Dr S Malar Kes Zhi Jie Maut Dalam Gelanggang Kenapa Tengok Saja Tak Perlu Takut Buat Cpr




KUALA LUMPUR: Walaupun tidak tahu cara atau tiada pengalaman melakukan prosedur resusitasi kardio-pulmonari (CPR), sesiapa saja perlu bertindak segera memberikan bantuan kecemasan itu jika berdepan dalam situasi yang boleh mengancam nyawa.
Pegawai perubatan dan pempengaruh media sosial, Dr S Malar Santhi, berkata sesiapa saja yang berdepan situasi cemas perlu menjalankan tanggungjawab untuk menyelamatkan nyawa terlebih dahulu dan tidak perlu takut untuk melakukan prosedur berkenaan.
Mengambil contoh kes pemain badminton remaja China, Zhang Zhi Jie yang meninggal dunia akibat serangan jantung ketika perlawanan di Kejohanan Badminton Remaja Asia di Yogyakarta, Ahad lalu, Dr Malar berkata, apa yang penting dalam situasi seperti itu adalah respon yang betul, tepat dan cepat.
Beliau berkata, perkara pertama yang perlu dilakukan sesiapa yang berdepan situasi berkenaan adalah memeriksa respon mangsa dan jika tiada sebarang respon, jerit segera meminta bantuan dan meminta peranti defibrillator luaran automatik (AED) dibawa ke lokasi kecemasan.
"Kemudian, anda sendiri perlu mulakan CPR. Jangan toleh kiri kanan depan belakang cari orang lain. Tidak kisah sama ada anda pernah belajar CPR, tidak pernah buat CPR, pernah belajar tapi sudah lupa atau takut, tolak tepi semua perasaan itu.
"Ambil kedua-dua tapak tangan dan letakkan dekat tengah-tengah dada mangsa, terus mulakan CPR dengan menghenjakkan bahu anda ke bawah dan berikan tekanan sekuat mungkin. Jangan takut dia (mangsa) sakit kerana orang itu tiada nadi pun, jangan takut patah tulang rusuknya.
"Anda hanya berikan tekanan CPR kepada mangsa dengan harapan jantung dia boleh mengepam kembali. Biasanya dalam dua ke tiga minit CPR dilakukan, anda akan penat dan pastikan ada orang di sekeliling anda yang boleh ganti membuat CPR ini sehingga bantuan profesional, seperti ambulans atau paramedik sampai," kata beliau melalui Facebooknya.
Dr Malar juga memaklumkan, sesiapa yang memberikan bantuan kecemasan, termasuk CPR dalam situasi yang mengancam nyawa, tidak boleh didakwa atau disaman walaupun mangsa mungkin mengalami kecederaan.
"Anda tidak boleh didakwa dan disaman, kononnya salah bagi CPR atau sampai patah tulang rusuk mangsa. Ada perlindungan undang-undang (untuk pemberi bantuan), jadi tidak perlu takut.
"Hanya takut kepada Pencipta yang soal anda satu hari nanti, kenapa tengok saja, tidak buat apa-apa dan tidak jalankan tanggungjawab.
"Ingat, mangsa itu, bila tiba ajalnya, dia akan pergi juga, tidak awal atau tidak lewat sesaat pun. Cuma kita yang dihadirkan di sebelah mangsa pada ketika itu yang diberi ujian, nak lihat sama ada kita tengok buat tidak tahu saja, berada dalam ketakutan atau kita jalankan tanggungjawab kita.
"Ya, kita semua memang diingatkan untuk berdamai dengan takdir dan menerima takdir tapi janganlah berserah kepada takdir sebelum berusaha dan buat apa-apa pun. Terus melopong berserah pada takdir. Bagi saya, itu salah," katanya.
Dalam insiden di Kejohanan Badminton Remaja Asia di Yogyakarta, kelmarin, Zhi Jie, 17, disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung ketika pertemuan antara China menentang Jepun dalam aksi Kumpulan D di GOR Among Raga.
Zhi Jie yang sedang berdepan Kazuma Kawano, rebah dalam keadaan tertiarap ketika perlawanan itu. Pasukan perubatan kejohanan kemudiannya memberikan bantuan kecemasan sebelum pemain itu dikejarkan ke hospital.
Bagaimanapun, Zhi Jie disahkan meninggal dunia pada jam 11.20 malam waktu tempatan.
Selepas rakaman video insiden itu tular di media sosial, orang ramai marah kerana mendakwa pasukan perubatan lambat bertindak dan kelihatan teragak-agak untuk memberikan bantuan kecemasan sejurus pemain itu rebah di dalam gelanggang.
Bagaimanapun, jurucakap Persatuan Bulutangkis Seluruh Indonesia (PBSI), Broto Happy mempertahankan tindakan pasukan perubatan dan penganjur, dan memaklumkan pasukan perubatan perlu menunggu kebenaran daripada pengadil sebelum boleh memasuki gelanggang. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2024/07/dr-s-malar-kes-zhi-jie-maut-dalam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jenazah Pebulu Tangkis Zhang Zhi Jie Masih Di Rsup Sardjito Pemulangan Tunggu Keluarga

