Dr Mahathir Diminta Pujuk Mukhriz Tidak Cabar Presiden


Wartawan SuaraMerdeka    
MEMINTA Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tun Dr Mahathir Mohamad memujuk anaknya, Datuk Seri Mukhriz supaya tidak meneruskan cabarannya terhadap Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah suatu langkah semulajadi untuk memastikan Bersatu dapat terus membina keutamaan bangsa.

Menyuarakan rasa dukacita atas perebutan jawatan nombor satu Bersatu tersebut, Tan Sri Dr Rais Yatim berkata, dengan Dr Mahathir sendiri menyatakan sokongan kepada Muhyiddin sebelum ini, maka “apa justifikasi Mukhriz menentang presiden Bersatu itu pada masa ini yang ketika ini sedang cuba menghasilkan formula untuk memperjuangkan hak asasi rakyat Malaysia”.

“Baru sangat peristiwa (pertikaian antara) Dr Mahathir dan Muhyiddin disebarkan berkaitan peristiwa-peristiwa yang disebut secara huraian mengelirukan.

“(Maka) apabila Mukhriz mencabar Muhyiddin, saya tersentak dan tidak menduga hal ini berlaku.

“Dan ada nampaknya kumpulan di sebelah Mukhriz disertai ketua armada. Bagaimanapun saya anggap Bersatu masih mempunyai dukungan yang objektif terhadap presiden oleh kerana beliau (Muhyiddin) adalah Perdana Menteri dan fakta bahawa jawatan Perdana Menteri itu sendiri akan membantu banyak kempen pemilihan (Muhyiddin) dan penjelasan beliau kepada rakyat.

“Saya harap Dr Mahathir dapat meredakan keadaan ini,” kata Pengerusi Badan Pimpinan Bersatu Negeri Sembilan itu kepada Suara Merdeka hari ini.

Rais berkata, sebagai orang lama dalam perjuangan, beliau percaya, malah berharap Dr Mahathir dapat menyelesaikan isu perebutan jawatan presiden tersebut.

“Sedikit sebanyak dengan kewibawaan beliau, saya percaya Dr Mahathir tidak berminat dengan politik remeh. Kita perlu lihat kesan politik watan daripada majmuk.

“Dengan adanya Bersatu-UMNO-Pas (dalam kerajaan Perikatan Nasional atau PN), telapak politik Melayu berada dalam keadaan teguh,” kata beliau.

Beliau juga tidak yakin punca Mukhriz mencabar Muhyiddin disebabkan isu ‘kerajaan pintu belakang’ yang membawa sehingga berlaku peralihan kuasa mengejut daripada Pakatan Harapan (PH) kepada PN.

“Kalau isu ‘kerajaan pintu belakang’, ia tidak ada asas kerana dari segi kekemasan, ia mengikut perlembagaan tanah air.

“Cuma ‘pintu belakang’ itu istilah negatif Barat dalam memberi deskripsi yang tidak mengikut lunas selepas pilihan raya. Dari segi undang-undang tak salah kerana telah melalui tapisan perlembagaan Perkara 43 (20) dengan Perkara 40 disempurnakan,” kata beliau.

Menurut Rais lagi, dengan kedudukan UMNO dan Pas ketika ini memiliki 39 dan 18 kerusi Parlimen, ia sekali gus menjelaskan bahawa `kerajaan pintu belakang’ suatu hujah tidak matang dari sudut tanah air.

“Kerajaan PN ini sah kerajaan yang Agong dan Parlimennya sekali. Tinggal lagi tak sedap didengar oleh yang ada kedudukan.

“Dan kalau tak setuju, Mukhriz boleh bawa usul undi tidak percaya ke Dewan Rakyat (pada 18 Mei depan), baru ia akan menjawab nilai-nilai tak sah (Muhyiddin) menjadi Perdana Menteri. Kalau (Muhyiddin) menang di situ, beliau akan terus menjadi Perdana Menteri yang sah diterima negara,” kata beliau.

Tokoh budaya itu turut tertanya-tanya mengapa Mukhriz sanggup menentang presiden memandangkan Muhyiddin banyak beri ruang kepada menteri besar itu di Kedah.

