Dr Samsuri Menang Besar Bersatu Usah Berangan Kerusi Pm




 Oleh : Noraini Nordin



ANALISIS: Kemenangan Pas dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman semalam, bahkan dengan majoriti lebih besar berbanding PRU15 lalu, secara umumnya membawa mesej yang pelbagai kepada masa depan politik Malaysia.





Bagaimanapun, kemenangan Pas melalui Ahmad Samsuri Mokhtar (gambar, kanan), Menteri Besar Terenggganu sebagai calon, dengan majoriti 37,220 undi berbanding 27,179 undi diperolehi calon Pas pada PRU15 lalu, mesej utamanya ialah pukulan hebat kepada Bersatu, salah satu komponen yang selama ini menggambarkan diri mereka sebagai “abang besar” dalam PN.





Dalam PRK Kemaman ini, Pas bukan sahaja menang dengan majoriti lebih besar melalui calonnya yang dilihat lebih diterima dan disenangi, bahkan bersama gambaran bahawa Ahmad Samsuri adalah calon Perdana Menteri selepas ini.





Ini bermakna, majoriti besar yang diraih oleh Naib Presiden Pas itu bermakna suatu 'penerimaan' penyokongnya kepada keinginan untuk melihat beliau menjadi Perdana Menteri selepas suatu ketika nanti.





Melihat kepada keterujaan penaksub yang menjaja secara terbuka Ahmad Samsuri sebagai bakal PM apakah nasib Muhyiddin Yassin?





Dalam keadaan ini, di mana kedudukan Muhyiddin yang diketahui umum masih mengidam untuk menjadi Perdana Menteri buat kali kedua, malah telah membuat Pusingan U dengan ingin mengekalkan lagi jawatan sebagai Presiden Bersatu pada pemilihan tahun hadapan.



Noraini Nordin





Kalau bukan untuk jadi Perdana Menteri sekali lagi, untuk apa beliau mahu kekal memimpin Bersatu?





Tetapi dengan adanya Ahmad Samsuri ini, sediakah Muhyiddin mengundur diri untuk memberi laluan?





Begitu juga dengan Hamzah Zainuddin, Ketua Pembangkang sekarang yang turut dilihat sebagai calon Perdana Menteri kedua bagi blok pembangkang selepas Muhyiddin, apakah beliau juga sedia memberi laluan kepada Ahmad Samsuri?





Dengan kedudukan Pas yang mempunyai jumlah kerusi Parlimen terbesar dalam PN iaitu 43 kerusi, logiknya memang wajar parti itu mempertaruhkan calon Perdana Menterinya dalam PRU16 akan datang dan bukan lagi sebagai penumpang.





Berbanding Bersatu yang sebelum ini mempunyai 31 Ahli Parlimen, tetapi setelah lima daripadanya telah mengalihkan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, jumlahnya kini makin berkurangan dengan hanya tinggal 26 sahaja.





Sementara Bersatu makin mengecil, Pas sebaliknya seperti mendapat laba besar dengan menonjolkan Ahmad Samsuri sebagai calon Perdana Menteri melalui PRK Kemaman semalam.





Berdasarkan kenyataan terbaru Setiausaha Agung Pas, Takiyuddin Hasan yang menyebut, parti itu kini sedia memikul tanggungjawab lebih besar di peringkat nasional berikutan kemenangan Ahmad Samsuri, ini adalah petanda jelas, sekaligus suatu isyarat buruk buat Bersatu, Muhyiddin dan juga Hamzah.





Nampaknya Pas tidak mahu menoleh ke belakang lagi, sebaliknya ingin terus mara dengan agendanya, sambil berharap agar Muhyiddin dan Hamzah tidak sukar memahaminya.





Melihat semua perkembangan ini, Bersatu memang tiada pilihan lain kecuali terpaksa akur untuk menyerahkan baton calon Perdana Menteri kepada Pas dalam PRU16 akan datang.





Lagi pun, apa pilihan yang Bersatu ada, ia adalah parti yang tiada akar umbi, malah jumlah cawangan di bahagian-bahagian juga amat terbatas sekali.





Semua kemenangan calon Bersatu pada PRU15 lalu, terutamanya dari segi kempen dan penyediaan jentera parti, adalah dengan menumpang dan melalui sumbangan kekuatan yang dimiliki Pas.





Bermula di Kemaman dan dijangka berterusan sehingga PRU16 akan datang, Pas diramal akan terus ke depan dengan agenda untuk memimpin negara, sementara Bersatu secara perlahan-lahan bakal dimendungi awan gerhana.

 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/12/dr-samsuri-menang-besar-bersatu-usah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dap Akan Menang 63 Kerusi Pru16 Dominasi Parlimen

Dap Akan Menang 63 Kerusi Pru16 Dominasi Parlimen

papar berkaitan - pada 8/12/2023 - jumlah : 170 hits
harakahdaily comDecember 7 2023Umno mesti berperanan halang persempadanan semula secara terpilihKUALA LUMPUR DAP akan boleh menang dengan selesa ke atas 63 kerusi Parlimen pada PRU16 sekiranya berlaku persempadanan semula secara terpilih de...
Gibran Ajak Warga Bersihkan Rusun Cilincing Tidak Usah Tunggu Siapa Menang Pemilu

Gibran Ajak Warga Bersihkan Rusun Cilincing Tidak Usah Tunggu Siapa Menang Pemilu

papar berkaitan - pada 10/12/2023 - jumlah : 108 hits
Gibran menyebut akan ada relawannya yang ikut membantu warga membersihkan Rusun Cilincing
Hamzah Tercabar Pemimpin Bersatu Canang Samsuri Calon Pm Kata Penganalisis

Hamzah Tercabar Pemimpin Bersatu Canang Samsuri Calon Pm Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 2/12/2023 - jumlah : 146 hits
Hamzah Zainudin sebelum ini diuar uarkan calon utama menggantikan Muhyiddin Yassin sebagai presiden Bersatu PETALING JAYA Ketua pembangkang Hamzah Zainudin berdepan satu lagi cabaran menerajui Putrajaya apabila ada pemimpin Bersatu mencanan...
Togel Thailand Rahasia Menang Besar Dan Tips Bermain

Togel Thailand Rahasia Menang Besar Dan Tips Bermain

papar berkaitan - pada 20/11/2023 - jumlah : 168 hits
Judi togel telah menjadi permainan yang populer di Thailand dengan banyak orang yang tertarik untuk mencoba keberuntungan mereka dalam memenangkan hadiah besar Togel Thailand telah menjadi sorotan utama bagi para penjudi di negara ini dan b...
Hamzah Zainudin Bersatu Boleh Pergi Jauh Menang 31 Parlimen Dalam 6 Tahun

Hamzah Zainudin Bersatu Boleh Pergi Jauh Menang 31 Parlimen Dalam 6 Tahun

papar berkaitan - pada 24/11/2023 - jumlah : 260 hits
Faiz ZainudinSHAH ALAM Setiausaha Agung Bersatu Hamzah Zainudin menggesa ahli bekerja lebih keras untuk parti yang menurutnya berpotensi pergi jauh berdasarkan prestasi pilihan raya lalu Dalam ucapannya kepada perwakilan parti di Pusat Konv...
Menang Besar Dengan Togel Casino Online Rahasia Keberhasilan

Menang Besar Dengan Togel Casino Online Rahasia Keberhasilan

papar berkaitan - pada 29/11/2023 - jumlah : 365 hits
Menang Besar dengan Togel Casino Online Rahasia Keberhasilan Siapa yang tidak ingin menang besar dengan bermain togel casino online Dalam dunia perjudian online setiap pemain pasti menginginkan kemenangan yang besar Namun apakah ada rahasia...
Kemaman Kempen Suram Cuaca Boleh Jejas Peluang Pas Menang Besar

Kemaman Kempen Suram Cuaca Boleh Jejas Peluang Pas Menang Besar

papar berkaitan - pada 1/12/2023 - jumlah : 157 hits
Mohd Farhan DarwisPETALING JAYA PRK Kemaman yang dikatakan sejuk mungkin menjejaskan sasaran PAS menang majoriti 30 000 undi pada pilihan raya esok Penganalisis politik Hisomuddin Bakar berkata faktor cuaca mungkin memainkan peranan dari se...
Tak Rasmi Pn Menang Besar Di Kemaman

Tak Rasmi Pn Menang Besar Di Kemaman

papar berkaitan - pada 3/12/2023 - jumlah : 145 hits
Berdasarkan pengiraan Malaysiakini menggunakan angka tak rasmi Ahmad Samsuri Mokhtar dari PN telah memenangi pilihan raya kecil Kemaman Dengan anggaran peratusan keluar mengundi sebanyak 70 peratus pengiraan tidak rasmi menunjukkan bahawa A...
Prk Kemaman Samsuri Menang Dengan Majoriti Lebih 37k Undi

Prk Kemaman Samsuri Menang Dengan Majoriti Lebih 37k Undi

papar berkaitan - pada 3/12/2023 - jumlah : 168 hits
Calon PAS Datuk Seri Ahmad Samsuri Moktar memenangi Pilihan Raya Kecil Parlimen Kemaman sekali gus mempertahankan kerusi dimenangi parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke 15 Menteri Besar Terengganu itu menewaskan calon Barisan Nasional Jeneral...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Lelaki Berusia 19 Tahun Mengaku Bersalah Rakam Video Rakan Sekerjanya Seorang Wanita Di Dalam Tandas

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Seronoknya Kalau Ada Kebun Durian Sendiri

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Diy Kitchen Storage Ideas Clever Kitchen Organization Storage Solutions

Mossad S Bungled Operation In Malaysia

Tiada Pemandu Kedua Jpj Saman 25 Bas Ekspres Dan Persiaran