Drama Korea Goodbye To Goodbye ini mengisahkan tentang Seo Young Hee (lakonan Chae Shi Ra) yang tinggal seorang diri di apartmentnya. Dia telah berpisah dengan suaminya Han Sang Jin (lakonan Lee Sung Jae) kerana suaminya curang dan ada anak dengan perempuan lain. Walaubagaimanapun Seo Young Hee belum bercerai dengan suaminya lagi secara sah. Seo Young Hee sebenarnya tidak mahu bercerai dengan Han Sang Jin kerana bimbang suaminya itu tidak akan memberi duit padanya lagi. Di samping ingin memberi pengajaran pada perempuan yang merampas suaminya itu iaitu Kim Se Young (lakonan Jung Hye Young). Dimana Kim Se Young tidak akan dapat dapat berkahwin dengan Han Sang Jin selagi Han Sang Jin masih bergelar suami Seo Young Hee secara sah. Malah Kim Se Young juga akan kekal dengan status perempuan simpanan dan tidak dapat menerima duit gaji Han Sang Jin selagi Han Sang Jin masih bergelar suami Seo Young Hee. Seo Young Hee yang putus asa dengan hidupnya serta suami dan anaknya gemar mengurung diri di rumah. Barang - barang makanan akan dihantar oleh adik iparnya ke rumahnya. Selain itu Seo Young Hee juga sering diganggu dengan kehadiran Kim Se Young yang kerap mengamuk di depan rumahnya kerana marah apabila dirinya tidak mahu bercerai dengan Han Sang Jin. Sementara itu Jung Hyo (lakonan Jo Bo Ah) merupakan seorang gadis remaja yang ceria dan juga cantik, dia mempunyai seorang ayah bernama Jung Soo Chul (lakonan Jung Woong In) yang sangat menyayangi dirinya serta obses dengannya. Tak lama kemudian Jung Hyo mengandung dan teman lelakinya iaitu Han Min Soo (lakonan Jun) tidak mahu bertanggungjawab dan menyuruh Jung Hyo menggugurkan kandungannya itu.
Siapa sangka yang Han Min Soo itu adalah satu - satunya anak lelaki Seo Young Hee dan Han Sang Jin. Kecewa dengan sikap Han Min Soo yang lepas tangan dan takut dengan penerimaan ayahnya, Jung Hyo menghilangkan diri dan pergi ke rumah ibu Han Min Soo iaitu Seo Young Hee. Setelah berjumpa dengan Seo Young Hee, Jung Hyo bertegas ingin tinggal di rumah tersebut sampai melahirkan anaknya. Seo Young Hee membenarkan Jung Hyo tinggal disitu asalkan Jung Hyo tidak berbuat bising dan mengganggu dirinya. Tak lama kemudian Jung Hyo mula mengalami alahan dan muntah - muntah. Hal tersebut membuatkan Seo Young Hee berasa terganggu dan terpaksa menjaga Jung Hyo yang sakit. Manakala Han Min Soo pula berterus - terang pada ayahnya mengenai Jung Hyo yang mengandung. Manakala bapa Jung Hyo pula tidak mengetahui apa yang berlaku. Semakin lama Jung Hyo berada di rumah tersebut, semakin banyak perubahan yang berlaku pada Seo Young Hee. Apa yang berlaku seterusnya?. Itu adalah serba sedikit sinopsis drama Korea Goodbye to Goodbye ini. Bila tengok drama ini memang agak beremosi jugalah sebab rasa geram dengan watak Kim Se Young tu yang langsung tak rasa bersalah pada Seo Yong Hee sebaliknya boleh pula berani nak mengamuk dan marah pada Seo Young Hee itu sebab tak nak bercerai. 
|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |