Tun Mahathir Hentikan Muslihat Untuk Terus Kekal Berkuasa Lakukan Proses Peralihan Sekarang Secara Jujur Dan Terhormat




1.Saya membaca kenyataan terbaru Tun Mahathir berhubung peralihan hari ini dan amat faham maksud yang tersirat daripadanya.

2.Saya lebih faham Mahathir kerana saya pernah bertembung dengannya dan sempat dimasukkan ke penjara dizamannya.Di zaman Najib pula saya sempat bertemu dengannya,berdamai dan bekerjasama demi selamatkan negara dari skandal 1MDB.

3.Sejak beliau menjadi PM saya belum pernah lagi bertemunya.Namun dari jauh saya menyokong usaha beliau khusus soal memerangi rasuah dan pernah membuat kenyataan untuk beliau terus menjadi PM dalam tempoh selama mungkin.

4.Hari ini saya tidak lagi menyokong sebarang usaha beliau terus menjadi PM.Malah saya mahu beliau berhenti segera demi negara.Alasannya ialah:

5.Pertama, Isyarat Tg Piai adalah isyarat jelas untuk beliau berundur.Sejak Merdeka parti yang memerintah tidak pernah kalah lebih teruk dari Tg Piai.Tun M adalah PM dan beliau seharusnya bertanggunjawab dan berundur segera.

6.Kedua, Suasana Ekonomi - ekonomi negara ditahap paling teruk dan antara puncanya ialah ketidaktentuan soal peralihan kuasa.Ianya soal penting bagi pelabur.Perbahasan mengenai sudah banyak dan jelas.

7.Ketiga- Kemunculan kembali kelompok elit jahat berkepentingan yang berjaya mendekati Tun M melalui pemimpin elit PH yang belot.Mereka pengaruhi Tun M untuk terus kekal berkuasa.Episod pintu belakang Hishamudin dan Azmin dan percubaan merosakkan dan menidakkan perjanjian PH soal PM8 adalah bukti ketara.(Termasuk pertemuan kira2 20 MP diketuai Hishamudin di rumah Azmin hanya 3 hari selepas PH kalah teruk di Tg Piai).

8.Keempat - Tindak tanduk Tun M sendiri yang bercanggah dengan janji peralihan.Awal tahun 2020 seharusnya sudah wujud langkah2 ke arah peralihan kuasa Mei tetapi sebaliknya berlaku.Tiba2 beliau bermuslihat disebalik sidang APEC pula, menggugurkan menteri dan sedang merangka merombak kabinet.Kesemuanya bukan tanda persedian ke arah peralihan yang tersusun dan teratur.

9.Hari ini bila ada tekanan untuk peralihan berlaku tuntas beliau berselindung dan menggunakan alasan Majlis PH.Walhal dia adalah PM paling lama di negara ini dan amat arif kuasa PM di Malaysia lebih besar dari kuasa Presiden USA di Amerika.

10.Malah beliau sudah pun tunjukkan kuasa dan taringnya, menggugurkan seorang Menteri yang bersih dan mengekalkan seorang menteri yang jelas kotor.Mesejnya jelas bukan?(Dan dalam Majlis PH semua adalah menteri melainkan DS Anwar).

11.Justeru saya percaya ini adalah muslihat dan perangkap Tun Mahathir untuk terus kekal berkuasa.Cukuplah Tun Mahathir.Jangan sampai rakyat meluat dan kenang Mahathir bukan sahaja sebagai PM yang paling lama tapi paling gila kuasa dan pembelit paling hebat pernah dilahirkan dinegara ini.

12.Peringatan Tg Piai bukan sebarang ingatan.Ambillah iktibar darinya sebelum terlambat,nasi sudah menjadi bubur, nama baik Mahathir sudah rosak dan tidak akan pulih sampai bila-bila.

13.Maka, saya gesa Tun Mahathir - Lakukan sekarang proses peralihan secara jujur dan terhormat.

Mohamad Ezam Mohd Nor
14 Jan 2020, 19 Jamadil awaal 1441H.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/01/tun-mahathir-hentikan-muslihat-untuk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dr Mahathir Semakin Terdesak Cuba Gunakan Pas Untuk Terus Kekal Berkuasa

Dr Mahathir Semakin Terdesak Cuba Gunakan Pas Untuk Terus Kekal Berkuasa

papar berkaitan - pada 21/1/2020 - jumlah : 474 hits
Tekanan demi tekanan baik diterima oleh Dr Mahathir baik dari dalam atau dari luar Pakatan Harapan supaya beliau melepaskan jawatan membuatkan kem Dr Mahathir semakin panik Ramai sedia maklum Dr Mahathir TIDAK AKAN menyerahkan kerusi Perdan...
Rafizi Dr Mahathir Perlu Tetapkan Tarikh Peralihan Kuasa

Rafizi Dr Mahathir Perlu Tetapkan Tarikh Peralihan Kuasa

papar berkaitan - pada 13/1/2020 - jumlah : 276 hits
Tarikh persaraan akan ditetapkan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad sekiranya beliau enggan memenuhi perjanjian peralihan kuasa kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim pada awal tahun depan Rafizi Ramli dalam satu persidangan di Singapura berkata pemim...
Maszlee Malik Letak Jawatan Dalam Keadaan Berat Hati Selepas Terima Nasihat Dari Tun Mahathir

Maszlee Malik Letak Jawatan Dalam Keadaan Berat Hati Selepas Terima Nasihat Dari Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 2/1/2020 - jumlah : 768 hits
MENTERI Pendidikan Malaysia Dr Maszlee Malik sebentar tadi membuat pengumuman rasmi meletak jawatan berkuatkuasa 3 Januari 2020 Dalam pengumuman sidang media khas yang dihadiri oleh ramai wartawan itu Dr Maszlee memberitahu keputusan itu di...
Siapa Sebenarnya Yang Gagalkan Wawasan 2020 Tun Abdullah Ds Najib Atau Dr Mahathir

Siapa Sebenarnya Yang Gagalkan Wawasan 2020 Tun Abdullah Ds Najib Atau Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 4/1/2020 - jumlah : 843 hits
Penguasaan Dr Mahathir selaku Perdana Menteri Malaysia buat kali kedua telah menjangkau lebih 18 bulan Dan selama lebih 18 bulan inilah juga Dr Mahathir masih lagi menggunakan alasan DS Najib dan Tun Abdullah Badawi untuk melindungi korupsi...
Tarikh Peralihan Kuasa Mahathir Anwar Lepas Apec

Tarikh Peralihan Kuasa Mahathir Anwar Lepas Apec

papar berkaitan - pada 4/1/2020 - jumlah : 352 hits
Pakatan Harapan mula bersungguh sungguh menetapkan tarikh peralihan kuasa antara PM Dr Mahathir dan Anwar Ibrahim dengan mengulangi proses penyerahan jawatan akan berlaku selepas Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik 2020 November ...
Sering Ingkar Arahan Punca Tun Mahathir Tulis Surat Minta Maszlee Malik Tarik Diri Dari Jawatankuasa Kabinet

Sering Ingkar Arahan Punca Tun Mahathir Tulis Surat Minta Maszlee Malik Tarik Diri Dari Jawatankuasa Kabinet

papar berkaitan - pada 6/1/2020 - jumlah : 593 hits
Peletakan jawatan bekas Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik didakwa disebabkan beliau sering mengingkari arahan Kabinet Menurut laporan The Malaysian Insight sepucuk surat mengandungi 17 perenggan ditulis sendiri Perdana Menteri Tun Dr Maha...
Pernah Saya Beli Berlian Untuk Isteri Tun Mahathir Soal Kembali Apabila Dituduh Rasuah

Pernah Saya Beli Berlian Untuk Isteri Tun Mahathir Soal Kembali Apabila Dituduh Rasuah

papar berkaitan - pada 14/1/2020 - jumlah : 402 hits
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari dengan tegas menyatakan komitmen kerajaan Pakatan Harapan untuk membasmi rasuah Dr Mahathir berkata tiada sesiapa yang boleh melanggar undang undang sesuka hati terutama dalam jenayah berkaitan r...
Dakwaan Adun Ditahan Tiada Siapa Boleh Terlepas Dari Undang Undang Tun Mahathir

Dakwaan Adun Ditahan Tiada Siapa Boleh Terlepas Dari Undang Undang Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 14/1/2020 - jumlah : 609 hits
Astro Awani Dr Mahathir berkata semua pihak perlu bersabar sehingga maklumat penuh diperolehi Gambar fail SERENDAH Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memberi jaminan tiada siapa akan terlepas dari tindakan undang undang sekiranya didap...
Tun Mahathir Pangku Jawatan Menteri Pendidikan Persatuan Guru Harap Ada Sinar Perlaksanaan Jawi Disekolah

Tun Mahathir Pangku Jawatan Menteri Pendidikan Persatuan Guru Harap Ada Sinar Perlaksanaan Jawi Disekolah

papar berkaitan - pada 11/1/2020 - jumlah : 342 hits
Sumber gambar dari Denyut ReformasiSebelum ini hangat diperkatakan tentang isu perlaksanaan Jawi disekolah vernakular yang ditentang oleh NGO sekolah sekolah cina sehingga sebuah kongres diadakan bagi menentang perlaksaksanaannya Terdapat k...
Ultimate Port Dickson Travel Guide 2025 Beaches Culture Hidden Gems In Negeri Sembilan

Isu Blog Pening Dengan Masalah Failed To Follow Boleh Cuba Cara Ini

Sasar Sejuta Peserta Harian Metro 17 07 2025

Beng Hock S Family Insists On Justice After Dap Bow

Netizen Teruja Syed Saddiq Tempah Songkok Video

Eyes In The Sky Strengthening Malaysia S Defence With Ai And Drones

Netizen Terhibur Lihat Siti Nurhaliza Melatah Video

Where Would You Be Having Your Next Meal


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


5 Sebab Kenapa Anda Mesti Minum Teh Hijau Setiap Hari

Bertahan Demi Isteri Dan Anak Anak Kapsyen Almy Nadia Undang Sebak Usai Kontrak Fizz Fairuz Tamat

Waktu Makan Masa Paling Bernilai Tapi Skrin Dah Curi Segalanya

Realme 14 5g Telefon Permainan Rasmi Untuk Kejohanan Mlbb Msl Musim 5

Simptom Simptom Sindrom Watak Utama

Maksud Tabarakallah Kelebihan Cara Penggunaan