Dr Samsiah Rintis Bidang Kaunseling Kesihatan Mental Klinikal


Ihsan Noorzali Dr Samsiah penyelidik pertama di Malaysia meneroka bidang Kaunseling Kesihatan Mental Klinikal. - Foto ihsan UPSI TANJUNG MALIM: Penyelidik Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Prof Madya Dr Samsiah Mohd Jais dari Fakulti Pembangunan Manusia (FPM) menjadi perintis memperkenalkan Kaunseling Kesihatan Mental Klinikal, bidang baharu dalam pengkhususan kaunseling.
Beliau ketika ditemui berkata pendidikan kaunseling di Malaysia melangkah setapak ke hadapan apabila mengetuai penyelidikan sekali gus mengambil langkah yang proaktif meneroka bidang berkenaan.
Samsiah berkata hasratnya menjadi kenyataan apabila pada 16 Februari lalu permohonan Perakuan Amalan (Provisional Accreditation) program Sarjana Kaunseling (Kesihatan Mental Klinikal) telah diluluskan oleh pihak Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) setelah melepasi penilaian Lembaga Kaunselor Malaysia (LKM).
"Segala kepenatan, kesukaran dan halangan yang dilalui bersama rakan sepasukan dalam melengkapkan dokumen MQA dan KPT selama hampir empat tahun seperti tidak terasa sehingga mencipta kejayaan terbesar dan terindah dalam sejarah pendidikan kaunselor di negara ini," katanya.
Beliau berkata dalam usaha untuk merealisasikan bidang pengkhususan kaunseling yang baharu itu, pasukan pensyarah UPSI yang diketuai beliau berjaya membangunkan beberapa modul latihan untuk meningkatkan kecekapan amalan kesihatan mental dalam kalangan kaunselor yang diperoleh melalui geran-geran penyelidikan dari dalam dan luar universiti.
"Modul latihan ini diterjemahkan kepada bengkel jangka pendek kaunseling kesihatan mental klinikal dan kaunseling krisis dan trauma kepada kaunselor di Kementerian Kesihatan, Kementerian Pendidikan, Kementerian Pengajian Tinggi, sekolah, Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB), Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), MARA, persatuan kebajikan dan ibu tunggal dan pusat kaunseling persendirian," katanya.
Samsiah menjelaskan menerusi Modul Kaunseling Trauma dan Kesihatan Mental, beliau pernah memenangi anugerah emas dalam pertandingan The International Conference dan Exposition On Inventions by Institutions of Higher Learning (PECIPTA '15) di PWTC Kuala Lumpur pada tahun 2015 selain berjaya menghasilkan prototaip produk pendidikan kaunseling kesihatan mental klinikal untuk membantu kaunselor menangani gangguan masalah kesihatan mental dalam kalangan pelajar.
Kit Pendidikan Kaunseling Kesihatan Mental (KPKKM) terhasil dari beberapa kajian iaitu kajian yang dibiayai oleh Kementerian Pengajian Tinggi iaitu Fundamental Research Grant Scheme, dan Prototype Research Grant Schemeserta dua geran universiti.
KPKKM, katanya, dapat meningkatkan kecekapan kaunselor dan mereka dalam profesion menolong secara teori, praktis dan klinikal dalam mengendalikan kes berkaitan gangguan mental dan trauma.
Samsiah yang memiliki Ijazah Kedoktoran (Doctorate of Counselling) dari University of South Australia, Australia sebelum ini turut mengikuti program sangkutan (attachment) selama empat bulan di Hospital Bahagia Ulu Kinta (HBUK), Tanjung Rambutan, Perak dalam bidang kaunseling kesihatan mental.
Beliau yang juga Ketua Program Sarjana Kaunseling (Kesihatan Mental Klinikal) turut membangunkan program sarjana kaunseling yang mengkhusus kepada kesihatan mental yang pertama di Malaysia dan Asia Tenggara.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/03/dr-samsiah-rintis-bidang-kaunseling.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kesihatan Mental Makin Teruk Sakinah Mohon Maaf Bakal Pindah Luar Negara

Kesihatan Mental Makin Teruk Sakinah Mohon Maaf Bakal Pindah Luar Negara

papar berkaitan - pada 19/3/2021 - jumlah : 435 hits
Saya minta maaf sangat sangat saya nak anda semua faham yang kesihatan mental saya semakin teruk ketika ini Sebab itu saya merancang untuk tidak tinggal di Malaysia dan saya akan berpindah ke luar negara selepas ini demikianlah kata pelakon...
Kajian Menunjukkan Cara Pemakanan Akan Mengubah Kesihatan Mental

Kajian Menunjukkan Cara Pemakanan Akan Mengubah Kesihatan Mental

papar berkaitan - pada 8/3/2021 - jumlah : 306 hits
KAJIAN MENUNJUKKAN CARA PEMAKANAN AKAN MENGUBAH KESIHATAN MENTAL Terdapat banyak kajian yang mengkaitkan pemakanan dan kesihatan mental Antara yang menarik adalah kajian yang menunjukkan diet Mediterranean dapat merendahkan tahap kemurungan...
Sayangi Kesihatan Anda

