wan Soo juga teringin untuk menjadi orang penting dalam syarikat kerana merasakan dia ada hak kerana dia anak sulung. Namun disebabkan dia sering memberi masalah pada keluarga dan dianggap sebagai trouble maker. Maka adiknya Mo Wan Joon dipilih untuk menggantikannya. Mo Wan Joon dianggap sebagai calon yang sempurna untuk menjadi pewaris kerana bijaksana dan mampu mengendalikan syarikat. Walaubagaimanapun Mo Wan Joon mempunyai satu rahsia besar yang tidak diketahui oleh keluarganya.
Namun setelah rahsia Mo Wan Joon terbongkar, bapanya iaitu Mo Cheol Hee tidak mahu dia menjadi pewaris sebaliknya memilih Mo Wan Soo. Namun ketua The Top Team / TOP iaitu Han Je Gook bertegas tetap mahukan Mo Wan Joon menjadi pewaris dan tidak mahu Mo Wan Soo. Manakala Mo Wan Soo cuba untuk berbaik - baik dengan Han Je Gook namun tidak berjaya. Mo Wan Soo tidak tahu akan sebab kenapa Han Je Gook tidak mahu memilihnya. Tak lama kemudian Mo Seok Hee mengetahui mengenai satu rahsia besar tentang dirinya dan hal tersebut mengubah segalanya. Mo Seok Hee juga makin dekat untuk mengetahui siapa pembunuh sebenar ibunya. Apa yang berlaku seterusnya? Ending drama Korea Graceful Family ini happy ending tapi dalam masa yang sama stil sad ending disebabkan satu watak tu hehehe. Agak geram dengan mak tiri Mo Seok Hee iaitu Ha Yeong Seo (lakonan Moon Hee Kyung) yang pilih kasih tu, dia punya sayang kat Mo Wan Joon tu sebab Mo Wan Joon adalah pewaris syarikat kan, jadi dia buat tak endah je kat Mo Wan Soo. No wonderlah Mo Wan Soo tu jadi troble maker sebab nak kan perhatian dari ibu bapanya tu. Apa pun memang enjoy layan Korean Drama Graceful Family ni, plot twist pun terbaik. Jadi aku bagi 9/10 bintang untuk drama ini.
Graceful Family Quotes
|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |