Dr Mahathir Perlu Diberi Peluang Terus Pimpin Negara


Oleh Baharom Bakar
[email protected]
Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) negeri, Datuk Razali Idris.
KUALA TERENGGANU:  Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak perlu dipaksa melepaskan jawatan, sebaliknya harus diberi peluang menerajui negara sehingga Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) negeri, Datuk Razali Idris, berkata pengalaman Dr Mahathir mentadbir negara selama 25 tahun diperlukan bagi mengembalikan kegemilangan ekonomi berikutan keborosan dan kecuaian pentadbiran terdahulu.

Katanya, pelbagai spekulasi dan kenyataan dikeluarkan pimpinan PH yang meminta Dr Mahathir melepaskan jawatan bagi membolehkan peralihan kuasa dilakukan tidak membantu sebaliknya akan melambatkan usaha kerajaan mengembalikan kegemilangan ekonomi.

“Dr Mahathir yang juga Pengerusi BERSATU tentunya memerlukan tempoh lebih tiga tahun untuk mengembalikan negara ke status ekonomi Harimau Asia,” katanya ketika ditemui di ibu pejabatnya BERSATU negeri, di sini.

Razali yang juga Timbalan Presiden Majlis Senator Malaysia (MSM) berkata demikian ketika mengulas sikap beberapa pemimpin dalam Pakatan Harapan (PH) mengeluarkan kenyataan menggambarkan meminta peralihan kuasa jawatan perdana menteri dipercepatkan.

Tanpa mendedahkan nama pemimpin dalam PH yang lantang bersuara, Razali berkata, keadaan politik antarabangsa terutamanya ketegangan hubungan antara dua negara kuasa besar iaitu Amerika Syarikat (AS) dan China, yang dijangka berlarutan antara tiga hingga lima tahun akan datang, memerlukan kepemimpinan Dr Mahathir untuk memastikan negara tidak terperangkap dalam ketegangan itu.

Katanya, BERSATU negeri berpendapat tidak ada pemimpin di negara ini yang mempunyai pengalaman menghadapi situasi politik antarabangsa melainkan Dr Mahathir.

“Dr Mahathir juga satu-satunya pemimpin yang mampu melaksanakan tanggungjawab memastikan kestabilan politik Melayu di negara ini.

“Kenyataan saya ini bukan bermaksud rasis, tetapi ia adalah fakta bahawa kestabilan politik Melayu akan memastikan kestabilan politik selain ekonomi negara,” katanya.

Razali berkata, BERSATU negeri meminta seluruh rakyat, terutamanya pemimpin PH terus memberi sokongan padu dan mendesak agar Dr Mahathir tidak terikat kepada sebarang perjanjian peralihan kuasa kerana negara masih memerlukan kepemimpinannya untuk menyelesaikan masalah ekonomi.

“Tidak perlu bersikap gelojoh dengan peralihan kuasa dan seluruh rakyat terutamanya kepemimpinan PH jangan lupa tsunami politik dibawa Dr Mahathir membolehkan PH menubuhkan kerajaan,” katanya


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2019/07/dr-mahathir-perlu-diberi-peluang-terus.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pulihkan Negara Beri Tempoh Secukupnya Kepada Tun Dr Mahathir

Pulihkan Negara Beri Tempoh Secukupnya Kepada Tun Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 14/7/2019 - jumlah : 581 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Umno Bakal Tertimbus Terus Jika Kalah Sekali Lagi Bekas Ketua Hakim Negara

Umno Bakal Tertimbus Terus Jika Kalah Sekali Lagi Bekas Ketua Hakim Negara

papar berkaitan - pada 2/7/2019 - jumlah : 369 hits
Umno kalah sekali terbenam sekali lagi mungkin tertimbus Usahlah bertempik di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra jika pemimpin atasan Umno enggan mendesak Dr Ahmad Zahid Hamidi supaya berundur daripada jawatannya sebagai presiden kata...
Akta Hasutan Terus Diguna Bagi Kes Ekstrem Kata Peguam Negara

Akta Hasutan Terus Diguna Bagi Kes Ekstrem Kata Peguam Negara

papar berkaitan - pada 13/7/2019 - jumlah : 365 hits
Pakatan Harapan melalui manifesto PRU14 berjanji akan memansuhkan Akta Hasutan 1948 PETALING JAYA Peguam Negara Tommy Thomas berkata jabatannya akan terus menggunakan Akta Hasutan 1948 bagi kes bersesuaian untuk mendakwa mereka yang menyeba...
Arab Saudi Dan 36 Negara Dukung Tindakan Cina Atas Muslim Uighur