“Malah banyak pandangan melibatkan Dr Mahathir iaitu kalau Dr Mahathir sendiri menyokong Muhyiddin, saya yakin ini (perebutan jawatan Presiden) tidak akan berlaku,” kata beliau. – SM



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/03/dr-mahathir-diminta-pujuk-mukhriz-tidak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mahathir Sudah Mulakan Kempen Untuk Mukhriz Jadi Presiden Parti Bersatu Kedudukan Muhyiddin Dalam Bahaya

Mahathir Sudah Mulakan Kempen Untuk Mukhriz Jadi Presiden Parti Bersatu Kedudukan Muhyiddin Dalam Bahaya

papar berkaitan - pada 18/3/2020 - jumlah : 407 hits
TEMA KEMPEN MAHATHIR SelamatkanBERSATU MUHYIDDIN DALAM BAHAYA Shahbudin Husin Hanya beberapa ketika selepas diisytihatkan menang tanpa bertanding sebagai Pengerusi Bersatu Tun Mahathir Mohamad sudah pun memulakan langkah kempennya Melalui m...
Mukhriz Cabar Muhyiddin Untuk Jawatan Presiden Bersatu

Mukhriz Cabar Muhyiddin Untuk Jawatan Presiden Bersatu

papar berkaitan - pada 16/3/2020 - jumlah : 354 hits
TAN Sri Muhyiddin Yassin dicabar Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir untuk jawatan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia pada pemilihan yang dijadualkan Jun depan Mereka turut berdepan seorang lagi ahli parti Mohd Faiz Azlee S...
Mukhriz Tanding Presiden Tiada Rundingan Dr Mahathir Muhyiddin Kekalkan Saya Di Kedah Mukhriz

Mukhriz Tanding Presiden Tiada Rundingan Dr Mahathir Muhyiddin Kekalkan Saya Di Kedah Mukhriz

papar berkaitan - pada 17/3/2020 - jumlah : 314 hits
ALOR SETAR Tiada sebarang rundingan antara Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam usaha mengekalkan jawatan Menteri Besar Kedah kepada Datuk Seri Mukhriz Mahathir P...
Ketika Tun Mahathir Masih Pm Presiden China Call Apa Yang Mereka Bualkan Mengejutkan Ramai

Ketika Tun Mahathir Masih Pm Presiden China Call Apa Yang Mereka Bualkan Mengejutkan Ramai

papar berkaitan - pada 21/3/2020 - jumlah : 233 hits
Ketika Tun Mahathir masih Perdana Menteri Presiden China Xi Jiping ada call Tun Mahathir 40 minit Waktu tu China tengah dilanda wabak Covic 19 hebat Orang terdekat Tun Mahathir dedahkan apa yang mereka bualkan mengejutkan ramai Ketika Tun M...
Menang Atau Kalah Sebagai Presiden Bersatu Muhyiddin Tetap Jadi Bahan Belasahan Mahathir

Menang Atau Kalah Sebagai Presiden Bersatu Muhyiddin Tetap Jadi Bahan Belasahan Mahathir

papar berkaitan - pada 17/3/2020 - jumlah : 260 hits
Pertandingan paling menarik bagi pemilihan Bersatu Jun ini tentunya ialah perebutan jawatan Presiden antara Muhyiddin Yassin yang akan dicabar oleh Mukhriz Mahathir Pertandingan itu lebih menarik lagi kerana kedudukan Tun Mahathir Mohamad s...
Betul Ke Mahathir Memberikan Syarat Mukhriz Sebagai Tpm Untuk Dia Sokong Muhyiddin Dan Pn

Betul Ke Mahathir Memberikan Syarat Mukhriz Sebagai Tpm Untuk Dia Sokong Muhyiddin Dan Pn

papar berkaitan - pada 14/3/2020 - jumlah : 357 hits
Isu 1Mengikut maklumat awal apabila Dewan Rakyat bersidang pada 5 Mei 2020 nanti usul undi tidak percaya akan dilakukan oleh Pakatan Harapan yang diketuai Mahathir semasa itu terhadap kerajaan baharu PN dan sekiranya ini berlaku besar kemun...
Kenapa Dr Mahathir U Turn Lagi Hendak Letak Mukhriz Sebagai Timbalan Perdana Menteri

Kenapa Dr Mahathir U Turn Lagi Hendak Letak Mukhriz Sebagai Timbalan Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 13/3/2020 - jumlah : 540 hits
9 Mac 2020 Perdana Menteri Malaysia ke 8 TS Muhyiddin Yassin mengumumkan senarai jemaah Menteri dan Timbalan Menteri beliau Agak mengejutkan bila Muhyiddin umumkan barisan kabinet beliau tidak mempunyai Timbalan Perdana Menteri Ia dianggota...
Pemerintah Diminta Hati Hati Gula Industri Bocor Saat Gula Konsumsi Langka

Pemerintah Diminta Hati Hati Gula Industri Bocor Saat Gula Konsumsi Langka

papar berkaitan - pada 8/3/2020 - jumlah : 160 hits
Peneliti Senior Institute for Development of Economics and Finance Bustanul Arifin meminta pemerintah waspada akan kebocoran gula rafinasi Menurutnya saat gula di pasaran langka besar kemungkinan gula rafinasi akan bocor ke masyarakat
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut