Dr Mahathir Dedah Sebab Berundur Mengejut


KUALA LUMPUR, 26 FEB: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata banyak sebab yang mendorong beliau meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri Isnin lepas.
Menurutnya, salah satu sebab utama ialah beliau tidak dapat menerima jika parti UMNO menyertai kerajaan campuran yang mungkin diwujudkan.
“Saya sanggup terima ahli UMNO yang keluar UMNO dan menyertai parti lain. Tetapi UMNO akan sertai Kerajaan campuran ini sebagai Parti UMNO. Ini tidak dapat diterima oleh saya.
“Maka terpaksalah saya letak jawatan,” kata Dr Mahathir dalam perutusan khas ke seluruh negara yang disiarkan melalui stesen televisyen utama dan pelbagai platform media sosial pada jam 4.45 petang.
Katanya beliau telah minta untuk diberi masa, tetapi “parti saya BERSATU memutuskan untuk keluar dari Pakatan Harapan.
“Ada juga ahli dari parti komponen lain yang akan keluar. Dengan perlakuan ini, kerajaan Pakatan Harapan akan gugur.
“Kesannya jika BERSATU sokong PAS dan UMNO maka parti-parti yang kalahlah yang akan diri kerajaan. Kerajaan ini akan didominasi oleh UMNO sebagai parti yang terbesar.”
Tindakan Dr Mahathir meletakkan jawatan Isnin lepas menimbulkan pelbagai spekulasi dan ini merupakan kali pertama beliau membuat kenyataan umum bagi menjelaskan sebab-sebab beliau meletak jawatan.
Dr Mahathir berkata sebenarnya beliau telah berjanji akan meletak jawatan untuk memberi peluang kepada Dewan Rakyat menentukan pengganti beliau.
“Jika benarlah saya masih disokong saya akan kembali. Jika tidak, saya akan terima siapa sahaja yang dipilih,” katanya yang dilantik sebagai Perdana Menteri Sementara oleh Yang di-Pertuan Agong kira-kira enam jam selepas menyerahkan surat perletakan jawatan kira-kira jam 1.00 tengah hari Isnin.
Katanya peluang untuk menukar kepimpinan memang ada.
“Hanya saya berpendapat oleh kerana saya disokong oleh kedua-dua pihak, masa untuk saya letak jawatan belum tiba,” katanya dan menambah itulah sebabnya beliau meminta diberi masa.
Dr Mahathir berkata beliau juga merasa kononnya mendapat sokongan dari semua pihak, sehingga beliau tidak dapat memilih pihak manakah yang akan beliau pilih.
Dalam masa yang sama, ada juga tuduhan bahawa beliau tidak berniat untuk melepas jawatan kerana gila kuasa.
“Maka saya letak jawatan kerana saya tidak melihat kuasa dan jawatan itu sebagai “be all and end all” (adalah segala-galanya) adalah matlamat saya. Bagi saya kuasa dan kedudukan itu adalah “a means to an end” (alat untuk mencapai objektif) atau satu alat untuk mencapai objektif. Dan objektif kita semua tentulah untuk kebaikan negara.
“Kerana itu saya meletak jawatan, kerana bagi saya, ternampak bahawa bagi orang politik, yang terpenting ialah parti mana yang memerintah, sama ada yang kalah atau yang menang,” kata Dr Mahathir dalam ucapan selama kira-kira enam minit dari pejabatnya di Putrajaya.
-BERNAMA

Free IPTV @5tr0kk +500 Channel


Tonton TV online secara percuma dari handfon atau android box anda!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ohsemput.blogspot.com/2020/02/dr-mahathir-dedah-sebab-berundur.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anwar Dedah Rayu Dr Mahathir Kekal Perdana Menteri

Anwar Dedah Rayu Dr Mahathir Kekal Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 25/2/2020 - jumlah : 330 hits
Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui sebelum ini merayu kepada Tun Dr Mahathir Mohamad untuk kekal sebagai Perdana Menteri Foto oleh Hari AnggaraPETALING JAYA 24 Feb Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan bahawa beliau ...
Anwar Gesa Semua Pihak Henti Desak Dr Mahathir Berundur

Anwar Gesa Semua Pihak Henti Desak Dr Mahathir Berundur

papar berkaitan - pada 16/2/2020 - jumlah : 306 hits
KUALA LUMPUR Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap tiada lagi desakan terhadap Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad agar melepaskan jawatan dengan segera Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson berkata ini k...
Lepas Lama Berdiam Diri Akhirnya Tun Dr Mahathir Dedah Sendiri Punca Letak Jawatan

Lepas Lama Berdiam Diri Akhirnya Tun Dr Mahathir Dedah Sendiri Punca Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 28/2/2020 - jumlah : 319 hits
Selepas berjam wartawan tunggu akhirnya Tun Mahathir muncul mendedahkan sendiri punca utama beliau meletak jawatan isnin lepas Tak sangka baca selanjutnya Lepas Lama Berdiam Diri Akhirnya Tun Dr Mahathir Dedah Sendiri Punca Letak Jawatan
Najib Dedah Kenapa Tun Dr Mahathir Amat Membenci Beliau

Najib Dedah Kenapa Tun Dr Mahathir Amat Membenci Beliau

papar berkaitan - pada 4/3/2020 - jumlah : 440 hits
KUALA LUMPUR Setelah sekian lama berdiam diri akhirnya bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak membuka mulut mengenai Tun Dr Mahathir Mohamad Malah beliau mendedahkan mengapa Mahathir amat membencinya sampai sanggup menuduhnya sebagai ...
Anwar Jumpa Mahathir Di Putrajaya

Anwar Jumpa Mahathir Di Putrajaya

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 326 hits
Maklumat terbaharu menunjukkan kerajaan baharu Pakatan Nasional masih gagal dibentuk hari ini Peluang tersebut diambil oleh Presiden PKR Anwar Ibrahim untuk bertemu Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Bagaimanapun seorang pemimpin PKR yang mema...
Anwar Dijangka Temui Mahathir Pagi Ini

Anwar Dijangka Temui Mahathir Pagi Ini

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 301 hits
Presiden PKR Anwar Ibrahim dijangka akan bertemu Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad pagi ini ekoran perkembangan baru politik semalam yang memungkinkan berlakunya penjajaran semula politik negara Hal itu dimaklumkan seorang pemimpin PKR ke...
Harga Barang Melambung Tolak Kerajaan Tun Mahathir

Harga Barang Melambung Tolak Kerajaan Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 350 hits
Kerajaan yang dipimpin Perdana Menteri Tun Mahathir biar pun diberi masa hampir dua tahun tetapi tidak mahu melaksanakan reformasi menyeluruh sebagaimana dijanjikan dalam Pilihan Raya Umum ke 14 lalu Hal ini kerana kerajaan yang dipimpinnya...
Jalan Pulang Dr Mahathir

Jalan Pulang Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 207 hits
Oleh AB JALIL BACKER KETIKA rencana ini diterbitkan satu lagi catatan bersejarah negara mungkin telah berlaku Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berada di Istana Negara bersama pemimpin parti parti politik daripada Barisan Nasional Pas...
Khalid Nafi Biadab Terhadap Dr Mahathir

Khalid Nafi Biadab Terhadap Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 528 hits
PUTRAJAYA Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara Khalid Abdul Samad menafikan beliau bersikap biadab terhadap Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ketika Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan pada Jumaat lalu
Cheaper Riskier More Meaningful Why Malaysians Send Their Korban Abroad For Aidiladha

Lima Mangsa Kemalangan Maut Jerantut Feri Telah Dikenalpasti Buat Pusingan U Secara Mengejut Jadi Punca

Malaysians Flock To Thailand For Hari Raya Aidiladha Getaway

12 Pernikahan Artis Malaysia Bertemakan Outdoor

Reagan Airport Is Pausing Flights For Trump S Military Parade What Will It Mean For Travelers

Kalahkan China Indonesia Bertengger Di Urutan Ke 4 Kualifikasi Piala Dunia 2026 Zona Asia

Aidil Adha 2025 Rahsia Laksa Johor Dan Kisah Bibik

Not The First Time Has Anthony Loke Been Negligent Over Taiwanese S Fatal Fall Onto Lrt Track


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Calon Jamaah Haji Furoda 2025 Tidak Jadi Berangkat Cecep Abdullah Justru Diundang Langsung Oleh Kerajaan

5 Perusahaan Pialang Berjangka Resmi Memiliki Kantor Di Pontianak

Kenali Generasi Anda Boomers X Y Z Atau Alpha

5 Jenis Pelaburan Patuh Syariah Paling Menguntungkan Di Malaysia

Tak Sanggup Dengar Jeritan Dua Beradik Didera Ibu Amp Teman Lelaki Jiran Prihatin Buat Laporan

Disenarai Hitam Fahmi Reza Dakwa Dihalang Ke Luar Negara Mahu Penjelasan Bukit Aman