Jenazah Pebulu Tangkis Zhang Zhi Jie Masih Di Rsup Sardjito Pemulangan Tunggu Keluarga

papar berkaitan - pada 3/7/2024 - jumlah : 138 hits
Tim medis telah melakukan sejumlah penatalaksanaan dan saat ini jenazahnya disimpan di ruang pendingin kedokteran forensik
Zhang Zhi Jie Sah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

Zhang Zhi Jie Sah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

papar berkaitan - pada 2/7/2024 - jumlah : 260 hits
Pemain badminton remaja China Zhang Zhi Jie telah disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung ketika bertanding dalam Kejohanan Badminton Remaja Asia 2024 di Yogyakarta Indonesia pada hari Ahad Insiden malang itu berlaku semasa perlawa...
Pemain Badminton Maut Kerana Serangan Jantung Dalam Gelanggang

Pemain Badminton Maut Kerana Serangan Jantung Dalam Gelanggang

papar berkaitan - pada 2/7/2024 - jumlah : 98 hits
FMT ReportersZHIJIE dikejarkan ke dua hospital sebelum disahkan meninggal dunia FOTO Ihsan Persatuan Badminton MalaysiaPETALING JAYA Pemain badminton remaja China Zhang Zhi Jie disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung di Yogyakarta ...
Atlet Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Saat Bertanding Di Yogyakarta Ini Penjelasan Pbsi

Atlet Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Saat Bertanding Di Yogyakarta Ini Penjelasan Pbsi

papar berkaitan - pada 1/7/2024 - jumlah : 103 hits
Pebulu tangkis muda asal China Zhang Zhi Jie meninggal dunia setelah kolaps saat bertanding pada Kejuaraan Badminton Asia Junior 2024 Minggu
Gelaran Juara Disambut Dengan Air Mata Rakan Rakan Sebak Bawa Jersi Zhang Zhi Jie Naik Podium

Gelaran Juara Disambut Dengan Air Mata Rakan Rakan Sebak Bawa Jersi Zhang Zhi Jie Naik Podium

papar berkaitan - pada 4/7/2024 - jumlah : 190 hits
Seluruh kem China tidak menahan sebak mengenangkan mendiang pemain perseorangan China Zhang Zhijie ketika ditabalkan sebagai juara Kejohanan Badminton Remaja Asia 2024 semalam Pemain berumur 17 tahun itu rebah sebelum disahkan meninggal dun...
Pemandu Maut Lori Jatuh Lubang Jalan Mendap

Pemandu Maut Lori Jatuh Lubang Jalan Mendap

papar berkaitan - pada 20/6/2024 - jumlah : 104 hits
FMT ReportersKeadaan lori dipandu mangsa terjunam ke dalam lubang jalan mendap di Jalan Kuantan Segamat PETALING JAYA Seorang pemandu lori maut selepas kenderaannya terbabas sebelum terjunam ke dalam lubang jalan mendap di Kilometer 73 Jala...
Gara Gara Mesin Treadmill Dipasang Membelakangi Tingkap Wanita Maut Tercampak Keluar Dari Tingkat 3

Gara Gara Mesin Treadmill Dipasang Membelakangi Tingkap Wanita Maut Tercampak Keluar Dari Tingkat 3

papar berkaitan - pada 20/6/2024 - jumlah : 248 hits
Seorang wanita dilaporkan meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh dari tingkat tiga akibat terpelanting ketika menggunakan treadmill di sebuah pusat kecergasan di Kota Pontianak Kalimantan Barat semalam lapor Detik com Ketua Polis Daera...
Pemandu Maut Lori Terjunam Ke Dalam Lubang Jalan Yang Mendap Berhampiran Jambatan Bailey Di Pekan

Pemandu Maut Lori Terjunam Ke Dalam Lubang Jalan Yang Mendap Berhampiran Jambatan Bailey Di Pekan

papar berkaitan - pada 20/6/2024 - jumlah : 202 hits
PEKAN Seorang lelaki maut selepas lori dipandunya terbabas sebelum terjunam ke dalam lubang jalan mendap berhampiran Jambatan Bailey di Seksyen 102 Kilometer 73 Jalan Kuantan Segamat dekat Pekan pada Rabu Dalam nahas pada jam 8 55 malam itu...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Makan Laksa Sarawak Di King Laksa

Pantun Hujung Tahun Dan Selamat Bercuti

Petua Mengatasi Rambut Gugur Secara Tradisional

Kalendar Kuda 2025 Kalendar Akademik Sesi 2025 2026 Cuti Sekolah Cuti Perayaan Bagi Sekolah Seliaan Kpm

Perbezaan Rumpai Dan Rumput Laut

10 Provinsi Penghasil Buah Durian Terbanyak Tahun 2023