Dr Maszlee Tetapkan Pendirian
Menteri Pendidikan Maszlee Malik hari ini menyatakan kesediaan kementeriannya untuk membincangkan cadangan bentuk kaligrafi lain selain khat untuk diajar di sekolah
"Itu (cadangan) menarik untuk dibincangkan ...," kata Maszlee kepada pemberita ketika ditemui selepas final Piala Debat Perdana Menteri di Dewan Merdeka, PWTC, di Kuala Lumpur hari ini
Kata Maszlee, idea itu menarik dalam konteks kaligrafi sebagai bentuk seni.
"Dalam mata pelajaran Seni, kita menumpukan perhatian kepada seni daripada pelbagai budaya dan etnik di Malaysia," katanya
Maszlee berkata demikian ketika diminta memberikan pendapat berhubung cadangan kumpulan persatuan Cina agar semua sekolah mempelajari tentang seni kaligrafi daripada pelbagai kaum
Penyelidik bebas sejarah Tang Ah Chai semalam berkata idea itu mula-mula dicadangkan kepada Maszlee semasa mesyuarat pada 1 Ogos
Antara yang dikatakan menghadiri mesyuarat itu ialah Timbalan Presiden Dong Zhong Tan Yew Sing dan penganalisis politik Wong Chin Huat
Kiniguide: Menjawab persoalan tulisan khat dalam subjek BM darjah 4
Menurut Tang, kumpulan berkenaan membuat cadangan itu ketika membincangkan bagaimana pengenalan khat akan mempengaruhi sekolah vernakular Cina
Naib Presiden Amanah Mahfuz Omar, yang mengalu-alukan pengenalan khat untuk menghidupkan semula tulisan jawi, sebelum ini juga menyatakan cadangan serupa agar bentuk kaligrafi lain turut diajar di sekolah
Sementara itu, Maszlee juga berkata beliau secara peribadi bertemu dengan editor dari beberapa akhbar Cina, untuk menjelaskan langkah kementerian dan menekankan penambahbaikan yang dibuat supaya pengajaran dan pembelajaran khat tidak akan membebankan guru atau pelajar
Pada masa ini, Kementerian Pendidikan merancang untuk memperkenalkan enam muka surat mengenai tulisan khat dan Jawi dalam sukatan pelajaran Darjah 4 Bahasa Melayu bermula tahun depan. - mk
Berminat beriklan di web Addin?Jika berminat sila send ke http://beriklandiwebaddin.wasap.my/http://beriklandiwebaddin.wasap.my/http://beriklandiwebaddin.wasap.my/
Iklan
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.addindeen.com/2019/08/dr-maszlee-tetapkan-pendirian.html