Drama Derhaka Sebuah Cinta Kisah Rumahtangga Yang Tersakiti


hai assalammualaikum
Drama Derhaka Sebuah Cinta, Kisah Rumahtangga Yang Tersakiti - Sekarang pun tengah isu hangat kan, suami curang, suami kawin lain secara senyap-senyap, suami abaikan isteri pertama, suami rasa dia je yang betul, isteri je yang salah. Keluar pulak drama Derhaka Sebuah Cinta ni dekat Astro Ria. Ingat taknak tengok, sebab tengok sinopsis, paham dah jalan cerita, tapi terlayan juga. Dah layan episod 1, tengok pulak episod lain. Kalau dah cerita pasal kawin dua ni, memang sakit hati, tambah perangai suami yang ego, yang ada penyakit Narcissistic Personality Disorder (NPD). 
Narcissistic Personality Disorder (NPD) ni individu yang sentiasa merasakan dirinya betul, tidak mahu menerima pandangan orang lain dan memiliki sifat empati yang rendah dalam hampir semua perkara. Orang macam ni suka salahkan orang lain, padahal dirinya yang salah


Walaupun sakit hati, tetap layan sampai episod 10..hhahahhaa. Tengok sorang-sorang la, tak boleh dengan suami, nanti lain jadinya..hehee


Drama Derhaka Sebuah Cinta, Kisah Rumahtangga Yang Tersakiti
Drama ni memang kena dengan isu artis sekarang yang kawin dua, cerai isteri, yang curang. Suamanya disebabkan suami. Itu apa nad rasalah lepas tonton drama ni..hehee. Nad tengok cerita ni pun sebab ada Zara Zya. Nad suka tengok dia berlakon. Lakonan dia sempoi, lembut je

Drama Derhaka Sebuah Cinta menampilkan barisan pelakon seperti Aaron Aziz, Zara Zya, Intan Ladyana, Nazrief Nazri, Sabhi Saddi, Nur Syuhada, Sahronizam Noor, Farisha Irwayu, Zulkifli Ismail, Aleesya dan ramai lagi

Dato Aaron Aziz sebagai AzmirZara Zya sebagai DahliaIntan Ladyana sebagai KyraNazrief Nazri sebagai NaufalSabhi Saddi sebagai Doktor IzzudinNada Nursyuhada sebagai JunitaSahronizam Noor sebagai Dato NormanFarisha Irwayu sebagai Datin KarmilaZulkifli Ismail sebagai Haji TahirAlessya sebagai Qaliha
Dalam drama yang ada sifat Narcissistic Personality Disorder (NPD) ialah Aaron Aziz atau dalam lakonan, namanya Azmir. Watak Azmir ni tinggi egonya, dan cara percakapan dan pemikiran sangatla tak matang. Dengan bapa mertua pun dia boleh lawan apatah lagi dengan isteri. Azmir ni sangat tak bertanggungjawab dekat isteri dia, nafkah tak bagi, tinggalkan isteri dekat kampung. Di mata Azmir, dia sahaja yang betul, orang lain yang salah. Sedangkan apa dia buat, memang terang-terang salah. 


Setiap perkahwinan, sifat cemburu tu mestila ada, tapi si Azmir ni suka salahkan Naufal nak goda isteri dia.. Yela, Naufal rapat dengan Dahlia dan Pak Tahir dari dulu lagi. Azmir pun sikit-sikit salahkan isteri dia. Dahla balik Kuala Lumpur pun tak bawak Dahlia sekali. Haishh geram je, sibuk nak kawin tapi kau tak bawa isteri tinggal sekali. Paling geram, alasannya tak sudah-sudah tak cukup duit. Kalau tak cukup duit, kenapa perlu kawin kan

Pandai pulak dekat Kuala Lumpur, curang dengan perempuan lain. Pandai guna watak lembut, manis percakapan dia tu nak pikat orang lain. Pikat pulak kawan baik Dahlia, Kyra. Memang cari masalah betul ye. Kyra tak salah, sebab dia tak tau Azmir suami Dahlia


Lepas dah kawin dua, isteri pertama tetap diabaikan. Bila dua-dua mengandung menyusahkan lagi isteri pertama. Banyak menderita isteri pertama jela. Lagi teruk, boleh ye dia tukarkan anak Dahlia dengan anak Kyra yang meninggal. Memang takda unsur kasihan langsung. 

Part masa isteri pertama diceraikan memang puas ye. Yela, tak perlu lagi dengan laki ego tinggi, rasa dia betul je. Dahlia memang kuat. Naufal dan kak Junita banyak bantu. Sampaila dia berjaya. Tapi cerita tak sampai situ je..hehe. Mesti la Dahlia kena tau pasal anak dia semua tu, Kyra pun kena tau pasal suami dia tu

Paling menyampah bila ada kawan baik yang komplot sama-sama tolong. Dah tau kawan tu salah, tetap nak simpan rahsia

Nad rasa nanti Azmir dapat kifarah dia. Orang yang buat salah ni pasti akan terima balasan. Jadi suami di luar sana, jagala isteri anda sebaiknya

Nak cerita lagi panjang, maca tak syok pulak kan. Korang tengokla drama Derhaka Sebuah Cinta ni dekat Astro Ria setiap hari Isnin hingga Khamis jam 11 malam. Kalau ada Astro On Demand, Astro On The Go, hah boleh tengok dekat situ juga. Takda iklan..hehee