Arab Saudi Dan 36 Negara Dukung Tindakan Cina Atas Muslim Uighur

papar berkaitan - pada 17/7/2019 - jumlah : 445 hits
Arab Saudi Rusia dan 35 negara lain telah secara resmi menuliskan surat kepada PBB terkait kebijakan Cina di wilayah barat Xianjiang Menurut salinan surat yang dipantau Reuters surat tersebut mendukung kebijakan Cina yang sama sekali bertol...
Pecahkan Rekod Dunia Atlet Para Banggakan Negara Dengan Gelaran Juara Dunia

Pecahkan Rekod Dunia Atlet Para Banggakan Negara Dengan Gelaran Juara Dunia

papar berkaitan - pada 16/7/2019 - jumlah : 295 hits
Dilahirkan pada 3 Jun 1999 atlet kelahiran Sarawak Bonnie Bunyau Gustin sekali lagi membuktikan kemampuan luar biasanya dengan meraih pingat emas Kejohanan Dunia Para Powerlifting di Kazakhstan pada 12 Julai lalu Beliau yang mula menyertai ...
Nasi Goreng Dua Negara Indonesia Dan Thai Sedap Tak Terkata Ni

Nasi Goreng Dua Negara Indonesia Dan Thai Sedap Tak Terkata Ni

papar berkaitan - pada 16/7/2019 - jumlah : 871 hits
Hidangan Nasi Goreng ni memang popular di seluruh Asia Selain negara kita Indonesia Thailand China dan beberapa negara lain memang hidangan ini jadi kesukaan ramai penduduknya Tetapi jika diimbas sejarah sebenarnya ia berasal dari negara Ch...
Peguam Negara Setuju Temui Keluarga Teoh Beng Hock Keluarga Arwah Adib Macam Mana Pula

Peguam Negara Setuju Temui Keluarga Teoh Beng Hock Keluarga Arwah Adib Macam Mana Pula

papar berkaitan - pada 16/7/2019 - jumlah : 527 hits
Peguam keluarga Teoh Beng Hock begitu arif dan teliti sekali mengatur strategi bagi menegakkan keadilan Paling penting isu kematian puak DAP ni kembali mendapat perhatian ramai Keluarga si puak DAP ini mengesahkan bahawa mereka telah mengha...
Jokowi Disinggung Selalu Bergantung Negara Lain Ini Pembelaan Sri Mulyani

Jokowi Disinggung Selalu Bergantung Negara Lain Ini Pembelaan Sri Mulyani

papar berkaitan - pada 16/7/2019 - jumlah : 215 hits
Direktur Program Indef Esther Sri Astuti terlebih dahulu memberikan sambutan terkait kondisi ekonomi terkini Salah satunya menyinggung kepemimpinan Presiden Jokowi yang dinilai selalu bergantung kepada negara lain
Presiden Yang Tunjuk Keluarganya Jadi Pejabat Negara Salah Satunya Di Indonesia

Presiden Yang Tunjuk Keluarganya Jadi Pejabat Negara Salah Satunya Di Indonesia

papar berkaitan - pada 16/7/2019 - jumlah : 290 hits
Pengangkatan anggota keluarga sebagai pejabat negara oleh seorang presiden memang bukan barang baru Di Indonesia nepotisme semacam itu juga pernah dilakukan Presiden Soeharto
Kuih Muih Keripik Nangka Dan Keripik Apel

Pemandu E Hailing Ditahan Langgar Lampu Merah Nyaris Rempuh Pejalan Kaki

Seorang Lelaki Nekad Gigit Kepala Ular Sampai Mati Kerana Berang Ular Tersebut Mematuknya

Jakim Dan Zetrix Bekerjasama Rangka Tadbir Urus Ai Patuh Syariah Pertama Dunia

Doktor Sana Buat Kerja Bukan Untuk Duit Aliff Syukri Beri Sebab Buat Pembedahan Di Hospital Kerajaan

Cara Isi Ron95 Guna Mykad Di Pam Minyak Petronas Petron Bhpetrol Shell Caltex

Easy Beef And Greens Recipe Chinese

Every Malaysian Family Can Now Enter Oil Biz With Budi Madani Ron95 E Hailing Drivers Be Instant Oil Merchants


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


My Masak Lala

Murtabak Kulit Popia

Jasa Layanan Pengurusan Sertifikat Halal Untuk Dapur Mbg Di Kalimantan Barat

Azan Terakhir Brigjen Soepardjo Jenderal Tertinggi Dalam G30s Pki

Cara Hidup Suami Isteri Di Akhir Zaman Dengan Tenang Dan Diredhai Allah

Design Printing Produk Murah Berkualiti Pilihan Bijak Usahawan Baru