Sayangi Kesihatan Anda

papar berkaitan - pada 14/3/2021 - jumlah : 241 hits
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Pantang ada kedai baru kat Kuantan ni mesti KK pergi cuba juga lagi lagi kedai jual air boba pantang tengok mesti singgah hahahaKaori Cha Kuantan ni baru lagi KK tahu pun dari facebook tengok gambar gam...
3 Polis Tolak Vaksin Sebab Masalah Kesihatan

3 Polis Tolak Vaksin Sebab Masalah Kesihatan

papar berkaitan - pada 12/3/2021 - jumlah : 318 hits
Lebih 95 anggota polis di seluruh negara sudah menyatakan kesediaan untuk menerima vaksin IPOH Lebih 95 polis di seluruh negara sudah menyatakan kesediaan untuk menerima vaksin Covid 19 kata Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador Beliau berka...
Kekal Sekatan Rentas Negeri Hingga Mei Jika Mahu Kes Bawah 500 Pakar Kesihatan

Kekal Sekatan Rentas Negeri Hingga Mei Jika Mahu Kes Bawah 500 Pakar Kesihatan

papar berkaitan - pada 16/3/2021 - jumlah : 250 hits
Sekiranya ingin jangkitan Covid 19 berada di bawah 500 kes larangan rentas negeri perlu terus dilaksanakan sehingga Mei depan Demikian kata Pakar kesihatan pekerjaan kecemasan dan kesihatan awam Dr Hanafiah Bashirun yang menjadikan kebenara...
Jabatan Kesihatan Negeri Pahang Nafi Dakwaan Anggota Bomba Maut Akibat Vaksin

Jabatan Kesihatan Negeri Pahang Nafi Dakwaan Anggota Bomba Maut Akibat Vaksin

papar berkaitan - pada 18/3/2021 - jumlah : 459 hits
KUANTAN Jabatan Kesihatan Negeri Pahang menafikan dakwaan berhubung kematian seorang anggota bomba akibat vaksin Covid 19 di negeri ini seperti yang tular di laman sosial Pengarahnya Datuk Dr Bahari Tok Muda Che Awang Ngah berkata kematian ...
Bio Life Maxx Fish Oil Dengan Kelebihan Double Strength Bantu Tingkatkan Kesihatan Jantung Otak Dan Mata

Bio Life Maxx Fish Oil Dengan Kelebihan Double Strength Bantu Tingkatkan Kesihatan Jantung Otak Dan Mata

papar berkaitan - pada 18/3/2021 - jumlah : 454 hits
Assalamualaikum Pengambilan minyak ikan bukan perkara baru dalam kehidupan saya sekarang Seingat saya mak pernah memberikan kami adik beradik minyak ikan dalam bentuk cecair berperisa oren dan pernah juga makan yang perisa asli Tertanya tan...
Dua Ujian Untuk Mengetahui Kesihatan Ginjal

Dua Ujian Untuk Mengetahui Kesihatan Ginjal

papar berkaitan - pada 18/3/2021 - jumlah : 450 hits
DUA UJIAN UNTUK MENGETAHUI KESIHATAN GINJAL Ramai di kalangan rakyat Malaysia yang berisiko untuk mendapat masalah kerosakan ginjal atau kita selalu sebut sebagai Penyakit Ginjal Yang Kronik atau Chronic Kidney Disease Malah ramai yang tida...
13 Petua Sihat Oleh Pakar Kesihatan

13 Petua Sihat Oleh Pakar Kesihatan

papar berkaitan - pada 12/3/2021 - jumlah : 311 hits
13 Petua Sihat Oleh Pakar Kesihatan Makanan berminyak berlemak serta lambakan jenis manisan di pasaran menjadi petanda awal dunia bakal kehilangan spesis manusia dalam tempoh lebih cepat Mungkin kedengaran sungguh kasar tetapi ia hanya kias...
Asean Renews Community Declaration As Bloc Sets Course For Next 20 Years

Samsung Memperkenalkan Skrin Ai Generasi Baharu

Lau Showroom By Raimer B Ro Silence As A Design Statement

The Resurgence Of Analog Horror A New Era Of Digital Fright

Can The Indian Community Expect A Fluent Tamil Speaking Minister If A Cabinet Reshuffle Happens

Lepas Setel Mahkamah Mereka Terus Akhirnya Bekas Suami Cikgu Cerita Hal Sebenar

Anda Peminat Teh Ada Bahaya Menanti

Vipmgm8 17 Vipmgm8 24 Top 89 By Violette


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Resep Cappuccino Gula Aren Sentuhan Lokal Yang Menggoda Lidah

How To Beat The Gacor123 Login Online Slot Dealer Quickly

Ular Keliling Rumah

World Quranconvention 2025 Tumpu Isu Ekonomi Global Seru Kebangkitan Pemimpim Sinar Harian 26 05 2025

Beli Pokok Ciku Mega Secara Online

Check In Eastin Hotel Penang