Sinopsis Drama Derhaka Sebuah Cinta
Mengisahkan Dahlia yang memilih kekasih hatinya, Azmirsebagai suaminya walaupun pada masa ini bapa mertuanya tidak bersetuju dengan perkahwinan ini. Namun terpaksa akuh dengan kehendak anak perempuannya. Semasa dalam perkahwinan, Dahliatidak mengetahui Azmir dalam diam berkahwin dengan Kyra yang merupakan kawan baikknya sendiri

Dahlia dan Kyra mengandung dan sakit mahu melahirkan anak. Dahlia melahirkan dnegan cukup bulan manakalah Kyra melahirkan dengan tidak cukup bulan. Pada masa tu Azmir mendapati anak Kyra telah meninggal dunia, dan telah menukarkan anak Dahlia kepada Kyra. Dahlia tidak tahu perkara sebenar kerana ketika melahirkan dia datang ke Kuala Lumpur sendirian ingin berjumpa Azmir, tapi tak sangka sakit nak melahirkan. Tidak dibawa ke hospital, Azmir berpakat dengan bidan untuk menyambut bayi Dahlia dan berpakat menyatakan anaknya telah meninggal dunia

Akibat kekecewaan tersebut, Dahlia merancang untuk membalas dendam dan memusnahkan kebahagian Azmeer berama isteri barunya tersebut

Betul ke Dahlia membalas dendam? Saksikanlaaaa...


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.miszrockers.com/2023/03/drama-derhaka-sebuah-cinta-kisah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kisah Perkahwinan Diatur Gong Yoo Seo Hyunjin Dilamar Terajui Drama Netflix Trunk

Kisah Perkahwinan Diatur Gong Yoo Seo Hyunjin Dilamar Terajui Drama Netflix Trunk

papar berkaitan - pada 20/2/2023 - jumlah : 167 hits
Nampaknya penonton berkemungkinan akan dapat lihat gandingan Gong Yoo bersama Seo Hyun jin dalam sebuah drama ARTIKEL BERKAITAN Terbaru Gong Yoo dan Seo Hyun jin dilaporkan akan terajui drama Netflix baru berjudul Trunk Tidak lama kemudian ...
Drama Limbai Cinta 2

Drama Limbai Cinta 2

papar berkaitan - pada 18/2/2023 - jumlah : 244 hits
Nantikan drama bersiri epik Sabah Limbai Cinta musim 2 sebuah karya sutradara Ebi Kornelis terbitan Empayar Bayu Sdn Bhd akan bersiaran mulai 18 Februari 2023 pukul 7 00 malam di TV1 Drama Limbah Cinta 2 menyajikan kisah perpaduan dalam kal...
Tak Ada Makna Buat Saya Song Jihyo Dipuji Cool Tak Kisah Hal Bekas Kekasih

Tak Ada Makna Buat Saya Song Jihyo Dipuji Cool Tak Kisah Hal Bekas Kekasih

papar berkaitan - pada 1/3/2023 - jumlah : 174 hits
Mungkin kerana sudah mempunyai pengalaman yang lama kerana sudah 43 tahun hidup ramai yang memahami pandangan Song Ji hyo ARTIKEL BERKAITAN Dalam episod terbaru Running Man kesemua ahli dan tetamu Cha Tae hyun dan Yoo Yeon seok telah menjal...
Imej Lelaki Baik Tercalar Gara Gara Filem Pulau Alif Satar Tak Kisah Dikritik Saya Rasa Balance

Imej Lelaki Baik Tercalar Gara Gara Filem Pulau Alif Satar Tak Kisah Dikritik Saya Rasa Balance

papar berkaitan - pada 1/3/2023 - jumlah : 162 hits
Pelakon penyanyi dan pengacara Alif Satar menerima kritikan dan kecaman yang diberikan oleh netizen mengenai pembabitannya dalam filem kontroversi Pulau Mana tidaknya pelakon berusia 32 tahun itu terkenal dengan imej 8216 lelaki baik 8217 d...
Di Sebalik Kejayaan Lelaki Ada Wanita Di Belakangnya Ryan Bakery Dedah Kisah Disebalik Kena Buang Kerja Rupa Rupanya

Di Sebalik Kejayaan Lelaki Ada Wanita Di Belakangnya Ryan Bakery Dedah Kisah Disebalik Kena Buang Kerja Rupa Rupanya

papar berkaitan - pada 28/2/2023 - jumlah : 235 hits
8220 Di sebalik kejayaan lelaki ada wanita di belakangnya 8221 Ryan Bakery dedah kisah disebalik kena buang kerja rupa rupanya Di sebalik kejayaan yang dicapai personaliti media sosial Ryan Bakery siapa sangka isterinya iaitu Elyia Ibrahim ...
Video Kisah Mualaf David Fans Gus Dur Koma Dianiaya Mario Anak Eks Pejabat Pajak

Video Kisah Mualaf David Fans Gus Dur Koma Dianiaya Mario Anak Eks Pejabat Pajak

papar berkaitan - pada 28/2/2023 - jumlah : 185 hits
Cristalino David Ozora 17 tahun masih terbaring di RS Mayapada Kuningan Jakarta Selatan David koma usai dianiaya Mario Dandy Satriyo anak mantan pejabat Kementerian Keuangan Rafel Alun Trisambodo Kasus ini menjadi sorotan banyak pihak terma...
Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

Fishing As A Stress Reliever